Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 14 Februari 2012

Budak biadap dalam JANGAN TIDUR LAGI

 

Wah .. tak sangka ada yang agak sependapat dengan aku tapi tak la aku kata budak tu biadap cuma dia tu tak diberi tunjuk ajar dengan betul dlm rancangan JANGAN TIDUR LAGI tu ..

image

Mungkin ada yg seronok melihat keletah budak tu .. Tapi apa diorang kisah kan ? Bukan anak diorang .. Cuba anak sendiri ? Haa .. Masak bila cakap dengan orang tua begitu sekali .

Pengacaranya pulak .. kita mmg tau mulut dia camana .. Bila kena kat batang hidung dia , pandai pulak dia laserkan balik ! Tak profesional la pulak .. Ingatkan dah cukup matang tapi sayangnya , sama je cam kita semua .. Sapa suka kena laser kan ? Nak laser tu , berpada pada .. Kita semua ada hati dan perasaan ..

Berbalik pada rancangan tu , serius aku kata .. tak sesuai langsung untuk tontonan kanak kanak ! Amat berbeza caranya dengan Aznil Hj Nawawi yang cukup bijak mendidik anak anak kecil dalam rancangannya ..

Yang ni ?? Lu pk la sendiri ! Rujuk entri Kecik kecik dah ajar bergossip ! Perghh ...  ini untuk baca entri aku mengenai isu ni  yang telah aku keluarkan satu tika dulu ..

Mengarut sama sekali ..

Terserempak dengan hantu bungkus di Alamanda !

 

Serius ! Terkedu ! Aahh .. sebab tu kot aku takut nak keluar sekarang ni ? Bila keluar , confirm mata dan hati aku ni buat dosa .. Astaghfirullah al a’zim ..

Aku tak la kata aku baik .. Tapi aku berusaha abis ni nak jaga mata terutama bila g Alamanda. Aku pelik kenapa ramai sangat perempuan melayu Islam nak jadi hantu bungkus .. Bukannya takde rupa .. Ada .. Tapi seolah macam tak laku jeee gayanya .. Sebab tu bungkus diri diorang ketat ketat ! Haaa ..

Entah la .. aku bukan nak cari salah orang tapi cuba korang fikir sendiri eh .. Kata Islam .. Tau cara sebenar menutup aurat tapi ? Bayangkan mereka yang bukan Islam tengok ? Bila mereka mengutuk agama kita , kita marah . Tapi bila kita sendiri yang buat ?

Aku rasa aku semakin tua kot .. Dulu aku tak kisah semua ni. Bak kata diorang la kan , kubur masing masing . Apa nak kata dah .. Cuma pinta aku satu je la yer .. Kalau benar nak jaga maruah umat ISLAM di Malaysia ni , kita sama sama lakukannya . Jangan la dok bangga diri dengan kemantapan diri tu .. Sekejap je masa berlalu . Esok lusa , kedut gak . Masa tu baru nak pakai longgar longgar ? Tu pon kalau sempat tua .. kalau tau ?

Sama sama kita berubah ok ?

Kedai tayar paling murah di dunia !

 

Ada orang sanggup cari maklumat tentang ni gak ke ?? Mak aih.. Nak saving punya hal , sanggup nak g cari sampai satu dunia untuk tukar tayar ? Hahaha .. Macam macam laa

image

Tayar kereta ke tayar basikal ? Bagi aku , tak kira la apa jenis kenderaan sekali pon , tayar sangat penting wooo … Tak leh bayangkan laa kalau tayar botak pastu bergerak dalam jalanraya basah ! Sangat merbahaya ..

Perlu ke kedekut untuk menyelamatkan nyawa korang eh ? Aiyo .. Kalau takde duit sekali , jangan memandu kereta tu haa ! Bukan saja korang membahayakan nyawa sendiri  tetapi pengguna jalan raya yang lain !

Selain dari tu , kena belajar camana nak  tau tayar kita ni selamat lagi untuk dipakai atau dah expired .. Kena tau gak semua ni .. Sekali lagi , jangan kedekut bila melibatkan nyawa kita ..

Lelaki suka tudung bawal ke selendang ?

 

Keyword google di blog aku neh ! Ni soalan nak tau lelaki suka perempuan bertudung bawal atau selendang atau lelaki suka pakai tudung bawal atau selendang dik oii ???

image

Aku anggap soalannya berbunyi LELAKI SUKA PEREMPUAN BERTUDUNG BAWAL ATAU SELENDANG ?

Dan jawapannya ialah .. Tak kira la dik oiiii .. Bawal ke , selendang keeer … Janji jangan ada nampak jambul burung kakak tua kat depan tu dah laaa .. Buruk benorr rupeee ..

image

Maaf la yer .. Aku tak hina sapa sapa tapi itulah yang aku nampak bila terpandang perempuan yg pakai selendang seolah cuba menutup aurat tapi ‘terlupa’ tang atas tu haaa ..

Serius , kalau tutup abis , lagi cantik dan ayu ..  Jambul tu wat buruk rupe jer padahal rupa tu ayu dah ! Haaa..

Allah dah cipta setiap wanita memiliki keayuan tersendiri tetapi mereka sendiri yang menghuduhkannya .. Haaa.. Terasa ? Tengok kembali cermin .. Aku pon nak tengok gak la..

Tiada niat perli sapa sapa . Sekadar luahan hati seorang lelaki Islam.

Aiyoo AL HIJAB !

 

Semalam saja aku layan movie hantu time time sejuk mengedik .. Layan movie AL-HIJAB lakonan Pierre Andre dan Nur Fathia . Kot kot menakutkan sehingga membolehkan aku mengingau lagi ..

Tapi bila dah layannn … aiyoyooo .. serius arrr .. Memang lebur ! Hancur ! Nasib baik laaa ada babak boleh buat aku cerah bijik mata skit ! Bukan babak lucah laa .. Babak komedi lakonan si Bell Ngasri tu haa..

Nur Fathia ? Hahahha .. Nasib baik Akademi Fantasia takde dah .. Nak suruh masuk PILIH KASIH , sah kena maki je nanti ngan Rosyam Nor .. sian la pulak kan .. Lakonan dia macam budak tadika buat pementasan jer .. Betul la kata Aziz M.Osman di awal awal filem tu..

“ Artis sekarang ni glamer je lebih. Berlakon tak bagus mana pon “.

Lebih kurang begitu laa .. Watak Mak Itam lakonan Puan Maimon tu ok .. Leh la kasi ngeri 2 minit ..  Yang lain termasuk Pierre , mmg tah hapa hapa .. Maaf la Pierre , filem ni mmg rosakkan nama awak ..

Oh ya .. Cerita ni seperti yang aku baca di ruangan komen youtube tu , mmg betul la.. Tak masuk akal ! Korang tonton la secara percuma di youtube tu haaa .. huhu… Selamat RM10 aku.. Tu tak termasuk cukai lagi tu !

Bila baby kembar tak sabar nak dilahirkan !

 

“ Abang , baby bergerak lagi .. Tuuu .. terbonjol tuu .. “ .

Gitulah happynya perasaan seorang ibu yang tak sabar menanti kelahiran anak sulungnya .. Aku ? Senantiasa berpeluh ! Kenapa ? Hehehe … sendiri mau ingat laaa .. Tanggungjawab weh !

Bila baby dok bergerak dalam perut , aku tertanya tanya .. Camana dia boleh bergerak dari kiri ke kanan ? Hurm.. Dengan teknologi yang canggih sekarang ni , kita mampu lihat pengerakkan baby dalam kandungan ibunya.

Aku cari di youtube dan aku tersenyum ..

 

 

 

Kan kan ? Hahahahah .. SubhanAllah .. kenapa ? Korang fikir la sendiri kenapa aku ucapkan memuji kebesaranNya.. Oh ya , takde kaitan dengan video tu yer tapi dengan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya !

KEKURA LEMAS , id YAHOO MESSENGER aku ..

 

KEKURA ? Apa tu ? KURA-KURA ? Camana boleh lemas pulak ?

image

Haaa.. toksah la pelik dengan nama tu haih .. Oh , pelik sebab camana boleh lemas si kura kura tu eh ? Hehehe .. Pelik tak bila ada burung tak boleh terbang sedangkan dia tu spesis burung tak leh terbang ?

Nama ni , beri aku peringatan senantiasa .. sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. DIA boleh buat apa saja ! Dan kura-kura yg kita tau sesungguhnya pakar menyelam tu takkan mampu lemas namun boleh berlaku sebaliknya jika DIA  mengizinkan !

Jangan lupa diri dan angkuh ! Jauhkan sama sekali sifat sifat itu terutama bila terasa diri kita ini ‘ besar ‘ … Haaa .. Maka disebabkan itulah nama KEKURA LEMAS , aku pilih.

Tapi sayangnya , aku tak guna dah nama tu .. hehehe .. guna BEN ASHAARI jer .. Sama gak di TWITTER … huhu .. Aku mmg suka nama yang unik dan pelik ..

Taik judi ! Sungguh menyusahkan orang !!

 

image

 

Haihh .. Judi oh judi .. Bila larang , dibuat gak .. Dah kata haram , kau halalkan sendiri ! Konon tak buat makan .. Wat beli baju je .. atau wat wat beli barang .. Aiyooo..

Judi macam minum arak atau mereka yang melanggan pelacur ! Sekali layan , ketagih punya ! Haa .. Jangan tengok aku lak !! Tu cuma andaian jer .. Tak caya , g tanya mereka yang buat semua kerja ni ! Perghh ..

Membazir dan merosakkan kepala otak ! Serius ! Semua yang dah terang terang Allah haramkan , mmg merosakkan jiwa dan minda tu .. Tapi pelik , nape buat gak ??

Berjudi ni haa .. Ada yg sampai curi rantai mak sendiri kemudian digadaikan semata mata nak berjudi ! Ada yang sanggup gunakan duit gaji yang baru dapat tadi untuk berjudi dengan harapan dapat gandakan ! Tapi kalau kalah ? Yang kalah ni kerap la dari yang menang ! Akhirnya , berhutang ! Pastu ??? hurmmm

Tuu .. yang dalam gambar tu .. Konon menang RM17 juta , tapi apa jadi ?? Haaah .. kan dah menyusahkan diri sendiri ! Apa ceritanya ? Kan dah parah !

Cari rezeki , biarlah dengan kederat sendiri . Biar sedikit tapi berkat .. Baru bahagia hidup ..

Penyanyi lagu Cinta Melankolia , Ann meninggal dunia .

 

Terkedu aku bila mendengarnya di berita Sinar.Fm tadi . Ann , penyanyi lagi CINTA MELANKOLIA meninggal dunia ?? Macam tak percaya jer  apa yang aku dengar tadi . Tapi dah keluar kat radio , maknanya berita tu dah disahihkan.

Innalillahiwainnailaihirojiun .. Lagu CINTA MELANKOLIA adalah antara lagu feveret aku masa sekolah dulu dan antara lagu evergreen ! Kalau berkumandang di radio , confirm mereka yang sama umur atau bawah skit dari aku akan karaoke punya walaupun dalam kereta !

Menurut satu sumber , kematiannya disebabkan sakit dada .. Hurm .. Semoga rohnya di tempatkan bersama sama orang-orang yang beriman. Takziah juga buat keluarganya.

Al-Fatihah .

HABIBI ONLINE .. Citarasa masakini !

 

 

image_thumbimage

 

Bagi pengemar pakaian muslimah , berita baik untuk anda semua ! Dengan rekabentuk yang diinspirasi dari timur tengah dan eropah tetapi material sangat sesuai dengan keadaan cuaca negara kita atau di asia ini , yeaghh.. korang boleh ke www.habibi.com.my

Kalau was was untuk membeli melalui online , korang boleh ke butiknya untuk melihat atau mencubanya sendiri ! Haaa.. Amacam ? Pelbagai koleksi ada sepertu untuk ke pejabat , kuliauh , bersantai , shopping , seminar atau ke majlis majlis rasmi .. Haaa..

Untuk pertanyaan lebih lanjut , sila ke www.habibi.com.my atau telefon sendiri ke Habibi Hotline : 0126553974 atau boleh juga ke page FB HABIBI di www.facebook.com/Habibi ..

Tolonglah ! Tolonglah ! TOLONGLAAAH !!

 

Penat cikgu kat sekolah ajar sebut atau cakap yang baik baik . Tapi bila besar , haih .. guna gak bahasa yang tah apa gila punya maksud !

Kalau kata maksudnya tak elok , dia kutip maksud yang lain yang mana tah hapa hapa punya maksud tah ! Padahal kita boleh agak maksudnya berdasarkan intonasi atau gaya dia bercakap !

Tolonglah ! Aku bukan cari isu murahan tapi tolong ajar masyarakat terutama yang belum mampu berfikir dengan bijak atau matang . Masalah sosial di negara kita makin teruk , ni la peranan anda sebagai pembikin filem atau drama untuk membantu kerajaan atau badan badan yg bertanggungjawab.

Hurm.. kan baik ajar lafazkan perkataan yang sememangnya dapat pahala dari dok ajar sesuatu yang kurang enak di dengar ! Aku tau , mesti akan ada kata perkataan tu bukan ada apa apa maksud pon ! Kalau takde maksud , JANGAN LA SEBUT ! Yang dok ulang tayang berkali kali atau siap jadikan drama tu apa kehenya ??

Lantak diorang ? Wah .. itu ke cara jawapan orang bijak ? Kalau kena kat anak sendiri camana ? Dok sebut masa nak makan .. Atau dok bergaduh ngan anak jiran .. Tak ke elok bunyinya ?

Aku amik contoh paling mudah la yer ..

“ APA BODOH SANGAT KAU NI ?? “ ..

Kasar tak bunyinya ? Padahal bodoh tu sekadar merujuk pada tidak pandai atau tidak cerdik kan ? Tu je ! Sama gak KHINZIR dengan BABI tu. . Binatang je pon .. tapi ada yang sensitif ! Secara tak langsung , ia macam satu caci maki !

Masyarakat kita ni sensitif ! Jadi tolonglah hormat !! Jangan sampai dah jadi cam barat , baru nak keluarkan drama drama arab 24 jam !! Pihak bertanggungjawab , seperti DBP silalah pantau ! Bahasa dalam filem atau drama kita , ada yg merosakkannya ! Walaupun ianya dari masyarakat , peranan mereka untuk memperbetulkannya dan bukannya menambah perasa lagi ! BERTANGGUNGJAWAB skit .. Duit duit gak , akhirat jgn lupa ..

Kesian sedikit kat masyarakat ! Janngan amik mudah semua perkara ..

Perghh .. klinik kerajaan di pagi hari ..

Waduh waduh .. baru kul 730 dan klinik penuh serupa mcm dah buka lepas subuh jer .


Patut la boleh tensen ! Tapi aku harap mereka yg bekerja kat kaunter ni punya ketahanan mental dan fizikal yg kuat .. Mereka yg datang klinik ni bukan suka suka pon ..


Dan aku ? Kenapa ? Hurmmm .. biarlah rahsia ... Eceh .. mengada .. wife kena check darah lagi .. huhu.. Ingat senang ke ngandung !! Tu laa .. Tp mereka yg mengandung ni , takkan mengeluh punya .. sbb mereka seronok ..


Kalau lelaki yg ngandung ? Ada gak yg kena terajang kan ? Sbb tu Allah bg perempuan je ngandung ... Haaa..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI