Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 28 Januari 2012

Cerekarama TV3 : Aku mahu terbang

 

Sebuah lagi cerekarama yang menarik untuk ditonton. Semangat setiakawan , semangat untuk maju dalam hidup dan tidak ketinggalan juga , sikap dengki  ditonjolkan dalam cerekarama AKU MAHU TERBANG ini .

image

Yang menariknya , pelakon untuk cerekarama ni kebanyakkannya muka muka fresh ! Tu yang best tu.. Tak la muka sama je kan .. Baru la seronok tengok ..

Ni kalau tak , dia tu la hantu , dia tu gak la awek cun , dia tu gak laaa mak tiri ! Aiyooo

Bercita-cita tu mmg mudah tapi nak mengejarnya memerlukan semangat yg kuat disertai dengan belajar rajin rajin laa kan ? Takkan nak cakap je kan ?

image

Berkaitan dengan cerekarama ni , bagi aku ceritanya mampu membina semangat anak anak kecil yang menontonnya untuk mengejar cita-cita mereka dan sedikit sebanyak menginsafkan mereka terutama yang suka lawan cakap orang tua mereka .. Haa..

Dugaan tetap ada .. Dengan wujudnya dugaan , segala pencapaian lebih manis untuk dikenang . Kalau semudah A,B,C , tak menarik la pulak kan ? Itulah kehidupan yang tertulis buat kita semua . Harungi dengan tabah disertai dengan tawakal dan iman di dada. Jangan putus harap dan senantiasa berdoa pada Allah.

image

Nama pelakon ramai la pulak .. hehe.. Tak sempat nak  hafal.. hehe.. Tak kisah la… Janji cerita OK!

image

Teruskan hasil drama drama begini .. Tahniah buat pengarah , Mohammad Feroz Kader dan juga para pelakon.

image

Download Aku Mahu Terbang .. Tarak laa kat sini .. Hehe..

Ku bukan pembunuh upahan !

 

 

IMAG1395

Kenal tak menatang kat atas tu ? Haaa .. Tak kan ? Kenal eh ? Haa .. Kalau masa aku kecik dulu , confirm ni berjenama YONEX punya arrr .. Tapi bila dah tua ni , takde jenama pon okeh dah , janji ada bunyi ‘ buzz’ .. haaa ..

Memandangkan wife akan bersalin tak lama lagi , jadi persekitaran  dalam rumah perlulah jauh dari bau bau yang punya racun ni haa… Maka racun penyembur tidaklah digalakkan sama sekali digunakan ! Haaa…

Sebagai ganti , aku guna reket elektrik ni haa.. Kalau kena kat nyamuk , confirm hangus punya aarrr .. Tiada belas dah ! Bukan aku kejam tapi dia yang wat hal dulu !! Sapa suruh hisap darah aku sampai merah kulit aku yang putih gebu tuuu.. Haaa .. hehe ..

Kali pertama aku tengok reket ni , kat rumah kawan wife aku nun kat Alor Setar bila mana suaminya dok menghayunkan reket tu ke sana sini .. Dan menariknya bunyi letop letop tu haaa.. Hehee.. Ye la , aku geram kat nyamuk ni lama dah !

Kalau dulu , kat rumah mak aku .. Aku akan guna gayung dan basahkan dengan air sabun .. pastu aku hayun kat port dia.. Hahaha.. Amik kauu .. Dekat 20 ekor gak arrr.. Kalau tak sampai 20 tu , aku jadi pelik lak .. Mesti diorang dah keluar memburu tu.. Hahaha..  Alhamdulillah , walaupun banyak nyamuk tapi bukan spesis aedes .. hehe ..

Apa pun dengan membeli reket ni , aku harap aku dapat mengasah bakat aku dalam dunia badminton yang mana telah lama aku tinggalkan … Aku kidal okeh ! Hehe.. Nak try  jumping smash ala Misbun kee ??

Lupa lak , reket elektrik ni boleh di beli di Mydin .. Murah je.. Tak sampai RM20 pon .. Atau kat pasar malam berhampiran dengan rumah mak mertua atau pakwe korang ..

Nasihat ! Jauhi dari kanak kanak ! Dan baterinya , rechargeable …

Ololo.. comelnya header dia .. hehe ..

 

image

Hehehe .. suka tengok mata dia .. Hahaha .. comel gitu .. Skang ni aku perasan ramai blogger perempuan terutama yang remaja ni suka header – header gini .. Bagus la kan .. Sekurangnya takde la isu isu remeh seperti nak kata blogger tu top sebab muka dia atau dok tayang body je memanjang kan ? Ni la masa nak buktikan bahawa penulisan blogger tu la punca blog tu ‘panassss’ .. kan kan ?

Camana nak buat header cam ni ? Haaa.. tu kena belajar kat anak buah aku tu haaa , Lyssa Faizureen .. Aku tak buat tutorial blog ni .. Cuma tips ringkas pasal blog je  .. Letih nak buek entri tutorial ni .. dan nak balas komen.. hehe ..

OK.. jom g tengok blog tuan punya header kat atas tu .. Aku pon nak buat header cam ni gak la.. OK tak ?

http://www.belogkayangan.blogspot.com

Yang penting baby !!

Siannya .. kucing betina ni tengah sarat mengandung .. Dimakannya bekas kulit karipap yg mana td aku makan ..


Bila tgk dia makan dgn lahapnya , aku bg saki baki yg ada .. Dia mkn lagi padahal bukan makanan dia pon .. hurm .. siannya ..


Aku nak kasi makanan pon , bukan ada apa apa kat tgn aku ni .. hurm.. siannya ..


Dia mungkin makan apa saja , asalkan kandungannya kenyang ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Blog cool yang aku singgah hari ni ..

 

image

Entrinya hari ini ,

Ooohhhoooiii..Lama betul tak update belog ( versi m.daud kilau). Dari first week bulan 1 hari tu daftar kolej, terus mendadak tahap kesibukannya. Hari ni sabtu baru boleh rehat cikit. Sampai je umah sini dah susah hati. Manakan barang hilang, amik result, rumah kena pecah masuk, daftar kelas, buat sale utk final project last semester. Hurm, tgk banyakkan keje. Penatkan :)

Tapi syukur Alhamdullilah, kes pecah rumah dah selesai dan penceroboh dah ditangkap. Oh my God, malangnya penceroboh berusia 13 tahun. So young u know. Kalau la Cik Bhulat n housemate nekad teruskan kes. Huh, gelap masa depan budak tu. Wahai budak, bersyukurlah. “

http://honeyrabhulat.blogspot.com/

 

Haaa .. simple , lembut dan tak pedihkan mataaa … Hehe ..

Sebab itu dalam ISLAM , arak haram untuk diminum !

 

Nama je ISLAM , tapi minum arak .. Bab lain tu , bukan dalam tajuk ni la yer .. hehe .. Sapa yang minum ni ?? Haaa.. adaaa .. Dari atas sampailah k bawah .. Ada yg suka minum wooo ..

image

Aku pernah tanya kat kawan aku yang pernah minum air kencing setan ni , apa rasanya .. Dia kata biasa je .. Air sirap lagi best .. Tapi apa yang menariknya .. KHAYAL ! Hehe .. Tu je ??? Baik minum air protein.. Dapat gak ketak ketak kan ?

Terbaru , NGO meminta pihak berkuasa melarang penjualan arak semasa perayaan Thaipusam .. Haa.. Kenapa ? Sebab bila dah orang sibuk ngan perayaan , mereka yang mabuk nih wat hal laakk.. Dah nak layan perangai diorang ni pulakk ..

Semalam , sekumpulan tujuh lelaki mabuk bertindak melampaui batas apabila bukan sahaja enggan menjelaskan bil minuman keras yang diminum malah, menetak sampai mati seorang pekerja sebuah restoran dan mencederakan pemiliknya .

Hurm… Malas nak cerita panjang .. Banyak la kes melibatkan arak ni  tapi masih ada yang tak nak sedar diri… Dah kemaruk katanya .. Haih.. Kemaruk menda tu bukan tak leh buang .. Saja g layan jer .. Macam macam la alasan orang gini ..

Entah laa..

Bersawang ! Bukan mudah nak panas ..

Seminggu cuti dr bersenam .. Nak mula panas bukan mudah .. Mood ke laut .. Lemak bermaharajalela ! Kalau cuti lama , ni la kesannya !


Bila dah gini apa nak kena buat ? Mudah jer .. Belek balik gambar gambar lama atau tgk gambar gambar yg punya badan menarik !! Haaa.. berkobar laaa semangat tu ..


Ok ok .. aku nak layaann besi ni .. Baru tgk gambar Yusri Kru ngan Lisa !! Bersemangattt nih !!! Yela , cmna Lisa nak kat dia eh ? Dulu Erra .. haaa.. Hahaha .. aku gurau je .. Jodoh , jgn dipersoalkan .. bukan kerja kita .. Byk keje lain la ada boleh buat !! Kan kan ?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Dalam diam .. aku segan ..

 

Tak sangka .. Masih teringat lagi kenangan tu sebenarnya aku .. Hurm .. Sewaktu aku join test drive Honda ke Melaka dan menginap di hotel Philea tu aku telah terserempak dengan seseorang yang aku kenali.. Sebenarnya bukanlah terserempak tapi dia yang menegur aku dulu ..

Waktu tu , aku dok syok tengok makanan yang dihidangkan utk sarapan pagi tiba-tiba aku ditegur dari belakang oleh seorang wanita yang memang aku kenal tapi terlupa namanya .. Puas aku cuba ingat tapi gagal gak ..

Puan Najat .. bekas pengarah Bahagian Tek.Maklumat di Kementerian Pelancongan rupanya .. Heheh.. Sekarang dia di INTAN setelah dinaikkan pangkat .. 

Segan aku dengan dia sebenarnya .. Yelah , dia taraf bos dan aku mmg jarang nak bercampur dengan orang atasan ni .. Elakkan fitnah kata orang .. Nanti kata kita mengampu pulak kan ..

Bila dah tegur tu , berborak la jap .. Tiba-tiba dia kata kat aku yang dia dah lama follow blog aku .. Aiseyman …. Aku terus terkesima ! Malu .. Yelah , blog aku gini yang dok mengarut tak abis ni , dia dok baca .. Aiyoyo ..

Tak lama kemudian , berpisah dan mengambil makanan masing masing .. Tak sangka, di situ pon leh jumpa orang yang dikenali .. Haaa.. Cerita pasal blog gak tu.. Kat Tasik Dayang Bunting , Langkawi pon terkantoi gak .. dah cerita dalam blog ari tu.. hehe..

Tapi dalam diam , aku lebih bersemangat sebenarnya .. Untuk memperbaiki mutu tulisan aku agar mereka yang membacanya lebih rasa selesa dan santai ..

Sebab tu blog aku ni skema je tulisannya sbb aku tau , yang baca terdiri dari pelbagai lapisan umur dan aku tak boleh pentingkan diri .. Walaupun blog aku ni adalah luahan pendapat aku , aku tetap kena jaga ‘tutur kata ‘ aku .. Mana tau , kot mak mertua atau adik beradik wife aku baca .. Malu dia nanti kan ?

Bukan hipokrit tapi kita hidup bermasyarakat .. Jaga bahasa kita , secara tidak langsung kita jaga airmuka orang yang menjaga kita dari kecik , yang mendidik kita di sekolah dan juga rakan rakan sepermainan kita .. 

Aku manusia yang punya pendidikan walaupun bukan sampai tahap tinggi , tapi cukuplah untuk aku gunakan dengan waras dan bijak ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI