Aku dan Qhaliff .. Jom usha awek !

 

Jam menunjukkan kul 12.58 tengah malam .. Waktu ni aku rasa , ramai dah tidur kecuali mereka yang nak amik exam esok atau buat assignment sambil layan #RESPONANDA .. 

Apa yang berlaku sebentar nanti adalah sesuatu yang sangat sangat aku meluat sangat .. Tapi ianya menguji kematangan aku bertindak . Hurmm..

Bermula dgn wife yang berkemungkinan tak dapat balik awal , dan aku terpaksa check out sendirian bersama Qhaliff dari hotel ni memandangkan diaorang kata dah penuh ! Penuh tang mana pon pelik gak aku .. huhu .. Tak kisah la.. ORang tak sudi , takkan kita terhegeh hegeh lak kan ?

Aku kena check out jam 12.. Dia tak kasi lebih sbb ramai nak masuk lagi ! Ok , aku blacklist hotel ni dari kamar hati aku .. NO MORE SELESA ! Aku duduk berpuluh hotel dah , dan ini yang pertama kata  gitu ! Grr.. Bukan aku nak sangat tapi sbb Qhaliff ..

Kemudian , aku kena memandu hampir 10km ke AMAN SARI RESIDENT .. Ini tempat aaa .. aku  tak tau langsung selok beloknya dan baru semalam aku lalu .. Tu pun guna GPS. Harapan aku , jangan sesat sampai KL dah laa.. Meraung Qhaliff nanti ..

Kat hotel sana , aku leh check in jam 2 atau 3 petang .. Sementara tu , aku nak buat apa ?? Aku ngan Qhaliff je ni… Hurmm .. Apa yang merisaukan aku ialah stok susu ibu .. Dah takde stok .. Dan ini bermakna .. hurmm.. Kes darurat .. haihhh .. Sian dia ..

Wife , aku jangka akan balik ke bilik jam 5 petang dan mmg naya kat Qhaliff kalau tak tidur n tak nak minum susu formula tu .. Hurmmm .. Serius , aku pening nak pk esok .. Nak tak nak , lalui jer .. Tawakal dan berdoa jer agar dipermudahkan segalanya ..

4 ulasan:

  1. qhalif kena blajar mkn benda lain~
    bubur tuh .

    ok kot.

    BalasPadam
  2. ayoyo...
    camne qhaliff esok ni..

    semoga dipermudahkan segalanya utk esok hari.

    AMIN..

    BalasPadam
  3. eumm, inshaALLAH ade jln keluar lain untuk qhalif mkn..

    http://www.farhanabiella.my/2012/12/photo-contest-be-yourself-by.html

    BalasPadam
  4. mcm mana semalam ? qhalif ok tak minum susu formula dalam keadaan darurat ?

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.