Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 5 Februari 2012

Telefilem TV3 : RUNTUHNYA SEBUAH DOSA

 

image

image

“Allah dah turunkan bala untuk kita sedar ! “

Sebuah lagi drama /telefilem di TV3 sempena Maulidur Rasul arahan  Erma Fatima yg dilakonkan oleh Remy Ishak, Aziz Singah, Azizah Mahzan, Datuk Rahim Razali, Liza Zain , Tiz Zaqyah, Puteri Fatin, Beto Kusyairy .

Serius telefilem Erma Fatima kali ni . Aku mmg suka tonton kalau Erma Fatima arah telefilem atau drama yang serius sbb memang menjadi punya dan pelakon pilihannya pon mmg dasyat .. Hehe.. Bukan calang-calang la ..

Apa yang nak disampaikan dalam telefilem ini bukanlah rekaan.Ianya memang benar-benar terjadi pada masyarakat kita . InsyaAllah mampu membuka mata penonton dan juga aku .. Huhu .. Segalanya adalah dugaannya untuk menguji keimanan kita kepadaNYA.

Perbanyakkan telefilem/drama/cerekarama macam ni .. Tak semestinya tunggu Maulidur Rasul , Aidilfitri , Aidiladha ataupon perayaan untuk keluarkannya sedangkan hari hari biasa ? Haaa.. Mula-mula susah la nak terima perubahan  ‘tv’ ni , lama lama ok la .. Satu lagi , sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan .. Kalau dapat jadikan lebih keISLAMan lagi best kan  Maksud aku , para pelakonnya.. kan kan ?

InsyaAllah .. Kalau bukan anda mengubahnya , sapa lagi kan ?

 

Lagu latar : Pusi Cahayaku oleh Acha Dan Irwansyah.

Download : Tiada lagi . Tengok kat Tonton je eh .

 

Cerekarama TV9 : SUAMI TERPUJI

 

image

image

image

“ Kamu kan Suami Terpuji .. “

Drama komedi  sempena Maulidur Rasul yang bertajuk  Suami Terpuji ni  dilakonkan oleh Wahid Senario , Rozita Che Wan , Azza Elite , Hamid Gurkha , Bell Ngasri dan  NoorKhiriah. Dan diarah oleh Jamal Khan.

Serius lawak drama ni . Skrip yang penuh double meaning dan sinis ni mmg buat aku ketawa jer . Tu tak masuk lagi bila si Bell buat gila dia ! Hahaha .. Memang giler la skrip dia .. hahaha …

Drama ni simple je mesej dia tapi disampaikan dengan cara tersendiri dan berkesan .. Heheh .. Asal nak ikut sunnah je , terus pk nak nikah 4 eh ?

Buat mereka yang terlepas untuk menonton cerekarama AL-IKHLAS semalam , boleh download di SINI

Huh ! Jeles aku dengan header dia !

 

image

Macam kulit novel je dia punya header kan ?  Huhu.. suka aku tengok .. Lembut jer .. Kena pulak ada awek sempoi kat situ haaa .. Dihiasi dengan bungan rose yg pink color gitu .. Memang buat aku jeles nehhh ! Aku nak tukar header tapi tak tertukar tukar lagi ni .. Ni leh curik idea dia ni.. Hehehe ..

Entri dia , simple .. ok la kalau nak lepak dan baca entri yang ringkas macam budak tu punya .. Er .. sapa ?? Hehe.. tah .. lalalala .. Ok ok .. jom g blog dia ..

http://skuterlady.blogspot.com/

Wow ! Smart giler header neh !

 

image

Haa .. amacam ? Smart kan ? Jadi aku tak tipu la kan ? Kang ada yg kata aku buat tajuk ‘hot.fm’ lakkk .. Haaaa .. Kalau tak , maaf la yer .. Mungkin bukan citer rasa anda tapi citer rasa aku .. Heh ..

OK ok .. jom g tengok blog dia .. Ada yg lagi best selain header dia.. Apakah itu ? Tu kena tengok sendiri la yer ..

http://thisisguitarburok.blogspot.com/

Peranan drama di tv ..

 

Alhamdulillah ..  cerekarama Al-Ikhlas semalam mendapat sambutan penonton di Malaysia. Yang menariknya , ramai mencari zikir apakah yang lagu latar sepanjang drama itu . Aku dah jangka akan ramai tertarik terutama yang muda-muda ni ..

Bagus la kan .. sekurangnya ada perubahan kesan dari drama . Tu sebabnya pembikin drama atau filem ni kena banyak selitkan dakwah di dalamnya. Bukan setakat taruk di depan karya mereka ( drama/filem) dan diakhir tayangan.. Tak rugi kan ? Deal la ngan penerbit .. Pahala tu kan  Besar wooo .. Satu Malaysia tengok woo..

Antara carian semalam berkenaan drama tersebut ialah  ;

Harapnya pembikin drama di Malaysia sekarang mendidik penonton kita dengan berdakwah secara tidak langsung . Drama kemasyarakatan yang biasa tapi mendalam sudah mencukupi . Elakkanlah drama yang boleh membuatkan penonton yg tidak matang terpengaruh terutamanya bab bab yang menghampirkan mereka dengan maksiat dan sebagainya .

Kreatif bro ! Inilah cabaran namanya .. Barulah dihargai peminat !

"Alaaa.. jerawattt kat mukaa "

Baru naik satu bijik jerawat batu , mengeluh bagai abis penuh satu muka .. Tuuuu , dlm gambar tuu .. haaaa ..


Penyakit apa ni ? Tuu ... Tajuk ada tuu .. Dalam akhbar Metro ari ni ada cerita ..


Hurm ..  Kita ni asyik mengeluh tapi terlupa ada yg lebih tidak bernasib baik dari kita !


Sama sama hayati erti kesyukuran di hari mulia ini ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jadi tua dalam beberapa hari !

 

Terkedu aku ketika membaca tajuknya di Kosmo hari ni ..  Umur dia baru 27 tahun tetapi dah kelihatan seperti 77 tahun dalam tempoh beberapa hari saja !!

image

image

Apakah puncanya ? Menurut dari artikal yg aku baca tu , segalanya berpunca apabila Nguyen Thi Phuong makan makanan laut tanpa dia sedari yang dia punya alahan ekstrem  terhadap makanan tersebut dan kesannya , muka dia ditumbuhi ruam.

Kemudian dia beli ubat gatal di farmasi berhampiran rumahnya tetapi semakin teruk iaitu bengkak dan semakin gatal . Dia tak mampu dapatkan rawatan di hospital .

Dia cuba guna rawatan tradisional dan kesan gatal mula hilang tapi kulitnya mula berkedut . Pastu dia buat rawatan tradisional lagi tetapi kali ni untuk mengembalikan keremajaannya tetapi semakin teruk lagi selepas beberapa hari kemudian.

Aah.. panjangnya aku nak cerita dalam ni .. Korang beli je la eh Kosmo ari ni eh .. Tak pun google jer la .. Ada cerita dia kat internet ni ..

Moral … Segalanya pinjaman atas dunia ni . Kalau Allah nak amik balik , sekejap jeeee .. Maka bersyukurlah kita dan jauhi dari sifat riak , takbur serta bangga diri ..

Wanita rempuh bengkel kena saman polis

 

Video wanita rempuh bengkel ..

image

Sian akak tu .. kena saman ngan polis pastu pemilik bengkel tu pon akan failkan saman pada dia .. Huhu ..

Dalam kejadian yg korang leh tengok dalam video tu , dia didakwa panik  dan melanggar emapt buah kenderaan sebelum merempuh sebuah bengkel motosikal berkuasa tinggi di Bandar Seri Permaisuri baru baru ini .

Tiga jenis saman yang akak ( umur dia 50 tahun ) tu kena ialah , lesen tamat tempuh , kenderaan takde cukai jalan  dan memandu secara bahaya.Setiap kesalahan boleh didenda sehingga RM300.

Nasib baik dia tak cedera cuma panik jer .. Huhuh.. Buat mereka yg  memandu kat luar tu termasuk aku , elakkan sama sekali dalam keadaan fikiran yg tidak bersedia lagi . Kalau ada masalah jiwa dan mental  , kasi cool dulu .. Kalau tak , silap silap …. Hurm.. Mintak dijauhkan ..

Kalau tak support , kata sokong .. Bila support ,sombong pulak ..

Tu la dia .. Makan roti canai kat kedai bangsa aku sendiri .  Masa order , nak senyum pun tidak .. Bukanlah kemaruk nak senyuman orang tapi reti reti laa .. Bukan takde pilihan kedai makan yg lain .. byk ada ok !!


Bila mkn , roti pon tawar . Mintak banjir , bagi pon 'kering' .. 2 keping lak tu ! Alahaiii bangsa ku ..


Bukanlah nak hina atau kritik tp amik pengajaran .. Kau , aku .. sama sama jadikan teladan .. Kita hidup saling bergantung antara satu sama lain ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Pakai lampin kain jer la !

Menurut satu fakta lampin pakai buang mengambil masa selama 500 tahun untuk mereput. Ia merupakan sampah ketiga terbesar di dunia

walaupun hanya lima peratus penduduk bumi yang menggunakannya.


Haaa... Maka dengan itulah wife aku membelinya setelah dinasihati oleh kawannya .


Cumaaa kena la rajin membasuhnya nanti .. huhu .. kena bersih bersih laa wokkk .. Kang sian baby tuuu ..


Dan sapa kena basuh nanti wook ?? Huh .. jgn tgk aku okeh !! Huh .. kena beli topeng oksigen jugak aku nanti .. 


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tanya tak nak ! Fikir , jauh sekali ! Yang penting ..

 

image

 

Lumrah kehidupan ! Bila diberitahu secara baik , kata kita nak mengajar .. Bila dibuat cara sinis , kata kurang ajar .. Bila buat tak tau , kata tak nak bagi tunjuk ajar .. Camana tu ?

Tapi bila dah terkontang kanting seorang diri , mula terhegeh tunjuk muka . Kita buat tak tau , dia kata sombong sedangkan kita serik nak dimaki.

Dalam erti kata lain , ajar pon tak guna .. Buat tak tau pun lagi tak guna.. Jadi camana tu ? Jeling menjeling la jawabnya ..

Apa cerita ? Itulah manusia .. Bila terasa diri bijak .. Tak boleh ditegur langsung ..

Cerekarama TV3 - AL IKHLAS

 

“ SEGALANYA IKHLAS “

 

Cerekarama TV3 istimewa ini sempena Maulidur Rasul  yang bertajuk Al-Ikhlas dilakonkan oleh  Nasir Bilal Khan , Lisdawati , Fauziah Nawi , Shoffi Jikan , Wan Suhaimi dan Abu Bakar Omar ( suka gila lakonan dia ! ) sangat menarik sekali ceritanya ..

Diarahkan oleh  pengarah yang tidak asing lagi iaitu  Raja Ahmad Alaudin . Pastinya drama ini akan jadi lebih mantap ditambah dengan pelakon antara yang terbaik di Malaysia .

Sinopsis drama ini boleh baca kat SINI yer .. 

Pendapat aku mengenai drama ni ?

image

Nasir Bilal Khan membawa watak Solah dengan baik sekali dan memberi kesan pada aku. Dan dan aku nak IKHLAS dengan apa saja aku buat tapi sukar kan ? Yang penting cuba dari tak buat langsung kan ?

image

Shoffi Jikan , bawak watak Zaki .. Serius , serupa samseng ! Hidup giler watak dia .. Hahaha .. Bagus sekali ..

image

Hanim .. Lisdawati .. Hurm … Dia punya watak eh ? Dia punya perasaan serba salah terhadap pada Solah kerana telah putuskan pertunangan mereka dulu ..

 

Keseluruhan bagi aku  … Cerita ini memang menarik dan patut lebih banyak cerita cerita begini dari cerita …. hurm… Membentuk peribadi penonton dengan drama yang penuh teladan dan keinsafan yang berteraskan ISLAM .. Tak semestinya dengan cerita hantu atau syirik .. Walaupun benar ianya wujud tapi kita mampu tangkis pemikiran begini di zaman ini ..

 

Antara babak yang memberi sejuta pengajaran ..

image

Solah mengutip bangkai anjing di tengah jalan .. Kenapa dan mengapa ? Hehe .. Takkan tak leh pk kan ? Persoalannya , berapa ramai sanggup buat cam dia buat ?

image

Apabila kita diberi hidayah .. Tak kira masa.. Tak kira waktu ..

image

Cam biasa .. Kalau takde sakit hati atau fitnah , bukan cerita melayu la kan ?

 

image

Penutup yang boleh dijangka tapi tetap memberi keinsafan terutama pada skripnya ..

Zikir Hasbi Rabbi oleh Ustaz Zulkarnain senantiasa menjadi lagu latar cerekarama ini ..

 

Download ? Sapa suruh tengok bola .. hahaha ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI