Siti Nurhaliza nak lelong tudung FAREEDA !

by - Rabu, Disember 05, 2012

 

Disebabkan dia lelong kerana nak bantu pesakit AIDS maka aku pon tolong war warkan .. Mana tau ada pembaca blog aku yang teringin tudung yang dibuat khas untuk Dato Siti Nurhaliza tu haaa .. Mana la tau kan ? Heheh ..

Dipetik dari MSTAR Online ni .. Pinjam sat noo.. Jangan saman lak ..

“ Siti akan melelongkan tudung yang digayakan semasa sidang media yang diadakan pada Rabu bersempena Makan Malam Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt pada 30 Januari depan untuk mengutip dana bagi membantu pesakit HIV/AIDS. “

Menurut artikal tu , Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akan melelong dua pasang tudung miliknya rekaan jenama Fareeda pada malam Persembahan Makan Malam Amal Tahajjud Cinta bagi mengutip dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia.

Tudung yang bakal digayakan pada persembahan itu nanti akan mendapat sentuhan Siti sendiri dari segi rekaan mengikut citarasanya dengan bantuan Fareeda.

Tempahan meja untuk persembahan itu nanti telah pun dibuka dan meja berharga RM35,000 bagi kategori Berlian, RM20,000 kategori Platinum dan RM10,000 kategori Emas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jasmin Jalil di Yayasan AIDS Malaysia menerusi talian 03-4047 4311 atau e-mel jasmin@mac.org.my atau Johary Jalil 03-40474277 atau johary@mac.org.my.

Hasil kutipan daripada persembahan itu nanti akan disalurkan untuk pembangunan program-program pendidikan, pencegahan, rawatan, jagaan dan sokongan bagi membantu golongan penghidap HIV/AIDS di Malaysia termasuk pembinaan sebuah rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak di Kelantan.

Persembahan Makan Malam Amal itu nanti turut mendapat tajaan penuh daripada jenama tudung Fareeda dan Hotel Grand Hyatt.

Apa lagi ! Booking la 8 table ! Satu table leh bagi aku .. hehehe ..

You May Also Like

11 comments

  1. Ramai ler yang berminat nak beli lelongan Siti tu nanti.

    BalasPadam
  2. tengok tv tadi...saya ingat sapa la yang bertudung ni...cantik sangat...perhhh rupanya siti nurhaliza...lawa sesangat bila paki tudung camtu....

    BalasPadam
  3. ayu muka siti ni pakai tudung.semoga diberi hidayah pakai tudung terus. :)

    BalasPadam
  4. pakai buka pakai buka tudung umpama mempersenda hukum Allah swt

    BalasPadam
  5. ct sangattt cantekkan bile pakai tudung gitu!

    BalasPadam
  6. InshaaAllah pasti ramai yang akan membeli tudung siti ni..hehehe..

    comel gila siti nurhaliza pakai tudung..pergh..seb baik dah kawin..

    BalasPadam
  7. kan cantik dan manis kalau tok ti kekal bertudung mcm tu...

    BalasPadam
  8. bagus lah tu (: bole juga buat kutipan derma.

    BalasPadam
  9. Cantiknya bila dia pkai tudung macam tu.

    BalasPadam