Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 20 Januari 2012

Kalau dah halal , cium mulut depan orang ramai pon okeh eh ?

 

image

Yelah , tau la awak tu dah nikah .. Dah ada sijil kawin .. Tapi sesuai ke dengan budaya di negara kita ni ? Kalau nak buat pon , g la tempat yg takde orang .. takde sapa nak marah atau menjeling kan ?

Bukanlah nak cemburu atau terasa tapi kalau sampai depan pintu opis tu nak bercium mulut , rasa-rasa sesuai ke ? Aiyo.. Yer , kami  tau awak suami isteri tu romantika d’ amor tapi bertempat la skit .. Kita ni melayu yang beragama Islam..

Lain la kalau lain bangsa cam bangsa omputih tu haa kan .. Tu tak leh nak kata apa la .. kan kan ? Jangan la lupa  , minda orang kita ni masih tertutup dan bagus la begitu … Kalau terbuka sangat , kang .. kang .. ada gak kes eksiden makin bertambah lak ..

Makin terbuka makin mengarut ..

Sabung nyawa demi menuntut ilmu

 

 

IMAG0273

IMAG0274

 

Aku rasa kat negara kita ni pon ada gak camni kan ? Bergadai nyawa semata mata untuk menuntut ilmu.. Tak kira kat mana pon , ilmu wajib di cari .

Tapi sayangnya, berapa ramai yang tahu memanfaatkan ilmu tersebut  ? Ilmu yang dicari semata-mata untuk lulus ujian dan seterusnya hanya untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus. Tu saja ?

Hurm ..

Penyanyi IZWAN PILUS meninggal dunia ..

 

Dari Allah kita datang kepada DIA,kita kembali..

 

image

Terkedu aku bila membacanya .. Sapa tak kenal penyanyi yang telah popular dengan lagu INDAH LELAPKU ini ?

image

Dalam lelapku ini
Terbayang wajah seakan puteri
Dalam lelapku ini
Munculnya dia bagai bidadari

Dalam renungku ini
Sepenuhnya ku ingin mendekati
Dalam hatiku ini
Sepenuhnya ku ingin memiliki …

 

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya pukul 6.15 petang tadi di Hospital Ampang  akibat jangkitan kuman pada paru-paru , yang mana berita itu  telah disahkan oleh adiknya , Aril menerusi Twitter dan dijangka akan dikebumikan di kampungnya , Melaka.

Al-Fatihah.

Pengalaman memandu HONDA INSIGHT

 

Intro

Kali pertama aku tengok HONDA INSIGHT ni kat showroom HONDA pada tahun lepas  . Terus terang , mmg aku tertarik dengan perkataan HYBRID ni ..Cuma fungsinya aku tak tau  sangat. Yang aku tau , gunakan petrol dan elektrik . Kena charge cam handphone gak ke ??? Ramai pk gitu kan ? Yang dah tau tu , tak la pk gitu.. Yang tak amik tau cam aku ni haa , akan fikir gitu .

OK .. Segala perjalanan aku bersama team test drive ni dah aku ceritakan dalam entri yang lepas .. Rujuk di entri bawah ni ..

Projek Blog : Honda INSIGHT Test Drive
Semalaman di Philea Resorts And Spa , Melaka
Cantik kan ? Heh .. Serius ! Best ..
Tengahari di Thistle Port Dickson
Memang dasar blogger !!!

 

Ok.. Baca dah kan ? Aku tak perlu la nak ulang cerita .. Jadi dalam entri ni , aku cuma nak kongsi pengalaman aku memandu kereta HONDA INSIGHT ni ..

___________________________________________

Reaksi pertama

Kali pertama aku tengok HONDA INSIGHT ni secara langsung di depan mata , aku nampak macam nak naik MIG-29N ! Macam macam butang ada !!

image

Atau paling tidak pon cam kereta James Bond mahupun Batman ! Hahaha ..  Tapi tak la cam ni pon ! Aku mmg fobia tengok banyak butang ni .. Banyak sangat tengok kartun ! Hahaha ..

 

Kedua , rekabentuk HONDA INSIGHT ni cam pelik skit ..

image

Design depan ni ok .. Menawan ! Comel dan smart ! Cuma kat belakang tuuu .. Kenapa rekabentuk dia gitu ?

 

DSC_0696

Jadi macam macam persoalan yang timbul di benak aku ! Nak tanya segan .. Aku kan pemalu .. hehe .. Jadi , cara terbaik ialah dengan mendengar penjelasan dari ketua penyelia test drive hari tu ..

 

Dan jawapan kepada kenapa rekabentuknya begitu adalah mudah je .. Aerodinamik .. Haaa… Kang aku tulis dalam bentuk teknikalnya , pening lak nak faham kan ? Kira cam ikan lumpa lumba punya badan laa.. Bentuk gini memudahkannya lancar bergerak di jalan raya.. Tak faham ? Kang tengok gambar kat bawah sekali tuu.. Ada penerangannya dalam bentuk bergambar ..

 

Bila dah tau , senang la kan nak pandu .. Hehehe ..

 

Test drive INSIGHT  bermula

Aku yang cuma baru punya 2 tahun lebih pengalaman memandu kereta ni pastinya akan gugup memandu kereta terutama yang ‘canggih manggih ‘ ni ..

 

Jadi , aku mintak geng aku yang lain ( KC dan Ujang ) drive dulu dan aku jadi pemerhati sementara nak faham selok belok kereta ni dari dalam .

 

 

IMAG0200

Bila sampai giliran aku , aku tawakal je la ..  Dan menyentuh stering dan menekan minyak buat kali pertama  aku rasa ,

 

“ Wow ! Boleh tahan .. Lembut dan smooth jeer pergerakkannya .. Tak susah rupanya  “.

 

Yelah , biasa dok bawak Myvi kan .. Bila rasa kereta yang sama level ( 1.3L  ) pastinya terasa perbezaannya.. Hehe , harga pun boleh tahan namun masih mampu dimiliki .. Bawak RM100K je nih.. Biasanya kereta Hybrid akan lebih mahal dari ni .. Haaa..

 

Test drive yang diuruskan oleh pihak Honda Malaysia tu melalui pelbagai jenis bentuk jalanraya  .. Maksud aku , dari jalan lama yang berbengkang bengkuk cam ular tu haa hinggalah ke laluan lebuhraya yang pastinya meminta kita menderu dengan kelajuan yang semaksima yang boleh !

 

Kesimpulan dari segi pemanduan .. Bagi aku , mmg seronok memandu INSIGHT ni .. Stabil dan rileks jer .. Sekali pandu, rasa nak pandu lagi ! Hilan terus rasa takut dan cuak !

 

Keliru ?

Ada seperkara yang aku confius kali pertama aku tengok kereta ni .. Apakah kereta ni menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya atau guna kuasa solar ? Memang tak cukup ilmu pon pasal HYBRID ni ..

 

Jawapan yang aku faham ialah , tidak sepenuhnya .. Dan tenaga elektriknya pula datangnya dari kuasa bateri ! Tak perlu di charge seperti charge handphone ! Hehe.. Bateri boleh bertahan sehingga 5 tahun .. Dan maintenance kereta pulak , tak la mahal mana pon berbanding kereta hybrid yang lain.

 

Kalau takde elektrik tak boleh gerak ke ?? Loh .. Tentu saja boleh bergerak  .. Kereta Honda Insight ni masih perlu gunakan petrol .. Cuma bila ianya bergerak menggunakan elektrik , petrol dijimatkan ..  Bagaimana nak tau bila guna elektrik dan petrol ? Ada satu butang perlu ditekan dan butang itu terletak di sisi pemandu. Bila tekan tu , barulah kuasa elektrik berfungsi ..

 

Akhirnya , aku jatuh cinta dengannya !

DSC_0731

 

Kelebihan INSIGHT ?

 

image

Tujuan utama kereta ini selain dari penjimatan petrol adalah untuk mengelakkan pencemaran udara yg semakin mencemar ruang angkasa bumi. Sekurang-kurangnya tak la rasa bersalah sangat kan kalau kereta kita tak banyak asap .. hehe..

 

Disamping itu , aku belajar memandu dengan cara yg betul .. Haa.. Camana tu ? Ada satu skrin kat dashboard tu.. Siap ada warna warna lagi.. Kalau kita capai warna ‘hijau’ bermakna kita telah menjimatkan minyak ! Hehe.. Aku , memanjang biru ! Hahaha.. Tu maknanya aku suka tekan ‘minyak’ dan itu mmg buat aku selalu singgah ke stesen minyak untuk isi minyak lagi  dan lagi .. Ilmu baru !

 

Kelemahan INSIGHT ?

Ada dua saja yang aku nampak ! Yang pertama , seatnya yang kurang selesa.. Tapi boleh diselesaikan jika tukar seat .. hehee.. Dan kedua ialah sila rujuk gambar di bawah ini ..

 

DSC_0596

Tapi setelah lama memandunya, masalah tu dapat diatasi bilamana kita telah menyesuaikan cermin pandang belakang dengan mensasarkan penglihatan pada bahagian bawah cermin belakang tu ..

 

Tu je la aku leh kongsikan bersama korang .. Kalau korang tanya aku , apakah aku akan membeli kereta ini jika aku ada duit .. Maka jawapan aku ketika memandunya waktu itu ialah TIDAK ! Tapi bila aku kembali memandu MYVI selepas test drive tu  , aku rindukan INSIGHT !!

 

Penerangan bergambar mengenai HONDA HYBRID INSIGHT

 

Infographics 1 - Honda Hybrid - What & How

Infographics 2 - Timeline of Honda Hybrid in Malaysia

Infographics 3 - Features and Benefits of Honda Insight

 

 

"I have an Insight"

DSC_0728

“ Tidak ingin langsung aku meninggalkannya ! “

Pendapat Saya : Kemalangan di musim perayaan..

 

image

Pendapat anda menentukan cara penulisan blog anda sendiri . Maka berikan pendapat anda dan kemudiannya tinggalkan url blog anda sendiri ..

 

Pertanyaan : Setiap kali musim perayaan , pasti ada kemalangan. Jumlahnya kematian bukan kecil kan ? Berdasarkan pengalaman korang , mengapakah ini terjadi dan bagaimanakah cara untuk memperbaikinya ?

 

Tinggalkan pendapat dan kemudiannya url blog anda di ruangan komen. Tak perlu buat entri khas..

Nak dapat susah beb !

 

IMAG0271

Bila last korang bersihkan skrin laptop atau monitor korang ? Haaa… Cer tengok balik ! Perghh .. ‘Berkarat’ tuuu … Tak kesian ke ? Hari hari dok guna tapi nak bersihkan , jauh sekali ..

Tu belum lagi yang selalu bawak travel laptop dia .. Kalau jenis yang jaga , nak bukak depan orang ramai pon tak segan .. Kalau yg serupa macam rumah tinggalan 30 tahun tu punya berdebu ,camana ?

Nak dapat bukan senang beb .. Tak kira la percuma atau beli .. Kena hargai .. Nilainya lebih dari RM1 kan ? Kalau lebih dari RM1 tu , kira kena guna duit la kan ? Takkan mintak sedekah dapat laptop kan ? kan ?

Yang masih belajar tu , hargailah .. Bayangkan muka korang tu berdebu cam skrin tu gak .. camana ?

Blog dan $$ .. Apa kata mereka ?

 

image

Tanda $$ tu memang berantu kat mana mana sekali pon .. Dalam dunia maya , $$ mmg cukup kuat sekali yang mana mampu menarik mana mana manusia sekalipun untuk mendekatinya .

Blog camana lak ? Majoriti yg buat blog pasti kerana $$ . Walaupun kerana $$ , tapi bukanlah motif utama tu kerana $$ .. Haaa.. Ada sebab lain selain tu namun $$ tak ditolak sekiranya dah ada depan mata kan ? Yang penting berkat dan halal ..

Ok .. semalam , aku ada mintak rakan rakan blogger memberikan pandangan mereka mengenai kaitannya BLOG DENGAN $$ dan semestinya mereka telah memberi pendapat masing masing ..

Dalam tu juga aku mintak mereka tinggalkan link masing masing . Mana tau kalau korang rasa pendapat mereka menarik dan teringin nak mengetahui pemilik komen tersebut , maka boleh la g berkawan dengannya .. Bertukar pendapat je kan ? Apa salahnya ..

Jom g baca pendapat mereka .. Klik SINI

Jangan terkejut bila berada di KLIA nanti !

 

Hahahah .. Serius .. Kali pertama aku tonton video FLASHMOB ni , aku tak sangka langsung ianya kat KLIA ! Nasib baik aku takde masa tu ! Kalau ada ? Mau aku ketawa sampai sampai keluar air mata woo !! Kenapa eh ? Aku suka gila drama muzikal sebenarnya ! Syyy.. diammm .. Dan flashmob ni seakan akan drama muzikal tapi ianya pendek je .. Dan ianya berlaku spontan tanpa pengunjung kat situ menyedarinya langsung sehinggalah nampak mereka menyanyi dan menari-nari ! Hahahaha.. Cool kan ? Hahaha .. 3-4 kali aku tonton .. Dan bila tengok peramugari serta peramugara menari menyanyi pasti membuatkan mata terbeliak seketika ! Yelah , mereka yang senantiasa tersenyum dalam kapal terbang , tetiba menari dan menyanyi depan kita .. Haa..

Jom tengok video FLASHMOB ni .. Tutup mulut bila tonton yer .. hehehe..

Amacam  ? Betul tak kata aku ? Cool kan ? Hahaha .. Aku baru tau mengenai FLASHMOB ni .. Hehe.. Jadi , bila ke KLIA nanti , jangan terkejut bila ada orang menari dan menyanyi tiba-tiba sebaliknya rakam la  persembahan mereka nanti ! Heehe ..

I LIKE !! Patut la aku suka lepak kat KLIA dari dulu  .. hehe .. Rasa macam ada satu tarikan bila kat situ .. Rasa cam masuk satu dunia lain.. hehe..

Hantu betul geng gores dan menang ni !

 

image

Dari Hmetro melaporkan , seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu turut dipaksa menyerahkan barang kemas dan wang tunai ketika dikurung di dalam sebuah unit pejabat kosong di Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur , hanya kerana tidak mahu menyertai peraduan ‘gores dan menang’ yang ditawarkan seorang wanita di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS).

 

Isu ni banyak kali dah aku update dalam blog aku ni sewaktu aku dok ke hulu ke hilir di stesen TBS tu haa .. Sampai sekarang masih ada ! Bila tengok muka muka penyangak tu , mmg sakit hati ! Dia punya lakonan macam si mangsa menang hadiah tu , Aaron Aziz pon kalah ok ! Pandai gilaa wooo .. Dia eksaited lebih lak ! 

Kesian .. serius kesian bila tengok muka yang majoritinya perempuan dan mmg nampak  gaya orang luar . Pesan aku buat student terutamanya , bila kat tempat tempat macam ni  , tolong jangan amik port dengan diorang .. Bila berjalan tu , jgn tengok muka diorang . wat bodoh jer.. keluarkan handphone , dan buat buat call orang atau terus je geleng kepala ! Jangan takut .. Semua tu penyangak besar tu !

Pelik sampai sekarang masih lagi wujud walaupun aku rasa pihak berkuasa berkeliaran kat situ .. Kebal betul ..

“ Aku tahu kau tu BOSS .. tapi “

 

image

Rileks la .. Kalau punya pangkat sekali pon , jangan la rasa diri tu cam dan sama level dengan orang paling kaya di dunia ! Sama sama makan gaji  , jadi sama sama bergantung antara satu sama lain la kan ?

Bukan semua bos teruk tapi yang baru nak punya ‘misai’ melintang tu haaa.. Atau nak tumbuh taring .. Pergh.. Memanjang nak bagi perintah padahal TAK TAU APA APA ! Nak tanya , jauh sekali .. Bila bincang , cam tu gak .. Haa.. Boss apa tu ? Hugo boss ? Bossikal ?

Maaf , aku tak tuju pada mana mana pihak tapi buat mereka yang punya kuasa tu , pandang pandang la bawah ! Tau la pekerja boleh ditukar ganti tapi bukankah itu membazir masa ? Dan paling penting ialah sama sama memajukan syarikat dan diri sendiri .

Dan buat mereka yang bergelar BOSS , bukak la mata !  Selalu turun padang .. BUKAN sesekali ! Ingat , pekerja bawahan adalah amanah awak jugak .. Memang gaji dibayar tapi kebajikan pekerja harus dijaga .. Jgan lupa , mereka disisi awak tu , setiap hari kecuali sabtu ahad dan cuti umum .. Selebihnya , nun ada kat sebelah ..

Elakkan dari mendengar cerita sebelah pihak atau paling tidak pon JANGAN BIARKAN KAKI GOSSIP KAT OPIS ! Kalau ada , terus bagi kata dua atau kasi je kerja cleaner ! Yang cleaner tu kasi naik pangkat ! Huh ! Ini perosak syarikat ni !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI