Jerung tewas dengan taekwando !

by - Jumaat, November 02, 2012

 

Ok fine ! Aku perlu belajar berenang dan nak blajar tomoi ! Hahahaha .. Mana tau nanti berenang kat sungai atau kolam renang , aku kena attack dek jerung atau buaya dan aku akan mengkarate itu buaya mahupun jerung !

Jangan tak percaya okeh ! Ianya berlaku dah pon.. Sapa sangka kan ? Dalam keadaan terdesak , apa saja ilmu yang ada di dada , boleh digunakan untuk menyelamatkan diri ..

MARIKO menceritakan bagaimana dia menumbuk jerung yang cuba membahamnya sambil diperhatikan suaminya.

Di Hawaii , seorang penyelam wanita terselamat daripada serangan jerung sepanjang empat meter di sini selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri.

Pemegang tali pinggang hitam taekwondo, Mariko Haugen sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui apabila mendapati dirinya berdepan dengan seekor jerung harimau.Apabila diserang, Mariko menggunakan kemahirannya dan menumbuk hidung haiwan pemakan manusia itu.

Mariko yang berasal dari Folsom, California, tidak dibaham, tetapi memerlukan 60 hingga 70 jahitan pada tangan kirinya yang cedera kerana terkena gigi ikan itu ketika menumbuknya.

Heheh .. Tu yang aku baca kat Hmetro tadi ..  Ni yang aku berkobar kobar nak sambung belajar Aikido ngan Steven Seagal .. Heheh .. Leh lawan ngan sotong nanti ..

You May Also Like

1 comments