Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 6 Februari 2012

Hurm .. memang bukan rezeki kami ..

Berkali kali nak dtg sini ... Rasanya dah 3 tahun berturut , tapi gagal gak nk shopping buku kt sini  .. Adoii..


Gagal cmna tu ? Asal dtg sini jer , mesti ada hal pastu kena balik terus .. Dan hari ni , dtg lg tp last day dgn harapan org tk ramai dah dan diskaun lg tinggi tapi meleset sama sekali .. Diorg kemas dah !!


Adeh ..  Patut laaa.. kul 8 abis !! Info tak sampai ..  Dan jawapannya , merayau kt The Mall .


Tak tgk la telefilem  Tudung Buat Mama jap lagi .. huhu .. Download ? Huhu.. tak feel ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lagi header menarik dan simple !

 

image

Seperti biasa , setiap malam aku akan ‘hidangkan’ header-header yang menarik utk dikongsi bersama korang semua . Mana tau mampu berikan idea untuk hasilkan header header yang lagi menarik untuk akan datang .. kan kan ?

Kali ni , aku ke blog masakan yg mana banyak berjasa pada aku sejak dari mula berblog .. Dunia blog masakan ni berbeza dari dunia blog peribadi .. Haaa .. kenapa ? Tu korang dapatkan jawapannya sendiri ..

http://alifaimanaqil.blogspot.com/

Terbang laaaa setinggi mana pon , akhirnya ..

Bukan lupa daratan tapi jauh skang ni nak turun gym Bionic ni .. Minyak woooo.. Jimat jimat .. Anak , rumah woo mau pikiaq ..


Tp ok la .. Gambar aku masih terpacak kat wall tu haa .. hehe .. otai la katakan.. 8 tahun aku kat gym ni haaa ..


Bermula dr sinilah aku membina ides idea utk blog aku ...  Byk berjasa gym ni ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lori hantu atau pemandu yg hantu ?

Nampak dua 'bijik' lori tu ? Perghhh .. bawak serupa bapak sedara dia punya jalan !! Potong memotong mcm dia bwk Ferrari jek ! Aiyoo ..


Bila berlaku kemalangan , peratusan diorg slmt mmg tinggi tp mangsa lain cmna ?


Hurm .. pentingkan diri betul org gini !


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bapak Micheal Jackson vs bapak aku !

 

image

Walaupun anak-anaknya punya harta yang melimpah ruah ( Michael Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson ) , tapi ayah mereka , tetap mencari rezekinya sendiri dengan menjual minyak wangi murah di sebuah kios yang kecil dan tiada pengunjung untuk meneruskan kehidupannya.

Hurm .. Begitu juga bapak aku .. Walaupun tua dah menjengahnya tapi tetap juga bekerja mencari rezeki .  Sedih mengenangkannya . Nasib baik ada adik beradik aku yang menolong dia .

Entah la .. Bila cakap bab orang tua ni , kita susah nak faham selagi kita belum sampai ke tahap mereka . Dulu , aku pon tak tau erti berumur ‘36’ tahun ni tapi sekarang aku dah tau dan sangat ‘tenang’ berbanding dari umur 20an dulu ..

Semoga Allah memberkati kedua ibu bapa kita ..

Oh.. fesyen yang diceduk eh ?

 

Bila aku tengok fesyen berselendang di kepala begini popular dikalangan perempuan melayu di Malaysia ni , aku terfikir .. Apakah mereka mengambilnya dari …

IMAG1556

image

Haa .. dari budaya kaum India .. Cantik gak kan ? Bollywood gituww .. Patut la ramai akak-akak kita  yg meniru gaya gini .. Terasa Aisyawarya Rai eh ? Ehehe ..

Alhamdulillah .. Comel awek bawah ni kan ..

image

Bangun dari tidur terus fasih berbahasa Korea !

 

SubhanAllah . Semalam pasal menjadi tua dalam masa beberapa hari , dan hari ni lak pasal seorang budak mengalami kemalangan jalanraya   baru-baru ni , mampu bertutur dalam pelbagai bahasa dengan fasih sedangkan dia tak pernah belajar langsung bahasa bahasa tersebut !! Kuasa Allah ..

image

Antara bahasa yang dia mampu bertutur  ialah Korea dan Mandarin ! Perghh .. K-POP arr pasnih !! Hahaha .. Ok , ok ..serius balik .. Noraini Ismail 17 , dikatakan memperolehi kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang  ketika perjalanan pulang dari sekolah..

Kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.Selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya. Dan , ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.

Part ni menarik ! Pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea !!

Menurut ayahnya ,  Noraini meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.

Selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Pada mulanya, keluarga Noraini meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.

Dan , kalau dulu dia cakap dalam loghat Kelantan tapi selepas kemalangan tu dia tak boleh langsung kecuali bahasa Melayu standard ! Hehehe ..

Haaa .. nak tau dengan lebih lanjut ? Korang baca la sendiri kat SINARHARIAN ni la eh ..

Filem animasi tempatan standard Hollywood , SEEFOOD !

 

Animasinya , sebijik macam TOY STORY yang aku minat gila ! Aku ingatkan diorang punya tapi bila aku nampak WAU , aku terkedu ! Takkan diorang guna latar belakang budaya Malaysia kot ? Hurm .. Cam biasa , aku google dan tengok kembali trailernya di Youtube untuk kepastian ..

Yup .. Anak tempatan punya kerja ! Hehe ..

image

SEEFOOD:.Best Animated Film MALAYSIA 2011

Pergh.. caiyok arr .. Aku mmg suka 3D punya kartun sbb pernah terlibat dulu . Jadi tau la kepayahannya nak membikin animasi begini.

Haa , di Holloywood dah ditukar nama jadi SEA LEVEL .. Huhu.. kenapa tu , aku tak pasti .. Yang pasti , aku nak g tengok nanti kat panggung untuk nilai hasil kerja rakyat Malaysia yang dah lama sangat aku tunggu animasi begini walaupun agak ketinggalan namun masih boleh dibanggakan !

Bila nak main kat panggung , aku terlupa lak … Tak sempat tengok tarikh tayangan tadi tapi dah mula promo dah .. GUD LUCK !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI