Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 17 Februari 2012

Gila laptop ke apa ?

 

image

Yeahhh .. ada 4 sudah dan semua boleh beroperasi dengan molek sekali. Yang terbaru pastinya TOSHIBA ULTRABOOK PROTÉGÉ Z380 yang baru dapat petang tadi ..

Dan TOSHIBA ULTRABOOK tu telah dirasmikan oleh wife aku tanpa sebarang majlis rasmi yang mana mungkin makan sehingga beratus ribu ringgit. Selamat duit rakyat kan ? Heheh ..

Aku suruh dia test bukak blog dan guna youtube. Dan .. dan .. dan .. aku jeles la pulaakk .. Terus nak tukar ngan dia balik .. Aku nak guna tuuuu .. Muhahahahha …

Laju sehhhhh .. Tiada masalah buffered bila melayani youtube.. Download ? Belum try lagi .. Sound ? Mabeles ! Ni yg buat aku nak download lagi banyak movie neehhh .. huhuh.. Terbaek !

Nanti aku buat review penuh pasal ultrabook ni eh .. Kena test seminggu dua ni .. Minggu depan ada shooting utk projek ni.. huhu ..

Kena tau matlamat blogging selain ikhlas mahupun suka-suka !

 

Alhamdulillah .. Hari ni projek besar aku bermula yakni projek TOSHIBA – INTEL  .. Tadi aku g jumpa rakan blogger  , Rebbeca  untuk amik Toshiba Ultrabook PROTÉGÉ Z830 di One Utama .. Projek apa ni ? Rujuk entri INI .

Ok , aku tak nak cerita lagi pasal ultrabook TOSHIBA ni lagi . Tu entri akan datang eh ? Ni pasal blogging atau lebih tepat lagi untuk menaikkan semangat berblog ..

Awal masa aku blogging dulu , adalah kerana suka membebel dalam dunia maya ni. Tapi selepas wife bagitau aku ada blogger yg dapat macam macam kelebihan dari blogging ni , aku mula atur strategi aku.

Sasaran besar aku bukanlah blog advertising tapi company company yg punya nama. Persoalannya , bagaimana aku nak tarik perhatian mereka ?? Pergh… satu cabaran kan ? Apatah lagi  dengan kehadiran ratusan ribu blogger di Malaysia ni , bagaimana aku nak tempatkan blog ni diantara yang terbaik ?

Hurm… hurm .. setiap hari aku memikirkannya .. Memang benar aku suka berblog tetapi orang kata dalam diam , budak kecik bermain bolasepak yang mana dalam diam  akan menaruh harapan satu hari nanti akan dapat bermain untuk kelas , sekolah dan seterusnya wakil negeri .Negara ? Perghhh…  Itu cara untuk naikkan semangat !

Apa yang aku buat ? Mungkin ada yang pandang sebelah mata bila memandang template blog aku ni .. Aku tak pikat mereka dengan template blog aku .. Sbb aku tau , banyak blog yang punya template yang cantik lagi menawan. Dan pastinya aku adalah antara mereka yang malas ‘berhias’. Jadi , apakah yang aku buat untuk menarik perhatian mereka ?

Mereka yang ikut blog aku dari mula , akan tersenyum sbb mereka tau akan jawapannya .. Mereka gelar aku gila update . Gila post . Entri mengarut . Pendek ! Tah hapa hapa.. Dan banyak lagi ..

Dan aku buktikan tak sampai 3 tahun aku dah berjaya join 3 projek besar.. Bukan riak atau bangga diri tapi aku nak kawan kawan tau , dengan semangat dan usaha , korang boleh capai apa saja yang korang nak ! Matlamat perlu ada .. Jangan tipu diri sendiri .. Kalau nak sesuatu , berusaha bersungguh-sungguh ..

Mungkin ada yang fikir trafik di blog adalah segalanya atau penulisan di blog yang berkualiti memainkan peranan .. Ya , benar tapi bukanlah 100% !!

Camana ? Korang tau jawapannya. Fikir .. Tak susah .. Korang ada ‘produk’ .. Bagaimana nak perkenalkan pada aku dan rakan yang lain ?

Yakin itu penting tapi perlu ada komunikasi !

Apakah yang aku dpt tadi eh ?

Amacam ? Nak tau apa ceritanya ? Tunggu aku cerita lg mlm ni ... Hehe.. nak makan nasi beriani sat ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lama ku tunggu .. berbaloikah ?

Orang tanya aku , berbaloikah blogging ? Aku jawab .. kalau aku berusaha sungguh sungguh utk mencapainya , dan sokongan dari kawan kawan , maka ianya berbaloi !


Apa ada dlm kotak tu ? Tungguuuu sambungannya selepas ini ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lihatlah wajah mereka..

 

clip_image002

Wow.. Cantiknya kulit dia.. Sangat menakjubkan!!

Produk apa yang mereka guna ek?

Nak tahu produk ape?? Klik SINI

Kenapa kena perlu ada hasad dengki mahupun sakit hati ?

 

image

 

Ketawalah sepuashati bila dapat lukakan hati orang lain terutama di dunia maya ini .

Seronoklah menyamar dan gunakan identiti orang lain lalu menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai dengan berpura pura menjadi si polan tersebut.

Bergembiralah bila ada yang bertepuk tangan bila mana kita mula menyindir , memaki hamun serta mengeji orang yg kita sendiri pon tak tau sapa dia apatah lagi hati budinya ..

Tersenyumlah bila fitnah serta umpatan kita mula membuahkan hasil ..

Sebelum melebarkan sayap tu , apa kata kita cuba baca entri di blog ni dulu .. Mungkin bermanfaat untuk kita memikirkan semula tindak tanduk kita selama ini ..

Siapakah mereka mereka ini ? Apakah kita berkawan dengan mereka . Sila klik SINI

Hati-hatilah sahabat ku .. Jangan kita tergolong bersama mereka ..

Blog macam tu ? Aku pon boleh buat apa !

 

Senyum je la yer .. Dulu aku pon penah pk gitu gak . Bila tengok blog blog yg bertahap retis ni , aku rasa aku boleh tulis lebih baik dari tu .. Apa susahnya lak kan ? Cam buat karangan bergambar jer .. kan kan ?

Dan bila mereka yang baru baru buat blog ni pastinya berfikiran gitu gak lebih lagi bila tengok blog aku yang semak ni , pasti mereka mengerutkan dahi ..sekerut-kerutnya .. hehehe .. kan ?

Blog cam ni diorang follow ? Apajadahnya ?? Ada yang kata cam tak cukup perenggan . Atau blog budak sekolah .. paling tidak pon penuh dengan iklan iklan gitu ..

Memang betul pon .. Tak terasa pon kat hati aku ni haaa .. Kalau baru sebulan dua .. boleh la citer gitu kan ? Tapi cuba la stay bertahun lamanya dengan setiap hari ada update dan pastinya entri tu , entri berkenaan dengan blogger tu sendiri ..

Rasa-rasanya , berapa ramai yang akan baca dan komen ? Dan berapa lama boleh sabar dengan blog ni ? Hehehe .. Selagi takde minat dan berblog dengan ikhlas .. Janganlaaaah dok perendah orang lain nooo .. Tak baekkk wooo ..

Berblog ni , menariknya ialah mengenai diri sendiri atau mengeluarkan pendapat sendiri mengenai satu satu isu .. Tapi yang jadi masalahnya , berapa ramai yang nak baca cerita awok atau nak tau pendapat awok tu haaa ..

Camana nak buek ? Jadi , jangan sombong sangat la yer ..

Sememangnya benarnya ianya sementara ..

 

Aduh .. kelam kabut aku hari ni .. Awal pagi , nak hidupkan enjin kereta , serupa sudah kena demam selsema. Kejap lagi nak g Damansara , risau lak. Kang bila dah mati enjin , nak hidupkan semula , jadi susah lak..

Aku mintak tolong adik aku .. Dia suruh je bawak kereta tu ke rumah mak aku. Nanti abang aku tolong tengokkan . Diorang bab kereta ni , jauh teror dari aku . Aku cuma kena stering , gear , tayar dan mana satu bateri . Tu jer.. Hahaha .. Teruk kan ?

Sampai Cheras dalam kul 10 pagi gitu. Abang aku kata , takde masalah dengan bateri. Cun lagi bateri. Jadi apa masalahnya ? Dia kata Myvi dia pon mmg gitu skang ni . Dah tua la kot ? Apakah perlu tukar ke Lamboghini ? Tengok la.. Kalau Innity  bagi aku bonus .. Hahhaha ..

Pastu aku g gunting rambut. Wife aku kata rambut aku pon dah lebih kurang rambut Johan Raja Lawak. Sebelum rambut aku cam Datuk David Arumugam Alleycat , baik aku g ..

Kat kedai gunting tu , aku terjumpa sorang kawan sepermainan aku yang dah bertahun tak jumpa. Dia ni dulu , nyaris bertumbuk ngan aku kat padang. Panas baran orangnya. Tapi bila dah berkawan gitu , rupa sekepala .. hahaha .. Dan tadi , bila tengok dia .. Hurm .. Ramai kawan kawan aku dah semakin tua .. Memang nampak la kat rupa memasing tua .. Termasuk aku .. Sedar diri ok !

Selesai ‘kerja-kerja’ aku hari ni , terus balik rumah kat Putrajaya. Jap lagi , siap nak g solat Jumaat .. Hurm.. Pastu nak g Damansara .. Dapat Ultrabook Toshiba koooo .. hehehe .. Projek blog ..

Group di FACEBOOK galak Murtad !

 

Apakah benar kita cintakan agama kita ? Kembali melihat diri kita. Dan bagaimana mereka memperkotak katikkan kita ini disebabkan kejahilan kita sendiri . Apakah ini yang kita nak ? Kita kata kita ini penganut Islam tetapi apakah kita buat seperti mana yang dituntut?

Lihatlah mereka yang telah hilang peganganya lalu mengarut melalut dan merepek ! Tak tau nak percaya apa dah ..

image

Mereka nak tengok wanita Islam berbogel ! Kalau nak tutup aurat , lebih baik duduk rumah ! Itu yang buat mereka gembira . Suka tengok kita , orang Islam ini jadi mengarut dan langgar hukum hakam agama sendiri . Di manakah anda ??

image

Hurm.. dimana keimanan kita ? Jangan tunggu hari tua untuk berubah. Tutup mata dan bayangkan anda dikapankan sekarang ini. Dan bakal dikuburkan seorang diri …

 

image

Mereka dah hilang kepercayaan pada agama mereka ..  Nak ikut mereka gak ke ? Istighfar dan bawa mengucap. Sama sama kita kembali ke jalan Allah .. Kita doakan mereka , agar diberi hidayah dan kita kena tunjuk contoh , buat mereka .

Kawan kawan .. tegurlah kawan kawan kita jika ada yang tak betul. Biarlah dicaci maki dari melihat mereka melakukan dosa . Inilah dugaan dan ujian kita sebelum kita mati .. Kita akan mati ! Apakah bekalan kita nanti ?

Hurm ..

image

Tak guna nak marah kat mereka sedangkan ada di antara kita sendiri pon melakukannya .. Tegurlah kawan kawan kita secara baik .. Lafaz bismillah dan niatkan pada Allah sebelum menegur. InsyaAllah ..

Suka suka mak bapak aku jer ..

 

Pening kepala giler punya semalam gara gara tengok Ghost Rider semalam .. Best ke ? Baca kat SINI .. Sampai rumah , mengagau cari ubat ..

Lepas solat Isya , mmg terus tidur . Nasib baik laaa dah kawin . Ada gak isteri tolong picit kepala dan kaki .. Tu laa .. Sapa suruh tak kawin lagi .. Eh , nikah yer .. Nikah yang halal punya .. Heheh ..

Terus terlena. Dalam kul 6 pagi aku terjaga. Pastu tidur jap sbb ngantuk giler gara gara ubat tu .. huhu .. 10 minit kemudian wife kejut ..

Bangun , gi toilet … amik wudhu’ .. Haaa .. segar sikit .. Keluar dari toilet , hampar sejadah .. Berdiri .. Dan angkat takbir .. Tiba-tiba aku terberenti ..

Gile ke apa solat pakai seluar pendek ngan tak berbaju ! Arghhh .. mamai lagi upanya aku .. huh !

GHOST RIDER : Spirit of Vengeance

 

image

 

Baru pas tonton movie ni ngan member aku , Ady kat Alamanda .. Hurm .. Aku nak cerita panjang pon tak guna la .. Berapa bintang aku bagi ? 2/5 bintang. 2 tu pon sebab ada api .. Kalau takde api , aku bagi 1 jer .. Dalam erti kata lain , tak tengok pon tak rugi. Download pon rasa cam , tak berbaloi jer .. Huhuh..

Tengok cerita lain la yer ..  Tapi kalau nak tengok gak , tgk ler.. duit korang.. hehehe ..

 

 

Mintak tolong korang skit boleh … Ikut je arahan kat bawah ni .. Terima kasih yer ..

mula-mula like entry ni MacBook Air Gadget Impian Faizal Fredley button like ada belah atas sekali bahagian kanan

pastu tweet entry ni MacBook Air Gadget Impian Faizal Fredley

google +1 entry ni MacBook Air Gadget Impian Faizal Fredley

in shared MacBook Air Gadget Impian Faizal Fredley

komen entry MacBook Air Gadget Impian Faizal Fredley tidak kurang dari 7 patah perkataan

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI