Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 10 Januari 2012

Utamakan keluarga ..

 

Patutnya malam ni aku ada screening filem Bujang Telajak kat GSC , The Gardens tapi aku tak pergi. Kenapa lak aku tak pergi ? Hehe.. Alasan aku yg paling kuat dan kukuh , keluarga ..

Aku tinggal berdua ngan wife jer. Dia pon dah sarat mengandung. Untuk aku tinggalkan dia sorang sorang kat rumah , mmg tak patut. Dan kalau nak bawak dia g umah mak aku lak , kesian la pulak. Kenapa ? Mesti lewat malam aku balik punya sebab show start pon kul 8 lebih dan jangka abis hampir 10 atau lebih sedikit. Pastu mesti ada bla bla bla sekejap punya kan  Tup tup .. dekat kul 11 .. Tu baru nak balik .. Itu baru nak balik ke Cheras dan bukannya Putrajaya.

Alasan kedua , nak beli barang dapur kat pasar tani. Skang ni wife rajin nak masak balik lepas dengar cerita dari abang dia mengenai makan kat luar ni .. Hehe.. ngeri siut ..

Dan alasan ketiga , tentulah nak lepak ngan dia dan berbicara mengenai hari ini sedikit sebanyak walaupun mata aku kat laptop.. hehe.. Apa nak buat , keje sendiri … Selagi tak stabil selagi tu kena kerja keras ..

Wife pon lately ada dok komplen pening kepala .. Jadi , malam ni aku pon tak g gym untuk temankan dia .. Yelah , bukan satu nyawa wooo.. Dua nyawa tuu.. Kena la jagakan ..

Bukan tunjuk baik pon aku ni cuma kita kena pk mana yg patut diutamakan . Ada yg utamakan kawan dari keluarga ! Ada yg utamakan kekasih dari keluarga ! Maka kena bijak la berfikir dan paling penting , jangan pentingkan diri sendiri !

Esok , projek lain lak .. InsyAllah ..

Aaron Aziz masuk hospital gara-gara stunt ..

 

image

"Bagaimanapun, Aaron mahu memberikan lebih impak, di mana dia memutuskan untuk berlari dan menghempaskan diri ke arah kereta yang sedang bergerak. Semuanya dalam keadaan baik ketika di lokasi dan saya terkejut apabila diberitahu Aaron ditahan di hospital selepas selesai penggambaran itu.

"Namun, saya bersyukur ia bukan kecederaan serius kerana Aaron sudah keluar dari hospital dan kembali ke lokasi pada hari ini," kata pengarah KL GANGSTER 2.. – Mstar

 

Haaaa… terngaga ? Abiss laa hero pujaan Malaya nih ! Hahaha.. Apa kes ni ??? Takkan berlakon sampai gitu sekali ? Heheh.. Rileks laaa.. Ni mesti .. jeng jeng jeng .. kasi kontroversi dulu .. Mesti ramai nak tau babak mana kan ? Confirm pakat pecah panggung punya .. heheh..

Biasa dah cara diorang buat kerja … Hahaha.. Film lom siap , kasi gebang awal awal .. Tak caya ? Tuuuu filem Ombak Rindu tuu.. Awal awal Aaron bagitau dia banyak nangis dalam tu.. Dan banyak lagi gebang diorang sebelum keluar film tu.. Bila keluar , berduyun g panggung .. Bijak kan ? Ni namanya strategi perniagaan..

OK la tu.. tak main kotor tapi main cara bijak… Heheh.. Gud gud ! Aku lama dah guna dalam blog .. hehe ..

Blogger lelaki harapan negara 2013 /2

 

 

image

Apakah beliau layak dikategorikan blogger lelaki harapan negara dengan penulisan blognya berinfomasi ? Korang saja menilainya !!

http://hafizhafizol.blogspot.com/

Hakikat sebuah kenyataan ..

 

image

Kalau berlakon , mesti bawak watak DATUK atau TAN SRI dan ternyata dah dapat pon DATUK !

Kalau diperhatikan  pelakon-pelakon di Malaysia ni , kebanyakkannya watak mereka seolah-olah sesuai dengan mereka .. kan ? Muka ganas , pengoda , jiwang  !

image

Awie , sebagai contohnya la kan .. Banyak gak filem dia jadi samseng atau ada babak gaduh kan ? Kat dunia luar orang kata dia samseng .. Haa.. Aku tak pasti la pulak.. Lom dapat title lagi secara sah kan bro ? Hehe..

 

image

Fasha Sandha .. Haa.. Dalam drama mahupun filem , watak pengoda gitu .. Kat luar ?? Korang pon sedia maklum kan ?

Camana pulak dengan watak kat bawah ni ??

image

Hehehe… kat luar  ?? Takkan kot ??? Tak kan ? Tak punyaa .. Tak baek wooo kata gitu.. Dosa .. Tapi tu la.. pengarah biasa bagi watak yang sesuai dengan jiwa mereka .. Apakah sesuai ???

Kita sama sama fikirkan nasib mereka … Eh , tak payah laa.. Biar je mereka fikir sendiri ..

Filem kita , wajah kita ..

Syarat utk meminang anak dara dan teruna ..

Sayur apakah itu ??  Ikan apakah itu ? Bagaimanakah nak kenal jantina sayur atau ikan ?


Ok.. tang jantina sayur tu mengarut la kan .. hehe Persoalannya , berapa ramai yg mampu kenal sayur dan ikan ni ?

Pe kata , kena buat ujian bertulis buat bakal bakal menantu ? Yelah, tang agama tu wajib .. Suami pon wajib bantu isterinya di dapur atau g pasar !


Saling bantu membantu la kan ? Tkda la kes sblm kawin , tunjuk rajin .. Dah kawen , bapak pemalas !


Perempuan lak , test masak kt dapur ! Hahaha..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tilam 'si kecil' ..

Warna pink ?? No ! no ! no !  Warna biru sbb peveret ayah dia .. Hah ??? Ayah sudah aku ...


Ayahanda ? Daddy  Dorres? Papagomo ? Abuya ? Baba blackship ?


Nak bahasakan  apa eh aku nanti ?  En.Ben ? Ngada la tuu ..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Biodata BEN ASHAARI | Awal Ashaari buta warna

 

Fuiyooo .. ada orang cari tuuu .. Jangan ta tauuu woo … Mahal ini keyword neh !! Haa.. Ada la tu yang kata ..

image

“ Eleehhh .. mesti dia yang taip sendiri.. “

Hahahaha … kan kan ? Kalau aku nak taip sendiri .. baik aku taip ..

“ Ben Ashaari , The Next Superman ! “

Haaa.. lagi masyuk kan ?? Hahaha … Takde la sampai gitu poyo aku kan ? Syok sendiri ke apa gitu ? Haha .. Keyword ni yg tersangkut kat blog ni ada macam macam tapi  sedikit sebanyak berkaitan dengan entri di blog kita tapi bukan 100% …

Dan yang ni menarik !

image

Memang aku ada buat entri pasal Awal Ashaari tapi tak la pasal dia buta warna ! Tuu.. ada orang cari tuuu !! Camana tu ?? Mai habaq kat aku sat … Ari tu ada orang cari Awal Ashaari stim.. Ni buta warna lak ? Hahaha .. macm macam laaa.. Sapa laa yg dok mencari nehh !

Ni kira nak tau biodata aku ke ni ? Hehe.. tak yah la yer .. Cukuplah tau aku lelaki dan normal.. Hahaha…

AM Loves Blogs Competition

 

Salam rakan2 semua,

AdorableMuslimah.com ada membuat Competition: AM Loves Blogs. Byk hadiah menarik disediakan. Jom join ramai2. Boleh tulis dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Syarat2 penyertaan adalah seperti di bawah. Jom join jom!

Maklumat lanjut boleh didapatkan di sini à Click Here

clip_image001

clip_image002[4]

Bahasa Melayu

AM Loves Blogs Competition

Pertandingan akan berakhir pada 31 Januari 2012

Cara2 Penyertaan:

1. Tulis apa sahaja berkenaan www.adorablemuslimah.com di dalam Blog atau Facebook anda. Anda boleh menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

Contoh: Pengalaman shopping di AM.com (jika ada) ATAU Apa yg anda suka di AM.com ATAU Review berkenaan produk2 AM etc. Apa sahaja berkenaan AM.com berdasarkan kreativiti masing2

 

2. Di akhir entri anda, sila letakkan:

"Dapatkan Blaus dan Pakain Muslimah yang cantik dan sopan di www.adorablemuslimah.com.

Dapatkan juga barangan Victoria's Secret dan Handbag COACH di www.adorablemuslimah.com.

Be style.chic.Modest dengan adorablemuslimah! ^_^"

 

3. Hantarkan penyertaan anda (Link Blog atau Link FB) ke: competition.adorablemuslimah@gmail.com dengan tajuk: AM Loves Blogs Competition

 

4. Kami akan upload penyertaan anda di laman FB kami. Anda bolehlah mengajak rakan2 anda utk 'like' penyertaan anda

 

5. Penyertaan dengan bilangan 'Like' yang terbanyak akan memenangi pertandingan ini. Penyertaan terakhir adalah pada 31 Jan. Undian terakhir akan dikira pada Ahad 12 Feb 2012 jam 11 pagi

 

Hadiah2 nya:

Tempat Pertama: Wristlet COACH + RM50 Voucher

Tempat Kedua: Victoria's Secret Gift Bag + RM30 Voucher

Tempat Ketiga: Victoria's Secret Body Mist + LipGloss + RM20 Voucher

5 hadiah saguhati + RM10 Voucher

#Penyertaan ini terbuka utk semua kecuali bagi pemilik BlogShops dan Pengiklan AM

Aku kan kawan kau ? Takkan nak kencing kau lak kan ?

 

Janji manis .. Tu kawan tu ! Berapa ramai antara kita yang ceritanya gempak , tapi bila dah kasi wangnya , terus diam atau pelbagai alasan dikeluarkan ..

Memang ada yang boleh dipercayai tapi mengikut pengalaman korang la kan .. Berapa ramai la sangat yang boleh dipercayai bila bab ,

image

Tu haa.. Bukan la nak jarum tapi hati-hati la.. Adik beradik pon leh berparang pasal duit .. Ni kan pulak kengkawan .. Tu belum laki bini .. Haaa..

Pikiaq sebelum terduduk .. Biar sikit dari takde langsung !

Aku keliru ??

 

 

image

Aku mop rumah atau ?

 

image

Kasi mandi rumah ????

SET SPA sabun pengantin 2 dalam 1 ..

 

1. BODY LULUR + MANGIR WHITENING MILK SOAP

  • scrub/mangir dalam bentuk sabun
  • diekstrak dari 7 jenis herba
  • Fungsi utama: membuang kulit mati, kotoran ,daki dan cela. Merawat masalah kulit spt jerawat,bau badan, parut,kasar disiku,lutut, hitam dileher, tompok2 tidak sekata dan lain lain khasiat herba. fungsi merawat ,cela dan noda pada seluruh badan, menanggal kulit mati, memutih, awet muda, menganjalkan kulit, mencegah kedutan awal, meringankan masalah sesulit dan kulit oren, membantu mereda tekanan.
    • Urutan dari butiran skrub herba ini berkesan membantu peredaran darah-
    • berwarna sedikit gelap (hitam)


2. BODY WHITENING MILK BATH SOAP

  • Kesan sama seperti rawatan mandian bunga, mandian susu pengantin, ditambah dengan aura bauan semulajadi , amat sesuai sebagai pengganti mandian susu
  • kulit gebu, halus, naik seri, buang aura negative. amat sesuai walaupun anada berkulit sensitif kerana tiada unsur kimia dan bauan kimia.

detail baca kat SINI

Mula kerja | Pesan ibuku

 

Terlupa nak tutup sliding door sebelum lena semalam menyebabkan aku terjaga awal dari tidur. Tengok jam , baru jam 6 pagi . Hurm.. Bangun , solat .. dan turun bawah ..

Tgk kat SANTAI BEN ASHAARI , ada beberapa blogger yang join segmen yang aku buat tengah malam semalam mengenai pesanan seorang ibu kepada anak mereka ..

 

Hurm.. pesanan.. Pesanan kadang-kadang boleh menjadi amanat terakhir buat kita . Kalau kita amik ringan , kita mungkin akan menyesal seumur hidup . Yelah , kita tak tau ‘jadual’ perjalanan hidup kita . Entah kejap lagi.. Entah malam karang .. Jika itulah kali terakhir kita bersua muka , maka itulah yang terakhir kita berbicara.

Sebagai seorang anak , setiap kali ibu berbicara , maka dengarlah. Mereka bukan nak bebel. Mereka sayangkan anak-anaknya. 9 bulan menjaganya , ditambah selepas melahirkannya .. pastinya nak melihat yg terbaik buat mereka.

Apa salahnya luangkan masa seperti mana mereka luangkan masa buat kita masa kecik dulu. Janganlah abaikan mereka. Sementara mereka ada disisi , gunakanlah masa tu dengan sebaiknya..

Itulah yang aku rasa dan sebab itulah segmen dibuat semalam .. Saja aku buat tengah malam sbb nak mereka feel setiap entri mereka tu dan mereka yang blogwalking pon mampu merasai setiap pesanan atau kandungan entri rakan mereka ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI