Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 15 Januari 2012

Jangan tunjuk bagus dalam dunia maya !

 

Terlalu ramai hero dalam dunia maya ni .. Bila kat luar , hehe .. Aku pasti ramai dah korang jumpa orang camni kan ? Macam tak sangka je pulak kan ?

Ok.. tak kisah la.. Dalam dunia maya ni , lipas pon leh jadi gajah kan ? Sapa tau kan ? Tapi awas , ada yang tau ! Haaa.. Maka , jangan la beria sangat tunjuk bagus ! Lambat lain , tersungkur .. Cuma tak tau bila dan tak jangka boleh berlaku sbb ingat dah cukup bagus punya ..

Yup , ianya berlaku .. Dulu ada budak ugut nak pukul aku di Twitter dan aku cam orangnya berdasarkan gambar yang ada di profile dan blognya . Dan akhirnya dia di depan mata aku satu hari tu .. Apa yang dia buat ? Serupa kerang busuk !

Dan kes terbaru .. Adoi .. Ni lagi wat hal.. Nak jadi jaguh yang tak bertempat langsung !!

 

“ Seorang pelajar berusia 24 tahun ditahan untuk disoal siasat selepas mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan untuk meletakkan bom dalam helikopter yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebooknya.” – Mstar.

 

Adoi.. Ada ke ugut gitu sekali ??  Walaupun korang tulis kat wall korang , ianya tetap satu ugutan ! Seperti kata seorang kawan aku di Bukit Aman , mmg ada pihak memantau 24-7 … Maka berhati-hatilah yer .. Jangan ingat dunia maya kita ni bebas yer .. ‘ CCTV’ di mana mana saja ..

Perghh .. Lega !

 

 

image

Gambar terakhir yang aku amik sebelum HTC DESIRE aku , blackout ! Tak nyala langsung sepanjang aku kat Mydin Putrajaya tadi..

Yang bestnya , aku cool kali ni .. Tak de nak tensen tensen. Wife dah kalut sbb dia tau , aku akan pening kepala kalau gadget aku wat hal ! 

Aku cool sebab aku tak cuba charge dulu .. Kalau masa charging tu ok , bermakna ok .. Kalau tak menyala lampu tu , confirm problem dengan board ..

Menyala lampu tapi tak leh on .. Apa masalahnya ? Ok.. cool dulu .. Try cabut bateri dan automatik dia akan reset semula .. Masalah timbul kat sini .

Dah setahun lebih aku guna , bateri tak pernah nak cabut. Nak bukak cover pon tak boleh , apatah lagi nak cabut ! Grr.. Rileks dulu..

Sampai rumah , aku try charge .. Seperti yang aku jangka , lampu menyala tapi tak leh on.. Maka aku kena guna plan B .. Cabut bateri.. Tak tau ? Manual pun takde ..

Cari kat youtube !! Memang ada insan yang rajin buat tutorial open cover hp ni .. hehehe ..

Dan , tadaaaa.. alhamdulillah .. Selamat masa dan duit aku ! Hehe.. Kalau tak , pagi pagi esok kena gegar Low Yatt Plaza .. Masalahnya ?? Hehe.. Dia detect ada virus .. Tu pasal dia terus off ..

Huhu.. tak kisah la.. janji ok ..

Salah sapa ?

Kadang-kadang , aku tefikir.


Di zaman ini , sewaktu ibu mengandung , pelbagai makanan tambahan diambil utk memastikan baby dlm kandungan membesar bagai johan dan bijak ..


Tp bila dah lahir , apakah perisian yg  'diinstall'kan ke dlm kepala mereka ??


Fikirkan ..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Kesan lecur ..

 

 

image

Testimoni kesan lecur : Kesan lecur mula menghilang dalam masa 17 hari apabila menggunakan produk LUMINESCE 2 kali sehari..

Selanjutnya di SINI

Jangan bagi alasan kalau ..

 

 

Pantang ada masa sedikit , memasing akan keluarkan gadget masing masing ..

IMAG0209

 

Penat ?  Bukan alasan utk katakan TIDAK ada masa !!

 

IMAG0208

Apa saja boleh dijadikan bahan entri , jika kita kreatif !

IMAG0211

“ Tak de masa la ben nak update blog .. “

 

Pelik kadang-kadang aku dengar alasan mereka .. 2 hari satu malam bersama blogger yg punya pelbagai identiti dan pengikut tersendiri , memberi aku pengajaran dan pengalaman berguna ..

Aku tanya mereka .. Berapa trafik mereka ? Ada yang cuma ratusan  UV je sehari tapi nape mereka boleh  terpilih ? Jawapan yang aku dapat ialah kesungguhan mereka bila menulis ..

Lihat saja gambar .. Walaupun baru sampai dari Melaka , masing masing tak lepas dengan gadget .. Bukan layan chatting atau main game tapi update dalam FB ,Twitter mahupun blog ! Mereka senantiasa rapat bersama rakan rakan pembaca .. Kenapa ? Itulah cara nak tackle untuk mereka kekal setia membaca blog mereka !  Salah satu strategi ..

Takde masa ? Kalau takde masa , nak tarik nafas pon tak boleh ! Kalau mampu duduk , rileks dan layan FB .. pastinya masa tu ada .. Atau nak tidur ? Apa salahnya luang masa dalam setengah jam untuk update blog  ?

Takde orang nak baca ? Kenapa takde orang nak baca ? Tu sebab kita sendiri tak beria nak update blog .. Sehari 10 orang baca pon dah bagus sebenarnya.. Kenapa nak target beribu-ribu atau beratus ? Sebab $$$ ?? Fikir kembali tujuan berblog .. Utk kepuasan atau ?? Selepas tu fikirkan kembali cara strategi blog .. Betul ke tak ?

Malas nak bebel panjang panjang .. Tiada alasan untuk berjaya ! Berjaya ni bukan popular atau dikenali orang .. Tapi berjaya dalam apa jua yang kita buat . Apakah tanda kita berjaya .. KEPUASAN !

Bosan ? Cari aktiviti ..

Ada yg kata , pasni ada anak susah dh nak g gym ..


Jawapan aku , segalanya susah .. Takde yg senang .. Kita kena bijak urus masa menjadikannya 'mudah tp tak senang .. '


Published with Blogger-droid v2.0.3

Cantik namun sekadar perhiasan ..

Kolam ni di Philea Resorts .. Cantik kan ? Tergamam aku sebentar melihat ratusan ikan ini di dlm kolam tu ..


Memula aku tak perasan tp ada akak tu cakap .. Ikan ikan tu mengekori orang utk mendptkn makanan .. Hurm .. sian kan ? Cantik sekadar perhiasan namun masih mengharapkan belas manusia. Hakikat ..


Nak dilepas , sayang .. Nak dikurung pon sayang .. Maka bersyukurlah kita ..


Published with Blogger-droid v2.0.3
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI