Pontianak vs Orang Minyak : Pendapat aku

 

Terus terang , aku minat filem lakonan Afdlin Sauki sejak Soal Hati .. Nabil dan Johan juga aku minat lawak mereka tapi lom sampai aku taksub nak bergambar dengan mereka la .. hehe..

Hari tu ada aku g screening filem Pontianak vs Orang Minyak di eCurve , Damansara bersama 3 orang lagi rakan blogger .. Ramai lagi blogger ada ..

Disebabkan ramai pelakon yang best best berlakon dalam filem ni , aku bersetuju untuk tinggalkan Qhaliff sekejap semata mata nak tonton filem ni seterusnya membuat review ..

Kul 10 malam .. Filem bermula .. Tadaaaa .. 10 minit pertama , mmg ketawa ketawa manja gitu .. Kemudian , sejuk balik .. Aku tengok kawan aku kat sebelah , tidur dah .. Ok , mungkin bukan citarasa dia kot.. Dia mungkin lebih gemar citer cam National Geographic atau Kajian Sejarah Tempatan .. Terpulanglah ..

Aku pun mula menguap sikit skit .. Tapi bila ada babak hantu ni bercinta dengan orang kampung , aku kembali panas. Bila ada dialog double meaning .. Aku pun suka gak laa .. Maklumlah , nak harap babak lain , ‘tawar’ je rasa ..

Dan .. tau tau abis ! Laaaaa .. Abis dah ?? Tu je ?? Mana part gaduh pontianan ngan orang minyak ??? Oh , tadi tu.. 5 minit je gaduh ! Ingatkan ala ala filem Twillight tu haaa .. HAMPA ..

Dan tadi , aku baca kenyataan Afdlin Sauki di Mstar yang berkata filem ni adalah untuk mengajar orang terutamanya kanak-kanak untuk berani berdepan dengan makhluk itu.

Gulp .. Terus terang la kan .. Tak sesuai la budak kecik tengok filem ni . Sebabnya ? hurmm .. Ada yang tak sesuai terutamanya pakaian pelakon perempuan yang over dan ada kat satu babak ketika berkemban tu haa.. Mak aih.. Mana LPF ??? Tidur ke ???

Tu je la.. Apa pon , duit anda , hak anda .. Selamat Menonton ..

9 ulasan:

  1. nyampah la cite2 camni..tak bagus untuk anak2 yg membesar... memang la bila tayang tulis 13sx sg sss..segala tapi bila iklan kat tv..errrkkk...?

    BalasPadam
  2. aarrrr... cerita apakah ini?? tlg la buat citer best2... macam mana nak sapot industri tanah air kalu wat citer hampas cemni... huhuhu

    BalasPadam
  3. terima kasih krn meyakinkan sy untuk tidak tengok citer ni..boleh gak sy topup duit tuk beli susu anak2. Mengajar anak2 untuk tidak takut pada hantu???Gulpppppp....

    BalasPadam
  4. baca tajuk pun dah ada rasa malas nak pergi panggung nak tengok filem ne...kalau ada tayang kat tv baru tengok kot huhuu

    BalasPadam
  5. Skg nie byk citer karut marut...
    http://akuanakpahang.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Tu yang malas nak gi tengok wayang citer melayu nih.. Tak berbaloi bayar mahal2.. Huhu..

    Erks, Bro Ben mohon sahkan ini.. http://pape-jer.blogspot.com/2012/11/ben-ashaari-jr-add-aku.html .. Saya kompius takut ada yang buat fake account & amik kesempatan..

    Terima kasih.

    BalasPadam
  7. hmm leeza tak tgk lagi ni. perlukah pergi tgk? huuu

    BalasPadam
  8. hmm..sangat2 tak berbaloi keluarkan duit tgk wayang ni

    BalasPadam
  9. lebih baik pergi tengok breaking dawn part 2 daripada tgk citer hantu malaysia ni;-p

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.