Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 2 Februari 2012

Penangan kebebasan ‘bersuara’ tanpa berfikir

 

Ada sorang rakan di FB yg tagged aku skali ..

image

Hurm .. budak ni , aku tak salahkan dia .. Dia keliru dengan hatinya. Mungkin belum terima hidayah atau memahami erti keimanan pada Allah. Doakan yang terbaik buatnya .

Aku tak rasa tu nama betul dia jadi tak perlulah aku nak hitamkan nama dia .. Yelah , mana ada orang guna nama betul sangat dalam FB ni kan lebih lagi bila nak tulis mengarut !

Entah la.. macam dalam entri aku Facebook bawak bala ! tadi tu .. Segalanya sbb dah ‘terlalu’ bijak dan mudah . Kesannya , jadi mangkuk sekejap.

Kekadang kita gitu gak cuma tak ingat jer bila dan kenapa . Semoga rakan-rakan maya kita menegur bila ada melakukan kesilapan.. InsyaAllah ..

Botol susu ayah dah sampai ! Yey Yey…

 

IMAG1475

Haaa… botol susu aku tuu .. Hehehe .. Caya ke ? Kalau caya tu , pasti ada masalah ngan penglihatan ..

Botol untuk baby laaa .. Wife beli online kat kawan dia .. Dia kata kawan dia tu doktor. Jadi leh dapat murah skit la dari harga kat pasaran . Berapa tu , aku tak ingat la pulak .. Yang aku ingat , bukan duit aku .. Hahaha .. Duit dia pon sama gak la duit aku .. Duit keluarga namanya .. kan kan ? Hehe ..

Baru je sampai hari ni.. Dia order minggu lepas rasanya . Penghantaran terus sampai ke depan pintu pejabatnya . Senang , tak yah g shopping mall dah .

Menurut wife , jenis ni ok untuk baby baru lahir. Yang dah lama  lahir cam ayah dia  , sesuai guna botol kicap jer .. Mengada nak botol gak ! Caitt ..

Ini terbukti , pembelian secara online pon boleh dipercayai walaupun bukan 100% .. Ada yang kena temberang hidup hidup.. Orde biawak , dapat cicak .. Mintak sutera bagi plastik.. Harga sama gak ! Tensen kan ?

Kalau dapat yg betul tu , alhamdulillah … Apa lagi ?? Aku nak try satu dulu laa.. Letak susu protein aku ..

Minyak Yuyi Cap Limau , pasti berkesan.

 

Hahaha … Takkan tak tau kot minyak ni ?? Aiseymaann , teruk arr korang neh  .. Mengada la pulak ayat aku .. he..sori eh ..

IMAG1474

Minyak Yuyi Cap Limau ni disyorkan oleh mak aku untuk kegunaan luaran jer .. Dalaman , cari pasal kalau guna .. Kalau lenguh-lenguh , sapu je kat bahagian lenguh tu , pastu suruh Neelofa atau Aaron Aziz urut , confirm ilang lenguh punya  .. Hahah.. Tu tak pakai minyak pon leh ilang kan ?

Ok , serius .. Aku yang dah try minyak ni ternyata memberi pulangan yang hebat ! Yelah , aku kan selalu g gym dan kekadang tu ada la tersalah urat terutama kat leher tu .

Juga sesuai untuk budak budak yang kembung perut .. Mak atau bapak budak pon leh pakai .. Aku pun penah cuba gak la dengan sengaja menyakitkan perut aku dan keluar masuk tandas sebanyak , hurm.. kira sampai merangkak laa nak ke tandas tu .. Ternyata bila sapu kat perut , dengan izin Allah .. lega wehh .. Lena diulit mimpi wehh !!

Sori yer .. ni bukan iklan berbayar .. saja nak berkongsi info ni .. Kongsi minyak tarak arr ! Dan minyak yuyi cap limau ni takde kaitan dengan raja yoyo atau Yuyu Zulaikha …

Sekian . Kalau nak order minyak ni , g je Mydin yang berhampiran dengan rumah aku .. Leh pekena nasi kandar sekali ngan aku kan .. Bila lagi nak dating .. Hahaha .. Wife jeling dah tu .. hahaha..

Berebut lelaki rupanya eh ? Dah tak kerja ke ?

 

Laaa .. tadi kan aku ada buat satu entri bertajuk Facebook bawak bala ! yang mana sorang budak sekolah umur 15 tahun gara-gara berperang dalam FACEBOOK ..

Sekali bila aku baca kat Kosmo lak , muka dia sama tapi ceritanya lain lak  !! Berebut pakwe  ??? Biar betul .. Takkan la bergaduh di FACEBOOK kerana berebut pakwe atau tuduh menuduh pasal lelaki tak abis sekolah tu lagi ??

“ Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini teruk ‘dikerjakan’ sekumpulan 15 pelajar perempuan lain gara-gara pertelingkahan berebut teman lelaki sehingga mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital. “ – Kosmo

Hahaha .. Lawak la korang ni ! Sekolah tak abis lagi , makan pun mak bagai bagi makan , yuran sekolah setahun sekali tu pon mintak kat mak bapak , ada hati nak bercinta ? Kalau nak bercinta monyet sekali pon tak payah la buat kerja kerja yang ‘monyet’ selalu buat yakni berebut makanan ! Ni berebut jantan ! Budak laki tu baru diterima masuk kelab Pelita Jaya ke ??? Aiyoooo .. Bikin malu keturunan laaa ..

Kasi abis belajar dulu laa .. Bela mak bapak dulu , baru pk nak bela laki ! Serius arr .. Toksah la mengada nak bercinta kalau kena gigit semut pun jerit nama mak lagi !

Huh ! Masuk angin keluar asap !

Facebook bawak bala !

 

image

 

Aih , cinta muka buku … Muka buku lima .. Muka buku lucah .. Muka buku fitnah .. muka buku macam macam lagi laa ..  Dan , mereka yang dok menghabiskan masa dengan FB ni pasti tau akan karenah dunia FB ni ..

Terbaru , seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di Kangar , Perlis , gara-gara perang dalam FACEBOOK ..

Kenapa , mengapa , apa terjadi tu korang leh g baca kat Bharian Online hari ni atau beli je akhbar kat kedai buku atau pinjam kat tokey mamak berhampiran. Pastikan ada tanda halal di restoran tu dan bergred A !

Inilah dunia FB … Mereka yang tak reti gunakan FB ni akan timbulkan masalah . Entahlah , seolah olah agenda yahudi nak merosakkan  dan melalaikan umat Islam ni macam dah tercapai ..

Sepatutnya FB ni , kita amik peluang dengan menambahkan lagi kenalan , mengeratkan lagi persaudaraan dengan cara yang lebih berhemah dan sopan .. Tapi yang jadi , kebanyakkannya lain..

Pagi pagi , boleh baca status yg negatif ..  Positif tu mmg ada tapi yang biasa mendapat respon adalah negatif .. Hurm ..  Dan paling menarik , ada yang letak gambar begini dengan penuh rasa bangga !

image

Ni baru satu yang terkantoi .. Ada banyak lagi .. Maka , mereka yang ada anak tu , periksa periksa la akaun Fb anak anda tu.. Dan , jangan lupa periksa juga beg beg mereka . Biar mereka benci anda sekarang dari membencinya kemudian hari !

 

 

IKLAN

image

http://www.qesahqasehqmaridh.com/

“Eleh , boleh ke bayar gaji Safee Sali sebulan RM118 ribu tu ??? “

 

Boleh ke bayar tu ?  Bukan pe , kat Malaysia ni pon banyak pemain tertunggak gaji dia sampai ada yang terpaksa .. haa.. Sendiri fikir la kan ..

Tapi tu kat Malaysia kan ! Ini kat Indonesia la cerita kan ! Hurm… Pelita Jaya .. Dah la ari tu FIFA nak haramkan kelab ni , pastu  nak ‘cerita’ lak tentang gaji beratus ribu ( RM ) ?? “

 

Tu yg bermain kat benak aku bila dapat tahu mengenai tawaran baru Safee Sali . Bukan menidakkan bakat Safee atau rezeki dia tapi Pelita Jaya ni haa..

Aku yang lama dah tak ikut perkembangan bola sepak dunia , ternganga bila Safee Sali berminat nak main kelab Pelita Jaya .

Pelita Jaya ??? Kelab apa tu ?? Takkan abis pilihan dah kot

Itulah yang ada dalam fikiran aku , masa itu !

image

Kemudian aku baca akhbar hari ini , Kosmo.

Kontrak dua tahun itu menawarkan pakej bernilai lebih RM2 juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten Pelita Jaya FC. “

Pergh .. Biar betul ??? Kelab kat Malaysia yang kaya pon belum tentu leh offer cam ni .. Aku baca lagi ..

Safee juga akan diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila ada peluang dan sesuai dengan tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara berkenaan. “

Kelab-kelab milik Pelita Jaya Cronus ? Amboi .. banyak sangat ke ?? Aku sambung lagi baca ..

Selain Pelita Jaya FC, kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus, termasuklah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisyen dua di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab remaja di Uruguay.

Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti lima kelab di liga Brazil, antaranya Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda, termasuk Ajax Amsterdam FC.

“Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana England iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya di sana, namun mereka masih mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya di sana,”

Huh ! Biar betul ??? Aku pandang ringan kelab ni rupanya .. Aku google cari pemilik kelab ni dan juga latar belakangnya ..

Kelab Pelita Jaya FC ni dimiliki penuh oleh The Bakrie Group yang mana  pemiliknya bernama , AbuRizal Bakrie .. Antara orang paling kaya di Indonesia. Tahun lepas saja tersenarai dalam Forbes ( no 30 ) dengan hartanya sebanyak US$890 juta ! Pengerusi Parti Golkar , okeh !

image

Ok , aku ternganga .. Dan memang terlebih mampu bayar gaji Safee pon ! Aku silap . Sori eh Safee .. Memang rezeki kamu ! Huhu.. Untung dia ..

Aku baca lagi latar belakang Kelab Pelita Jaya ni .. Di tahun 90’an , antara nama besar yang main kelab ni ialah Mario Kempes ( pemain Argentina yang berjaya menjulang Piala Dunia pada tahun 1978 ), Roger Milla , Jules Onana , Emmanuel Maboang ( pemain Piala Dunia Cameroon ) ..

Ok , ok … Cukup ! Adoi … Patut la Safee Sali sanggup sambung kontrak dia lagi .. Hehhe.. Bagus bagus ! Rezeki jangan ditolak. Dalam usia dia sekarang ni , nak main kat EPL pon susah dah .. Sbb kat sana pemain muda terlalu ramai . Jadi , baik dia fikirkan masa depan dia dan Pelita Jaya sememangnya  pilihan yang tepat !

Semoga berjaya Safee Sali !

Pengajaran .. Lain kali buat penyelidikan memandangkan internet di hujung jari anda yer , che Ben ! Hehehe .. Ai malu uu ..

 

Sumber : Kosmo dan Internet.

Best ke jadi blogger ni ?

 

image

Dari atas sampai ke bawah , semua terlibat dalam dunia maya ni .. Kecuali mereka yang masih guna Motorola Star Tec atau  public phone untuk call awek dia .. Haaa.. bukan hina mereka tapi mereka tak amik tau pasal dunia teknologi sangat .. kan kan ? Janji leh bernafas dah la kan ..

Apa maksud aku  dari atas sampai ke bawah ? Maksud aku ialah dari atas , Perdana Menteri termasuklah mantan PM Malaysia , ada blog .. Hinggalah paling bawah yakni budak tadika .. Erk , budak tadika ada blog ke ? Adaaa .. Cuma kita je tak tau sbb mereka low profile ! Tak kejar populariti wooo .. huhu ..

Ini bermakna , hampir semua mereka yang punya pengetahuan asas  IT ni tau akan kewujudan blog ni .. Cuma ada yang tak berminat nak amik tau dan ada yang terlebih pulak . Ok , tak kisah la.. hak masing masing .

Bila ada blog , pasti ada blogger kan ? Best ke jadi blogger ni ? Orang kata blogger ni banyak tabur fitnah atau dok bergaduh je dalam blog tu ?? Erkk… Yeke ? Tah la ..

image

Bagi aku mudah jer .. Blog ni , ibarat tanah yg lapang dan subur .. Apa kita nak buat dengannya ? Nak bercucuk tanam ? Nak dirikan resorts ? Hotel ? Atau nak buat rumah pelacuran ? Haaa… Ikut suka laaa .. Sebab dosa pahala , sendiri dapatkan ?

Maka jadi blogger ni bagi aku la kan  , yg mana telah berblog hampir 3 tahun .. sangat best ! Best sebab orang kenal ke ? Popular ke ? Atau dapat duit ?

Macam macam jenis best yang ada ! Tapi bagi aku la , dengan jadi blogger , aku boleh bersuara dengan cara berhemah dan kalau bernasib baik , pasti pihak terbabit akan membacanya ! Alhamdulillah , aku tau ada yang dah amik tindakan secara senyap ..

Caranya , bila kita mengulas atau mengupas satu satu isu itu , biarlah dengan bersopan .. Jangan main kritik abis-abisan tanpa memberi cadangan langsung .. Tu tak betul dah kan ? Bayangkan kalau cikgu kita marah kita sbb kita gagal dalam ujian , sedangkan dia sendiri tak bagi tunjukajar yg betul pada kita .. Bengang la kan ?

image

Bab $$ dan popular tu , aku tak nak sentuh la.. Aku pasti korang pon tau bab tu kan dan boring pon dah nak kupas pasal tu ..  Hurm , best atau tidak berblogging ni sebenarnya bergantung pada niat kita ..

Apa tujuan kita sebenarnya .. Kalau nak kaya raya , mungkin boleh tapi caranya lain la pulak kan ? Bukan tak boleh .. Boleh.. Tapi ada cara .. Haaa… apa pun , jangan sampai ada yang naik mahkamah nanti akibat keceluparan bahasa tu .. Dan berblog ni , bukan sekadar cakap dengan selimut yer .. Ada orang ‘mendengarnya’nya ..  Salah maklumat , siap ler ..

Kesimpulan .. Aku bersyukur pada Allah atas peluang yang diberikan pada aku untuk bergelar seorang blogger sepenuh masa .. Aku akan terus membebel di blog sehingga sampai masanya .. InsyaAllah ..

Dan aku dah nikmati perkara yang tak mungkin aku nikmati sekiranya aku bukan seorang blogger .. Tapi sapa tau kan , rezeki .. Kalau bukan sebagai blogger , mungkin sebagai seorang ayah.. Hehe.. Segalanya kuasaNya ..

image

Nasihat , berbloglah selagi kita rasa gembira dengannya .. Nikmati dan hayati ‘keindahannya’ yang tersendiri .. Biar 1 dari 1000 asalkan , karya kita .. Jangan lupa ALLAH memerhati kita ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI