Bayi maut tersedak susu ..

by - Sabtu, November 03, 2012

 

Innalillahiwainnailaihirojiun ..Takziah buat keluarga mereka ..

Bharian melaporkan , cucu perempuan kepada Pengarang majalah Wanita, Normala Hamzah meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di sebuah pusat jagaan di Jalan Duta di sini hari ini.

Dalila Haifa Dafrizal Shah, tiga bulan, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tawakal, Jalan Pahang untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi, bayi itu ditemui dalam keadaan muka kebiruan dan tidak bergerak oleh ibunya yang datang menjemput dua anaknya dari pusat tersebut.

Petikan atas tu dari akhbar Bharian. Aku tak mungkin tulis secantik gitu la yer .. Ok, kembali pada isu .. Tersedak susu .. Menurut dari rakan pembaca yang mana aku pernah buat entri yang sama isunya iaitu tersedak susu , mereka kata kebanyakkan yang tersedak susu ni ialah mereka yang gunakan susu formula .. Hurm ..

Qhaliff , selalu gak muak dan tersedak susu. Walaupun dah disendawakan , dia tetap akan muak. Mungkin sbb terlebih minum susu. Jadi , aku kurangkan jumlah setiap botol. Kira bagi mencukupi untuk sekalli minum.

Dan alhamdulillah , tak dah muak . Kecuali bila dia menyusu sambil main ! Haaa .. Mesti ada punya .. Yelah , dah dijolok jari dalam mulut , bapak budak pon boleh muntah gitu haa ..

Jadi , hati-hatilah dengan anak anda yang masih kecik itu . Aku pun kena hati hati gak ..

You May Also Like

6 comments

  1. Kadang2 pusat jagaan ni biatkan jew bby menyusu sndri tanpa jagaan..kalau bby yang dh 6 7 bulan,diowg pandai alihkan muka..tp klu bby yg bru 3 bln,xreti...

    BalasPadam
  2. sedih bila dengar berita macamni..bukan nak menolak takdir Allah, tp benda ni boleh elak kalau tak cuai..kebanyakan pun jd kat rumah pengasuh..

    BalasPadam
  3. Tu lah tak habis2 citer pasal baby tersedak susu. kalau Fiza bagi alia susu tak berani bagi banyak sangat event though dia dah 8 bln + sekarang.

    BalasPadam