Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 19 Februari 2012

Adakalanya ..

 

image

Adakalanya ,

Ada sesuatu yang patut dirahsiakan saja . Bukan kerana nak sembunyikan tetapi atas kerana kebaikan dan elakkan pertelingkahan.

 

Adakalanya ,

Lebih baik diam diri  saja dari berterusan bertekak . Bukan kerana bersalah tapi membuang masa untuk memperbetulkan sesuatu yang mana mmg dah terang-terang betul tapi tetap nak dinafikan . Jadi , diam dan serahkan pada Allah..

 

Adakalanya ,

Aku sendiri pening .. Pelik tapi itulah lumrahnya. Kematangan fikiran sangat sangat membantuk dalam hidup ini . Jika tidak , pasti akan bersikap seperti manusia zaman batu .

 

Tutup cerita . Biarkan saja mereka . Lambat laun , diam dan mereka akan berlalu ..

10 blog baru malam ini ..

 

Macam biasa , 10 lagi blog baru .. Diskriminasi ? Heh .. tengok kat widgets FOLLOWER tu.. perempuan je kan ? Hehehe .. Jadi , mana yang ada , tu yang aku pilih ..

  1. IDK who i am... - Special Things.
  2. Seorang Islam, Hamba ALLAH SWT, Umat NABI MUHAMMAD SAW, seorang gadis, seorang anak, seorang pekerja.. Suka ketawa, suka makan, suka muzik dan suka baca blog.. Sebab itu kitew buat blog! :) Blog ini mula beroperasi pada 29 Januari 2012 walaupun pemilik blog ini bercadang hendak membuat blog sejak dari tahun 2008 lagi.. - Zee Azie
  3. wifey to incik bintangku. mama to lil cipi. qs to consultant firm. love to blog! craft & choc ;) - until.hEr.drEam.comE.truE. 
  4. Mika | 15-teen | Labuan | Female | status: Donghae's Girlfriend . ► Hi. The given name is ᵀᴴᴱ'ᴼᴿᴵᴳᴵᴻᴬᴸ Mika. For almost 6 years I've addicted with a drugs .I'm not a terrorist and this is my land. I've married in the age of 96-lines with someone I've loved. Being perfectionist is not me. I'm not shamed to said that I love Allah and Islam guide me to the truth.Please do credit if you taking my properties. If you dont like me , i'd give you eat food.NOW EAT EAT EAT ! ◄ - serviteur d'Allah
  5. jinak2 merpati kot (^^ ) very simple person that like newest info... – Ninsays
  6. Annyeonghaeseyo!, Nur Aqhiedah is My Name. Can call Me Aqhiedah! Do Follow Me! - ◕ Nur Aqhiedah Sabri's Diary! ◕
  7. names aqu azwa suraya ..... name pnggilln aqu wawa ..... mlz na type pnjg2 ... t wawa follow blik ok... !bubbye!... (wawa kechik) - Jiwa Koyak Rabak
  8. Aku cuma nk conteng-conteng apa yang aku rasa nk conteng... Tapi aku xde lar rajin sangat nk menconteng hari2... Aku simple jew... Rileks2 jew... -AQU INSAN BIASA
  9. * life is one shot * always living with thankful heart * no matter what i counter, i won't give up! * no regrets, i would like to challenge all! * i need to overcome all the difficulty to keep go on! - Maidatul Akmam Mohd Fahmi ;)
  10. NUR SABRINA FIRZANAH HAMZAH . 15 YEARS OLD . MALACCA . I AM A SIMPLE PERSON AND I'M LEARN FROM MY MISTAKE . I'M NOT SINGLE ! JUST BE YOURSELF OK ! - #sabrinafoo

 

Terima kasih .. 

Ibarat kena sawan bila melihat matahari terbenam !

 

SubhanAllah .. Automatik terkeluar dari mulut aku bila melihat keindahan ciptaanNya itu ..

IMAG1711

IMAG1704

IMAG1685

IMAG1700

IMAG1706

IMAG1705-1

image

IMAG1717

 

IMAG1691

 

IMAG1719

Kalau korang nak g bergambar kat tempat ni ( taman berhampiran PICC dan masjid besi ) , datang dalam kul 6 lebih .. petang laa. time matahari terbenam ..

Confirm tak cukup kaki nak kejar matahari ! Hehehe ..

Jalan-jalan ..

Sengaja aku pilih kat tempat ni sebab boleh nmpk matahari akan terbenam ..


Putrajaya ni byk tempat cantik kalau rajin xplore ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

APA CELOP !!

 

image

Penat g sekolah dari tadika sampai ke IPT .. Akhirnya yang mengarut juga jadi ikutan . Malah , siap dipromosikan besar-besaran dan ramai akhirnya , anak kecil pon turut mengucapnya .. Berbanggakah ?

Maka , berbanggalah anda .. Kan best sebut ASTAGFIRULLAH AL’AZIM  dari APA CELOP tu .. Pahala tu.. Bayangkan , berjuta orang tonton drama tu setiap malam dan melafazkannya .. Heh ..

Walaupun ‘dia’ kata tak de makna atau bukan perkataan mengarut , sila beritahu apa maksudnya APA CELOP tu ? Baik bagi tajuk nama punya maksud seperti nama anak kerna itu karya anda . Karya anda adalah corak pemikiran anda .

Kan kan ?

Jom belajar menulis blog dengan lebih efektif ..

 

Hurm .. ini sekadar tips menulis ( blog seumpamanya ) ringkas yang aku amik dari buku baru aku baca sekali imbas ( rujuk entri INI ). Belum baca betul betul . Bila aku ternampak tips tips ni , aku rasa nak kongsi dengan rakan rakan yg lain. Mungkin sedikit sebanyak mampu beri perbaiki penulisan kita akan datang.

Jom kita tengok apakah tips-tips yang telah penulis buku tu kongsikan bersama ..

  1. Elakkan ayat yang terlalu panjang atau terlalu pendek. – ini untuk mengelakkan dari menyukarkan kefahaman atau mungkin melarikan fokus pembaca.
  2. Gunakan ayat yang pendek untuk fakta penting. – Ayat yg pendek memiliki peranan seumpama gaya badan dan nada suara yang tegas.
  3. Perenggankan tulisan anda – Perenggan memiliki peranan penting untuk kefahaman pembaca.Jangan tulis melebihi 7 baris tanpa dipisahkan oleh perenggan.
  4. Elakkan penjelasan yang sia-sia – Ketika menulis , terus kepada mesej yang anda ingin sampaikan. Jika mesej agak sukar difahamkan oleh pembaca , beri sedikit penjelasan. Elakkan penjelasan yang berjela-jela.
  5. Gaya font berbeza untuk nukilan – Cadangan , gunakan  size font yang sama bagi sesuatu nukilan tetapi jenis font berbeza.
  6. Penggunaan bold , italic dan underline – Gunakan bold untuk pecahan bab , italic untuk perkataan yang bukan dari bahasa melayu dan underline untuk menarik perhatian pembaca.
  7. Elakkan tanda seru , huruf besar dan kata-kata kesombongan. – penulis hendaklah sentasa tenang , lapang dada dan rendah diri.Tapi jangan terlalu rendah diri sangat sbb nampak tak yakin pulak dengan penulisan tu nanti.
  8. Gunakan format numbering dan bullets – kalau ada point dalam mesej tu , dicadangkan gunakan agar nampak lebih kemas dan mudah difahami.
  9. Jangan terlalu kerap guna koma – Ini dikhuatiri akan menganggu kelancaran ketika membaca dan menjadikan tulisan kita tidak begitu efektik.
  10. Jangan letakk ‘space’ secara sia-sia.

Tu je la yang aku boleh kongsikan dengan korang semua . Ni pon ada yang aku edit untuk ringkaskan lagi dan sesuaikan dengan penulisan di blog sbb apa yang penulis tersebut beri adalah lebih pada penulisan buku . Tapi aku rasa sesuai untuk digunakan di blog ..

Maka , terpulang pada korang nak gunakan atau tidak. Sekadar berkongsi tips tips blog saja ..

Maaf , blog aku biasa biasa jer ..

 

Hurm .. “ Aku rasa blog aku lagi best dari blog BEN ASHAARI. Entri dia semua pon biasa biasa jer .. Gambar pon jarang letak .. “ , kan ? Mungkin ada diantara kawan kawan kita berfikiran begitu dan aku tak salahkan dia pon . Benar apa pemikiran dia tu .. Jadi , aku tak perlu nak terasa .

Aku jarang nak buat entri bagi pecah perut kawan kawan pembaca. Aku tak suka nak mengarut tak tentu hala dalam entri aku ni. Masa itu penting. Aku tak nak mereka buang masa singgah baca entri yang takde ‘gado-gado ‘ buat mereka. Aku nak senantiasa beri buah tangan pada mereka , bila mereka singgah.

Itu yang aku nak ! Bukan masuk , baca ketawa .. kemudian keluar tapi inputnya ? Baik layan 3 Stooges je kan ? Tu pon ada isi gak . Pengalaman dalam bidang penulisan blog ni membuatkan aku banyak berubah. Serius. Aku semakin memahami apa yg berlaku di dunia nyata dan aku perlu berfikir berkali kali sebelum melakukannya , berkat dari ‘maklumat’ dunia maya.

Itulah yg aku nak buat ! Kawan kawan pembaca yang masuk baca terutama yang muda , memahami serta menjaga tingkahlaku mereka di dunia nyata dengan mengambil ikhtibar dari bacaan blog serta komen komen yang ditinggalkan.

Biarlah biasa dari luar biasa namun yang luar biasa itu bila mereka mengucapkan TERIMA KASIH atas perkongsian cerita yg sedikit sebanyak mampu mengubah cara mereka berfikir.

“Apa la pak ngah ni ! “..

 

Hurm .. budak budak .. Bila kita tengok mereka , kita jadi kesian dengan mereka . Tak tau apa apa dan mereka menerima apa saja yang kita ajar pada mereka.

Tadi aku g umah mak aku . Niat nak ziarah mereka padahal semalam pon dah g . Bagi aku , selagi aku punya masa dan kesempatan , memang aku akan ke sana . Bukan aku anak manja tapi mereka dah tak beberap sihat. Jadi kena kerap ziarah dan tengokkan mereka .

Anak buah aku yang baru berusia 4 tahun , demam panas. Semalam dia call aku tanya nape aku tak tunggu dia balik dari sekolah ( tadika cina ) ? Dia tau aku g sana tapi aku balik awal . Lepas cakap ngan aku tu , dia terus demam .

Hurm .. Dan tadi , aku ajak wife g sana .. Sebelum tu , aku download siri kartun Boboi boi untuk dia. Suka layan movie kat hp. Cam aku gak perangai dia .. Tu sebab aku cam lebihkan dia  ! Huhuh ..

Bila dah sampai sana , aku terus g cari dia.. Dok tidur .. Berpeluh peluh.. Sian dia .. Adik aku , takde .. keluar ngan ayah aku .. Ada hal skit ..

Aku pasangkan video Boboi boi tu kat sebelah dia dengan harapan dia bangun. Tapi tak terjaga pon . Masuk adik dia , dia lak yang amik. Pastu g kacau abang dia .. Heh..

Tak lama kemudian , dia jaga .. Dia cari aku dan tunjuk kat aku dia punya koleksi Boboi Boi !  Ada 20 siri sedangkan aku punya baru 8 jer ! Cehhh .. dia lagi pantas dari aku rupanyaaa ..

Tapi aku pelik gak.. Hp adik aku tu , mana mungkin boleh muat sampai 20 siri sbb kapasiti dia skit jer .. Hurm..  Tapi aku diamkan je la ..

Cam biasa , budak demam bila suruh mandi .. menangis la kan ? Jadi tugas aku laa kena pujuk dia sblm aku nak ke KLCC tadi .. Aku pon cari la video tu dalam hp tu ..

Hampeh tak jumpa ! Mana pulak adik aku letak file file video tu ? Hurmm..  Sekali … Anak buah aku tu mintak hp tu kat aku ..

“ Apa la pak ngah ni.. Cam ni .. Klik kat sini.. Pastu.. klik kat situ .. Haa.. tuu.. klik ni jer.. Tu keluar dah ! “

Hadoii .. video kat youtube rupanya !! Arghh.. Bila pulak anak buah aku ni pandai layan youtube ??? Grrrr… 

Lepas dia pasang video tu.. dia layan sampai terlena .. Dan aku memandang dia dengan sayu .. Kasihan pada dia dan adik dia .. Hurm .. Entahlah .. Ada orang , rezekinya begitu tapi dugaannya di belah lain ..

Antara kuat tak kuat saja untuk menghadapi semua dugaan ini ..

Berdakwah melalui penulisan efektik ..

 

Lama dah buku ni kat tangan aku tapi aku bagi kat ayah aku untuk bacaan dia .. Buku BERDAKWAH MELALUI PENULISAN EFEKTIF ni adalah hasil tulisan HAFIZ FIRDAUS ABDULLAH. Sapa dia ni , korang leh google dalam internet. Banyak e-book dia gak yg dia kongsi secara percuma dan ternyata bagus . Malas nak cari ? OK .. g je kat blog dia .. http://hafizfirdaus.com/

 

IMAG1674

Buku ni tak mahal pon.. Cuma RM8 je .. Dan aku tak rasa pon dia amik untung dari buku ni sbb ?? Beliau adalah seorang juruterbang MAS .. Jadi , pendapatan dia dari situ pon , faham faham je la eh ..

Buku ni bagus kalau dibaca dengan teliti. Didalamnya ada tips tips untuk menjadi penulis secara tidak langsung . Kat mana nak dapat kan buku ni ? Cuba cari di www.jahabersa.com.my .. Serius berguna untuk mereka nak nak jadi blogger dengan lebih teratur . Tips yg diberikan mmg bagus sama sekali !

Nanti aku kongsikan dengan korang eh ..Oh , antara entri yang aku pernah kongsikan di dalam blog ni hasil tulisan dia ialah ,

Sebagai pembuka tirai pagi ini ..

Syaitan memiliki waktu kegemaran dan tempat ...

Syaitan mencari tempat brmalam

Syaitan Ketawa

Syaitan makan dan minum ..

Puasa Ramadhan: Antara Yang Ditokok Tambah. 

 

Hurm… Malam malam gini bagus habiskan masa dengan menambah ilmu ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI