Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 23 Januari 2012

5 blog pilihan hari ini ..

 

5 buah blog lagi yang aku pilih berdasarkan FOLLOWER terkini .. Terima kasih kerana sudi singgah dan menjadi rakan di blog benashaari.com.

 

**************

Jom singgah blog mereka ..

 

amira osman] [pink addicted] [first daughter to mumy n dady] [engineering world] [very loyal supporter to hijau kuning] [bachelor of photonic engineering] [sangat suka gelak]

!♥ boneka merahjambu ♥!

 

Akim. I'm a 17 year old boy living in Malaysia who loves to eat, sleep and blogger presents are definitely welcome on the 27 of January! Feel free to talk to me or anything, my ask box is open 24/7! I remembered how the roses flourished around her collar bones, they dressed her just like how my lips did when the moon touched the skies. And once the moon forgot how the sky felt, I forgot how the scent of roses tasted on her skin. p/s: Since school has started, I will be less active on tumblr. I hope I've queued enough posts for you though! I'll still be online on the weekends, so leave me some sweet messages? <3

road to infinity ∞

 

~..nAme aKu sUe..aKu nIe sImplE jEw oWgnyE..kAlo OwG xKnAl aKu MybE inGat aKu nIe sOmbOng OwGnye..tP kaLo dA kNal BaRu kOrAng TaWu cMnE pErAmaHnYe aKu..hUHuhu...~

chiyoko comei

 

Who Am I ??? There is a story behind every person... There is a reason why I am the way I am... I am not just like this because I want to... Something in the past created me like this... And sometimes it is impossible to fix me...SORRY IN ADVANCE

-- Aznurul Journal --

 

aq adalah aq,dunia dan masa aq hanya rumah dan keluarga,tapi aq bangga menjadi diri aq sendiri,dan x pperlu menjadi org lain.Kenapa ARDIFAUM???itu adalah nama gabungan anak2 aq yang menjadi lambang kasih aq dan suami aq.

ceriteraseorgaq

 

Terima kasih kerana sudi menjejaki mereka ..

Tips blogging : Isi dan tajuk entri

 

 

image

Mana satu yg penting ? Tajuk atau isi sesuatu entri di blog ? Dua-dua eh ? Ke isi  je ? Atau tajuk ?

Aku tahu korang akan kata dua-dua punya , kan kan ? Hehe .. Betul .. Dua dua tu penting tapi berapa ramai mampu buat tajuk itu satu tarikan atau umpan ke blog ?

Tajuk di blog aku , biasanya mereka akan kata tajuk kontroversi atau saja nak buat panas , kan kan ? Hehehe .. Tapi kalau dia baca isinya maka dia tau tajuk itu rupanya satu ???

Cuma satu kesimpulan dari apa yang aku nak sampaikan ! Mudah bukan ? Aku tak payah cerita panjang dan berjela hanya untuk menyampaikannya .

Macam dalam entri Mandi laut , risau lemas .Mandi sungai , risau kencing tikus.Mandi kolam , risau kencing orang . aku ini .. Kesimpulan amat mudah sekali , bahaya ada di mana mana kan ? Dan yang membuatkan aku tersenyum ialah bila ada yang jawab ‘ kalau gitu jangan la keluar rumah ! ‘ .. Balik kembali ke tajuk tu dan kesimpulannya adalah BAHAYA ADA DIMANA MANA ! Dalam rumah tak bahayakah ? Satu tajuk entri yg meminta kita tak kira sapa sapa agar berhati-hati.. Mudah kan ? Dan jika nak memahaminya dengan lebih lanjut , baca je entri tu haa..

Kesimpulan .. Untuk menulis blog bagi menyampaikan maklumat , ramai boleh buat tapi berapa ramai yg mampu menyampaikannya dalam cara tersendiri dan unik ? Jika kita mampu buat , pembaca akan tersimpul mati dengan blog kita !

My name is Ben and I’m not a terrorist .

 

Ahh.. geram ! Asal tengok citer hindustan , confirm meleleh airmata.. Lebih lagi filem filem kemasyarakatan .. Gaduh gaduh tu tak la.. Huhu..

image

Baru dapat layan filem My Name is Khan lakonan hebat Shah Rukh Khan dan Kajol. Tak silap aku filem ni dulu dapat tentangan hebat kan ? Aku tak ingat isu apa tah ..

Tapi bila aku tengok filem ni sendirinya , mesejnya sangat menarik ! Kenapa tajuknya begitu dan dia nak sampaikan satu pesanan pada Presiden Amerika Syarikat iaitu  Saya bukan Pengganas !

Walaupun nampak mengarut ( dah nama pun filem kan ) , tapi ianya mampu membuka mata aku . Kita mampu buat apa saja jika punya azam , semangat dan dorongan !

Dan seperkara lagi … jangan tinggalkan solat walaupun di mana saja kita berada dan dalam apa jua keadaan  sekali pun !

Haishh …. Nak layan citer apa lak pasni eh .. Download filem ni ? Ada banyak web n blog.. search je.. dan layan sorang sorang .. hehe..

Benarkah penganut ISLAM sekejam ini ?

 

Ada sebuah video memaparkan tentara Taliban menembak mati 5 tentera Pakistan tetapi aku tidak percaya sama sekali ianya dari tentera Taliban atau mana mana tentera yg berjuang ke jalan Allah . Tidak sama sekali aku mempercayainya ..

image

image

image

Aku tidak akan percaya kerana dari dulu , ‘mereka’ senantiasa memburukan umat Islam dengan membawa slogan Islam itu kejam dan agresif ! Sedangkan kita sedia maklum sapa sebenarnya yg begitu !!

Allah berfirman bermaksud:

“"Dan mereka (iaitu orang yang beriman) memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan". (Surah Al-Insaan: ayat 8)

 

Hurm … Apakah mereka ini berjuang ke jalan Allah ?? Wallahualam ..

Mandi laut , risau lemas .Mandi sungai , risau kencing tikus.Mandi kolam , risau kencing orang ..

 

Camana tu ? Nak beriadah di tempat-tempat gitu tapi risau dengan tahap keselamatan dan kebersihan yg ada .. Dan terbaru , kes lemas di Pantai Sepat , Kuantan yg telah mengorbankan 2 nyawa (rujuk SINI )

Sungai lak dikhuatiri tercemar dengan kencing tikus lak kan ? Semua orang tau , kalau mandi sungai ni pasti akan tertelan air sungai punya .. Bukannya takde kes lagi kan ? Maut woo kalau dah masuk dalam badan .. Penawar , tak pasti aku ada ke tak .. Tapi yang aku pasti satu je , aku tak g mandi sungai dah ! Tengok dan amik gambar je.. heh ..

Kolam .. Hurm .. tu lagi la kan … Walaupun dikatakan air kolam tu dibersihkan dek klorin yg dicampurkan di dalam air tu tapi kita tau hakikatnya , ada yg dok ‘melepas’ dalam tu .. Kira ibarat air yg ditapis la kan . Iyekkk … pengsan sat bila ingat balik aku pon mandi kolam ..

3 tempat tu , mmg menjadi pilihan aku untuk beriadah bersama-sama keluarga bila ada cuti panjang , satu tika dulu .. Sekarang ? Risau dah wooo .. Nanti ada anak , jawabnya aku bawak g tengok taman rama-rama , taman burung .. Zoo ? Pon bahaya gak .. hehehe ..

Nak difikir-fikir , semua bahaya kan ? Tapi kalau boleh elak , kita elakkan .. Fikirkan segala tindak tanduk serta baik buruknya  sebelum melakukannya..

Hargai nyawa mereka ..

Anugerah Juara Lagu 26 takde sambutan ?

 

Promosi abis-abisan dari TV3 ! AJL26 macam nak jadi AJAL26 eh memandangkan setiap kali AJL , pasti penuh dengan kontroversi .. Yelah , pasti ada yang tak puashati punya terutama peminat .

image

Aku lak , mmg lama dah tak minat nak follow Anugerah Juara Lagu ni sbb macam dah ‘dibeli’. Bukan nak fitnah , tapi itu yang aku rasa .Maaf la TV3 , kadang-kadang selaku penonton ,itulah yang aku rasa ..

Dan aku rasa .. mereka pon tau .. Sebab tu promosi filnal Anugerah Juara Lagu ni tak henti-henti … Heh , kan ? Yang pastinya , aku malas nak tengok sbb .. sbb ? Nanti aku pasti umpat dalam blog punyaaaa… Adoi..

Kalau aku tengok ??? Haaa.. Camana ? Camtu la kan .. hehe .. Kalau aku tengok tu , mmg aku cari isu la tuuu .. huhu .. Siap la ko nanti haa..

 

Iklan

image

Lanjut di SINI

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI