Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 18 Februari 2012

Blog-blog baru pilihan malam ini ..

 

Hehe .. malam ni lewat sikit nak kenalkan geng geng baru kat korang semua sbb g merayau kat KLCC dan aku baru tau ada pop corn sedap kat sana .. Sedap ke ? Sapa penah makan ? Sempat amik gambar je sbb DAH ABIS !!

GARRET POPCORN SHOPS .. Diorang kata yg sedap caramel .. Selain dari tu ada cheese dan berjenis lagi la .. Tak sempat nak amik gambar.. hehe ..

 

IMAG1671

Haaa.. dah amik bau ? Jom g jalan-jalan kat blog kawan baru sambil makan popcorn .. hehe ..

 

  • jinak2 merpati kot (^^ ) very simple person that like newest info. - Ninsays
  • Aku cuma nk conteng-conteng apa yang aku rasa nk conteng... Tapi aku xde lar rajin sangat nk menconteng hari2... Aku simple jew... Rileks2 jew... - AQU INSAN BIASA
  • life is one shot * always living with thankful heart * no matter what i counter, i won't give up! * no regrets, i would like to challenge all! * i need to overcome all the difficulty to keep go on!Maidatul Akmam Mohd Fahmi ;)
  • ♥ i love my family ♥ i love my paper clip ♥ i love my friend kayriyah's diary
  • HeL0w, heL0w, heL0w !!! Assalamualaikum . My name is Nur Syazana Binti Abdul Kadir . Hew hew .umur cyer 14 ta0n.. Budax Kelantan sejati nip .! - Nur Syazana ♥ 
  • Open my blog, please? :p -Wonderful World
  • NUR SABRINA FIRZANAH HAMZAH . 15 YEARS OLD . MALACCA . I AM A SIMPLE PERSON AND I'M LEARN FROM MY MISTAKE . I'M NOT SINGLE ! JUST BE YOURSELF OK ! –#sabrinafoo

Yearghh… Abis dah ? Leh sambung tengok cerekarama JUJUR AKU DAYUS.

Layan novel karya kak Norhayati

Lama tak baca novel . Sejak ada buah hati , novel bukan lagi teman setia ku .. Dulu masa lone ranger , setiap mlm baca novel .. tak kira dah sapa penulisnya asalkan ada cerita .. hehe ..


Adik aku rajin beli .. Aku rajin pinjam je ..hehe ..


Kenapa aku nak baca balik ni ? Haaa .. saja jee nk asah balik otak aku ni .. Selain novel ni yg aku kebas kat umah mak aku tadi , ada beberapa buah buku agama gak utk aku muhasabah diri .. hehe..


Gila atau tidak , aku taip entri ni sambil berjalan di KLCC ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Cool giler TOSHIBA ULTRABOOK PROTEGE Z830

 

Apa yang aku boleh kata cuma ‘WOW !’ bila guna ultrabook Protege Z830 ni ..  Tang mananya wow ??

IMAG1655

Aku tak pernah pegang ultrabook ni .. Dan kali pertama aku pegang sewaktu mesyuarat projek TOSHIBA-INTEL ni di pejabat INTEL tempohari yang mana hanya 8 blogger terpilih untuk menjayakan dan 3 darinya dari Singapura.

 

IMAG1458

Dan mmg ringan giler laaa  aku cakap korang ! 1.12kg sahaja yer beratnya . Dan dengan ketebalan cuma 15.9mm pasti membuatkan aku yang  suka usung laptop ke sana sini , lega sangat ! Ringan dah beg aku pasni .. hehe ..

IMAG1656

Bila dah nipis cam ni  dan ringan pasti senang rosak kan ? Hehehe .. Jangan risau ..

image

Sewaktu taklimat serta penerangan ari tu , aku difahamkan chasis ultrabook ni diperkuatkan dengan magnesium alloy dengan rekabentuk unik honeycomb bagi memadatkan lagi chasisnya . Tak silap aku , berat yang boleh ditampung sehingga 100kg . Jadi kalau aku terduduk atas utlrabook ni , tak payah mengelabahnya .. hehe.. Lom try lagi la .. hehe ..

Internet connection ? Perghh .. serius mmg mantap ! Laju banget bila aku try bukak blog aku yang diorang kata berat sangat tu .. hahaha .. Aku try download movie … Berbeza la dari lappy yang aku guna sebelum ni .. Wife aku pon tak nafikannya sbb dia yang rasmikan dulu !

Toshiba Ultrabook Protege Z830 ni dilengkapi dengan ethernet ,HDMI , VGA , card reader , USB port , microphone dan earphone port . 

Nak tau apa menariknya ? Sepanjang aku gunakan ultrabook ni , aku saja letakkan atas peha aku .. Pergh.. Tak terasa panas langsung ! Kenapa ? Yeargh.. Pengaliran habanya yang berbeza dari lappy sebelum ni ..

Kepantasan ? Dengan kehadiran processor Intel Core i7 1.80Ghz dan RAM 6.00 GB pasti membuatkan aku tersenyum senantiasa .. Tu belum lagi layan movie . Semalam tengok youtube pon dah puashati ! Sound system mmg puashati !

Bateri ? Boleh tahan sehingga 8 jam .. Dalam erti kata lain , aku puashati dengan TOSHIBA ULTRABOOK  PROTEGE Z830 ni  untuk kegunaan seharian termasuk blogging !

Nanti aku cerita lagi lepas aku guna betul betul ultrabook ni ..

Laki pon boleh .. Perempuan ? Confirm jeles !

 

image

Haaa .. nama dia Andrej Pejic .. . Umur 20 tahun dan jantina dia ? Lelaki okeh ! Menurut sumber , dia menghabiskan masa kecilnya di kem pelarian Serbia sebelum berhijrah ke Australia.

 

image

image

image

Pondan ? Eh , tak laa.. Tak de kata pon dia pondan atau gay . Dan menariknya dia telah memperagakan design fesyen lelaki dan perempuan dan antaranya dari Jean-Paul Gaultier , Marc Jacobs, John Galliano dan byk lagi ..

Kacak pon ada , jelita pon ada ..

Ok , aku insaf ! Tamo buat dah !!

 

image

Haa .. macam normal je kan ? Cuma botak je.. Tu biasa la kan ?

image

image

Nah .. ni dari tepi  lak .. Amacam ? Ternganga ? Rileks lu .. Kenapa boleh jadi gini ? Haa .. Ini pengajaran utk kita semua yer ..

Dikenali sebagai Sosa atau nama sebenarnya Carlos 'Halfy' Rodriguez ,kehilangan sebahagian besar otak dan tengkoraknya selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dia tercampak keluar menerusi cermin depan kereta sebelum jatuh kepala dulu di atas jalan raya.

Puncanya ? Dadah dan arak .. Pastu pandu kereta dengan laju ! Dan yg pastinya , dia tak pakai tali pinggang keledar ( firasat aku sbb dia tercampak keluar menerusi cermin depan kereta ) ..

Kemalangan tu berlaku ketika dia berusia 14 tahun .. Dan buat pengetahuan anda , bukan dia seorang saja yg menjalani kehidupan dengan separuh kepala dan beberapa orang darinya ada di Britain.

Amacam ? Berhati hati di jalan raya.

Teringin di pagi hari ..

Awal pagi dah keluar ngan wife g pasar borong Selangor di Seri Kembangan.. Kena hafal jln sbb pasni kena g sorang sorang .. huhu..


Nak kena kenal gak sayur mahupun ikan , itik mahupun ayam .. waaa.. tkkn tak kenal ayam ????


Bab nk g tang bahagian basah ni yg boring .. Licin .. tergelincir kalu ?? Aku cukup takut tergelincir .. Risau pinggang dan tulang belakang ..huhu .. Mintak dijauhkan laaa ..


Dan nasi lemak sambal kerang dan sambal sotong jd sasaran aku utk sarapanpagi ni.. hehe .. Balik ni , g gym..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Nak tidur pon usung kunci kereta ke ??

IMAG1661

Alahai .. Mau tekanan jiwa aku sekejap . Dah siap nak tidur , wife suruh g amik kunci kereta kat bawah .. Adeh .. Mata dah kuyu.. Tapi sian punya pasal , aku turun gak laa ..

“ Kalau pencuri masuk rumah ,  diorang geledah .. tak jumpa barang sbb barang dah amik simpan. Mesti diorang  naik masuk bilik punya ! Tu lagi bahaya tau tak ..“. Bebel aku ..

 

“ Tu la.. lain kali baca tips tips keselamatan dalam rumah. Kunci kereta ni kan ada alarm. Kalau ada pencuri masuk , kita sedar .. kita terus tekan alarm tu.. haaa.. ada faham cik abang ? “. Jawab wife .

 

“ Macam boleh sampai signal alarm tu ! “ . Aku masih nak menang.

 

“ Sampai la .. Tak caya , buat la demo skang .. “.

 

Diam dan terus tidur. Tinggalkan aku bersama kunci kereta tu .. Huh ! Kalau boleh makan , lama dah aku makan kunci kereta ni ! Esok , g buat baru ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI