Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 3 Januari 2012

Anda dibenci di dunia maya ? Mudah jer ..

 

Hahaha .. Ada sorang insan ni pernah cakap kat aku.. Dia kata ,

 

“ Tahu tak berapa ramai tak suka ( benci) kat aku ni ??? “.

 

Tertanya gak aku.. Kenapa tak bagitau aku berapa ramai yang suka kat aku ni ? Nape nampak yang benci jer ?

 

Aku tersenyum je la .. Yelah , kalau dia tinggal kat Cheras , maka dunia dia kat Cheras je la kan ? Kalau dia keluar dari Cheras tu , mungkin gak la ..  Atau paling mudah , berapa ramai suka kat NAJIB TUN RAZAK dan berapa ramai pulak benci kat NIK AZIZ  ?

 

Takkan la setiap perkara kita nak buat laporan kat blog kan ?

 

“ Oh , ada orang suka kat aku… Oh , ada orang benci kat aku .. “

 

Ianya lumrah la kan .. Kembali melihat sejarah ketamadunan manusia .. Buka mata sebelum lemparkan fakta .. Takde manusia yang disukai 100% !!

 

Ada pertanyaan pada aku , camana aku kuatkan mental bila diserang dek ‘virus-virus ‘ tu ? Mudah jer .. Aku belek blog aku .. Takde isu berkaitan agama .. Takde isu melanggar undang-undang .. Takde isu mengaibkan orang .. Kalau ada pon , mungkin terlepas pandang dan aku delete entri tu selepas ditegur .. Mudah je kan ? Amik sikap matang .. Kalau ada kebenarannya , kita terima ..

 

Bagaimana pula blog blog personal yang takde kaitan dengan orang lain tapi dihentam ? Mudah saja .. Anggap mereka ‘lalat’ yang datang menghurung makanan yang sedap.. Kalau tak sedap , takkan diorang nak datang kan ? Kalau lalat yang hurung najis tu camana ? Hahahaha… Tu korang fikir sendiri kenapa dia mai lepak kat situ  .. hahaha ..

 

Dan terbaru , Chef Wan tak jadi nak tutup FACEBOOK dia .. kenapa ? Peminat dia tak benarkan dan dia amik sikap  ,

"Apabila difikirkan kembali saya tidak perlu melayan golongan yang cuba memburuk-burukkan saya di Facebook kerana apa yang penting masih ramai peminat yang sentiasa berdiri di belakang saya," . – Mstar

 

Mudah bukan ? Kenapa nak amik kisah kata-kata mereka ? Selagi mereka tak mengaibkan kita  , kita biarkan jer.. Tapi bila dah mengaibkan , maka GUNAKAN SALURAN UNDANG-UNDANG ..

 

Ala.. Malaysia ni kecik jer .. Kalau duk luar negara tu , diorang takde masa nak kacau kita .. Baik g shopping dari dok jadi lalat taik kat blog orang , kan ?

Apakah dalam filem saja mereka mampu tewaskan ISLAM ?

 

Dalam sedar tak sedar , kita menonton filem mahupun drama tak kira tempatan mahupun luar negara , terselit babak yang ada kaitan dengan ISLAM .. Ada yang perasan , lalu geleng kepala lantas terus menutup tv .. Ada yang terus melayan dan berkata dalam hati..

“ Sekadar hiburan  .. “

Paling tidak pon , tumpang ketawa sekali ! Haa.. Camana tu ? Dan jangan sampai ada yang berkata ..

“ Ya tak ya jugak kan ? “ …. TERPENGARUH !

 

Ada satu filem kelas B Hollywood yang aku download baru-baru ni dan aku tonton. Cerita zombies . Heh.. Di saat babak akhir tu , membuatkan aku tersenyum ..

image

Diorang tangkap zombie-zombie tu pastu antar kat IRAN ! Haa.. kira suruh makan orang orang kat Iran tu laa.. Hahaha.. Dasat tak ? Haaa..

image

Tu antaranya .. Kalau tengok filem filem aksi .. Bila yang jadi pengganas , mesti ada dua jer .. Rusia atau Islam ! Diorang je baik , kan ? Hahaha .. Kalau diorang jadi jahat pon , mesti last-last akan kata ..

Semua ini demi negara ! “

Boleh gitu ? Adeh..

Tu yang ganas .. Yang tahyul lak sehingga ada yang fanatik nak jadi vampire tu camana ? Atau nak jadi superhero ?

Heheh… dalam diam mereka  tewaskan kita kan ? Dan kita pulak terikut pemikiran mereka tanpa disedari .. Sebab tu ramai yang ‘tewas’ bila mencecah umur 13 tahun ..

Kenapa ? Dah matang kata mereka ..

Ops .. seperkara lagi .. Hehe.. Sebelum layan lagu hindustan tu , carilah dulu maksud lagu lagu mereka tu.. Jangan bantai menyanyi jer !

Hanya kesabaran serta pengalaman membantu kita di saat terdesak !

 

image

Tangan anda tersepit dicelah batu ..

image

Lokasi anda pulak …

image

Hurm…

image

Nampak celah celah lorong gurun ni ?  Keseorangan dan bekalan air dan makanan yang amat terhad..

image

Yup .. dari filem 127 yang benar benar membuatkan kita kembali terfikir betapa untungnya kita sekarang ini .. Selesa .. Rileks.. Buktinya ? Tuuu.. koran dok baca blog ni… Mesti dok rileks je kan ? Kalau tak , confirm duk mintak sedekah atau kat tengah laut , menangkap ikan kan ?

Bersyukurlah kita … Jangan asyik dok mengeluh jer ! Kalau tak puashati , maka usahalah .. Cari jalan keluar.. Rezeki takkan datang bergolek .. Kena gerakkan apa yang Allah dah beri kat kita tu haa.. Tulang 4 kerat dan akal yang ada !

Bagi yang dah tengok filem ni , tau la kan kesudahannya .. Bagi yang belum , cuba korang fikir apa kesudahannya ?? Sanggup ke potong lengan awak tu ?

Babak dalam filem 3 IDIOTS yang pastu buat anda terkedu !

 

 

image

Dalam babak terakhir ni , aku pasti ramai yg terkedu melihat keindahan tempat ni kan ? SubhanAllah.. Cantik gila !

image

Ada yang anggap tempat ni sekadar rekaan jer .. Satu ilusi jer .. Hehe.. Apa guna internet kan ? Maka aku pon google .. Dan dapat jawapannya ..

Tempat ni nama dia Ladakh , India .. Manakala tasik ni lak namanya , Pangong Tso Lake .. Ini tasik air masin yer .. hehe…

 

image

“ Pangong Tso is a salt water lake which is accessible only in summers. Lying at an altitude of 14,300 feet above sea level, this 134 km lake lies 40 per cent in India and the rest in China. “ – TravelBlog

 

image

image

Amacam ? Ada sapa sapa nak berubah angin bercuti pada tahun ni ? Hehehe …  Akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu !!!

Best ke citer 3 IDIOTS ni  ? Ni gara-gara si Ujang la.. dia yang suruh aku tengok dan aku kembali terjebak dengan filem hindustan !

Betul ! Tak mudah tapi berbaloi !

 

“ Gila ? Buat blog dapat duit ??? Hahaha .. hampehh ! Omputih boleh la.. Tak pun diorang buat bisnis dalam blog tu , baru leh dapat duit ! “

 

Aku pon tak caya gak dulu .. Tapi tak guna tak percaya kalau tak cuba dulu kan ? Maka , 2 tahun lepas .. aku mula buat blog dan hari ni , aku tak sambung kontrak dengan kementerian kerana aku enjoy dengan apa yang aku buat !

Apa yang aku dapat dari blog , lebih dari aku dapat kat sana .. Dan paling penting ialah , aku minat bidang ini ! Tensen tensen aku pon , inilah pilihan aku ..

Berapa ramai yang berjaya setelah bekerja sendiri ? Walaupun ramai kecundang , ianya tidak akan mematahkan semangat aku . Aku hanya perlu kerja keras dan berdoa.

Tak susah sebenarnya .. Bayangkan .. Aku ini cuma manusia biasa yang takde sebarang ‘bintang ‘ atau status pon tapi korang kenal aku dan baca tulisan aku. Bukankah itu satu pencapaian ??

Ramai takut untuk melepaskan tongkat sedangkan dia dah mampu berlari ! Mereka lebih rela berjalan menggunakan tongkat seumur hidup kerana takutkan masa depan !

Yup .. itulah semangat yang aku dapat dari filem 3 IDIOTS ! Rezeki Allah ni luas ! Cari dan gali … insyaAllah .. Hanya pemalas saja duduk dan ngangakan mulut … Harapkan burger jatuh dari langit !

Tugasku bermula ..

Check-up lagi .. Pergh.. walaupun dah bermula tugas aku sbg full time blogger , bangun awal pagi dah semestinya ..


Tetap wat keje gak ... Malah double lagi dr keje kat opis .. adus .. Minggu ni , ada satu projek dah utk aku .. hehe ..


InsyaAllah .. keje lagi keras .. Sendiri bos , sendiri kuli ..


Published with Blogger-droid v2.0.2
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI