Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 3 Februari 2012

188,888 punya dan Tanya sama itu boyfriend/girlfriend , boleh ke tak ??

 

Pergh .. Tak sangka .. Cantik punya nombor woo .. Kaya ! Kaya ! Kaya ! Orang cina kata 8 nombor lapan ada ‘ong ‘ .. Hehe.. Sekadar kepercayaan mereka .. Kita tak perlu nak komen apa apa yer .. Masing masing ada pegangan dan kepercayaan , kita hormati dan aku tahu batasan aku .. Rileks okeh !

Cuma aku nak bagitau je la .. Komen diblog aku dah pun mencecah angka tersebut .. Tu pun aku tak balas membalas  komen .. Skit sangat je pon aku balas.. Leh kira laa .. Pemalas aku nih ! Serius .. huhu .. Dari dulu yer ! Bukan dah top ni baru malas .. Maaf la eh..

image

Terima kasih la yer , sbb sudi tinggalkan komen samada membina atau tidak , aku terima jer .. Tapi yang memusnahkan tu , aku musnahkan la.. Elak dosa laa .. Kang berperang dalam blog ,aku gak kena tanggung dosa kan .. Hehe ..

Mesti ada yang tanya , camana nak dapat komen banyak-banyak ni ? Ada banyak cara sebenarnya .. Kena fikir skit cara nak berkomunikasi dengan pembaca setia kita .. Erk , yang tak setia tu ??  Semua setiaaaa .. Setia tu bukanlah tukang angguk tapi mereka akan masuk blog kita hari hari dan membaca entri kita. Kalau ada tak kena , mereka akan tegur .. Haaa.. Tu la dia pembaca setia bagi aku .. Kalau mereka tak tegur ? Ala , hak mereka…biar je la.. Aiyoo.. tu pun nak tanya ke ?

OK ok .. tutup bab komen .. Aku kasi tips camana nak tingkatkan komen kat blog ..

 

Kes ni lama dah berlaku lagi.. Tak kira pada zaman mana sekali pon .. Hehehe.. Tapi yg pasti ianya berlaku ..

Apa pendapat korang mengenai bf/gf yang siap mintak izin untuk pergi ke mana mana ? Kalau diorang tak kasi , maka tak g la.. Duduk rumah tangkap nyamuk la jawabnya ..

Haa.. cer citer skit !

Jalan-jalan Blog : 5 blog baru 2012/2

 

5 lagi blog baru untuk malam ni .. Ikutkan aku malas nak update blog tapi entah , macam ‘tak makan malam’ lak rasanya .. Boleh je tak update tapi tak adil bagi ‘mereka’ … kan kan ?

OK .. 5 lagi blog pilihan ..

  1. whats on your mind & what comes out your mouth, sometimes has to be different for the sake of goodness - : miSs stRawberrY storY ::
  2. Hey , Thankz 4 read my profile . My name is Nurhidayah . but u can call me yaya or famously , Kewchik . I love to be a good friend but there's some people who is really make me annoyed bcuz his mouth very **** .want to be my friend ? , Please be nice person . I need a friendship , not friendshit . Oke bye . Tc - ☆ Only me ★
  3. Maza Rizal /18 tahun /Kolej Matrikulasi Perak /Accountancy - PURPLE blog
  4. Seorang blogger kreatif & berdedikasi dlm mengutarakan sebarang isu di laman maya.. - Harimau WanzeT
  5. Aku si penggemar pena yang tak peduli pada pihak yang dengki. jadi jangan buang masa mengherdik aku sebab aku tak ambil port. paling tidak pun aku cipta satu kisah sambil minum nescafe bersama senyuman melebar dan kata "ada juga orang ambil kisah pasal aku ,oh! hidup indahnya" oh ya! ini separuh dari aku. separuh lagi biarlah tersimpan. - si penggemar pena

 

Keputusan CERMIN MATA dan BLOGGER , nanti eh .. Bagi yang belum membacanya dan memilih yang kreatif , boleh baca kat SINI ..

Zehra–Dingin Lavenda

 

image

Aaahh .. Terjebak jugak aku tengok drama Dingin Lavenda ni .. Tau kenapa ? Aku tak ingat langsung drama ni tapi disebabkan satu je !! Tau apa dia ??

“ aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta “

Haaa.. pasal lagu ni laaa .. Aku tak tau sapa nyanyi dan liriknya tapi bila berkumandang kat tv , automatik mulut aku ikut serta menyanyi . Tapi berterabur la .. Hehe .. Google , baru tau .. Dadali , Di saat aku mencintaimu ..

Bila aku duduk tengok , rupanya dah 2-3 episod aku layan drama ni cuma tak minat sangat jer la .. Kira nasib baik ada ‘pemanis’ kat drama ni yakni jalan ceritanya yg ‘ada cerita ‘.. Hehe ..

Dan aku mula update status aku di FB mengikut babaknya .. Hehehe .. Yang pasti , aku kena gelak la .. Hahaha .. Tak kisah la .. Aku kan ada taman dalam hati .. Eh , dalam hati ada taman ..

Aku tak dah episod ke berapa dah Dingin Lavenda ni .. Cuma bagi aku , drama ni boleh layan di kala rangkaian lain ceritanya tak menarik .. heheh ..

Download ? Nehh .. g je la tengok kat TONTON tu haa ..

Permintaan si isteri ..

" Bang, belikan air kelapa nanti yer .. "


Jawapan aku .. kalau ada jual , belilah nanti .. Walaupun sebenarnya aku malas nak beli sbb nak kena  berebut  tapi aku singgah beli gak la .. Siap ngan pisang goreng lagi koo ..


Kenapa ?? Apa susahnya nak susah sekejap nak dibandingkan dia susah lagi dok mengandungkan anak aku kan ?


Ada otak , gunakan .. Bukan takat isteri je , ibu ayah yg dah berkorban utk kita .. Bila mintak sesuatu terus kata 'ah ' ..


Hurm .. selagi mereka disisi kita , hargailah ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

"Air Susu Ibu" Sembuhkan Jerawat

 

clip_image001

Musuh utama wajah kita terutamanya wanita adalah masalah jerawat.. bila tersalah memilih produk wajah, habis la jerawat tumbuh di muka seperti cendawan tumbuh selepas hujan kan..

Anda tahu tak air susu ibu boleh sembuhkan jerawat?

Saintis di Amerika Syarikat telah mendapati sejenis zat yang terkandung dalam air susu ibu memiliki potensi yang besar dalam mengatasi masalah jerawat.

Zat itu ialah asid lauric yang juga dikenali sebagai agen antibakteria, kandungan asid lauric dalam air susu ibu mencapai sekitar 45-50% ! Wow.. info ini amat berguna untuk kita atasi masalah jerawat yang sentiasa membelenggu kaum hawa..

Jadi, di mana kita nak dapatkan asid lauric yang semulajadi seperti air susu ibu?

Jawapannya ada di SINI

Khairul Fahmi tiada lagi dengan Dahlia Teck. Leuniey pulak sekarang ni !

 

Wahahah .. Hero pujaan negara tukar lagi aweknya . Yeargh.. Caiyok bro ! Ong Kim Swee tak kisah punya sebab ni hal peribadi. Janji datang latihan dan jangan kasi bolos itu gawang gol dah la kan . Lain , lu punya hal ! Hehe .. Jangan marah coach .. lalala …

Haa ..berbalik pada kisah Apek ni , dengarnya dah ‘buang’ awek dia , Dahlia tu untuk bersama awek cun ni .. Pergh.. cun saja dia carik yer .. Hehe.. Terbaik bro ! Ni baru jantan .. hahaha ..

Betul atau tidak kisah ni , seperti biasa .. entah laa.. Tapi kecoh sudah la di ruangan maya ni .. Cam biasa la kan .. segalanya bermula di ruangan maya dan dinafikan di ruangan akhbar akhirnya naik juga ke jinjang pelamin .. Kan Yusry kan .. Kan Lisa Surihani kan ?

 

image

Nak tau lagi kisah Romeo dan Juliet  ni , korang leh baca kat blog SINI .. Best part .. Dengarnya si Leuniey sanggup putus tunang kerana Apek ! Caiyok arr.. Betul atau tidak , Apek oh Apek , “ awak je la yang tahu .. “

Ni orang kata , kejutan budaya.. Go Safee Sali ! Anda terbaik !!

“ Perempuan bulu hidung terkeluar “ dicarinya ??

 

image

Patut laaa .. Memula aku pelik , kenapa kat pejabat , atas meja perempuan wajib ada cermin ! Haaa… Mesti nak usha kot kot hari ni bulu hidung dah panjang kan ? Takut terkeluar gitu.. Auww..

Hahaha.. Aku gurau je arr.. Yelah , cermin tu nak bagi keyakinan kan ? ( Konon ) .. hahaha .. lariiiikkk ..

Haa.. berbalik pada tajuk .. Ni ada orang carik kat blog aku .. Pastinya mengenai kebersihan diri seorang wanita tu kan ? Kalau bulu hidung terkeluar , bayangkan yang lain ! PErghh.. Tak leh bayang punyaaa .. hehe .. Pstt , jgn ingat yang cantik tu bersih yer .. heheh ..

Ok ok .. ni bukan isu mengumpat di hari Jumaat sebaliknya isu hygene .. Kebersihan diri .. Tak kira lelaki atau perempuan , sila belek semua diri kita ,termasuk aku .. 

Arghh .. nak lagi pengotor ? Korek hidung , sapu kat pemegang ekslator tuu .. Pastu orang lain pegang .. huhu .. Moral , jgn pegang !

Kerana minta beli sarapan , ANI MAYUNI dipukul !

 

Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.

Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya. “

 

Kesian .. laki jenis belasah isteri ni , banyak wujud kat muka bumi ni lagi .. Suka benar belasah isterinya sendiri tapi dengan kawan kawan , cam kucing bulu tebal tu .. apa nama , frieskies ? Hahaha..

Serius la … Dayus lelaki yg pukul perempuan ni ! PENAKUT ! Kalau berani sangat, g la Palestine tu haaa .. Ni ngan kaum lemah , berani tunjuk hero ..

Kot ya ada apa salah sekali pun , settle cara baik. Tak suka kalu , kasi cerai jer .. Yang nak simpan dan belasah tu nape ? Cuma satu je persoalannya .. Banyak dah kes-kes gini dilaporkan .. Cuma , tindakan penguatkuasaan camana yer ?

UNTUK 3 HARI , novel Ahadiat Akashah difilemkan !

 

image

Waaahh … Aku minat novelis ni , Ahadiat Akashah .. Huhuh.. Cuma tak ingat pulak samada novel ni aku dah baca ke belum . Aku bukan spesis ingat tajuk punya .. Hehehe.. Dan , aku pinjam je kebanyakkan novel. Ada yang beli tapi member pinjam , dia dah buat harta sendiri. Apa nak buat , mmg aku beli untuk kawan kawan buat harta ..

Filem UNTUK 3 HARI yang diadaptasi dari novel itu lakonan sepasang suami isteri yang tidak asing lagi iaitu aku dan wife aku laaa …. Hehe..Acah je .. Vanida Imran dan suaminya , Rashidi Ishak .. Sapa yang arah ? Hehe .. Afdlin Sauki woooo .. Boboiii boii ..

Filem UNTUK 3 HARI ni bakal menemui peminat pada bulan Mei atau April nanti ,insyAllah … Jadi korang  yang minat filem filem begini , sabar la yer .. Cuma aku rasa kalau keluar pada bulan April , susah sikit woo.. Sebab ??? Banyak filem menarik keluar pada bulan tu . Kang bersaing dengan flem hollywood lak.. Haa , rugii wooo ..

Apakah aku akan pergi menonton filem ni ?? Persoalan yang menarik tu ! Terima kasih kerana mengajukan soalan itu. Jawapannya , tungguuuuuuuuuu selepas iklan ini …

Laalalalla …

Kami jadi penunggu di situ !

 

Selesai tugasan aku hari ni .. Dapat spa free kat Spa Village ,Ritz-Carlton Hotel  .. Urut kaki je pon .. Hehe.. Tapi ok la.. Dapat belajar sesuatu kat sana ..  Tu aku cerita lain nanti eh ..

Lepas tu , cam biasa balik terus ke Putrajaya . Ingat nak singgah umah orang tua aku kat Cheras tapi sian pulak kat wife. Esok dia kerja.

Maka keputusan dibuat setelah perbincangan meja bulat dilaksanakan dengan penuh berhemah dan toleransi iaitu terus je balik rumah tapi singgah dulu Kampung Pandan untuk makan malam. Lapar banget dong ! 

Wife teringat nak makan kat area Kg. Pandan. Aku tak gemar sangat dah sebenarnya sbb byk sangat pengalaman kat sana. Maklumlah , aku sekolah dulu pon area tu gak ..

Singgah satu restoran tepi jalan ni. Bagi mereka yang biasa dengan satu restoran Yong Tau Foo yg cukup popular , ada satu restoran kat depan dia .. Restoran tu la  kitorang singgah makan memandangkan ramai pulak singgah situ ..

Wife teringin nak makan yong tau foo tu .. Aku suruh dia g tengok dulu manakala aku masuk untuk cari tempat duduk dulu di restoran memula tadi ..

Tak lama kemudian wife datang dengan muka kelat..

“ Habis .. “

Dia kata , baru masuk je restoran yong tau foo tu terus pekerja dia kata ‘habis’ tanpa bagi senyuman atau salam .. Hehe.. Aku tauuu .. Mesti ada yang nak kata , diorang penat tu .. Kena la faham gak kan ? Tapi jangan la lupa , yang masuk ni pelanggan . Tanpa pelanggan , camana tu ? Takkan mampu koma kot untuk lemparkan senyuman ? Jangan bagi alasan yang tak profesional ..

Hurm .. apa lagi , order je la apa yg ada kat restoran memula tadi tu .. Keow Teow Tom Yam dan mee goreng basah je .. Tak lama kemudian , ramai orang datang makan kat restoran tu …

Best part .. air sampai .. makanan ? Orang yang sampai kemudian dari kitorang , dah pun dapat makanan dan kitorang masih ternanti nanti ..

Sabar lagi .. Satu keluarga ni , dah selesai makan .. Tapi akak tu cam bengang . Dia kata masakan kurang itu ini.. Makan besar tuu.. Tapi byk tak cukup ! PErghh.. Dia hangin satu badan tu ..

Sejam berlalu .. Bau tom yam pon tak de !! Kali ni wife aku lak hangin . Dia ajak blah je .. Aku kata , kita tunggu sikit jam lagi .. Heehehe..

Sikit jam jadi banyak jam . Aku bg cadangan , makan satay dulu.. Order satay .. Tak sempat kentut , sampai dah pon satay dan makanlah kami termasuk bawang , timun dan juga kuahnya sekali !Lapar gila wehh .. Kalau letak singa depan kitorang pon , sahih kitorang makan punya la.. Tapi aku tau , kitorang kena makan dulu la kan !

Satay abis dan makanan tak sampai sampai ! Ok ! Dah capai had dah .. Bangun dan terus g bayar ! Weh , akak tu wat muka selamba je..

“ Yang ni kira kansel je la yer  ? “.

Wife bebel kat dia .. Tau dia kata apa ?

“ Kertas order tu tak tau mana letak .. “

Boleh ???  Adoiiiii .. Aku rasa macam nak g balik je Spa Village tu dan suruh urut kaki aku lagi ! Rasa cam nak … Haa ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI