Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 21 Januari 2012

Tips nak sasakan badan atau kurus ?

 

Hurm… Bila aku letak gambar kat gym , ada orang mintak tips untuk jadi begitu atau tanya bagaimana nak kuruskan badan ?

Tips tips begini mmg banyak ada kat internet ni sebenarnya dan aku percaya ramai dah google kan ? Dah cuba? Persoalannya , berapa lama ? Dan pastinya satu kesilapan yang utama ialah , keputusan yang cepat !

image

Kebanyakkan yang aku jumpa , mereka akan tanya camana nak sasa dengan cepat atau nak kurus dengan segera .. Ya , mmg ada ubat tapi percayalah segalanya ada kesan sampingan termasuk bersenam !

Bersenam ? Bersenam dengan cara yang salah akan memberi kesan pada tubuh badan terutamanya otot .. Perlu ada sifu untuk bersenam , sebagai permulaan. 

Ubat ? Aku galakkan disiplin pemakanan atau diet yg seimbang . Diet tak bererti tidak makan sebaliknya mengawal  pemakanan dengan mengambil yg diperlukan oleh tubuh badan kita. Kena tau yg tu ..

Dan paling penting , semangat ! Yang ni ramai takde ! Serius !! Baru buat seminggu , dah nak tengok hasilnya. Aku rasa kebanyakkannya terpengaruh dengan rancangan tv. Jangan lupa , yg kat tv tu pastinya punya suppliment tambahan yg tak dikongsi bersama penonton.

Bagi aku mudah saja bila bab begini .. Utamakan kesihatan ! Apa guna badan sasa tapi tak sihat ? Apa guna badan langsing tapi tak sihat ? Sihat dan mantap ! Mantap ni maksud aku fit la.. Kira nak berlari apabila dikejar anjing tu , takde masalah langsung .. Kira lari sambil makan jagung je la.. Kita tak mengah sebaliknya anjing jadi bosan mengejar ! Haaaa… Baru mantap kan ?

Badan sihat , secara automatik , semua sihat ! Banyakkan membaca artikal kesihatan dan dapatkan nasihat pakar ..

Azean Irdawaty difitnah di Twitter !

 

Mula-mula aku nampak kat Twitter .. Ada orang siap ucap takziah . Aku pelik. Aku baca , apa yang tertera kat Twitter tu. Eh , biar betul ? Aku check dalam blog blog hiburan .. Takde pon .. Dalam media masa .. Takde gak .. Dari mana diorang dapat info ni ? Jgn memain woo … Takde sumber sahih , jangan main petik jer ..

Aku check di  histat.com , keyword blog aku dan ternyata ada orang carik jugak ..

image

Aku search di google dan beberapa blog hiburan dan keluarkan entri berkaitan fitnah ini yang dikatakan bermula dari Twitter ! Hurmm.. Twitter .. Aku mmg tak gemar nak guna sangat Twitter ni sbb yg aku nampak banyak buruk dari baiknya ..

Dan ini salah satu darinya .. Hurm.. Satu nasihat buat pengguna Twitter ,jangan RT kalau tak  pasti ! Bahaya ! Sama gak laman sosial yg lain .. Jangan suka suka sebarkan jika takda sumber sahih !

“Tolonglah bantu bapa saya, dia ingin untuk berjalan normal semula.. “.

 

Insaf aku .. Dok mengeluh memanjang je kita ni kan ? Ada je tak cukup .. Bila tengok berita di TV9 tadi , terpanggil aku untuk mengupdate dalam blog untuk membantu menyebarkan permintaan anaknya ..

 

image

Aku google dan jumpa artikal mengenai penderitaan Md Rahim Jatim, 57, dari Kampung Jerung Seberang, Pengkalan Berangan , Terengganu.

Menurutnya, penyakit kulit misteri itu dihidapinya sejak berumur 25 tahun, iaitu sebelum dia berumah tangga dan sejak itu sudah berpuluh doktor serta bomoh ditemui, namun sehingga kini penyakit kulit misterinya itu masih belum menemui sebarang penawar.

Saya sudah habis berikhtiar tetapi penyakit misteri ini tidak mahu juga sembuh. Namun, saya reda dengan keadaan diri saya, mungkin ia tidak dapat dipulihkan. Tetapi saya berharap ada pihak sudi membantu untuk mengubati kaki saya yang cedera ditimpa pokok.

Saya tidak mampu bekerja selepas kejadian pokok tumbang menimpa kaki ketika membersihkan kawasan hutan kira-kira lima tahun lalu. Lebih menyedihkan, sejak belakangan ini saya sering bermimpi kaki ini pulih dan saya dapat berjalan semula,.


Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Mohd Amirul menerusi talian 0111-9302549.

Boleh baca dengan lebih lanjut di blog DUNIA ITU . Bagi yang sudi , kongsikan di FACEBOOK dan update dalam blog ..

Penderitaannya bukan dia saja yang rasa , malah ibu kandungnya pon mengalami penyakit yang sama ..

Gara-gara Raja Lawak !

 

Ni mesti sebab entri Johan pagi tadi ni ! Bila aku sambung tidur , aku g screen test Raja Lawak untuk edisi yang ke berapa pon entah laa ..

Tau apa jadi ? Aku beria la buat lawak atas pentas tu tapi dua dua juri , tengok pon tak malah dok sibuk berbual ! Boleh gitu ?? Aku naik hangin la kan .. At least pandang la aku .. Kalau tak best , cakap je .. Tapi ni dia wat dek je.. Apa dia ingat dia punya lakonan mantap sangat ke ?

Sapa juri tu.. Tak leh sebut .. nanti aku lak kena saman.. Hahaha .. Tapi yang menarik tau apa ? Haaa.. Aku g marah dua-dua terus kat situ .. Siap bercakaran lagi koooo ..

Kegeraman aku sampai kemuncak !

“Kurang ajar  !! Tak pe .. tunggu la aku tulis dalam blog .. Tau la nanti !! “

Terkeluar terus dari mulut aku yang sedang lena tidur tu ! Dan wife terus ketawakan aku ,  berdekah-dekah. Aku hanya mampu membuka mata dan memandang dia  dengan hujung mata aku. Aku malu …

Grrr…

Ogy Ahmad Daud tetap saman Johan Raja Lawak !

 

image

Isu dari FFM24 hari tu ha.. Dan sesungguhnya aku menyokong tindakan kak Ogy !  Aku yang ada waktu tu di PICC , Putrajaya mmg terkejut dengan kelantangan Johan yang melawak tak kena tempat dan cara .. Dan aku respek kak Ogy yang berjaya tenangkan dirinya pada malam itu. Serius , kak Ogy mmg profesional.

Beberapa minggu selepas FFM24, Ogy telah membuat kenyataan kepada beberapa media akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Johan kerana mempersendakan arwah ibu bapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.

Ogy juga menyifatkan kata-kata Johan ketika mengacara bersama adalah kurang ajar serta satu penghinaan di mana dia tidak mampu untuk bertolak ansur dengan sikap biadab itu. “ – Mstar

Apa yang boleh aku katakan sekarang ni , pelawak kena banyak belajar dari orang lama . Jangan ingat dah popular dan ramai peminat , maka sesuka tekak melawak dan mempersenda orang !

Sebab tu mak bapak kita hantar g sekolah ! Melawak guna akal lagi bagus dari guna mulut ! Takkan lupa kot dalam Raja Lawak ada tema dan salah satu temanya melawak senyap ! Maksudnya tak payah bercakap dan berapa ramai yang berjaya buat penonton ketawa ?

Serius , hanya berapa kerat je pelawak yang berpendidikan di negara kita skang ni .. Nak marah ? Fikir dulu 2-3 sebelum nak marah .. Kak Ogy , saman je .. Biar belajar skit orang cam ni ..

Teringat allahyarham Tan Sri P.Ramlee .. Lawak beliau , kalau status pon orang leh ketawa ! Al-Fatihah ..

Kita mmg pandang remeh sebenarnya kan ?

 

image

Dah tengok citer IN TIME lakonan Justin Timberlake ? Hehe .. Mamat ni aku minat dari dulu .. Gaya rambut dia pon mmg buat dia nampak macho ..

OK .. ni entri pasal cerita tu tapi cerita tu sebenarnya menyedarkan kita erti harga masa yg kita sering kata masa itu emas tetapi berapa ramai yg benar-benar hargainya ?

Cerita tu mengarut pada zahirnya tetapi yang tersurat itulah yang mahal sebenarnya . MASA ITULAH NYAWA KITA .. Bayangkan malam ini , berapa ramai yang dah buang masa ? Dan masa bergerak tanpa toleh ke belakang .. Meningkatkan usia ke sehari lagi ..

Dan bagaiamana pulak dengan amalan kita ? Apakah lupa kita dengan tujuan masa yang diperuntukan pada kita ? Dihabiskan setiap masa itu di mana ? Depan komputer ? Atau depan Al-Quran ?

Pesanan buat aku juga. Baru terima berita , nenek wife aku meninggal dunia akibat sakit dada ..  Masa singkat dan kita leka bergelak ketawa .. Bila terima berita menyedihkan , kita cuma kata Innalillah … Tapi selepas itu kehidupan diteruskan tanpa menghayati langsung erti kematian ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI