Yahya Sulung & Isteri Diarahkan Keluar Rumah

by - Selasa, Disember 11, 2012

 

Siannya .. Bila tengok dia , teringat orang tua aku .. RM800 je pon .. Sekurangnya pihak DBKL hantar la satu wakil untuk periksa keadaan mereka dan kemudian baru buat keputusan samada nak ‘halau’ keluar atau sebaliknya.

Menurut Mstar Online , Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Hurm.. Nasib baik la Persatuan Seniman Malaysia (Seniman),  akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.

Menurut Presiden SENIMAN , Zed,Zaidi ketika dihubungi pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.

Katanya lagi , masalah-masalah begini mereka tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika mereka tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah.

Tak kisah la .. Bagi bantuan secepat mungkin . Dan sejak kebelakangan ni memang aku menyampah dengan DBKL !! Sejak zaman ELYAS OMAR berakhir , DBKL mmg haru biru !!

You May Also Like

11 comments

  1. kesian..dulu , beliau pernah mengembirakan hati kita..bila jadi mcm ni..semua nak ikut law..x kan depa tak pernah terhibur dgn lakonan..at least..aisyehh...

    SENIMAN harus tahu, Datuk Yahya mmg susah dari awal kan.. dari dulu patut selidik..ermm...

    BalasPadam
  2. Jauhnya beza Datuk Yahya & Datuk Lee Chong Wei.. T_T

    BalasPadam
  3. tak berhati perut lah diorang buat macam tu

    BalasPadam
  4. Banyak nostalgia berkerumun di dalam minda teringat lawak Datuk Yahya. Membesar dengan lawak beliau yang menceriakan. Namun, pada akhir waktu beliau bersedih tanpa ada seorang pun yang cuba untuk menceriakannya. Dunia oh dunia, hanya lakonan semata.

    BalasPadam
  5. DENGAN ORNG TUA DIBUAT MCM NI..MMG X PATUT

    BalasPadam
  6. kesian lah, sampai hati dorang nak halau, xda hati perut ke.

    BalasPadam
  7. betul tu...sy pon mmg tak suke sgt dgn DBKL ni. mcm sy, duduk kat wangsa maju and menggunkan LRT utk ke tempat kerja. so sy akn parking kereta kat kwsn LRT tu. Tapi disebabkan ramai pengguna yg berbuat demikian jugak tempat parking kene berebut. silap parking DBKL saman. yg membuatkan sakit hati tu...parking di deretan kedai banyak..TAPI pekedai2 tutup parking tu dgn bubuh pasu bunga, kon yg mcm tepi hgway tu, batu besar2, meja, kusi..mcm2 lagi sbb tak nak kite parking. so bile org awam letak kereta merata DBKL saman. Paham2 lah saman parking DBKL MAHAL ok. rm100 kot kalau tak silap. kalau RM10,20 tu boleh jgk nk gagah kan bayar.Sepatutnya saman dulu pekedai2 yg tutup kotak parking tu. baru betul...diorang boleh suke suke hati tutup kotak parking, kite yg seksa cari parking, dah tu balik keje tgk dapat surat cinta DBKL. huhu..

    BalasPadam
  8. alahai.. takder hati perut betul la DBKL ni.. makin menyampah pulak rasanya..

    BalasPadam
  9. Betul tu.Zaman Elyan Omar, DBKL mcm gah..skg pn gah jugak.gah menyaman org je!

    BalasPadam
  10. ceh... bile bangsa lain sewa rumah tertunggak sampai 3 ribu, takde pulak nak kena halau... Pilih kasih ar... DBKL MEMANG HAMPEH

    BalasPadam