Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 11 Januari 2012

Bernafas dalam lumpur !

 

Sekarang ni aku berstatus KULI cum BOS ke BOS cum KULI ? Aahh .. sama jee .. Status aku dulu dengan kerajaan , kontrak . 3 kali aku dipanggil interview , cuma satu je aku g .. Tu pon yang Insp Polis tu.. Fizikal lepas.. Ujian lepas cuma kantoi sbb pakai spek ! Haha.. Tak pe .. Memang aku cari alasan utk ditolak sbb aku tak yakin mampu jadi polis yang baik ! Yup , aku sedar diri masa tu ditambah lagi dek nasihat oleh senior-senior  yg kebetulan satu bilik asrama ngan aku sewaktu induksi tu . Yelah , bila jadi polis ni , sahabat baiknya adalah penjenayah. Iman kena kuat lebih lagi lelaki . Kalau tak $$ , godaannya adalah kuasa. Haa.. Tu berpangkat tu.. Alhamdulillah , syukur pada Allah sangat sangat masa tu. Lega gila ! Aku tak perlu bagi alasan dah pada orang tu aku kalau aku dapat tapi aku tak nak .. Hehe..

Lepas dari tu , aku kerja kontrak dengan kerajaan bermula sbg guru hinggalah ke kementerian .. Hurm .. Sewaktu di kementerian aku dipanggil temuduga 2 jawatan tetap , AADK dan EO tapi aku tak pergi sbb aku tak berminat nak kerja tetap.. Malas nak g kursus dan byk lagi la alasan aku..

Setelah hampir 6 tahun aku berkhidmat di Kementerian Pelancongan , aku amik keputusan untuk tidak menyambung lagi atas alasan ‘CUKUPLAH JADI TUKANG ANGGUK ‘ .. Aku tak larat lagi nak berpura-pura. Tak berbaloi langsung ..

Pelbagai pengalaman yang aku dapat di sana . Dan aku ni spesis suka kritik terang-terang . Tapi masalahnya , ‘ada pihak’ tak boleh terima .Nak kata apa kan ? Dari kita mencemar nama buruk , ada baiknya tak yah sambung. Apa guna kerja tak ikhlas kan ?

Alhamdulillah , sebelum aku merealisasikan hasrat aku tu , aku dah sediakan payung .. Entah mmg rezeki aku dalam bidang penulisan ini , walaupun tak menjanjikan Ferarri atau pangkat  , aku tetap gembira kerana aku tak perlu lagi mengikut kata orang lebih lagi yang .. yang.. haa.. ni tak perlulah aku abiskan ayatnya. Mereka yang bekerja di sektor awam saja tahu.

Maaf .. aku bukan kritik sapa sapa tapi inilah realitinya . Kalau nak kerja di sektor awam , pastikan berpangkat dan punya jawatan yang bertaraf profesional. Kalau sebagai kakitangan sokongan , hurm.. ok je cuma jangan la dok membandingkan kerja dan gaji. Tak suka kalu , berenti dan buat bisnis ! Tak perlu nak memberontak dalam diam . Tak ikhlas kerja namanya.

Dulu aku cukup enjoy kerja . Sabtu Ahad pon aku datang tanpa disuruh tak perlu claim OT .. Kenapa ? Sbb aku seronok walaupun tensen .. Dan tahun lepas , merupakan tahun yang cukup cukup merosakkan segala kenangan manis yang aku pungut di sana. Tapi itulah kehidupan. Tak selalunya di atas .

Bila aku bagitau pada rakan-rakan yang aku tidak lagi bersama kerajaan , mereka terkejut.

“ Tak rasa rugi ke ? “

Aku lagi rasa rugi kalau lebih lama kat situ. Aku hidup sekali jer .. Aku jumpa dah apa yang aku minat . Dan sokongan isteri aku , menguatkan lagi azam aku untuk menyatakan bahawa apa yang aku lakukan ini amat berbaloi !

Ya , susah dahulu .. Tapi mengapa ada yang berjaya ? Kenapa mereka boleh dan aku tidak ? Aku dah berjaya buktikan macam macam pada pembaca mahupun mereka yang mengenali aku.. Apakah aku perlu terus makan gaji untuk hidup ??

Rezeki kita , Allah yang tentukan .. Kita perlu berusaha. Dengan ilmu yang kita pelajari selama ini , apakah kita hanya layak makan gaji ??

Fikirkan .. Korang yang berada di IPT sekarang ni , fikirkan kembali cita-cita korang .. Kalau anak cina mampu berjaya selepas keluar dari U , apakah anak melayu hanya tunggu surat tawaran kerja ??

Kerajaan dah sediakan jalan untuk berjaya. Pelbagai arah .. Apakah kita cuma nampak satu jalan yakni ‘ YES BOS ? ‘. Kita ini terlalu takut utk berjalan tanpa tongkat walaupun dah mampu berlari !

Aku tak nak mati dengan penyakit stress ! Lebih baik mati terlebih makan dari makin akibat tekanan jiwa ..

 

Hayati lirik lagu BERNAFAS DALAM LUMPUR ini ..

 

Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...

Wajah kita sama
Beza pada gaya
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada usia
Rasa yang berbeza
Yang penting kita saling hormat menghormati
Panduan...

Kita tak dapat bersama
Namun kita juga manusia
Kita punya rasa cinta
Masing-masing punya harga...oh..oh...

Mahu apa lagi
Akan aku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan

Oh terima kasih
Kerana balasan
Semoga sejahteralah hidup semua

Oh kawan

Arghh !!!! Htc aku kena kebas !!!!

Ni gambar terakhir aku amik guna htc aku tuu.. Pastu aku leka ! Letak kat beg aku tu tapi takde kat dlm tu pon !! Dlm poket pon takde ...arghhh... Ni kena beli baru ni !!


Abiss la ..mcm mcm ada dlm tu .. Gambar awek awek pon dlm tu .. huhu.. Pstt.. bini aku menjeling dh bila sebut !!


Mencari aku htc tuuu.... Pasrah ! Ada orang amik dh .. Hurmm..


Eh.. kat tangan kanan aku rupanya.. Terselindung dek sapu tangan .. hehe .. Alhamdulillah. Kalau tk , 2k lagi terbang !!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Masalah utama aku !

Huh !!! Berpuluh kali aku tgk board ni tp hampehh !! Tak pernah nak hafal !


Skg , amik obat !! Terus buat entri woo... Bagi yg nak tau jadual operasi gymnasium kat Kementerian Belia Dan Sukan , Putrajaya ni , haaa ..tgk tuu.. baik punya aku snap !! HD kualiti lagi ! Heh ..


7 pagi ?? Grr.. nyaris nak dtg time tutup .. huhu..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sapa kejam lagi ??

 

LELAKI  ..

image

Kalau nak cari awek atau teman wanita , mesti nak yang hot n spicy ..  Tapi bila nak buat isteri ..

image

Yearghh…. Kalau dapat yang tak pernah ‘diusik’ tu , pergh.. kira bonus 10 bulan laaa .. Dasatkan ? Tapi bukan semua lelaki gitu kan ? Aku tau dah ayat peveret tu .. hehe ..

Perempuan lak ??  Kalau nak cari teman lelaki ..

image

Wajib ada kenderaan atau lebih tepat lagi kereta ! Apa kelas nak naik bas atau lrt kan ? Eceh.. Kononnya la kan ?

Tapi bila nak buat suami  ?

 

image

Yeargh.. Cari yang boleh bimbing keluarga … Kan kan ? Haaa… Tu la dia … Bab harta tu , wajib ada gak !! kang susah lak lepas kawin.. Tapi apa salahnya sama sama usaha mencari kan ?

 

Itulah manusia.. Tak leh nak tuding mana mana .. Masing masing mencari ‘payung’ untuk berteduh.. Pentingkan diri ? Sebelum terantuk , ada yang fikir harta dunia ini memberi segalanya tapi bila dah dapat , terasa hati sunyi .. Dan barulah sedar rupanya hati sunyi tanpa pengisian agama ..

Tu lebih baik dari tak berubah langsung kan ?

Aku , ‘surarumah’ yang berjaya !

 

Hahaha .. hampeh gas betul !  Ni belum ada baby dok guling guling kat ruang tamu.. Kalau ada , sahih bertambah kerja aku .. hahaha.. adeh..

Sat.. keje apa ? Hurm.. dari bangun tidur tadi , sampai sekarang … Aku.. haa.. baru je kemas katil .. tu je ! Dapur ?? Haa.. tengok sinki , ‘ clean n clear ‘ wehh !! Mana tak  clean n clear , dah tak masak n makan papa .. Dalam erti kata lain , biar je comey gitu.. hehe..

Masak ? Lom terbuka hati nak pegang kuali .. Hahaha.. Nanti nanti la..  Jadi apa yang aku buat selain blog ?  Hehehe … Ada.. Cuci muka.. Basuh rambut … Download movie yang boleh direview kan nanti dan tidur .. Part tidur ni best .. bos tak marah ! Hahaha..

Ini baru 1% tugas surarumah.. Kerja sebenar belum bermula.. Maka buat surirumah yang berjaya tu , kasi tabik hormat skit kat mereka ! Penat ok !! Bayangkan anak nak g sekolah .. Kemas rumah .. Masak .. basuh baju .. Melepak kat rumah jiran sat .. pastu anak balik .. Bertekak ngan anak .. Tak lama kemudian , laki lak balik .. Layan laki lak .. Haaa.. penat woo.. Kul 12 malam baru leh offline ..  Tu pon kalau laki kasi offline .. hahaha .. Ni part anak dara , jgn bayangkan yer ! Yang teruna pon , jangan gatal ! Kawin dulu okeh !

Tak kira , kerja kat opis atau berniaga mahupun lepak rumah .. masing masing punya tanggungjawab untuk hidup sempurna di atas muka bumi Allah ni.. Yang penting , jangan tinggalkan kewajiban terhadap agama , keluarga dan juga negara ..

Majulah blog untuk negara ! Nak g buat pedicure lak.. Camana nak letikkan bulu mata eh ? google sat la..

SEGMEN 2012/3 : BEN ASHAARI : BLOGLIST FEB 2012 ..

 

Tukar suka sama suka ??? Tukar menda ?? Haa… Sewaktu aku mula berblog , aku selalu fikir bagaimana nak tersenarai dalam bloglist rakan blogger yang lain ? Bukan mudah wo nak tackle mereka untuk letak kita dalam tu..

Maka , hadir satu idea yakni melalui segmen.. Dengan segmen , blogger seolah mengisi borang persetujuan untuk menyertai pertukaran ini . Jadi ada hitam putih la kan ? Mereka yang join pon kena ikut peraturan . Sedikit sebanyak boleh elak penipuan dan blogger juga boleh pilih blog mana mereka minat nak tukar .. kan ?

Faham skang ?  Untuk segmen ni , mudah jer .. Mereka yang join akan buat entri yang sama macam korang gak .. Korang ada pilihan ..  Masuk mana mana blog yang terlibat , dan tengok samada menepati citarasa korang atau tak ? Kalau ok , maka buatlah pertukaran tanpa bertumbuk.. okeh ?

Kalau dah faham .. ayuh kita mulakan .. 

  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Sediakan satu entri khas yang bertajuk : BEN ASHAARI : BLOGLIST FEB  2012 dan linkkan ke entri ini
  3. Jelaskan apakah kelebihan blog anda utk memikat blogger agar menukar link dengan anda.
  4. Tinggalkan link lengkap entri korang di FACEBOOK PAGE SANTAI BEN ASHAARI atau ruangan komen ini jika tidak punya FB..

Bahagian penting !

  1. Sediakan satu bloglist yg baru bertajuk FEB 2012
  2. Di FACEBOOK PAGE SANTAI BEN ASHAARI atau ruang komen ini nanti , korang pilih blog-blog yang korang minat untuk bertukar link.. Masuk ke blog mereka , kemudian tinggalkan pertanyaan di ruang komen tersebut , dengan ayat yang bertulis begini ..

ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “

Dan jika anda bersetuju , maka sila balas kembali lawatan ke blog mereka dan tinggalkan komen di entri segmen ini dengan ayat ..

“ YA . SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA “

Selesai perjanjian , maka masukkan link masing masing ke dalam bloglist tersebut  dalam tempoh 24 jam. Selepas 24 jam , kembali pastikan link anda dah dimasukkan . Jika tiada , sila kembali tanya pada blogger tersebut. Jika tiada respon, remove link dia ! Senang citer .. Tak yah gaduh gaduh .. ok ?

Setiap bloglist boleh memuatkan lebih 200 blog. Maka pandai pandai la pilih yer ..

Bloglist yg dah diwujudkan itu akan kekal sehingga hujung FEBRUARI 2012 dan , blogger ada hak untuk hapuskan bloglist tersebut berdasarkan persetujuan di segmen ini . Cam lawyer lak aku… hehe..

Pertukaran link blog ini adalah salah satu usaha untuk menambahkan dan menukar pembaca di kalangan blogger sendiri. Ini bukanlah satu segmen utk tarik trafik atau untuk jadi popular .

Dengan cara ini juga diharap dapat meningkatkan lagi semangat blogging .. InsyaAllah ..

Aku sekadar membantu  .. Bloglist aku ? Padat dah.. ni pon berat dah pon masa loading..

Tamat segmen ini , jam 8 malam , 11/1/2012

Terima kasih ..

Akan ku miliki hatimu itu .. (3:2 )

 

Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] [2:31] ..

Bab 3: [3:1] ..

 

Hampir pukul 8 pagi. Sekejap benar masa berlalu. Seperti semalam saja aku baru aku masuk ke kolej. Sapa sangka , dah tamat selesai pun perjuangan aku untuk mendapatkan sehelai kertas untuk melayakkan aku mendapatkan pekerjaan yang bagus di bandar besar ini. Tanpanya , aku tiada nilai walaupun punya pengalaman .

 

Aahh.. lantak laa.. g je la interview tu.. Dapat ke tak , belakang cerita. Yang penting , cuba dulu ! “.

 

Ya , ingat lagi saat aku nak pergi interview .Bertempur dengan perasaan sendiri. Maklumlah , aku memang liat nak bekerja bawah orang. Nak buat perniagaan sendiri , belum sampai masa. Nak tak nak , kena pergi juga . Apatah lagi campur tangan orang tua aku. Terpaksa !

 

Satu penyakit aku , gemuruh ! Tu antara sebab aku malas nak bertemuduga ni. Namun aku kuatkan semangat untuk pergi ke tempat temuduga tu. Syarikat kecil yang menjadikan IT punca pendapatan utama.

 

Seperti biasa , pengangkutan utama aku untuk ke sana adalah bas dan lrt. Senang ! Tak payah fikir bab minyak dan parking. Yang penting pengurusan masa. Dan pastinya utk ke syarikat ni , aku kena keluar 1 jam lebih awal. Kalau tak , confirm aku sangkut.

 

Ya… Aku sampai tepat pada masanya. Kelihatan ada 10 orang sedang duduk menunggu.

 

Arghhhh.. ramainyaa .. ni yang buat aku rasa nak balik je !! Maakkk , tak dapat kerja !! “. Hati aku menjerit padahal interview pon belum lagi !

 

Tiba-tiba terpandang satu perempuan ni . Luluh jantung aku masa tu gak..

 

Maaakkk … anakanda jatuh cinta lagi !!! “. Bersemangat dengan tiba-tiba. Kalau boleh biar lama lagi pon tak pe temuduga tu ! Dapat pandang awek tu lama lama ..

 

Aku pandang dia .. Sebelah dia ada kerusi kosong. Dan sememangnya itu saja kerusi  yang tinggal untuk dihuni buat sementara waktu..

 

“ Nak pergi ke tak.. nak pergi ke tak … Sekurangnya hilang rasa bosan aku sekejap .. “.

 

Aku bergerak ke arah dia . Tiba-tiba , keluar seorang perempuan muda dari sebuah bilik berhampiran dan bersuara ..

 

Laila , masuk sekarang ..

 

Aahhhhh … kecewanya !! Baru nak tabur ayat !! Dah dia pulak masuk ! Adoii ..

 

Dan pagi ni , aku dan dia akan berjumpa untuk kali kedua memandangkan  kami sama sama berjaya dapat pekerjaan di sana !  Yes !! Dia semangat aku untuk ke sana pagi ini !

 

Rindukan dia?  Gila ke apa ? Baru tengok sekali dah rindu ? Sabrina ? Adawiyah ? Mereka dah menjadi sejarah !  Biarkan mereka dengan dunia mereka sekarang.

 

Sebelum aku melangkah kaki keluar dari rumah , seperti biasa aku pastikan blog aku diupdate.

 

-SAMBUNG-

Akan ku miliki hatimu itu .. (3:1)

Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] [2:31] ..

 

 

CINTA .. Adakalanya mengembirakan dan adakalanya menyuramkan. Aku , senantiasa dalam keadaan gerhana. Tatkala bulan kembali bercahaya ketika itu juga awan datang menyelubunginya.

 

Semua hubungan aku tak menjadi. Satu satu aku putuskan. Sepatutnya cinta memberi aku sinar kegembiran namun apa yang berlaku pada aku , sebaliknya ! Apakah perlu aku mandi bunga ? Orang tua-tua kata , mandi bunga ni buang sial .. Tak tau la pulak. Tapi aku rasa aku bukan takat kena mandi bunga je , kena mandi akar kayu sekali ni ha !

 

Adawiyah dan Sabrina , aku biarkan mereka. Aku tak nak mereka bergaduh kerana hubungan yang tak tau mana hala tuju . Biarlah mereka bersahabat.

 

Dan aku , biarkan sepi seorang diri. Mungkin ini lebih baik buat aku ? Sapa tau kan ? Mungkin dunia aku cuma di alam maya ini. Di sini aku lebih tenang bersama rakan-rakan yang cuma mengenali tulisan aku .

 

Minggu depan , aku akan mula kerja. Jadi ada baiknya aku freshkan segalanya ..  No telefon pun telah aku tukar .. Malas nak ganggu Sabrina atau Adawiyah.

 

Tapi bolehkah aku hidup tanpa cinta ? Bolehkah hati ini terbiar sepi ? Bukan tak boleh tapi nanti orang ingat aku gay pulak !  Bukannya tak tau mulut orang ni. Segala tak kena di mata mereka.. Ngorat anak dara diorang kan baru tau !

Cukup-cukuplah dosa yang ada ..

 

Terkejut tapi tak hairan. Ada sorang kawan aku bagitau nasib malang menimpanya akibat perbuatan sihir salah seorang kenalan rapatnya yang tak nak melihat dia bahagia . Kesian sungguh. Dah la baru nak merasa nikmat bahagia berumahtangga .. Yang buat tu , melayu dan beragama Islam  ! Oh , Melayu ! Haish …

 

Tu dunia realiti. Camana dengan dunia maya lak ? Hurm .. Sama teruknya ! Kalau dulu , malas nak keluar rumah , gunakan telefon untuk mengumpat. Call la kengkawan sana sini . Sekarang ? Ada twitter , Facebook dan byk lagi. Senang nak bermesyuarat dan mengumpat , mengutuk , mengeji… Senang gile ! Bayangkan meter dosa bergerak macam meter air waktu kenduri kendara .. Laju sakan punya !

 

Perilah dunia maya ni ..Terbaca kat Mstar kes sorang artis perempuan ni bertekak dengan adik iparnya kat Twitter .. B@#$% jugak rupanya perempuan tu.. Maaf kasar , tapi tulah hakikatnya .. Yang nak bertekak dan kasi semua orang nampak kenapa ?? Ni kalau peminat join sama , camana tu ? Adoi… Akal tahap mana pon aku tak tau laa.. Kadang-kadang aku pk , patut la jadi artis je.. Tu je yang mampu korang buat.. BERLAKON ! Maaf .. Harap je ‘tua’ tapi kalah budak !

 

Dan akhir sekali .. Ada sorang rakan dunia maya ni , ada antar email kat aku .. Bagitau ada ‘akak’ dok kutip gambar aku dan dijadikan entri .. Haih… Nasib baik tak tulis bukan bukan … Bala gak tu ! Adoii ..

 

Pagi pagi bikin pening .. Cari cendol pon sedap !

Blog umpama sebuah pulau ..

 

image

Terdapat beribu-ribu pulau di dunia ini. Setiap satunya dengan keindahan yg tersendiri. Maha Suci Allah yang telah menciptanya.

Ok .. Ada kawan tanya aku kenapa blognya tidak mendapat perhatian pembaca sedangkan dia mengambil masa berhari-hari menulisnya ?

Dia berikan url lalu aku masuk untuk menelitinya .. Ya , aku tau .. aku bukan pakar atau punya kelayakkan untuk menilainya. Tapi aku menilainya dari padangan mata aku sendiri. Jika ianya mampu menarik minat aku untuk membacanya , aku akan khabarkan pada rakan pembaca untuk bertanyakan pendapat mereka pula .. Itu cara aku.

Itu dari segi fizikal blog tersebut seperti mana sebuah pulau peranginan. Tetapi kenapa pulau tersebut tidak popular sebagaimana pulau-pulau yg lain ?

Korang tau kan jawapannya ? Persoalan ini aku fikir berkali-kali bila aku buat blog . Kenapa sekian-sekian blog tu boleh meletup sedangkan dia bukan artis pon ?

Populariti menaikkan blognya .. Yup .. populariti ! Populariti ini hendaklah datang dari blog dan bukan orangnya ! Jika datang dari orangnya maka blognya takkan lama ..

Seperti kata Ammir Khan dalam 3 Idiots , ‘ Jadilah seorang blogger dan kejayaan akan datang kemudian ! ‘

Begitu juga pulau .. Bangunkan dan kemudian jual ! Jual bererti promosikannya dengan meluas ! Keluar dan edarkan nama blog kita ! Biar dicaci .. biar dihina .. Jika kita tau apa matlamat kita , insyaAllah Allah akan membantu kita  !

Letak sasaran jangka panjang .. Capai matlamat satu persatu dan jangan gelojoh ! Daki perlahan-lahan dan nikmati kejayaan !

Bila si baby bergerak dalam perut ibunya ..

 

image

Gambar Hiasan

 

Tiap kali baby bergerak dalam kandungan , wife mesti panggil suruh pegang .. Bila aku pegang , dia diam .. Bila aku lepaskan  tangan , dia gerak semula .. Memain tul laaaa ..

Bila seharian diam , wife akan suruh aku kejutkan dia .. Bila aku panggil , ‘menyahut’ la pulak sedangkan wife panggil wat tau .. huhu..

Perasaan seorang ayah yang menanti kehadiran anaknya tidak lama lagi. Bagaimanakah aku dan wife akan corakkannya nanti ?? Hurm ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI