Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 2 Januari 2012

Kita je yang tak sedar sebenarnya !

 

image

Gambar Hiasan

Dulu ..

" Adik .. tidur ... esok nak sekolah.. "


" Ala mak.. nanti la.. nak tengok tv sekejap .. "

Sekarang ..

"Adik ..  tidur .. esok nak sekolah .. "


" Ala mak.. nanti la.. dok main game .. "

 

Dunia berputar ..dan pastinya akan kembali kepada kita semula .. Antara sedar atau tidak saja ...

Baru aku faham apa yang selama ini aku tak faham ..

 

image

Pergh… Bila dah tua ni baru la tau kenapa bapak aku selalu kata ..

“ Tak boleh ! “

Maklumlah , dulu aku rasa semua menda betul ! Bila jatuh cinta , plan nak kawin dah esoknya .. Padahal nak g sekolah pon , mintak duit kat mak ayah lagi ..

Bila bagitau kat orang tua , kena penerajang secukup rasa . Gatal nak menikah , tapi kencing atas tilam lagi ! Camana tu ? Haaa… Tu belum lagi bab sakit .. Mengerang sebut nama mak !

Adakalanya , kita sangka kita ni dah cukup matang untuk lakukan segalanya padahal sebenarnya ada yang kita tak tau langsung atau hanya tau sedikit saja …

Teringat kisah Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidir .. huhu..

Aku pon tak suka gak !

 

Hurm… bila hak rakyat dinafikan , maka ramailah yang memberontak .. Kan ? Hurm..

Aku hanya mampu geleng kepala jer bila melihat video kes di UPSI tu .. Hurm .. Nak salahkan sapa ? Mahasiswa dengan semangat yang membaranya .. Polis pulak buat kerja dia .. Camana tu ? Masing masing punya tanggungjawab tersendiri ..

Serius , aku sendiri pon tak suka .. Mulut aku terkunci bila melihat ‘kesengatan’ berlaku depan mata aku sewaktu aku menjawat jawatan penjawat awam.. Apa yang boleh aku buat ? Berhenti kerja dan menjeritlah sepuas hati !

Kalau nak bersuara , berenti kerja dan berjuanglah menegakkan keadilan ! Kalau tak mampu runtuhkan tugu , jadi kulat pon jadilah ! Jadi kasi cacat tugu tu dari berdiri teguh dan bangga dengan kejahilannya ..

Buat mereka yang nak berjuang itu , cari landasan yang betul .. Memang ada punya ! Gunakan ilmu yang dituntut sejak lahir tu.. Masa inilah kegunaannya.. Nabi Muhammad s.a.w pon berjuang berhabis-habisan untuk menyebarkan syiar Islam .. Bukan sehari dua.. Bertahun-tahun lamanya !

“ Kalau tak dapat tawan dunia , tawanlah benua .. Kalau tak dapat tawan benua , tawanlah negara .. Kalau tak dapat tawan negara , tawanlah negeri.. Kalau tak dapat tawan negeri , tawanlah bandar .. Kalau tak dapat tawan bandar , tawanlah kampung .. Kalau tak dapat tawan kampung , maka tawanlah rumah sendiri .. Kalau rumah sendiri pon tak dapat tawan ,cuba tawan diri sendiri ! Kalau itu pon gagal  , maka  jangan bercita-cita jadi penakluk ! “

Untuk menjadi pemimpin , tewaskan keegoan kita terlebih dahulu.. Jadikan kesabaran sebagai perisai dan ilmu sebagai senjata .. InsyaAllah ..

Apa guna kalau dah kena buang dari IPT ? Sapa nak pandang  kita selepas itu ? Kalau kita anak orang kaya , boleh la.. Kalau asal dari kampung ? Fikir sebelum bertindak . Bertindak guna kewarasan fikiran .

Bila wang menjadi tuhan !

 

image

Perempuan ni dah berkawin.. Umur dia , 15 tahun . Warganegara Afganistan.. Kenapa dia begini ? Keluarga suaminya memaksa dia menjadi pelacur untuk mendapatkan wang !

Selama 5 bulan dia didera dan dipaksa menjadi pelacur oleh keluarga mertuanya .. Apakah punya jenis manusia mcm ni ? Hurm … Sepanjang tempoh tu , dia hanya diberi sedikit minuman dan makanan saja.. Hurm ..

Ketika diselamatkan dari sebuah rumah di wilayah Baghlan minggu lalu, Sahar Gul, 15, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Media semalam melaporkan, Sahar bernasib baik kerana jiran terdengar dia menangis dan mengerang kesakitan di rumah berkenaan.

Menurut polis, keluarga ipar Sahar mencabut kuku dan rambut mangsa, selain menguncinya dalam tandas gelap bilik bawah tanah selama lima bulan.

Untuk menambah seksaan, Sahar juga dicucuh dengan puntung rokok serta mengepit dagingnya dengan playar.Walaupun terlalu lemah, Sahar mampu menceritakan pengalamannya kepada media.

Kata Sahar, antara yang paling kuat mendera ialah ibu mentuanya. “ – HMETRO

 

Hurm… manusia semakin hilang pertimbangan .. Bila memberontak , dikatakan pengkhianat sedangkan yg berlaku adalah sebaliknya. Dunia diambang kehancuran.

Pulau Langkawi .. Apa yang perlu buat dan perlu hati-hati ?

 

Alhamdulillah .. Sampai dah aku ke sarang yg dirindui ! Sejak aku meninggalkannya tahun lepas , inilah kali pertama aku kembali menjejakkan kaki aku ke rumah ini.. Yelah , aku g minggu lepas ( Disember 26 .. yakni 5 hari sebelum masuknya 2012 .. Betul la kan tahun lepas ( 2011 ) dan hari ni dah 2012 ..

Ok.. Nak letak gambar , sahih korang pon dah boring tengok muka aku atau tempat kat Langkawi ni kan ? Jadi aku cerita secara ringkas saja .. Mana tau korang nak g Langkawi lak nanti kan ?

Ni panduan buat mereka yg nak ke Langkawi dengan kereta persendirian dan menaiki feri saja la.. Yang nak naik kapal terbang pon boleh tapi amik part yg tertentu saja…

Bagi mereka yang nak ke Pulau Lagenda ni , biasanya akan menaiki feri melalui dua jeti ni .. Kuala Kedah atau Kuala Perlis .. Jika memandu dari Kuala Lumpur , hala kan kereta anda ke Alor Setar dan seterunya ke destinasi yang ditujui. ( Kuala Kedah atau Kuala Perlis ) dengan berpandukan papan arah yang terletak kat kiri bahu jalan raya. Pandu hati-hati .. Dan tengok sign betul betul ! Untuk ke jeti , akan ada lambang jeti !

Jadual feri .. Bermula 7 pagi hinggalah pukul 7 petang . Tambang pulak  cuma RM18 sehala bagi dewasa dan kanak-kanak cuma RM13. Ada kisah dongeng yang mengatakan naik feri ni berebut la , tolak menolak la… atau yang mengandung bahaya naik feri ! Haa… Camana tu ? Bagi aku , yg berlaku tolak menolak tu akibat dari sikap pengguna sendiri. Takut sangat feri tu nak blah ! Atau takde tempat duduk padahal masing masing ada dah seat sendiri ! Kan kat tiket tu ada nombor.. Jadi duduk ikut nombor masing masing la ..  Rujuk JADUAL DAN HARGA TIKET FERI KE LANGKAWI.

Manakala cerita dongeng perempuan mengandung bahaya naik feri ni, wife aku yang dah nak masuk 7 bulan ,ok jer ?? Takde pon nak rasa mabuk laut malah ketika aku menemuramah dia , dan bertanyakan dia mengenai perasaannya ketika naik feri , dia kata ..

“ Biasa jer .. takde rasa apa- apa pon.. Rasa tak sabar nak shopping ada la .. “

Memang terlalu banyak dongeng rakyat bab feri ni.. Bagi aku , naik feri atau kapal terbang , sama jer .. Baru ni aku guna kapal terbang dari Langkawi ke KLIA , cuaca kurang baik maka jadi keadaan sama seperti di laut bila laut bergelora .. Dan begitu juga jika memandu kereta bila waktu hujan lebat.. Sama la kan ? Haa.. tu la , mengarut je diorang neh !

Parking kereta .. Ada tempat parking berhampiran jeti tu .. JANGAN PARKING kat Masjid Al-Hussain,Kuala Perlis , Perlis .. Kang tak pasal pasal kereta kena ‘gari’ dek orang masjid ! Hehehe..

IMAG1380-1

Ada dua kategori  tempat parking kereta tu.. Yang terbuka dan berbumbung .. Yang berbumbung , dia akan mintak RM15 .. Tapi kalau pandai tawar , RM10 confirm leh dapat punya.. Guna skill

Minggu lepaih kawan saya mai .. Dia kata RM10 jaa .. “

Sebelum nak cakap tu , belajar cakap utara dulu eh .. heh .. Korang bodek jer.. Tapi jangan sampai bergaduh. Tak pasal pasal bergores dan menang lak kereta korang tu nanti..

Kemudian , akan ada agen agen travel kat situ offer pakej pakej menarik untuk aktiviti kat Langkawi nanti. Aku terkena dah ! Dia janji cam ni ..

Bang , saya bagi murah ja.. Biasa RM45 .. ni saya bagi RM35 .. Siap nanti depa mai amik dan ada makan lagi ..  Sebelum nak confirm date nak p island hopping tu ,  akak yang uruskan tu akan call abang ..“

Part RM35 tu betui dah.. Tapi depa mai amik dan ada makan lagi tu , mmg janji manismu saja ! Hampeh !! Akak yang nak call tu ? Lagi sampah ! Korang lak kena call dia ! Nak tunggu dia call ? Aku rasa Tugu Helang kat Dataran Langkawi tu bertukar menjadi Autobots pon lom tentu dia call punya !

Jadi aku rasa , kalau ada kawan kat Langkawi tu , lebih baik tanya dia dulu.. Atau g carik kat dalam Pulau Langkawi nanti. Confirm lagi ok sbb banyak persaingan.. Memang boleh dapat murah punya..

Abis bab tu.. skang kita ke dalam feri pulak ..

IMAG1326

Ada nampak sapa sapa berdiri tak ? Ingat naik feri  macam naik bas mini nun zaman 90an tu ke ?? Takde makna ok ! Masing masing ada tempat duduk sendiri..

Ok.. perjalanan mengambil masa dalam 45 minit untuk sampai ke Jeti Langkawi. Dalam tu , korang leh layan dvd yang dipasang oleh pilot atau usha awek yang datang ngan kawan kawan dia .. Jangan usha bini orang lak ! Kang ada yang berenang ke Langkawi lak .. Haaa.. Yang perempuan , leh la mengait dalam tu.. Atau layan makcik kat sebelah dia berborak.. Mana la tau makcik tu ada anak teruna.. Untung untung dapat laki angkasawan ! Sapa tau kan ?

Ok.. kat Langkawi lak.. sambung nanti eh..  Panjang sangat dah ni.. kang korang  ingat aku buat dokumentari lak .. huhu..

CERITA ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI.

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI