Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 11 Disember 2012

Kawan Qhaliff dah reti berenang !

 

SEPERTI ITIK DALAM AIR...William (kiri) dan Ellenita, ketika berenang di kolam.

WILLIAM meniru kakaknya, Ellenita.

Baru 9 bulan .. Qhaliff 8 bulan .. sama sama tak reti berjalan lagi dan bercakap tapi si kembar dalam gambar di atas ni dah boleh berenang sejauh 25 meter !! Perghhh .. Kalah aku ! Aku satu meter pun lom tentu kecuali tangan berenang kaki di bawah melangkah !

Menurut KOSMO yang aku baca  , bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter.

Hurmmm .. Kalau nak ajar anak berenang terutamanya bayi ni , kena ada sifu yer .. Jangan memandai mandai .. Kang .. haaaa … kangg.. haaaa .. Nyesal tak sudah yer ..

Aku pun nak ajar Qhaliff berenang .. tapi sebelum tu , bapak dia nak belajar dulu .. kang malu lak .. hahahaha..

5 komen :

Eny Abdullah berkata... [Reply to comment]

kalau ikut kajian dan logik, binatang pun tak belajar berenang, tapi diorang tahu berenang bila jatuh dalam sungai, otak terus set mode untuk survive jadi secara automatik mereka membuat pergerakan untuk terapung.. mcm baby, otak mereka masih muda dan mereka tak dpt fikir apa apa melainkan mengikut keadaan yang berlaku ke atas mereka, otak mereka didorong oleh persekitaran. sebab tu bila nak ajar bayi berenang, adalah mudah dari nak ajar org dewasa.. mcm kita bila jatuh dalam otak dh set, habis lah mati lah aku, mmg habis laaa... ada nampak parents chinese di sebuah kelas renang, diorang ajar anak berenang dengan mebiarkan anak lemas beberapa minit, terus diorang dapat berenang sendiri dengan sekali tenggelam..

Mira Adzlia berkata... [Reply to comment]

hebatnya budak tu..sy pun xreti berenang..haha

adza irdawati berkata... [Reply to comment]

mat salleh memang suka main campak2 je anak diorang mandi dan main dalam swiming pool.. sebab sepupu akak kawen dgn husband omputih jugak bila dia main campak2 anak dia dalam swiming pool buatkan jantung akk macam nak luruh je.. tp kata husband sepupu akk tu perkara biasa bg diorang ajar anak2 swiming dlm usia masih baby.. fuhhh memang suspen je tengok..maybe sebab tu hampir semua anak omputih reti berenang kot entahlah.. Akak pon tak sanggup nak main campak2 anak macam tu mau akk pulak yang kena campak dengan abang lepas tu hahahahaha

Scarlett O'Hara berkata... [Reply to comment]

Tak rugi ajar Qhaliff berenang.Dah boleh cari jurulatih untuk Qhaliff berenang tu.

ArELeEz berkata... [Reply to comment]

uiks! dasat! leez pun xreti swimming gak. hu3..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI