Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 25 Januari 2012

Gurau tak kena gaya !

 

IMAG0338

Cari pasal dan dapat dah pasal tu eh .. Adoi .. Memang naya betul laa .. Boleh dia tipu bapak dia yang dia kena culik padahal dia dok bergembira dengan teman lelaki dia ?

Apa punya jenis anak gitu eh ? Sampai hati biar ayah dia dalam keadaan begitu ? Haih … Dia ingat ni perkara main main ? Adooi.. gamaknya satu hari nanti anak dia buat gitu , camana la pulak perasaan dia ?

Bayangkan gini eh .. Abis belajar ni , g kerja sapu sampah .. Gaji ,bawah 1k .. Dapat duit , bagi kat orang tua.. Bayar sana sini .. Dan baki tu baru simpan setelah ditolak segala-galanya.. Kemudian duit simpanan selama bebarapa tahun kerja tu , beli sebuah kereta baru .. Kemudian , kasi kawan kawan pinjam atau mintak diorang calarkan ..  Camana perasaan tu ? Tu baru skit tau . Takkan sama punya tapi dia punya pedih , perghhh ….

Begitulah rasanya jika sesuatu yang kita sayang terancam atau dilukai … Pandang ringan betul perasaan orang lain .. Haih ..

Sumber : Kosmo

Bersantai di Kota Bharu , Kelantan .

Meriah mlm mlm KB ni .. senantiasa penuh dgn org tak kira masa !! Bangunan semakin byk naik .. Tang mana mundurnya ? Air ? Aku rasa byk tmpt mengalami masalah ni dan  yg pasti mereka tak merungut pon ..


Ni bukan entri politik yer .. Cuma ada baiknya kita merasai pengalaman tersebut dr mempercayai bulat-bulat.. Dan aku yakin rakyat Kelantan bahagia dgn keadaan skg.. 


Published with Blogger-droid v2.0.4

Macam tak patut la GSC pulak buat gitu ..

 

GSC Alamanda antara panggung wayang yang wajib aku kunjungi kalau ada movie best best .. Keramahan serta keselesaannya , mmg tak dapat dinafikan ..

image

Kalau dulu , aku suka g TGV KLCC tapi bila dah tinggal berhampiran Alamanda , pastinya aku ke sana sebab cuma makan masa 5-10 minit jer .. Jadi buat apa buang masa kan ? Lain la nak cuci mata tengok orang melepak kat KLCC tu , mmg ke sana la aku..

Selain sana , Midvalley adalah pilihan aku .. Dan semuanya ok la bagi aku. Berbaloi dengan apa yg dibayar + movie tu mmg menarik untuk ditonton.

Cuma hari tu , sewaktu aku g tonton filem  UnderWorld .. Ada satu adegan yg buat aku tersenyum sendirian .. Aku ni nak masuk panggung ke atau nak masuk Parlimen ?

Kenapa aku kata gitu eh ? Sbbnya penonton akan diperiksa sehingga ke  beg tangan mereka ! Apa ni ???  Takkan sampai tahap gitu sekali ? Alahai … Dah la bayar tiket tu RM11 .. Kalau diorang nak sorok burger atau air sekali pon , biar laaa .. Takkan tu pon dah buat GSC rugi ?? Macam satu paksaan la pulak suruh beli makanan dan minuman kat tempat diorang tu haaa .. Macam ni ke nak bisnis ? Kang semua pakat download je kat internet , baru tauuu ..

TGV atau GSC yang lain , aku tak pasti … Yang ni cuma berlaku di Alamanda di depan mata aku sendiri . Aku harap peraturan gini tak perlu la sampai ketat .. Sekadar makanan je.. Bukan nak bawak masuk peti ais atau dapur gas mahupun nak bukak gerai dalam panggung tu haaaa …

Tapi mereka yang nak bawak masuk tu pon fikir fikir orang lain pulak mengenai keselesaan hidung tu .. Ada yg tak senang dengan bau bauan ni .. Orang lain pun bayar gak kan ?

Kolagen Tu Ape??

 

Kolagen (atau Collagen dalam Bahasa Inggerisnya) adalah protein yang terdapatdalamtulang, gigi,  dan otot. Kolagen menyokong aktiviti selular dalam badan kita.70 % daripada kulit kita diperbuat daripada kolagen yang membantu membuatkan kulit kita anjal dan tegang.Tahu tak bahawa setiap manusia (bayi) ketika lahir memang dah tersedia ada kolagen dalam tubuh mereka?

Kolagen dalam tubuh kita bertindak seperti tiang penyokong bagi kulit. Boleh juga kita katakan ia sebagai spring dalam tilam yang kita tido tiap-tiap malam. Anggap kantiang penyokong kulit kita rapuh, apa akan jadi pada kulit yang dipegangnya? Apabila spring tilam kita sudah tidak lagi kenyal, apa jadi pada tilam kita? Apabila padding kulit kita sudah mula pudar / menghilang maka kulit kita tidak lagi anjal dan kedutan akan mula menunjukkan diri..( Ohh, ini NIGHTMARE! )

Tahu tak kajian telah membuktikan yang kita mula kehilangan kolagen pada usia 20-an! Ada yang kata seawal usia 25 tahun!! Kekurangan kolagen adalah antara punca utama kemunculan tanda-tanda penuaan:

 

image

 

Tanda-tanda penuaan:

 

image

Amacam? Berdebar tak?

Jangan risau.. anda boleh dapatkan pelbagai produk kolagen seperti Pure Collagen Dust di http://www.qesahqasehqmaridh.com

Gym @ Kok Lanas , Kelantan

Kali ke 2 aku singgah .. dan kali ni aku layan .... Hehe .. Dpt sambutan gym ni .. bagus la kan ..


Cuma kena ada otai aku rasa .. mungkin ada tp cuti kot ?  Ok la tu .. janji peluh .. kan kan ?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Teringat zaman dolo-dolo ..

Hurm .. bila tgk budak-budak ni main bola , terimbas kembali 26 tahun yg lepas ..


Rindu zaman tu dan teman teman sepermainan ..  Bergaduh tu perkara biasa laa kan ? Yg buat bosan bila org tua cmpur tangan .. hehe.. mmg kena kutuk la anak dia sampai tuaa..


Budak budak zaman ni ? Hurm .. baru kena jentik , dah nak main saman saman ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Maki hamun,mencarut di Internet satu kebiasaan ?

 

IMAG0336

Terbaca di satu artikal di akhbar harian negara berkisarkan dunia maya yang mana aku selalu dok luangkan masa dan mencari rezeki .. Heh ..

Aku rasa semua orang tau dah isu ni kan ? Dah macam satu kebiasaan seolah tak wujud dosa pahala .. Hurm .. Macam ada satu pertanyaan  kat twitter aku smlm berkenaan mengumpat.. Dia kata aku tulis baik je pasal umpat ni tapi aku umpat Yuna dan Norlia Ghani tu tak pe eh ? Aku tulis terang terang di situ mengenai kritikan. Aku bukan caci maki atau menjatuhkan maruahnya tapi sebaliknya sebagai salah seorang yg punya medan untuk menulis , maka aku tulis dalam bentuk berhemah .. Itu yang aku rasa sbb aku sendiri meminati lakonan Norlia Ghani .. Yuna tu , tak la minat cuma sbb saudara seagama , aku punya hak untuk menegur. Dan takkan teguran begitu dah buat maruahnya tercemar kan ? Tiada caci maki atau umpat keji. Cuma pandangan aku sebagai seorang lelaki dan paling penting , aku tak sembunyi identiti .. Kalau mintak cakap depan depan pon aku berani. Bukan tak pernah lakukannya pon ..

Ok , balik pada isu yg aku baca ni .. Pendapat Timbalan Dekan Akademik Pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia ( UPM ) , Prof Madya . Dr. Arba’e  Sujud , mengatakan segelintir pengguna internet gemar meninggalkan komen komen ‘kosong’ dan bertujuan melaga-lagakan para pengguna lain adalah perbuataan tidak bertanggungjawab sama sekali ! Tak salah nak bagi pendapat tapi jangan la sampai terkeluar dari batasan kesopanan , nilai budaya dan agama , kan ?

Ni best part !

IMAG0337-2

Yang ni mmg berlambak ! Serius .. Bila jumpa depan , alahai .. diam seribu bahasa .. Malu la pulak ! Dalam internet , siap nak balik lembing mahupun nuklear lagi ! Adeh ..

Kita masing masing punya kesilapan dan tugas kita adalah sama sama mengingatkan .. Dunia maya ni kalau digunakan dengan betul , pergh .. memang menarik sekali .. Tapi apa nak buat kan ? Dalam kelas seramai 45 orang tu pon boleh berpuak atau dalam pejabat yg punya 10 kakitangan pon leh ada pelbagai parti dalam tu ..

Oh dunia ..

Sumber Berita : Kosmo

Amboi ! Mentang mentang la free guna FACEBOOK ni !

 

image

Patut la hari ni macam mengarut je FACEBOOK .. Rupa-rupanya ??? Bagi mereka yang tak menukarkan lagi profile mereka ke TIMELINE , nanti FB akan tolong tukarkan secara percuma .. hehehe .. Takde pilihan okeh ! Suka atau tidak ! Nak atau tidak ! Sila perhatikan ianya bertukar secara automatik .. hehe ..

Best ke guna TIMELINE ni ? Bagi aku yang tak biasa guna lagi ni , nampak cam pening skit la .. Tapi mungkin lama lama ok la kot ? Memula je la..

Apa nak buat kan ? Dah menda percuma .. kena ikut je la.. Tak suka ? Kasi tutup je la itu akaun .. kan kan ? Iskh… Nasib baik laa aku ada blog .. kalau tak de blog , lama dah aku delete akaun FB ni haaaa … Grrr …

Erk.. nak delete ? Er …

Header Blog Pilihan

 

image

Comel kan ? Haa .. aku pun nak tukar gak ni .. Cuma lom jumpa gambar n idea yang menarik untuk buat.. Asik bz update jer .. huhu ..

OK .. jom g tengok blog kawan kita ni .. http://www.muniiera.com/

7 hari sahaja

 

7 days CNY

Assalamualaikum..

Promosi Terkini Januari 2012, dapatkan Tudung kegemaran anda dengan harga lebih murah dengan kualiti yang terbaik.Hanya 7 hari sahaja promosi ini berlangsung dan harga akan kembali kepada asal selepas 7 hari.Dapatkan segera selagi stok masih ada.

Sila Klik http://www.suehijab.com/  sekarang!

Sememangnya menulis blog amat mudah !

 

Aahh .. Kadang-kadang aku teringin benar nak amik gambar perempuan bertudung dan berpakaian ketat yg sememangnya mengiurkan mana mana lelaki kalau tengok dari belakang .. Tengok depan , mungkin jadi lain ceritanya kan ? Hahaha ..

Macam entri aku Inilah namanya persaingan .. ini tadi ..Sapa sapa boleh meniaga kalau ada modal ! Tapi nak ada modal kan ? Selain modal , apa lagi ? Skills meniaga ? Selok belok ? Ilmu ? Macam macam lagi kan ?

Apakah ingat meniaga ni dengan cara letak barang kemudian menjerit suruh orang datang beli atau letak kerusi dan tunggu orang datang ?

Kalau begitu , maka kejap jelah lingkup perniagaan kita .. Sama gak dengan blog .. Ingat dengan mengkritik sesuka hati tanpa ilmu atau memaki hamun kononnya berhati kering sudah cukup melayakkan diri bergelar blogger ?

Sama gak dengan blog .. Main tulis tanpa memikirkan hati orang yg membacanya sememangnya mengundang bala pada diri sendiri . Untuk apa sebenarnya ? Kepuasan diri ? Laaa .. Kepuasan diri yang menyebabkan dosa terkumpul setiap kali orang membacanya ? Apakah sebenarnya ??

Aku dah 3 tahun berblogging dan pelbagai komen dan karenah aku temui.. Dan sememangnya jawapannya ialah , pengalaman mendewasakan kita dalam dunia blog ini ..

Blog ialah mengenai penulisan kita berdasarkan perasaan kita tapi masih punya batas iaitu agama ! Jangan sesekali langgar batasan tersebut..  Dan kalau tiada batasan itu , rasanya aku sendiri lama dah memaki hamun dalam blog ini dan syukur aku sedar akan hakikat itu ..

Di kiri kanan bahu kita ada malaikat yg mencatatkan setiap perbuatan kita . Maka sebelum menulis entri , fikirkan semula. Apakah ganjaran yang akan aku terima dengan entri ini ? Dosa atau pahala ?

Wallahu a’alam ..

Blog contest .. panggilan akhir !!

 

 

Salam kawan2 semua,

Peluang terakhir untuk menyertai pertandingan di AdorableMuslimah.com! Cepat2 hantarkan entri anda selewat2nya pada 31 Januari ini. Hanya tulis berkenaan www.adorablemuslimah.com di dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

Contoh: Pengalaman shopping di AM.com (jika ada) ATAU Apa yg anda suka dengan AM.com ATAU Review produk2 di AM etc… Apa sahaja berkaitan dengan AM.com mengikut kreativiti anda.

Hadiah menarik termasuk authentic COACH wristlet, Victoria’s Secret dan AM Cash Voucher menanti anda!

Undian terakhir akan dikira pada Ahad 12 Februari pada pukul 11am. Cepat hantarkan penyertaan anda sekarang selewat2nya pd 31 Jan. Peserta dengan jumlah ‘Like’ terbanyak akan memenangi pertandingan ini!

Hantarkan penyertaan anda ke*: competition.adorablemuslimah@gmail.com

Maklumat lanjut berkenaan syarat2 dan lain2 boleh didapatkan di sini à Click Here

*selewat2 nya pd 31 Jan

clip_image002

clip_image002

Azan pukul 3 pagi !!

 

Sekali lagi ! Kali ni lagi teruk … Aku sampai tak boleh nk bersuara . Seolah olah ada sesuatu di tekak aku.. Tersumbat ! Ahhh … Aku cari cawan untuk minum air .

Jumpa .. Bila nak minum , ada semut dalam tu ! Ahh .. aku campak buang.. Ni mesti kena kacau lagi aku .. Geram sekali lagi menyelubungi diri ..

Aku tekad. Aku cuba mengalunkan azan ..Tapi tak boleh !! Akhirnya aku menjerit dengan kuat …

“ Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! “ ..

Akhirnya , berjaya keluar dari tekak aku … Aku buka mata .. Wife aku ! Kenapa dia menangis ??? Aku pandang kat dia ..

“ Kenapa menangis ni ?? “. Aku tanya .

“ Baru kul 3 pagi bang .. Subuh lambat lagi . Kang mak kat bawah bangun solat pulak ! “ . Dia jawab dan terus ketawa sampai keluar airmata .

Dan aku , wat bodoh jer .. Sambung tidur lagi best dari layan dia gelakkan aku .. Ni gara gara SECRET CIRCLE la nih !! Arghhh ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI