Rasa nak berhenti je blogging ni ..

by - Isnin, Disember 10, 2012

 

Ramai sangka mudah blogging lebih lebih lagi bila ada anak ni .. Hurmm .. Patutlah ramai blogger yang punya anak ni mampu update seminggu sekali atau dua tiga hari satu entri .. Huhu ..

Bukan mengeluh tapi serius sukar terutama bila anak dah boleh berlari lari anak dan melompat riang .. Qhaliff ? Dia lom leh berlari mahupun melompat tapi merangkak serupa lipas kudung ! Kalau dapat turun dari rocker dia , zassss.. dah sampai dapur ! Ini ikut perangai sapa pun tak tau laaa ( sambil pandang cermin ) ..

Dan ada yang sangka , duduk rumah urus rumah dan anak ni , satu pekerjaan mudah ! Dan ingat mcm aku ni senang giler laa.. Jaga je anak haaa .. Perghh.. Diorang terlupa pada masa sama aku pun kerja !

Mental kena kuat ! Nak cari idea .. Atau nak settlekan advertorial mengikut dateline serta nak kena buat marketing bagi perkuatkan blog lagi .. Ingat mudah ke ?

Aku rasa cam nak berenti je ‘kerja sendiri ‘ ni … Anak antar kat pengasuh .. Aku g kerja ngan orang je .. Baru tau camana pening kan ? Anak ok ke kat rumah pengasuh tu ? Dah makan ke ? Sihat ke ? Kena dera ke ? Padahal bila anak dijaga orang pasangan sendiri , pandang remeh !

“ Alaaa .. duduk rumah je pun.. Bukan teruk sangat , kan  ? “ .

Cuba suruh pasangan kita yang g kerja tu  jaga anak waktu mereka cuti ..  Baru suruh jaga satu hari , dah tensen !

Hargai ‘suri rumah’ anda !

You May Also Like

17 comments

  1. assalam, fahami apa yang Ben rasakan...harap terus tabah dan sabar menghadapi liku2 kehidupan.

    BalasPadam
  2. suka ayat last [ hargai `suri rumah anda ]mmg penat dan patut dihargai..

    BalasPadam
  3. Suke ngan statement hargai suri rumah tu. lelaki selalunya jarang nak appreciate pengorbanan wife derang. Dah la wife kena keje jugak, keje rumah dan jaga anak pun kena wat jugak. Tak cukup tgn dibuatnya. Lelaki tau nak mengarah jek...

    BalasPadam
  4. Aku suka kenyataan kau Ben ...:) memang sukar jadi surirumah ni ... lagi-lagi dah ada anak yang dok sana-sini sepah dalam umah yang minta perhatian ...

    Kang ..kejap-kejap ... "ABAHHHHH....." ...

    Pastu lak ... "Nakkkk susuuuuuu ..."

    Baru duduk 75 saat kat kusi depan PC ni ... ada permintaan lain lak. ... Adeihh...

    Dekat tengahari je .... telefon lak berbunyi .."Bangg ... ada masak tak? ..." ... gulp ... rumah tak kemas lagi ....hahahhaa...

    Surirumah memang bukan kerja mudah.

    BalasPadam
  5. Saya pernah ambil cuti duduk di rumah, penat sungguh... tak sanggup...

    BalasPadam
  6. ya setuju sngat ..
    hargai suri rumah anda ..

    cekalkan hati ye abg ben..qalief jgn nakal2 tau.. abah dah fenin tu ..hihi

    BalasPadam
  7. terima kasih kerana menghargai surirumah ....mmng takleh nak di ceritakan sbb takde abesnya..dari celik bngn pagi sampailah nak lelap mata...pastu sok pagi sambung balik tugas seharian...mmng sentiasa berdoa di beri kesabaran yg luar biasa...he3..

    BalasPadam
  8. rasa nak nangis boleh!!!.
    thanks ben.. walau ayu niaga. ayu juga suri rumah. urus umai dan mertua...

    lepas tu bersilat di CR. BAGI ubat dan semangat u en zalie..

    thanks hargai kami

    BalasPadam
  9. keje yang tak habis-habis nie 24 jam non stop ialah ' surirumah '....
    Hanya ' surirumah ' yang faham maksud yang tersurat di sebalik tersirat....
    Sokongan pasangan amat penting dalam menjadi ' surirumah '.....

    BalasPadam
  10. Ayat last Abang Ben selalu mantop laa. Sayang Qhaliff jugak :)

    BalasPadam
  11. Saya pun duduk rumah juga..sambil blogging ni..bukan mudah..duduk umah bkan sedap relex santai je..mreka x tak tau di rumah lgi bnyak yang perlu di siapkn..Hanya kita je yang melaluinya akan tahu...susah nk org faham keadaan seorang blogger bila kerja sepenuhnya juga d rumah..:):) sabar je lah.. :)

    BalasPadam
  12. mmg mncabar tpy abg ben x tunjuk pon yg abg ben xbley buat ... cayalahh

    BalasPadam
  13. Duduk rumah lagi banyak kerja... non stop... kerja ngadap komputer ni pun, kira kerja juga... tambah lagi dgn kerja rumah yang melambak2. Teruskan berblogging sbb blog ni dah manthop.... tak macam blog saya yg baru je nak menapak :)

    BalasPadam
  14. tak de pengalaman jaga baby ... so tk berani nk komen lebih2. Apapun, jgn merajuk2 ya incik Ben..teruskan berblogging

    BalasPadam
  15. Rasa trharu sgt baca statemnt abg ben.. Wlaupun penat keje nonstop kt umah, tp saya lagi suka jadi surirumah rasa teramat puas dan hati pun sntiasa tenang.. Alhmdulillah.

    BalasPadam
  16. blogging pun keja jugak kan walaupun keja sendiri? anak adalah anugerah. sabar. :)

    BalasPadam