Pemasangan Solar Photovoltaic Petronas yang pertama.

by - Isnin, November 19, 2012

 

Baru-baru ni aku dan beberapa lagi rakan blogger dijemput menghadiri pelancaran Pemasangan Solar Photovoltaic Petronas yang pertama di KLCC .

clip_image001

Majlis yang bermula pada jam 4 petang diserikan lagi dengan kehadiran serta ucapan pembukaan dari Menteri Tenaga , Teknologi Hijau dan Air Malaysia , Dato ’ Seri Peter Chin Fah Kui ,diikuti oleh Senior Vice President of Natural Gas Business Division A Mitsubishi Corp , Mr. Kazayuki Mori dan Ketua Pegawai Operasi PETRONAS , Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin .

Selesai ucapan serta penerangan mengenai tujuan pemasangan Solar Photovoltaic ni , kami dipasangkan video mengenai Solar PV ( Photovoltaic ) ni ..

Kalau dilihat dari atas , rekabentuknya adalah seperti gambar di bawah ini . Kelihatan seperti corak songket kan ?

clip_image002

Gambar Petronas Solar PV 1: Permandangan dari atas

Kemudian kami dibawa melawat ke kawasan pemasangan solar pv dan terus terang , aku teruja sbb ini kali pertama dapat jejak kaki di kawasan ni yang mana biasanya aku hanya mampu pandang dari bawah jer.. Hehehe ..

Ok , sedikit info mengenai Solar PV ni . Dipasang dgn keluasan 9,000 kaki persegi diatas bumbung Suria KLCC .Pemasangannya bermula pada April 2011 dan mengambil masa 9 bulan untuk disiapkan. Solar pv ni adalah inisiatif tenaga hijau yang mampu membekalkan 30% daripada pengunaan tenaga di Suria KLCC. Secara tidak langsung dengan penggunaan Solar Pv ini telah mengurangkan pengeluaran tenaga karbon dioksida di Suria KLCC ni .. Menarik kan ? Tak sia-sia gitu

clip_image003

Gambar Petronas Solar PV 2 : Menteri dan media

clip_image004

Gambar Petronas Solar PV 3 : Solar Pv

clip_image005

Gambar Petronas Solar PV 4 : Antara kawasan yang dipasang Solar Pv

clip_image006

Gambar Petronas Solar PV 2 : Permandangan sekitar Suria KLCC

Majlis tamat sekitar 6 petang. Kesimpulan aku , alangkah bagusnya Solar PV ini dipasang di bangunan bangunan pencakar langit mahu pun pusat membeli belah. Tapi kos mesti mahal kan ? Hehehe .. Apa pun , majlis hari tu memberi satu ilmu pada aku dan rakan rakan yang lain .. Terima kasih PETRONAS atas jemputan itu ..

You May Also Like

3 comments

  1. kalau modal banyak, rasanya boleh diperluaskan lagi ni.. sebab ia mampu memberi penjimatan kuasa elektrik kepada Malaysia.

    BalasPadam
  2. terujanya klau dpt kerja dgn petronas..

    BalasPadam
  3. terujanya klau dpt kerja dgn petronas..

    BalasPadam