Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 4 Januari 2012

“ Blog lu cam sampah ! “

 

Hahahaha… kaw kaw punya dia kutuk ! Korang penah kena tak ? Macam macam dilemparkan kat blog korang mahupun korang sendiri ! Pergh.. tensen kan ? Tensen siut !!

Tiba-tiba satu hari dia diam .. Eh , pelik jugak kan ? Kenapa diam tetiba je ni ?? Hurm.. Dasat… Rindu pulak kat setiap kata kata dia tu.. Hurmm..  Mana dia menghilang ?

Fiki-fikir punya fikir .. Takde jugak dapat jawapan .. Hurm.. Dia dah bosan kot ? Mungkin laaa… Atau dia punya internet dah kena potong ? Atau komputer dia rosak ? Atau ada orang masuk minang dia ? Paling tidak , dah kena hambat dek polis ??

Terlupa !! Hari ni  rupanya sekolah dah bermula ! Takkan tak tau kot yang ramai jaguh dunia maya ni terdiri mereka yang masih belajar ? Tu tak termasuk lagi yang kat ipt lagi ! Exam ari ni wooo .. hehehe..

Patut dunia blog rasa sepi jer .. hehehe …

Blog yang betul-betul baru … #1

 

image

Haaa.. Chopp !! Aku no 1 .. hehehe … Tak sangka lak aku no 1 yang follow blog dia .. Ok gak blog dia.. Baru nak panas la tu .. Nanti dah panas , mmg ‘terbaboooomm’ arrr…

Ini bukan kali pertama la yang aku jadi follower no 1 .. Byk kali dah .. cuma yg membuatkan aku terharu ialah , mereka baru buat blog dan follow blog aku ! Wow ! Tak sangka betul kan ? Camana diorang leh tau blog aku eh ?? Oh, 2 tahun rupanya aku dah berblogging ! huhu.. Semakin tua dah blog aku ni .. Hurmm

OK .. tamo buang masa korang .. Jom kita meriahkan ruangan follower dia tu ..

http://lightacigarfreakout.blogspot.com/

Kenapa org lain senantiasa bernasib baik tapi aku tak ??

Perhatikan matahari .. Munculnya bukan 24 jam .. Munculnya , bukan semua tahu menghargainya .. Munculnya , bulan juga menjadi pujaan .. Kerananya juga pelangi menjadi cantik ...


Tapi bukan semua nampak apa yg kita nampak .. Begitu juga dengan nasib kita.. Hanya Allah Maha Mengetahui ..  bersyukurlah.. Kalau nk lebih , berusahalah ! Mengeluh tanpa meminta , tk berbaloi.. Nak sangat mengadu nasib ? Mengadu padaNya .. Pahala pon dpt ..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Berjuta-juta penonton di depan tv3 menjelang Maghrib !

 

Kalau kat TV3 , dari jam 7-8 malam .. citer apa gamaknya yer ? Kalau zaman aku kecik dulu , confirm cerita cina ! Ingat lagi , si Fei Mau tu .. Tu pon ramai gak melekat !

Skang ni drama-drama yang pastinya hebat ! Cam baru-baru ni , episod akhir Tentang Dhia berjaya mengumpul 3 juta penonton . Haa.. Satu kebanggaan buat mereka wooo ! Bangga dapat kumpul 3 juta waktu tu.. Perghh …

Menurut Pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Puan Hadzelynda Khairuddin, “Sejak mula bersiaran pada 9 November 2011 hinggalah ke episod terakhir pada hari Khamis lalu, drama bersiri 30-episod ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kaca televisyen dengan purata 2.5 juta setiap episod. “ – Gua.com.my

Dan terbaru , Gemersik Kalbu .. Amacam ? Ada sapa sapa lagi nak bersantai waktu tu  menonton bersama keluarga sambil makan pop-corn ? Pastu akan terus menyatukan keluarga kita punya arr.. Yelah , sama sama tolong lap airmata punyer..

Aku pelik .. Kenapa bila malam , cerita semua sangatlah mengarut ?? Kenapa jam 7 malam tu , baru buat yang best ? Nape tak  kul 9 malam ? Why ? Why ? Kenapa waktu umat Islam sepatutnya mendirikan solat berjemaah tu laaa disogoknya hiburan gitu ?

Kalau nak kata cerita tu ada faedah , kan bagus sekali tayang waktu yang aku kata tadi.. Kul 9 malam keatas .. Pe susahnya ??? Iskh.. Tak paham betul aku.. Ops.. ada menda yang kita tak faham , dan takkan faham selamanya .. Haish..

Entahlah .. Agaknya , mereka nak kumpul teman akhirat kelak kot ? Sapa nak join ??

 

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.”

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

- Rakanmasjid.com

 

Pesanan untuk aku jugak yang selalu leka dan lalai .. Astagfirullah al’azim…

OneHotel Helang , Langkawi .. ok ke ?

 

Ok.. sambung pasal Langkawi tu ..  Sebenarnya ada kawan di FB bagi info yang amat mengejutkan aku dan aku amat-amat terkilan mengenainya.. Mengenai kereta sewa. Serius .. Bukan pasal harga tapi pasal minyak ! Tangki minyak ! Tu je aku boleh kata ..

Sewaktu di Langkawi hari tu , hotel tempat aku menginap tu berhampiran lapangan terbang. View dia pun mmg  leh nampak kawasan lapangan terbang tu .. Dan aku sukakannya ! Boring je kalau asik nampak laut kan ? Hehe..

IMAG1348

Bilik dia camana pulak ?

IMAG1329

Hurm.. Boleh tahan besar ! Dengan harga RM200++ , bilik ini mmg berbaloi sama sekali ! Mungkin sbb lokasinya yang jauh dari pekan Kuah dan pantai Chenang , menyebabkan harganya agak murah ?

Layanan di kaunter penyamput tetamu , mmg tip top ! Tak de masalah !

image

Kolam renangnya .. Tak berjaya menarik aku untuk g bermain air kat situ sama sekali ! Dalam erti kata lain , kalau korang nak bermain air , lupakan saja.. kalau nak berenang , ok sangat ! heheh..

Gym ? Aku rasa masa aku g tu , baru nak buat renovation. Peralatan , totally out ! Kecewa aku .. Maka bela lemak je la kat situ..

image

Ruang legar hotel , mmg berjaya menawan hati aku ! Cantik ! Suka ! Moden gitu !

image

Kat sana , aku tak try lunch atau dinner.. Bagi aku , kalau breakfast dah menarik , confirm lunch atau dinner lagi best ! Malangnya , breakfast , sekadar ala ala hotel biasa .. Seolah tak sesuai dengan ciri-ciri hotel tu yang nampak elegan ! Kena kasi best skit ! Tapi nak buat camana kan ? Sesuai dengan harga kata orang ! Hehe.. Nak sedap , g hotel lagi mahal ! Kan kan ? Aku sekadar bagi pendapat jer.. eheh..

Dan apakah yang kurangnya kat hotel ni ? Satu part ni jer aku rasa cam kurang menarik !

IMAG1346

IMAG1379

Bagi aku , pinggan mangkuk selepas digunakan oleh guest , perlulah segera dikutip. Ada yang sampai lebih 24 jam kat situ ! Takkan aku nak wat fitnah lak kan ? Ni komen ikhlas dari aku apa ? Bukannya ada pihak bayar aku untuk menjatuhkan hotel ni.. Ni je yang negatif part je .. Loh.. Ikhlas nih !!

Heh.. Maaf yer .. Selain dari tu , hotel ni takde masalah ! Aku rasa kalau datang Langkawi sekali lagi , hotel ni tetap jadi pilihan aku ( kalau diorang tak blacklist aku la ) .. Tapi kena guna kereta untuk bergerak la .. Hehehe.. Jauh dari pekan.. Tapi aku tak kisah .. Best pe ? Leh lepak kat tepi jalan raya dan amik pic kapal terbang naik turun atas kepala gitu jer ! Cantik wooo !!

Untuk tempahan , sila klik SINI ..

Akhirnya syaitan ada kawan baru !

 

Cemburu ada dua jenis.. Cemburukan yang membawa kepada kemajuan diri dan satu lagi , cemburu yang menghancurkan diri sendiri !

Tak dinafikan di zaman ini , manusia lebih mudah cemburu dari berbangga terhadap pencapaian orang lain . Cemburu ibarat makanan rutin harian , sekarang ini . Walaupun mulut senantiasa melafazkan zikir dan selawat , namun masih ada yang gagal melawan serangan syaitan ini.

Ya , cemburu itu sebahagian dari manusia. Tapi ada cara membendungnya.. Tu boleh dirujuk pada entri rakan blogger yang bertajuk Cara Melawan Hawa Nafsu ..

Ada satu kes berlaku ( banyak lagi tapi ‘terselamat’ ) di Johor Bahru .. Gara-gara cemburu , maka dia sendiri ikut sama ‘rugi’ ..

 

Padah keluar dengan isteri kenalan baik, seorang lelaki maut dibelasah dan ditikam suami kepada wanita terbabit menggunakan objek tajam di sebuah pasar raya di Plentong di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Sarmin Arsad, 40, dikatakan baru selesai membeli-belah bersama wanita berusia lingkungan 30-an terbabit.

Difahamkan, suspek yang terserempak dengan isterinya bersama Sarmin di perkarangan tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan terkejut melihat gelagat dan aksi mereka ketika berjalan bersama.

Suspek yang berang menyaksikan perkara itu terus menyerang mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum nekad menyerang serta menikam Sarmin.” – Hmetro

Haa… Yang cari pasal , mati dan yang menikam tu pulak ditahan polis tidak lama kemudian . Motif sebenarnya , polis belum tahu lagi .. Aku bukan buat andaian tapi kalau gini biasanya , lelaki akan bertindak terburu-buru dan akhirnya menyesal.. Ada yang tak menyesal ke ? Puashati ?

Apa jadi pada perempuan tu ?

 

IKLAN OLEH  - Asteriskboutique.com

 

AC102AC108

Diperbuat dari kain Silky Cotton dan dihiasi dengan ropol di sebelah bahagian dari depan hingga ke belakang tudung, awningnya dari fabrik Velvet Corduroy.

Sale Price hingga 15 Januari ni cuma RM52 sahaja, murah dari harga pasaran.. Hanya di http://www.asteriskboutique.com/

Akhirnya , aku gagal kawal perasaan !

 

Menangis tengok hindustan ?? Pergh.. ni bukan kali pertama .. Dalam hati ada taman ? Semua manusia ada taman dalam hatinya. Cuma samada taman tu dah kering atau senantiasa basah . Dan aku , biarlah basah kerana basah itulah menyelamatkan aku dari menjadi tidak berperikemanusiaan walaupun orang akan kata kita LEMBIK !

Saja mengimbau kenangan lama … Dan lama gak tak kuar airmata.. hahaha.. Antara babak yang menyebabkan aku kena smackdown ngan wife aku malam tadi ! Kul 1 pagi okeh ! Muahahha ..

Dari filem Kabhi Kushi Kabhi Ghum.

 

image

image

Mungkin akan ada kata .. “ Eeee.. geli arrr .. “ . Tapi bagi aku filem ni mudah jer .. Mengenai kekeluargaan.. Talian kekeluargaan amat penting dalam hidup kita . Yelah , ada yang pandang remeh bila dah ada kekasih atau keluarganya sendiri sampai mengenepikan mak bapak dia yang membesarkan dia selama ini ..

Walaupun sekadar filem , aku tetap terasa sayu bila mengenangkan orang tua aku yang banyak berkorban utk anak-anaknya walaupun masing masing dah punya keluarga sendiri ! Orang tua aku tetap berleter kalau aku depan mata , dan aku tersenyum je .. Aku tetap anak kecil mereka sampai bila bila !

Hurm.. cam biasa , hindustan tetap hindustan.. Sekadar perkongsian. Tak nak tengok , lagi bagus.. kan kan ? Aku pon tak syorkan suruh tengok .. hehe ..

My Agro Hypermart : Masa untuk berjimat-cermat !

 

Berita baik buat mereka yang nak berjimat cermat di zaman yang ini ! Hehe … Ini termasuk bini aku gak laa .. Korang pernah dengan My Agro Hypermat ni ??? Kalau tak pernah dengar , maka inilah masanya ..  Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut ! 

 

Bertempat di Malaysia Exposition Park Serdang, 43400 Seri Kembangan, Malaysia , My Agro HypeMart  secara dirasmikan pada 8hb Januari 2012 .

 

Berserta dengan itu satu Karnival Industri Asas Tani 2012 juga  akan diadakan .. Kat bawah ni , jadual dia la …

Tapi sebelum itu , mesti korang nak tau apa yang menariknya  menanti korang kat sana  nanti ?? Haaa…

tv

  1. 20% diskaun untuk produk SME ( Produk  IKS )
  2. Lucky Draw. Hadiah  : Iphone 4s, 40” TV & Ipad 2
  3. Kemunculan Upin dan Ipin
  4. Pelbagai pertandingan mini ..
  5. Pertandingan Karaoke

 

Jom tengok jadual penuhnya .. Tengok betul-betul ! Banyak ni aktivitinya !!

image

image

image

upin

 

 

Haaa…. Amacam ? Macam macam ada !!!  Dan buat mereka nak nak masuk pertandingan karaoke , print dan isi borang  ni. Bawak borang ni ke sana nanti pastu menyanyilaaahhh .. Untung untung menang kan ? Heheh ..

 

karaoke

 

Borang untuk masuk pertandingan Karaoke ! Klik je gambar bawah ni untuk besarkan lagi paparannya.

 

image

Haa… tertanya-tanya kat mana kan walaupun aku dah bagi alamatnya kat atas tu kan ? Hehe.. Bagi mereka yang biasa kat area Sri Kembangan ni , nak cari MAEPS ni tak susah … Bagi yang tak biasa ,  g ke arah UPM .. Nanti jumpa la signboard MAEPS ni.. Ikut je arahannya.. confirm jumpa ! 

Kalau tak faham gak , klik SINI untuk join page mereka dan bertanyakan apa yang korang tak faham atau nak tanya macam macam lagi la… ok ?

Sekali lagi , alamatnya ialah di Malaysia Exposition Park Serdang, 43400 Seri Kembangan, Malaysia

Jumpa korang kat sana nanti eh !! Kasi war-war sama adik beradik eh !

 

 

image

“ Eh , kau tau nama aku tak ? “

 

 

Wah.. Esok  hari pertama persekolahan bagi sesetengah negeri termasuk di Kuala Lumpur ini .. Hurm… Kenangan persekolahan kembali di benak aku .. Dan pastinya darjah satu menjadi igauan sesetengah pelajar dan aku , pastinya ada kenangan tersendiri !

Gugup ! Itulah aku dari dulu hingga sekarang .. Sekarang ni tak dah sangat kecuali bila berdepan seseorang yg mmg buat aku jadi segan terutama perempuan .. Heheh.. Ai segan Uu..

Kenangan yang paling aku tak boleh lupakan ialah .. Aku tanya kat budak sebelah aku , nama aku sendiri ! Camana nak tulis nama aku ! Adehhh ..

Nasib baik aku cepat teringat .. Mak aku tulis nama aku kat beg sekolah . Jadi aku tiru dari situ je .. Hehehe.. Sejak  tu , mmg aku amik berat tentang butir peribadi aku termasuk alamat rumah ! Bayangkan aku pernah sesat di Petaling Street sewaktu umur 8 tahun dan aku balik sendiri naik teksi ! Muhaha.. Mak aku masa tu dah meraung tak tentu arah dah bila tengok ayah aku balik seorang diri ! Aku , cool jer .. hahaha .. Salah aku sebenarnya .. Aku leka tengok permainan masa tu dan tertinggal ayah aku.. Masa tu jalan , aku tak suka pegang tangan ! Dah besar konon !

OK .. lari tajuk lak.. Kenangan kedua yg aku takkan lupa sampai bila bila .. Mak aku menunggu aku di bawah pohon pokok besar dengan bekalan makanan ! Huhuh.. Sedih je aku tengok .. Yelah , panas tu.. Dia dok kesat peluh je .. Aku ngintai dari jauh .

Sejak tu , aku tak nak mak aku datang sekolah dah kecuali untuk bayar yuran. Aku suruh diorang datang sendiri sbb aku tak nak pegang duit yg besar jumlahnya. Aku takut hilang .. Bukan senang nak cari duit ! huhuh..

Kenangan tu aku takkan lupa . Dan tadi aku g ziarah mereka . Last aku g ziarah sebelum g Langkawi ari tu .. Hurm.. esok mereka kembali bz !

Apakah kau ini seorang ayah ?

 

Bayangkan seorang ayah yang sempurna hidupnya.. Cukup sifat.. Bila berkata-kata , tewas ahli politik tapi sebenarnya seorang sampah !

Kenapa aku kata gitu ? Bayangkan , nafkah untuk keluarganya hanya setin susu setiap bulan ! Jangan mimpi nak bagi duit pada isterinya . Nak ? Cari sendiri !

Tapi untuk keluarganya sendiri , dilebihkan pulak ! Bukannya dia anak sulung !  Dimana keadilannya  ? Memang benar , anak lelaki jangan pinggirkan ibu bapanya tapi kalau sampai isterinya terpaksa bersusah payah membesarkan anaka-anaknya sedangkan suaminya pulak sibuk besarkan anak buahnya , camana tu ?

Hurm .. kecewa sungguh bila bersuamikan lelaki macam  tu ! Lagi mengecewakan , bila anak sulung nak sekolah .. Hanya dibelikan kasut saja. Dari yuran hingga ke pakaian , semua ibunya yang uruskan termasuk hari pertama nak ke sekolah dan dia , sebagai suami .. sibuk tidur kat rumah mak dia !

Aku bukan mengumpat tapi fikirkan semula bila mencari calon suami terutama yang manis mulut di bibir !

Hurm .. kecewa sungguh .. Aku dimaklumkan , baru-baru ini ayahnya korek tabung anaknya sendiri untuk belikan susu .. Duitnya sendiri , disimpan !

Sapakah dia ? Biarlah Allah saja yang tahu .. Ambik iktibar dari entri ini. Jangan masa sedap je , tabur segalanya .. Bila dah dapat madu ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI