Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 21 Februari 2012

Nak kaya pon , agak-agak laa kan ?

 

IMAG1724

Gambar – G beli pisang untuk buat cekodok kat Pasar Tani Putrajaya.

 

Kelmarin , wife ajak  aku yg mana berjawatan tetap sebagai suaminya , g restoran Umai kat Presint berapa tah ..Ala nun kat Masjid Besi tu haaa..3 ke tu eh ? Tak kira la.. Dia ajak sebab nak cari cekodok .. Teringin katanya.. Biasalah kan , kalau keluar dari mulut ibu ngandung , semua teringin.. Aku pun teringin gak .. teringin makan madu.. boleh ? AHhahaha …

Sampai sana , kata staff kat situ  , kena tunggu dalam 20 minit.. Maghrib pon nak masuk dah.. Nak tak nak , balik je la.. Sian dia kan ?

Semalam , dia g carik pisang goreng lak kat area @#$@% tu .. Dekat ngan umah aku. Hari pon dah lewat petang . Gerai yang biasa aku beli tu , dah abis .. Jadi dia g cari kat satu tempat popular ni.. Korang tau berapa harga dia jual ??

“ 3 belah kecik tu , RM1 ! “

Huihhhh .. gila cepat nak kaya ke apa ?? Pelik pon ada.. Bukan apa , gerai makcik tu , mmg ramai orang datang membeli . Rugi ke kalau bagi banyak sikit ? Bukan dia sewa gerai dalam Putrajaya pon .. Aiyooo ..

Gila gila .. Bab makan pon diorang nak tekan gitu sekali ! Haihh ..

Perasaan bila dengar kawan kawin ..

 

image

Tak tau la samada si pencari ni dah kawin atau belum .. Kalau dah kawin , pasti la dia gembira bila dengar kawan dia kawin kan ? Tapi kalau belum ? Haaa .. Aku amik part yang belum kawin la yer ..

Kalau muda lagi , mungkin dia rasa .. bestnyaaa nak kawinnn.. ala ala Vanilla Strawberry gitu ..  Vanilla Straberry ke Coklat eh ? Lantak laa.. Janji Zarra cintakan Amir kan ? Hahaha .. Mengarut dah .. Tetap tak best ! Layan sbb malas nak tukar channel okeh ! Ok tak alasan tu ? Tapi serius , citer tu lom mampu buat aku memakukan mata aku dari mula hinggalah abis drama tu ..

Ok , balik ke isu asal .. Kalau dia dah lebih umur 27 tahun .. Tak kira lelaki mahupun perempuan pasti akan bingit telinga kalau balik kampung kan ?

“ Kamu bila nak kawin lagi ha ? Dah nak berkarat dah tuuu .. “

Atau pada yang perempuan ..

“ Alahai.. nape la dok memilih sangat ni ? Nak tunggu expired baru nak nikah ke ? “

Mesti birat telinga kan ? Pergh.. Macam laa soal jodoh pertemuan ni hak kita ! Kalau hak kita , aku confirm ramai dah g cari ala ala Aaron Aziz atau Neelofa version bertudung untuk dijadikan pasangan hidup punya .. kan kan ?

Ginilah nasihat aku .. Kalau ada suara suara begitu berkumandang di telinga korang , maka jawab gini je la..

“ Sesungguhnya soal jodoh , hidup mati kita ni  hak Allah . “

Smash je guna agama .. Abis cerita ..Kalau dia menjawab gak ??

 

“ Makcik , kalau makcik nak sponsor saya nikah kat PICC tu , ok la .. skang gak saya ajak calon saya nikah . Tapi hantaran mesti la atas 20 dulang .. Ada sanggup ?  “

Nak lagi kejam ..

 

“ Saya tunggu laki makcik sebenarnya .. “

Amacam  ? Ada berani ? Hahaha .. jangan ikut yang tu okeh ..Ajaran sesat tu ..  hahaha .. Kang kena kejar ngan parang nanti ! Hahahah ..

 

Toksah la tensen tensen bab ni .. Pasti akan ada jodoh korang tapi jangan la jadi batu nesan lak ! Kena bijak gak ‘mengumpan’ .. Cam di majlis ilmu ke .. Perpustakaan ke .. tempat tempat yang mana calon pasangan tu , boleh nampak ciri ciri yang bagus untuk dijadikan pasangan hidup ..

Kalau takat menunggu .. Jawabnya .. ANDALUSIA atau ANTELUSIA laaa  menjemput anda ..  Banyakkan berdoa .. Senyum .. InsyaAllah ..

5 blog baru pilihan malam ini ..

 

Ada yang tanya camana nak terpilih dalam blog baru pilihan ni ? Apakah melalui segmen ? Komen atau kena bayar ? Adoi.. semua taakk .. Aku pilih nun kat widget FOLLOWER tu jer .. Mana yang ada cerita sedikit latar belakangnya di profile tu , aku pilih..

Tak kisah la terpilih atau tidak .. amik kesempatan untuk berkenalan dengan geng baru je.. kan kan ?

 

Lahir pada 10 mac 1994 (27 ramadhan -khamis) di hospital Queen Elizabeth KK .. aku suka survive sorang2, indiependent sikit dan agak suka dengan makanan ~~ kadang-kadang, akan menjadi seorang yang ceria dan juga moody..aku ialah cermin orang yang bergaul dgn aku..dorang baik, aku baik.. dorang kurang baik,akupunkurangbaik.. jadi, sama2lah kita berusaha ke arah yanglebih baik..aku juga sangat2 minat nak jadi aerocraft engineering..its my passion.. physic, te amor ~^^~

~blog shela yang ajaib~

 

Hola! Name Siti Noorshakirah bt Habidin: kyra or ira for short=) sweet 18th=) d.o.b 19 may 1994=) home Puchong, Selangor=) study at SMV Sg. Buloh B.R.I.O.V, course Computer Programming=) --> Simple --> Manje mngade2(ngn prents, dak dorm, mmbe2, yg knal aq n si Dye) --> Ta ske d' kongkong(tuk buat ap yg aq rse remeh & hipokrit) --> Degil --> Suke jalan2 --> COMEL tu sume aq..=D Hates me? okey! na kwn bole je tp jgn "mkn" aq ye, skali da buat hal ngn aq smpai bile2 aq akn ingt..(!) --> Pemaaf tp akn ingt ap slah org..tu aq.. Lastly, LOVE me..?? LOVE u more larh..=) Plez 4low my blog, tq..:)

Happy+Sad=Love

 

Aku hanya hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW. Aku adalah anak kepada ibu ayah aku, adik kepada kakak dan abang aku, dan abang kepada adik-adikku.

Mind of Mine

 

Hidup Biar BerTUHAN. Menghormati Kesabaran. Mahu Bercinta Dan Merindui Kerana Allah. Yang Lain Hanya Biasa-Biasa.

Cakna Kehidupan

 

*Norfarihin*15 tahun*Kpop lover*Just call me Far*

Far Farihin

 

TERIMA KASIH …

Patut tonton movie begini !

 

image

Dah tengok movie Hugo ni ?  Kalau belum , g download dan layan di waktu kelapangan anda .. Hehe..

Mesej cerita ni mmg mudah tapi sangat mendalam .. Aku tak perlu la nak bagi sinopsis cerita ni tapi apa yang aku boleh katakan , mereka yang sedang patah semangat , putus harapan .. cerita cerita begini mampu menaikkan semula semangat korang ..

Jalan cerita yang mudah dan ada kalanya nampak seperti boring tapi sebenarnya punya maksud tersirat. Itulah kebanyakkan movie omputih ni. Gemar main yang tersirat. Kena bijak fikir dan kaji dengan lebih mendalam. Kecuali tang yang tak patut tu laa ..

Kesimpulan bagi cerita ni , jangan pandang remeh akan kebolehan anda. Yang penting , semangat dan keyakinan perlu ada . Satukan dan anda boleh mengubah dunia ! InsyaAllah ..

Berapakah elaun Perdana Menteri Malaysia ?

 

image

Keyword di BenAshaari.com

Ada jugak laa insan yang rajin mencarinya di internet ni yer ? Ari tu ada yg cari berapa gaji perdana menteri  berapa ? Jumpa dah ? Berapa ? Haaa .. Gaji dia sebulan adalah !#!%@%@^$#&$%  woooo .. Berapa ? #@$@^&#$&@#%b  haaa .. Tak reti baca ke ? Aku tulis elok elok dah tuuu ..

Kalau aku bagitau berapa , sah sah skang ni aku kena tahan dan confirm blog aku hangat sehangat hangatnya .. Aku tahu kah berapa ? Eh , mesti la aku @#$(%^*#$  punya arr..

Tak leh nak cerita lebih bab ni .. Aku pon pelik nape kan ? Malaysia ni banyak menda tak leh cerita terutama mereka yang punya kepentingan tapi jika takde kepentingan , haaaa … silalah selak dalam dalam kain tu .. Baru baekk punyer ..

Oh dunia .. Ku bukan kecewa dengan mu sebaliknya mereka yang punya kuasa tetapi tidak menunaikan dengan penuh amanah !

Kereta mewah milik Datuk Lee Chong Wei

 

image

image

Ferrari F430

Amacam ? Gegege .. Baru berbaloi kan ? Bekerja keras untuk naikkan nama negara dan pada masa , dia pon senang .. Haaa .. Win win lagi tu kan ?  Huhuh..

Selain dari kereta ni , LCW memiliki kereta Nissan GT-R  ( dengar dia jual untuk beli kereta Ferrari ni ) , BMW X6 Coupe dan Proton Inspira 2.0 ( free dapat punya woo ) ..

Berbaloi baloi !! 

Bila Tentera Pakistan hasilkan ‘iPad’ mereka sendiri !

 

Dikenali sebagai ‘ PAC PAD 1’ yg berasal dari perkataan Pakistan Aeronautical Complex ini mampu mengantikan Ipad di pasaran yg mana harganya jauh lebih murah dari Ipad.

image

Spesifikasinya ?

image

Tapi tak banyak pon yang mereka buat.. Cuma beratus saja. Tujuan mereka ( pihak Tentera Pakistan) membuatkanya adalah untuk menunjukkan kemampuan mereka selain dari mengeluarkan senjata.

Bila pelakon terkena “ kencing puntianak ! “–Edisi seram.

 

Betul ke puntianak ni kencing ? Scary the movie betul arr .. Tapi ada lagi ke pontianan di zaman ni ? Huihh .. Apa lak takdenyaaa .. Makin ramai nak jadi pontianak skang ni lebih lagi sejak citer Twilight ni malatops dan banyak lagi siri pontianak ni kat tv menjadi kegilaan ramai terutama di Malaysia. Aku suka  zombies je.. hahaha ..

OK ok .. Berbalik pada artis ni .. Elmy Nadia menceritakan pada MSTAR yang mana dia terkena kencing tikus pontianan ni sewaktu shooting drama Cinta Untuk Emelda. ( Awal promosi nampak ? )

 

image

Menurut Elmy , insiden itu berlaku apabila dia melakonkan babak dikafankan dan selepas mencuci solekan pada wajahnya, pelakon itu terkejut wajahnya terus berubah.

"Ketika itu saya pun takut nak tengok muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail meminta saya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional.

"Selepas itu, saya terus ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawat saya itu memberitahu muka saya terkena “air kencing puntianak”.

Nak tau lagi ? Baca sendiri kat Mstar

 

Haa .. ni nak tanya korang .. korang percaya ke ngan menda menda tahyul ni ?  Syaitan iblis jin semua ni wujud.. Makhluk halus.. Hurm..

Nak dijadikan cerita , dulu jiran aku pun pernah kena gak. Ni gara gara melintas tengah padang bola pada waktu tengah malam . Dulu , kawasan rumah aku tu , kira kawan evil dead gak la. Macam macam la orang leh nampak tapi peliknya , aku tak pernah lagi la.. Tak pe tak pe , aku tak mo tgk .. hehe ..

Bila member aku tu lalu , malam tu muka dia berbirat-birat. Bila bawak g jumpa bomoh , mmg sah la kena. Tapi bila berubat tu , ilang la. Tak la berparut . Cuma dinasihati , jgn gatal jalan  ‘tempat diorang ‘ memalam. Siang dah laa.. Ni malam pon nak kaco.. kan dah kena seround !

Korang nak percaya atau tidak , terpulang la. Tapi kita di dunia ni , bukan keseorangan .. Semua dah dijelaskan dalam Al-Quran.

 

BA: Ingat nak letak gambar hantu pontianak. Kang ada lak yang terberanak awal .. huhu ..

Dalam diam diam , blog wife lagi naik dari blog aku ??

 

image

Huhu .. baru teringat nak masuk blog dia hari ni .. Hahaha .. Tak sempat weh ! Keje banyak .. Nak tidur laa.. Nak makan la.. Nak mandi laa.. pastu tidur balik laa.. pergh.. banyak kerja aku nehhh ..

Entah tetiba tergerak mood nak singgah blog dia .. Kot nak perli sbb lama dah bersawang .. hehe .. Padahal dia yang beria nak berblog dan aku cuma jadi orang kuatnya yakni tolong usung laptop

2 tahun setengah berlalu , aku yang terlebih dari dia .. camana tu ? Aku lagi aktif wooo .. Dan dia , mmg bersawang. Hari hari aku basuh suh update dalam blog dia tu .. Tak de masa. Takde idea. Adoii .. camana tu ?

Tapi rupa-rupanya sejak mengandung ni , bergerak dah .. haaa.. tu aku kata , rekodkan segalanya dalam tu . Nanti ada log kehidupan untuk anak dia baca satu hari nanti.. Sapa tau kan ? Best partnya , ramai yg komen ! Amboi… lagi mantap dari blog aku. Huh !

Err .. korang nak tau ke blog dia ? Tak yah la eh ..  Nak tau gak ? Blog biasa biasa je.. cam blog aku tapi dia lebih pada personal .. Jangan mengutuk lak.. dosa tau .. huhu ..

http://www.cikladablog.blogspot.com

Kawan kawan baik syaitan ..

 

Haih .. awal pagi , baca akhbar mmg pasti aku akan mengeluh.. Oh , bukan aku saja .. ramai lagi .. Hehe.. Apasal ayat blog aku kebelakangan ni macam nak antar paper kat parlimen je eh ? Koman sangat .. hahaha …

“Remaja ugut sebar gambar bogel pasangan kekasih “

Di SinarHarian , ada berita pasal ni .. Mak aihh .. Camana laa diorang boleh fikir singkat lagu ni  ? Tak ke badigol soot buat keje keje gini ? Apa yang diorang buat ? Haaa.. meh aku bg dalam bentuk peringkat demi peringkat.

  1. Ada sepasang kekasih dok dalam sebuah kereta ni.. Kat Pantai Sura Hujung , Dungun . Apa diorang buat ? Samada main chess atau congkak la kot memalam gini kan ? Pikir positif.
  2. Datang 3 orang nyamar sebagai penguat kuasa agama. Si mangsa membiarkan mereka masuk ke dalam kereta. Suspek memukul mangsa dan mengarahkan mereka menanggalkan pakaian.
  3. Selepas tu , suspek mengambil gambar bogel kedua dua mangsa dan mengugut mangsa . Masukkan RM2 ribu ke dalam akaun suspek atau gambar mereka tersebar di internet. ( Lahanat betul manusia gini ) .
  4. Mangsa takde duit masa tu dan berjanji akan masukkan keesokkan harinya. Nasib baik suspek ni cuma perangai macam syaitan tapi otak lembu .. Diorang pon ok je dan lepaskan mangsa dengan harapan dapat la duit tu . Nampak sangat sekolah tak abis .
  5. Mangsa buat laporan polis selepas kejadian itu. Esoknya , perangkap dipasang .. dan tertangkaplah suspek. Boleh diorang ( suspek ) datang balik untuk pungut duit tu ? Adoii .. Tapi sorang je yang dapat tangkap . Lagi dua terus ilang. Turut dirampas sebilah parang panjang daripada suspek dan gerakan memburu dua lagi suspek sedang giat dijalankan.

Pihak polis ( polisss jugakkkk .. baik buruk , polisss gak kan ? ) menasihati orang awam agar tidak mudah terpedaya dengan segelintir mereka yang cuba menyamar sebagai penjawat awam . Paham dak ni ?? Walaupun dia kata dia penyapu sampah , jgn percaya !!

Sumber ini dipetik dari SINARHARIAN. Sekian.

Moral .. Baik jadi lembu dari jadi kawan syaitan !

Stim tengok perempuan mengandung ..

 

image

Keyword yg senantiasa melekat kat blog aku . Hurm.. Tak faham ke ? Maksudnya , ada laaa orang mencari menda gini kat internet ni. Tak tau la lelaki ke perempuan .. Zaman ni zaman kuda pon nak jadi keldai dan ada manusia bizi nak jadi keldai ! Keldai dadah !

Hari tu ada la aku tertonton satu rancangan kat tv yang mana artis jemputan dia tu sedang mengandung. Best partnya , bila dia kata ..

“ Perempuan mengandung , walaupun mengandung kena jaga penampilan. Kena nampak cantik gak di mata suami . Jadi kenalah selalu berhias diri “ ..

Lebih kurang gitu laa walaupun bukan 100% tapi itulah rumusannya .. Bila tengok dia berpakaian gitu , maka tak hairanlah keyword sebegitu rupa boleh muncul !

Memang ramai aku nampak perempuan mengandung ni , berpakaian ketat . Apakah itu satu keperluan ? Doktor suruh pakai ketat ketat ? Atau pereka fesyen ? Ada yang bangga tunjuk perut dan pusatnya yang ketara nampak tu.. Maaf cakap la yer , itu tak sepatutnya berlaku.

Sepatutnya bila mengandung ni , perbanyakkan lagi amalan sebab baby akan belajar sifat sifat dari ibunya sedikit sebanyak. Mereka nampak dan rasa segala perbuatan ibu mereka. Fakta dari mana ? G la cari sendiri .. Banyakkan membaca dari mendengar saja.

Jagalah maruah suami bila mengandung. Jangan ingat takde yang berselera pada perempuan mengandung ni . Cantik , biarlah dirumah . Luar rumah tu , tak perlu. Hak suami.  Kalau suami tak kisah , awak kena kisah sbb awak ada agama dan keimanan awak pada agama.

Otak ada , tapi tak guna ..

 

image

Gambar dari Hmetro

Mungkin tak kena balik kat ‘korang’ yang buat kerja kerja menyusahkan orang ramai ni tapi Allah Maha Adil.. Bayangkan jika kena pada orang yang ‘korang’ sayang satu hari nanti. Kena pada anak dara korang , ibu atau anak cucu korang nanti ? Fikir ke tak ? Aku rasa masa korang buat kerja ni , korang tak fikir kan ? Janji hasutan syaitan tu berjaya dilaksanakan dengan cemerlangnya .

Dalam hidup kita ni , semua orang susah. Tapi Allah dah ajar cara bagaimana nak keluar dari susah ni . Cuba bagitau kenapa hidup sampai melarat gini ? Sampai meragut , merompak , menyamun ? Bila dapat duit tu apa yg korang buat ? Beli kereta ? G haji ? Sedekah ? Buat rumah untuk orang tua ? Atau paling tidak pon , buat kenduri kesyukuran ? Tak punya kan ? Sebab korang tau duit tu duit haram dari kerja haram .. takkan nak guna kan ?

Kawan , Allah dah tetap syurga dan neraka buat kita … Tak perlu tunggu mati , atas dunia ni pon Allah dah boleh bagi ‘azab neraka’Nya. Cuma masanya dah tiba atau belum saja . Bawak bawak kita bertaubat ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI