Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 10 Februari 2012

Blog korang tersenarai tak dalam list mereka ?

 

Segmen hari ni yang dah berakhir. Saja aku buat segmen ni utk meriahkan dunia blog sekali sekala .. Yelah , mana tau ada rakan baru kan ? Haa .. Tapi segmen kali ni berbeza skit . Mereka kena senaraikan 5 blog baru dan 5 blog senior . Sapakah pilihan mereka ? Tu korang kena tengok sendiri ..

46 blog kesemuanya . Hehe .. ok la .. Kalau dulu sekali buat , beratus ratus join dan paling banyak , hampir 2 ribu blog .. Adoi.. penat woo nak copy paste url. Bila sedkit , ok la .. Tak rasa bersalah sangat bila nak blogwalking kan .. hehe ..

Terima kasih buat mereka yang sudi join .. Jumpa lagi …

Wanita lahirkan kembar 11 ??

 

image

Kembar 11 ?? Pergh.. camana la gamaknya dalam tu perut ibu tu eh ? Kuasa Allah .. Tak boleh nak dinafikan . Tapi kesahihan mengenai berita ni , tiada namun tiada juga penafian mengenainya .

Aku cuba google dan mencari maklumat mengenai berita ibu berwarganegara India lahirkan kembar 11 ini namun yang ada pun tidak dapat mempastikan kesahihannya ..

Benar atau tidak , tunggu je la berita sebenarnya .. Entah bila , tu tak sure la eh .. sbb aku pun terkedu gak tengok .. 11 ??? Pergh..  Wife aku baru satu pon dah sakit pinggang ! Haa.. tau pun ! Hormatilah ibu dan isteri anda yer ..

Segmen : TIADA LAMA , TIADA BARU ..

 

Yeargh.. Memandangkan esok cuti , aku nak buat segmen ringkas malam ni . Tak lama pon .Sampai tengah malam ni jer .. Ok ? Senang jer pon ..

Untuk join , cam biasa .. buat satu entri khas ..

  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Tajuk BEN ASHAARI : TIADA LAMA , TIADA BARU .. dan linkkan ke entri ini .
  3. Berikan 5 buah blog baru yang korang tau dan juga 5 buah blog senior yang korang tau gak ..  Haa.. Jumlah 10 .. ok ? Senang je kan ..
  4. Berikan sedikit ulasan mengenainya ..
  5. Siap ? Tinggalkan url link di ruangan komen entri ini ..

Tadaa.. Senang kan ? Tutup , kul 11 malam ni .. Kul 12 , aku senaraikan semua link… Ok ? Cun .. Terima kasih …

Surat terbuka untuk Puan Aishah binti Ibrahim

 

Ini surat balasan secara terbuka buat Puan Aishah binti Ibrahim yang mana telah sudi mendermakan duitnya sebanyak 2 juta pounds itu kepada aku. Sehingga sekarang aku masih dalam keadaan terpinga-pinga. Rujuk entri INI .

 

Kehadapan Puan Aisyah binti Ibrahim ,

Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya . Saya , BEN ASHAARI from Malaysia. Untuk makluman puan , saya dah baca email puan yang mana puan berminat nak mendermakan sejumlah  wang kepada saya dan saya amatlah terharu diatas tindakan berperikemanusian puan itu.

Berkenaan dengan penyakit puan yang mengidap kanser tahap kronik tu yang mana doktor pun dah sahkan yang puan tak boleh hidup lama , saya amat amat mengasihani puan. Kesian kat puan kan ? Tapi kenapa puan pilih saya ? Ke puan dah bagi lebih beribu orang tapi semua tak nak duit tu ?? Hah ?? Habaq mai sat puan ? Eh , terover lak ..

Begini sajalah puan .. Puan pun dah berbincang dengan peguam puan untuk memindahkan duit duit tu ke dalam akaun saya tu kan ? Terima kasih banyak banyak la puan. Ini bermakna saya tak perlu bagi sebarang duit untuk buat sebarang transaksi tu kan ? Ke perlu gak ? Kalau perlu , nak saya tranfer berapa  ribu ? Nak no akaun saya ? No pin nak gak ke ? Ke nak mintak no akaun jiran saya gak ?

Puan , saya harap segala permindahan  wang puan ke akaun saya itu berjalan dengan lancar. Tak sabar saya nak buat give away kat blog saya . Saya plan nak bagi key chain je nanti .. ok tak ?

Ok la puan .. Saya minta diri dulu la yer .. Oh ya , nanti mintak peguam puan hubungi saya bila puan dah tiada lagi yer. Nak buat tahlil untuk puan .

Puan takda anak perempuan ke ? Leh wasiatkan kat saya sekali .. Leh saya wat jadi maid kat rumah saya ni ha ..

Terima kasih.

BEN ASHAARI

 

Yes .. tak sabar nak kaya ..

Ini entri terakhir aku. Aku tamo jadi blogger dah !

 

Alhamdulillah . Lega hati aku ! Tak payah dah blogging untuk ‘bekerja’ lagi . Penat ari ari nak berblog. Aku pon nak g shopping beli ikan kaloi kat Jepun . Nak g tengok itik berenang kat Paris. Nak g main wau kat New York malah  teringin nak berguling guling kat Kashmir !

Pelik ? Rileks ar .. Apa nak pelik . Ni namanya rezeki terpijak ! Pasni boleh la aku declare aku salah seorang lelaki terkaya di Malaysia ! Yeargh ..

Nak tau kenapa ? Korang janji jangan culik aku dah la yer .. Culik kucing aku tak pe.. Aku tak kisah sangat. Dia kuat makan n tidur . Tikus lalu pon dia leh main ‘ gimme five’ lak ..

Semua ini gara-gara ..

 

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan.Aishah Binti Ibrahim from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan  segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.


Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak Ј2,000.000.00 (Dua Juta Pounds) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.


Salam,
Puan.Aishah Binti Ibrahim.

Amacam ? Rezeki baby kan ? Tu laa ..Rajin rajin la buat solat Dhuha.  Sapa tau kan ? Pergh.. Aku dapat 2 juta pound ! Kalau tukar ke Malaysia , tak cukup Bank Negara nak bayar ni !! Sapa nak skit ??

Diorang ni ingat aku ni mangkuk bertingkat cap Idaman Suri ke ?

GAY OH GAY !

 

Carian keyword GAY banyak tersangkut kat blog aku . Apakah blog aku ini gay atau aku yang GAY ? Bangang punya soalan yang aku ajukan pada diri aku sendiri ! Allah dah sediakan 4 kuota untuk aku , nape gak si abang misai berbulu dada itu yang ku idamkan ..

YEWWWWWWWWWWWWWWWWWWWW !!

Geli membayangkan .. Nak bayang pon tak boleh ! Huh ! Aparaaaa .. Bikin malu kaum jer .. huh .. Tapi pelik kan ? Camana diorang leh berselera gitu ? Berpelukan sesama sendiri .. Berkucupan .. Hahahahah .. Dah laa Ben !! Geli okeh ! Iskhh..

Dalam Hmetro semalam ada papar pasal gay ni . Dan carian kat blog pon ada yang tulis , GAY BAEK PUNYA BLOG , MAIN DENGAN GAY dan banyak lagi .. Adoiiyaii ..

Tapi tak dinafikan la yang gay ni banyak yang muda , mentah , muka jambu , kering keringan ala ala k-popo punya style .. Dan cam ala ala hulk pon ada tapi jalannya ala ala Neelofa menang ratu cantik .. Huhuh..

Bodoh kan ? Hahaha .. Maaf la .. Kasar bahasa. Tak de beza kalau aku tulis , ‘ TAK PANDAI ' .. Sama je maknanya cuma kasar kan ? Buat mereka yang sonsang ni tak kira GAY atau LESBIAN , bawak bawak bertenang ok . Kubur dah disedia menanti . Tunggu nak diseru masuk je . Masa tu nanti tau la mana best .. GAY atau .. Aku nak kata lebih pon , tak boleh kan .. Ni kerja Allah . Tapi sesungguhnya Allah murka dengan mereka yang sonsang ini. Bawak bawak bertaubatlah yer .. Sedap tu cuma kerja syaitan .. Cam makan aiskrim lolipop gak . Sedap tapi kencing manis ! Muhahaha …

G gym pon best ! Sana semua tulen. ‘ Suppliment tambahan’ pon ada .. hahaha ..

Jangan Buat Rambut Macam Ni..

 

 

clip_image001

Rambut ibarat mahkota kepada semua manusia. Bayangkanlah jika rambut kita kusut, berkelemumur, rosak, dll masalah rambut.. Kita yakin ke dengan diri kita sendiri? Dah tentu TIDAK kan.. walaupun bertudung bagi perempuan, rambut pun perlu dijaga agar kita rasa selesa setiap hari.. Takda lah nanti asik tergaru-garu kepala jer.. betul tak?

Masalah rambut yang paling ketara dan ramai yang mengalaminya adalah rambut GUGUR! Arghh.. tak suka bila ianya berlaku kan.. bersepah rambut kat lantai tiap hari.. lagi2 bila lepas sikat rambut, rambut yang gugur leh dikumpul dengan 2 tangan.. banyaknya rambut gugur yang lama kelamaan leh wat kepala jadi botak!

Nak tahu kenapa rambut mudah gugur? Puncanya adalah stress, pemakanan, tekanan belajar atau masalah dalaman yang menyebabkan kekurangan zat atau mineral untuk sampai ke akar rambut.

Kat luar sana banyak teknik dan produk untuk menumbuhkan dan melebatkan semula rambut seperti asal. Tapi, semua tu memerlukan kos yang tinggi disamping pengamalan yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.. Kalo tak dapat hasil yang kita inginkan bagaimana pula? rase rugi pulak kan..

Produk2 rambut seperti shampoo dan conditioner yang ada kat pasaran sekarang mempunyai bahan yang boleh merosakkan rambut dan keguguran rambut. Tidak ramai orang terutama perempuan yang suka menggunakan minyak rambut kerana bagi mereka ia akan menyebabkan rambut tidak ringan

Kecil tapi besar ! BESAR !!

Hurm ...betapa besarnya pahala abang tu dpt hanya dengan memulakan langkah pertamanya ..


Bermula dari gambar 1 .. Tidak ada sapa yg nak mulakan menghampar tikar dan sejadah ..


Gambar 2 , kelihatan seorang pakcik yg kurang upaya mencari tempat duduk lalu mengambil sejadah dan nak duduk di lantai tu ..


Gambar 3 .. lelaki tu bangkit dgn pantas lalu mengambil tikar utk bentangkannya..


Dan bermula dari situ , ramai membantunya ... Alhamdulillah .. Aku ?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ho ! Ho ! Ho ! Very ‘dengeles lhooo ‘ ..

 

Hahahaha .. bahayaa ! bahayaa !! Kenapa ? Cuba korang tengok apa yang mereka google bab aku ni ! Aiyoo ..

image

Haahaha .. Sapa carik nehhh !! Gay kah ? Atau .. hehe .. Atau .. hehehe.. sapa haaa .. habaq maiii !!  Aparaaa .. Dah abis modal ke nak cari gambar aku yang dah tunggu masa nak expired ! Eh , tu pon ada gak yang kata gambar aku poyo .. Pelik kan ? Hahaha .. Gambar kat gym pon poyo.. Tunduk lak tu ..

image

Poyo ke ? Haahah.. Kalau poyo , maaf la yer .. Bukan mudah nak dapat posing gambar gini . Pelbagai ‘kenangan’ yang aku kena lalui .. Dari umur 24 tahun aku start workout hingga sekarang . Takkan nak bergambar duduk dan tundukkan muka tu poyo kan ?

Kalau yang bawah ni , mmg poyo ! Hahahahah ..

image

Kadang-kadangkan , kita jangan tengok apa yang kita nampak depan mata kita . Kita kena lihat apa yang telah dia capai dan bagaimana semangatnya untuk dia mencapainya.

Aku tak kata aku ni dah bagus . Aku amik contoh pelakon filem 300 yang mana badan dia biasa jer… Dengan semangat untuk mendapatkan badan yang diminta oleh pengarah bagi memantapkan lagi filem mereka tu , dia membuat latihan keras selama 8 bulan ( tak silap aku ) .  Bukan mudah weh ! Teruk ok ! Kena diet . Disiplin. Lalu , kenapa kita kena tengok kepoyoan dia ? Bukan apa yang telah dia capai lalu kita amik untuk dijadikan semangat ?

Aku amik contoh sorang lagi la yer .. Idola aku dalam dunia perfileman HollyWood.

image

Kering mamat ni dulu ! Aku minat dia sewaktu dalam sitcom Fresh Prince of Bel Air. Siap beli album dia lagi ..hahaah.. Tapi tak la terkinja kinja cam beruk kena belacan tu kan.. Heheh ..

Dan tengok badan dia sekarang .. ‘ Simple dan kemas ’ ..

image

Ada aku kata poyo ? Sama gak ngan Jehan Miskin. Dulu kering dan sekarang berotot .. Bukan sebab nak poyo atau berlagak macho tapi seperti perempuan , menjaga penampilan dan kesihatan. Dari dok buang masa kat kopitiam atau merempit tak tentu hala , baik g gym kan ?

Bagi aku , kalau kita tak mampu mencapai apa yang orang lain capai , kita jangan perbodohkan diri dengan mempersenda orang itu sebaliknya cari kekuatan dan keunikan diri kita sendiri lalu gunakan untuk mempertingkan diri kita. Kita sama sama manusia .. Takde beza. Setiap manusia tu ada kelebihan dan kekurangan. Jangan asik nak berhasad dengki saja. Hitam hati kita tu .. okeh ?

Blogger muda Arab Saudi ditahan polis Malaysia.

 

Hamza Kashgari ( blogger dan kolumnis ) , yang dikehendaki oleh kerajaan negara itu kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia sejurus tiba di KLIA.

Dia dikatakan mengeluarkan tweet-tweet yang menghina Nabi Muhammad s.a.w yg menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.

image

Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan tweet itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah
sama taraf.

Disebabkan tweetnya yang dah mengarut tu , dia menerima 30 ribu tweet yang marah dengannya dalam tempoh 24 jam

 

Berikut adalah tweet - tweetnya.

Tweet 1 :

“On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you’ve always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you,”

Tweet 2 :

“On your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved aspects of you, hated others, and could not understand many more,”

Tweet 3 :

“On your birthday, I shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, I shall shake it as equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak to you as a friend, no more,”

 

Gara-gara terlebih bijak .. Haih …

Ihsan anda diperlukan

 

image

Kalau korang tengok BULETIN UTAMA semalam pasti menonton berita mengenai Mohd Zulhafiz Abdul Ghani yang menderita ketumbuhan seberat 20kg di bahunya dan baru-baru ni ketumbuhan itu pecah.

Ibu lelaki tersebut , Supiah Yahya berkata kos rawatan sebanyak RM20 ribu diperlukan bagi tujuan pembedahan .Beliah dan suaminya ( pesara kerajaan ) tidak mampu menanggung kos rawatan tersebut.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank Mohd Zulhafiz iaitu akaun BSN: 1413329000035341 atau menelefon Supiah di talian 013-9147462.

Mr. Mama punya hal !

 

image

Aku risau aku jadi cam ni je nanti ! Hahaha.. Adoi .. Ni mesti saja wat lawak je.. Apa pun gambar ni mmg kasi pecah perut aku ! Adeh.. Dishare di Facebook ..

Bukan mudah sebenarnya nak jadi MAMA ni  zaman ni .. Penuh dengan cabaran wooo .. Respek mereka yang bergelar ibu ni . Kita yang bergelar anak ni , patut hargai mereka . Rasa rasa bila nak menipu atau nak kurang ajar dengan ibu , sila ingat semula .. Sapa yang dok usap perut selama 9 bulan lebih tu ! Sapa la yang dok basuh berak awak masa awak kecik dulu .. Sapa la yang terhegeh hegeh menyusukan awak waktu awak menjerit kelaparan ??

Fikir-fikirkanlah yer .. Jangan ingat segalanya sedap je bab kawin nih .. Bila nikah ni , maka ingatlah resepi ikan 3 rasa yer ..

 

BA : " Serius baby nak keluar ??? Serius ?? I call bomba skang yer . Jap , bg i gigit gigit kecil cuping telinga mu dulu yer .."

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI