Boss atau Bossia ?

by - Jumaat, November 16, 2012

 

Perghh .. Lega dah kerja sendiri ! Kalau tak , aku mesti sakit hati punya la bila mengenangkan suasana pejabat yang memasing makan gaji !

Bukan apa .. Bila kerja di pejabat ni , kalau memasing jujur , ikhlas dan amanah pikul tanggungjawab tu tak pe la gak , kan ? Tapi bila kerja dia dok bagi kat orang dan dia pulak asyik curik tulang .. mmg masalah tul laa ! Siap cari salah orang lagi tu untuk tutup salah sendiri ! Kira nak nampak dia buat kerja la konon ! Amboi..

Jangan gitu, kawan .. Kita kerja di bawah orang ni terutama kerja dengan rakyat , jangan dok bijak ampu orang atasan dengan tunjuk kita buat kerja tapi padahal tidak .. Buat kerja , kena jujur .. Gaji yang kita dapat tu , guna untuk anak bini .. Jadi darah daging woo ..

Seperkara bila jadi ORANG BESAR dalam pejabat tuu , semua mata orang bawah pandang kita untuk dijadikan contoh . Kalau boss serupa perangai bosia , camana orang bawah nak jadi pekerja yang cemerlang ? KEPALA dan terlingkung , anggota lain tunggu nak tergolek je la..

Syukur sewaktu  aku kerja dulu , aku dapat bos yang sangat prihatin serta bijak curi hati orang bawahannya ..

IKHLAS , AMANAH , JUJUR perlu diamalkan tak kira dalam suasana kerja mahupun kehidupan seharian ..

You May Also Like

5 comments

  1. Bukan senang jagi boss ni.. byak benda kita kena jaga.. dari segi kerja memang lah kita yg kena tip top dulu.. peribadi pun kena tip top juga... baru lah org bwh akan hormat walaupun mereka lagi senior dari boss...

    BalasPadam
  2. betul tu bro... kita kalau bekerja ni kenalah amanah, ikhlas dan jujur. Apa saja rezeki yang kita dapat tu memang jadi darah daging. Tapi zaman sekarang ni, memang ramai orang tak kira orang bawahan atau orang atasan semua ada satu syndrom... "syndrom air-cond" dan juga suka tunjuk seolah-olah rajin kerja dan wat kerja...tapi sebaliknya... berlakon jer...

    kerja x buat, tapi mender lain yang diaorang buat...pas tu kalau salah pandai nak tutup dan tunding jari kat orang lain... hu hu hu...

    Itulah realiti zaman sekarang...

    BalasPadam
  3. dulu saya rasa boss ni keje dia senang. arah2 orang je. tapi sebnrnya tanggungjawab dia sgt berat. apa2 yang tak kena pada unit or jabatan bawah dia tu, dia yagn kena dulu. dia yang kena buat surat tunjuk sebab... hmmm kesian boss.

    BalasPadam
  4. tempat keja lama saya bukan boss yang suka ampu staff.. tapi supervisor kitorang mengalahkan boss.. tu sebab la saya bhenti juga tu... dia suka sangat kacau periuk nasi orang lain...

    BalasPadam
  5. rasa macam nak tujukan entry ni kat someone kat opis ni lah..haishhh..

    BalasPadam