Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 29 Januari 2012

Anugerah Juara Lagu ke 26/2012

 

image

Malas nak layan sebenarnya tapi memandangkan aku pernah buat entri mengenai AJL ni , nak taknak kena cover skit je la..  Tu pon bukanlah tahap nganga depan tv pon.. sesambil jer ..

Hurm .. Entah , bagi aku tahun 80-90 punya AJL lagi berapi dari skang ni .. Jangan la kata skang ni bukan zaman aku pon atau nak kata aku ni kolot tapi zaman tu , mereka yang bertanding semua mmg ‘hot’ n ‘spicy’ arr … Sampai sekarang , bagi aku , takde yg sepanas mereka walaupun sekadar  kumpulan rock kapak !

Tapi nak kata semua tak best tu , tipu la kan .. Bagi aku persembahan dan vokal Alyah menarik , lagu Sungai Lui , Aizat , Awan Nano , Hafiz ( aku minat lagu nehh ) mmg unik .. Yang lain , ehem… biasa jee.. Tu citarasa aku okeh !

Dan kalau korang perasan , wang tunai untuk pemenang pon dah berkurangan .. Ini menunjukkan penaja pon dah kurang berminat untuk menaja AJL ni .. Apakah dah sampai penghujungnya atau perlu suntikan yg lebih menarik lagi nanti ? Tunggu je la tahun depan eh .. Harap ada perubahan d..

Bab kritik , aku malas nak kritik artis-artis kali ni  terutama lagu yang tah hapa hapa tapi layak ke final .. Dah rezeki diorang dan keputusan pon dah diumum pon kan ? Jadi tak yah nak kalut dah ..

Fesyen  AJL kali ni ? Hurm … Ada yang ok dan sikit je yg tak reti nak sedar diri lagi tu .. Tak pe la , yg ok tu .. tahniah dan yang belum tu , semoga Allah beri hidayah pada mereka ..

Dan keputusan AJL 26 kali ni ..

Persembahan Terbaik :

Kisah Hati – Alya ( dah jangka dah ) ( RM10K)

Vokal Terbaik :

Awan Nano – Hafiz ( yearghhhh ) ( RM10K)

 

ANUGERAH JUARA LAGU

3 ) Faizal Tahir – Karma ( RM12K )

2 ) Jac , Ning , Shella – Beribu Sesalan ( RM15K)

1 ) Hafiz – Awan Nano ( ahahahhaha .. .cayalaahh .. RM30K)

 

TAHNIAH HAFIZZ  , M.NASIR dan BUDDI !!!

 

Pada masa yang sama gak , Ustaz Azhar Idrus juga mengadakan ceramah agama di masjid Shah Alam .. Hehe .. Ada pilihan samada nak tonton AJL atau layan ceramahnya .

image

Aku ? Selalu je layan ceramah agama ni kat youtube terutama Dr.Asri punya .. huhu ..

Uik , kemas header blog dia !

 

image

Kemas .. Segalanya kena antara satu sama lain. Penggunaan font , size  , mmg buat aku cemburu benor ..  Hurm … Orangnya ? Takde kaitan eh .. Tapi baju dia tu kena dengan warna font .. Bijak dia main warna kat sini ..

Blog dia ? Muahahah .. Entri terkini dia mmg boleh buat panas punggung buat ‘ si dia’ .. huhu .. Korang baca sendiri la nanti eh .. Jom  ke blognya ..

http://hazanis.blogspot.com/

 

Korang rasa header korang unik , lain dari yang lain ? Leh tinggalkan link url kat sini .. Terima kasih ..

Pelumba basikal lebuh raya cedera parah ketika sesi latihan dilanggar .

 

Pelumba basikal lebuh raya wanita negara Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan akibat terlibat dalam kemalangan melibatkan kereta di Presint 2, Putrajaya hari ini, ketika sesi latihan.

Tiga pelumba lain dilaporkan cedera ringan dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu di satu kawasan berhampiran simpang empat.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kumpulan pelumba basikal itu gagal mengelak sebuah kereta yang telah memasuki laluan dikhaskan untuk sesi latihan itu.  - Lanjut di Hmetro .

image

image

image

BA : Mereka yang ingin datang ke Putrajaya pada hujung minggu ( bermula Jumaat malam ) , kena berhati-hati kerana ramai orang berbasikal tak kira masa .. Serius wooo .. Ada yg tak titik beratkan mengenai soal keselamatan terutama bila di lampu isyarat ! Main redah jeee .. Bila kena , sapa salah ??  Haaa .. pemandu kereta gaak kan ?

Kawasan feveret adalah Masjid Putra , Presint 2 dan banyak lagi .. Jadi , berhati-hatilah yer .. Aku sendiri tak berani nak keluar waktu-waktu ni .. Kalau keluar pon , mmg pandu perlahan punya ..

Takde keje ke ?

Aku ternampak iklan ni di sebuah pasaraya terkenal di Bangi .. Hehe .. Kalau susah sangat cari kerja , maka biarlah kerja cari kita tapi kena bijak 'mengumpan' dan tau kat mana lubuknya ..


Yang penting jangan putus asa dan bykkan berdoa ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Nak buat cam dia laa..

Haih .. seminggu tk g gym ni .. Otai sini pon tanya lama ilang .. Nak dtg ni pob bercinta gak sebenarnya tp paksa diri !


Kena cari semangat .. Tgk gambar si The Rock tu baru berkobar balik .. huhu ..


Entah berapa lama bertahan pon tak tau .. Dah rasa tua diri ni ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saintis Russia kesan jengking di planet Kejora ( Venus )

 

image

Dari Berita Harian  :

Sekumpulan penyelidik di Russia mendakwa wujud hidupan di planet Kejora (Venus) selepas menganalisis gambar yang diambil satelit negara itu 30 tahun lalu.

Saintis di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Russia, Leonid Ksanfomaliti, berkata penelitian berulang kali ke atas imej yang diambil satelit Venus-13 pada 1982 menunjukkan sejenis makhluk berbentuk kala jengking dan ketam yang bergerak ketika dirakam.

Lanjut di Bharian.

image

Planet Kejora

image

Permukaan Planet Kejora

 

Camana ngan korang ? Percaya tak ? Hehe .. Sesungguhnya memang wujud makhluk lain selain kita cuma kat planet lain tu , tak pasti la aku kan .. Dah diorang nampak , nak kata apa kan ? hehehe.. 

Aku rasa diorang explore planet lain sbb takut bila bumi nak hancur nanti , diorang dah pindah kat sana kot .. hehe..

Melukis doodle itu haram hukumnya ? ..

 

image

Pulak ?? Biar betul ? Kali pertama aku tengok tajuk entrinya , aku dah tersengih .. Kalaulah melukis doodle tu haram , camana ngan komik lak ? Haaa .. Majalah komik ni berlambak kat pasaran lebih lagi masa aku kecik dulu.. Takde pulak yg kuarkan fatwa masa tu malah ada komik siap berdakwah lagi .. haaa.. Camana tu ?

Aku pon masuk dan baca ! Tu penting tu ! Jangan baca tajuk saja lalu terus buat kesimpulan ! Salah tu !! Haaa.. Kena masuk , baca betul betul baru buat kesimpulan. Tu pon kena rujuk pada yang pakar dulu kalau keliru lagi .. Jangan memandai kuarkan fatwa sendiri lak .. Cari pasal namanya tu ..

Jadi , doodle ni lak camana hukumnya ??  Haa , tu korang leh dapatkan jawapan dari rakan blogger yang telah buat sedikit rujukan pada yang ahlinya .. Klik SINI ..

Pening kepala ? Aiseyman .. Menda gini pon pening eh ? Sebelum nak pening menda menda gini , kita patut pening dengan perkara yang lebih asas seperti aurat , solat ,maksiat dan lain lagi .. Tang tu , ramai pulak pandang ringan eh ? Hurm ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI