Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 23 Februari 2012

Sekali , bos aku pon pakai dah ultrabook !

 

IMAG1729

Saja whatsapp bos (ex) aku nun di Singapore yg bz sambung belajar ( korang belajar selagi terdaya tauu ) bila dapat tau yang aku dapat projek Mothercare ( insyaAllah ) tu ..Yelah , sapa tak happy kan ?

Aku bagitau dia sbb dia antara orang terawal yang support aku berblogging ni . Dia gak yang kasi line line utk join group bloggers untuk naikkan blog aku ni . Dan dia kan bos .. Dia kasi aku blogging kat opis tu kira bagus la kan .. hahaha .. Tq bos.

Sempat la berchat jap dan cerita pasal projek Toshiba yang aku  dpt gak tu .. Aku saja promote ultrabook jenama Toshiba  tu kat dia .. Aku kata ringan woo ..  Dia jawab .. Dia pon dah guna .. Toshiba .. Aku tanya dia , Z830 ke ? Dia jawab yer ..

Aiseyman .. Dia lagi pantas dari aku rupanya .. Hahahaha .. Dia kata masa dia beli tu harga RM3K ++ .. Skang ni tak tau la berapa. Dia beli pon sbb tertarik dengan keringannya .. Tu je la aku sempat interview sbb aku nak keluar ngan wife g survey tempat shooting projek Toshiba ni  , sabtu nanti.

Dan sesungguhnya , ultrabook ni mmg best laa.. Laptop terkini .. Mungkin mereka yang tak gemar guna tablet , ultrabook ni mmg sesuai sekali .. Ahaks ..

image

image

Akhirnya , LISA SURIHANI milik YUSRI secara sah !

 

Jangan teriak yer kawan kawan .. Neelofa masih single .. Ahaks… hahaha … Guwau je laa ..

image

Yusry menyarungkan cincin nikah ke jari manis isterinya pada majlis membatalkan air sembahyang.

image

Seronok Yusry dapat anak dara kan ? Hahaha .. Caiyok !

 

image

Alahai , sweetnya .. Teringat aku masa kawin dulu dulu .. Ni nak kawin sekali lagi ni ! Kawin ngan wife aku gak laa .. aiyoo ..

 

Dengan sekali lafaz, pengarah dan penyanyi, Yusry Abdul Halim, 39, sah bergelar suami kepada pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed, 26.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.

Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.

Sumber – Mstar

Mereka juga ‘mengilai’nya !

 

 

image

Lama dah wife aku teringin nak g makan kat sini sbb dengar orang kata sedap. Tapi bila aku g makan ari tu ngan kawan aku , aku rasa tak sedap mana pon . Mungkin selera aku diganggu dengan kehadiran seseorang yg pernah mencari pasal dengan aku satu tika dulu di Twitter . Ok , tu cerita lama. Tak perlu ungkit di entri baru ni.

Dan tadi , aku g makan sekali lagi dengan niat nak bersantai dengan wife .. Kali ni , mood aku mmg best la.. Mmg mood baek punya untuk makan apa saja ..

Aku suruh wife amik 3 rasa iaitu  coklat di bawah sekali .. Vanilla di tengah dan atas sekali strawberri .. Letak kismis dan laici tu.. haaa.. air laici tu kasi sedap lagi wooo ..

Dan serius .. aku tak puas .. Mungkin sebab satu cup tu berkongsi dua.. Makan satu cup berdua dengan orang yang kita sayang, mmg takkan puas punya ..sbb pakat berebut ! muhahahah ..

Harga ??? Hahaha .. Main kira gram ok ! Tapi ok la kot sesekali ..

Header blog pilihan ..

 

image

http://faygadismolek.blogspot.com/

Kreatif ! Menarik !  Misteri !

Budak berlagak !

Tak tahan tgk ! Plan nak pakai ari Sabtu ni tapi godaannya melanda diri ! Siap tag pon tamo buang tu .. muhahaha ..


Ok ke kasut Adidas ni ? Mmg sedap giler ! Harga pon sedap la kan .. hehe .. Dah test tadi suh member berlakon jadi anjing dan kejar aku.. mmg mcm Spalsh arr aku . Pe lagiii .. sambar laa 3 !!


Harap dpt jd duta Adidas lak pasni .. Baru dpt pelawaan utk duta Mothercare .. Rezeki baby.. InsyaAllah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Berlian merah jambu

 

image

Size berlian merah jambu diletakkan di hujung mata sebatang pen.

 

SubhanaAllah.. cantik kan ? Berlian berwarna merah jambu ini dijumpai di perlombongan Rio Tinto ,Australia. Berlian yang amat jarang dijumpai ini mengambil masa 10 hari untuk memotong dan membersihkannya .

Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi. Dinamakan Argyle Pink Jubilee ,berlian ini dianggarkan bernilai lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat.

 

image

Blogging dimana mana bersama seluar jeans komputer riba !

 

Mengarut ? Merepek ? Tah hapa hapa ? Hehe.. inilah kreativiti namanya ! Mana tau satu hari jadi kegilaan. Tapi kalau kena samun , tak leh bayang laaa camana kan ? Hehe

image

Di Belanda , sepasang pereka menghasilkan satu set jeans yang memberi makna baru kepada istilah “komputer riba”. Jeans itu dikenali sebagai “Si Cantik dan Gek” datang dengan fungsi keseluruhan papan kekunci, tetikus dan pembesar suara yang digabungkan di bahagian atas fabrik adalah idea syarikat pereka Nieuwe Heren, yang diuruskan Erik de Nijs dan Tim Smit. Pasangan itu menghasilkan seluar panjang berkenaan dengan tangan dan direka bagi memudahkan penggunanya bergerak ketika masih berurusan dengan komputer. “Ia tidak berat,” kata de Nijs kepada WebProNews. “Dengan papan kekunci yang fleksibel, pembesar suara kecil dan tetikus kecil, ia hanya berat sedikit berbanding jeans biasa anda,” katanya. “Idea ini direka supaya anda boleh menggunakan komputer tanpa perlu duduk di persekitaran tertutup di sebalik meja anda,” katanya. Jeans itu menampilkan gaya moden dan mempunyai kocek belakang yang direka khas untuk memuatkan tetikus yang menggunakan wayar elastik supaya ia melekat. Ia dapat berhubung dengan komputer riba melalui teknologi tanpa wayar di dalam peralatan USB dan dijangka berada di pasaran pada harga 250 pound (RM1,250) - jika ia berjaya menembusi pasaran. -  Hmetro

image

image

image

Aku tak bercadang lagi nak beli kalau ada duit byk pon.. hehe .. Bukan gaya ku.. Tua dah kot.. hahaha …

Memang pantas dan tangkas blogger neh !

 

image

Dan dialah pemenang untuk contest celik mata di malam hari iaitu Cuba teka ! Cuba teka ! Kalau betul .. promote blog korang !! .. Memang dia no 1 laa .. Tak payah nak bertekak ngan aku la yer  . Ni bukan program pilih kasih atau Mentor .. Terima je dengan lapang hati .. hehe ..

Seperti yang aku janjikan , aku akan singgah dan tengok la apa yang patut untuk di .. di .. kritik ? Tak la.. Puji ? Tak.. Cerita jer .. hehe .. Sapa la aku nak kritik blog orang .. Tak layak pon .. huhu ..

Ok.. tengok dah.. hahaha .. Apa yang aku boleh kata , dia masih dalam peringkat ‘percubaan’ menerokai dunia blog dan dia ada semangat untuk berjaya ! Boleh maju lagi ! Aku bagi ‘A-‘ kat dia.. Kenapa ? Haa.. tu korang g tengok sendiri .. Heheh ..

http://wonderfullythought.blogspot.com/

Tahniah dik yer .. 

David Teo rasa filem hantu tempatan dianiaya !

 

image

"Sebelum perkembangan pesat industri filem seram dan hantu tempatan, Malaysia terlebih dahulu dilambakkan dengan filem seram dan hantu dari Jepun, Korea, Thailand serta dari Barat (Hollywood).
"Kenapa tidak dipertikai filem itu sebagai punca masalah dalam masyarakat?Saya merasakan seolah-olah filem seram dan hantu tempatan dianiaya dan sentiasa menerima komen buruk (negatif),"
katanya ketika dihubungi Bernama . -  SINARHARIAN

 

David Teo , nama besar dalam industri filem negara sekarang ni kerana berjaya mencipta rekod tontonan pecah panggung dan kemurahan hatinya yang senantiasa bagi bonus pada kakitangannya termasuk pengarah dan pelakon.

Tapi tu bukan isunya la kan .. Isunya berkenaan dengan filem hantu dan seram yg dikatakan dianiaya sedangkan kalau filem dari luar ,tiada masalah  . Ditambahkan lagi dengan kenyataan dari Mufti Perlis , Dr. Juanda Jaya menyifatkan filem atau drama tempatan berunsur seram dan hantu memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun.

Alahai .. Filem luar tu , berapa kerat laaa yg tengok ? Yg g masuk panggung tu , berapa ramai ? Yang beli cetak rompak , berapa ramai ? Yang download tu berapa ramai ? Pastu buang atau delete .

Tetapi atas dasar menyokong industri tempatan , maka ada laa rakyat Malaysia yang bermurah hati g tonton kat panggung.  Kira nak support laa .. Tapi apa yang disajikan ?

Sekadar nak bagi teladan atau pengajaran di awal dan akhir filem mahupun drama dengan ayat dari Al-Quran , itu takkan memberi kesan langsung ! Baik bikin kartun je .. Tuu Upin dan Ipin , penuh pengajaran tuuu ..

Nak didik anak bangsa atau masyarakat  di zaman ini perlulah lebih maju ke depan. Bukan dengan cara lama . Tuu .. cerita hantu jepun zaman AR Badul tu .. Sama je la.. Teknik dan make up je beza .. Dan skang , antu banyak merangkak.. Tiru hantu jepun la pulak. Ada ke hantu gitu kat Malaysia ? Hantu merangkak nak menyamun banyak laa..

David Teo .. U ada duit .. U ada tenaga kerja .. Kasi brainstorming la skit . Kasi la jadi macam George Lucas ker ..  James Cameron ke .. Steven Spielberg ke .. Tak pun , cuba jadi cam P. Ramlee .. Cerita simple tapi sampai sekarang tak bosan tonton. Yang ada sekarang ? Sekali tengok , buang dah terus cd tu ..

Aku tak rasa filem antu seram tempatan ni relevan dah untuk ditonton. Omputih punya pon diorang dah advanced kan dah .. Cam Twilight , Resident Evil , Walking Dead dan banyak lagi .. Tak seram dah pon tapi menarik untuk ditonton .. Tapi tak tonton pon lagi ok kan ?  Hehe ..

Kesimpulan … Sila bawak perubahan dalam industri filem negara .. Hantu banyak dah kat Malaysia ni .. Tak yah tengok kat panggung pon leh jumpa bila bila masa .

Bab agama yg cuba diterapkan tu , aku rasa drama Tanah Kubur lagi mampu beri kesan. Okeh  , Tuan Pengarah  ? Buat Star Wars versi Malaysia mau ? Aku nak jadi Luke Skywalker .. Pakai keris laser gitu ..

BA : Hantu kat Malaysia pon susah cari makan bila manusia dah jadi antu !

Suami Perdana Menteri Finland kantoi mengintai Puteri Mahkota Denmark

 

Awas ! Zaman ini  , kamera di mana mana termasuklah di tandas . Antara sedar atau tidak je . Bukan semua tandas la.. hehe ..

Gambar dibawah ni menunjukkan suami Presiden Finland, Tarja Halonen, ketika menghadiri makan malam anjuran Ratu Denmark, menghilangkan rasa boringnya dengan mencuci mata melihat ‘aset ‘ Puteri Mahkota Denmark , Mary Elizabeth.

image

Biasalah kan.. Kalau dah pegi majlis rasmi begini , tak boring tak sah la punya .. Cakap cakap cakap .. Aiyooo .. Baik ‘bersihkan mata kan ? ‘.

Menariknya , bila Puteri Mahkota Denmark itu sedar dia diintai , pandai la pulak nak tutup.. Hahahaha.. Bukan ke dia kasi tengok ?  Dan ! Dan , si suami Perdana Menteri Finland itu ,Arajarvi segera mengalih pandangannya ke arah bertentangan dan pura-pura melihat siling. Coverline baekk punyaaa ..

image

 

Bayi kembar 11 antara cerita dongeng terbaik tahun ini

 

Sehari dua ni , makin kecoh pasal seorang ibu di India melahirkan 11 bayi kembar  , sekali gus ! Kecoh benar laa di FACEBOOK . Siap letak gambar ibu dia sekali aih.. Peliknya , tak keluar pon dalam mana mana akhbar . Menariknya ,siap dapat anugerah world record lagi . Sapa  bagi pon tak pasti la aku .

Aku pernah gak buat entri pasal ni  ( Wanita lahirkan kembar 11 ?? )tapi aku nyatakan dalam tu ketidaksahihan berita mengenainya . Dan hari ni , aku cari lagi maklumat pasal ni dan terjumpa satu artikal yang ada logiknya !

About 11 babies in India On 11.11.11 a special day, 11 women who had conceived with IVF (Invitro fertilization-Test Tube Baby Treatment), at 21st Century Hospital & Test Tube Baby Centre, Station Road, Surat, Gujarat, INDIA were delivered by elective caesarian section by Dr. Purnima Nadkarni, Dr. Pooja Nadkarni, Dr. Aditi Nadkarni & Dr. Kishore Nadkarni. In all 11 babies delivered from 11 mothers, 9 singleton pregnancies and 2 twins. This is the “World Record” for the date and all were test tube babies.” – Sumber

image

Bukanlah tak percaya dengan kuasa Allah tapi janganlah kita percaya bulat bulat terutama di internet ni haa.. Masa aku tengok gambar ibu dia tu pon aku rasa semacam tipu.

Wallahualam ..

Suami ku sayang ..

 

Hurm .. Pengalaman mengajar aku untuk menjadi lebih matang terutama dalam aspek kewangan. Aku pernah jatuh satu tika dulu sehinggakan aku berhutang dengan bank akibat boros ! Nasib baik tak banyak tapi , aku menganggur ketika itu ! Sebelum itu , mmg mewah laaa hidup aku. Bila dah terjatuh , baru aku tau erti nilai RM1

Bila dah berumahtangga ni , sedikit sebanyak pengalaman hidup aku tu membantu aku. Berkongsi apa saja. Tiada istilah hak aku dan hak kau walaupun aku tau apa hak sebenar seorang isteri . Atas sikap toleransi seorang isteri , maka segalanya menjadi ringan. Bayangkan jika si isteri mengamalkan sikap penting diri sendiri ? Huh !

Namun begitu , si suami tak boleh lepas tangan 100% atau 50% sekali pun ! Kena kerja keras senantiasa . Pastikan segalanya TIP TOP . Bukan mewah tapi jangan sampai anak bini tak makan !

Aku pasti mereka yang bergelar suami tau apa tanggungjawab mereka lebih lagi dah g kursus agama kan ? Tapi ada yg terlupa la kot … Terlupa sbb dah terlalu ‘rileks’ dan goyang kaki. Maka apa jadi ? Hurm..

Dan satu lagi la .. pesan aku ni .. Jangan la amik kesempatan pada isteri kita tu lebih lagi bila mereka mencintai kita sepenuh hati mereka .. Jangan la suruh si isteri tu berhutang untuk kita walaupun kita janji akan nak cover balik . Nanti janji tinggal janji. Jangan aniaya mereka .

Aku harap , para suami termasuk aku , kembali melihat tanggungjawab sebenar sbg suami .. Sebagai SUAMI yg menjadi PEMIMPIN dalam rumahtangganya ..

InsyaAllah ..

Isu APA CELOP : Ahmad Idham kecewa

 

image

"Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop.

"Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih," ujarnya kepada mStar Online.

Ini pendapat aku la yer .. Maaf la En. Ahmad Idham. Aku tau anda seorang pengarah yang berkaliber dan bagus .. Takde TAPI .. Memang anda tip top ..

Isu penggunaan perkataan APA CELOP tu pada tajuk drama dan dialog amatlah tidak sesuai sekali kerana kerajaan sedang giat berusaha memperbetulkan penggunaan bahasa di kalangan rakyat Malaysia ..

Yer , mmg mat rempit yang guna . Tapi kenapa nak diperbesarkan sehingga menjadi drama  ? Aku  tau niat anda untuk memberi kesedaran. Rasanya dengan mendedahkan kebenaran apa yang berlaku di luar sana itu , tidak sama sekali akan memberi impak pada si kecil yang tonton tv tu mahupun si remaja ! Mereka belum mampu memproses data data yang masuk ke dalam kepala mereka seperti mana orang dewasa mengolahnya .

Sebagai pembikin karya ternama di negara ni , aku rasa anda mampu buat sesuatu pembaharuan dalam industri lakonan di negara kita ni dan bukannya mengambil segala kejadian di sekeliling masyarakat kita lalu dijadikan drama mahupun filem .

Tugas anda ialah mengubahnya ! Bagaimana filem asing mampu memberi impak pada rakyat di negara kita hanya dengan menonton filem atau drama mereka ? K-Pop , street dance sebagai contoh .. Atau filem filem animasi yg membuatkan peminatnya di sini jadi satu kegilaan.

Tapi apa yang aku nampak , kita cuma mampu kaut kejadian yang dah sedia wujud. Itukah kreativiti seorang pembikin filem ? Itu saja ? Ambik contoh KRU yang seringkali  cuba membawa perubahan dalam idea mereka. Satu kelainan yang mana penonton pon boleh terasa uniknya filem itu walaupun ada kalanya nampak ‘ganjil’ sedikit namun yang penting adalah usaha !

Bagaimana seorang ibu atau bapa mahupun guru nak jelaskan pada anak mereka maksud APA CELOP tu ? Nak kata itu bahasa mat rempit ? Kenapa nak dedahkan golongan mat rempit ini pada masyarakat sedangkan masyarakat di malaysia ni lama dah tau akan kewujudan mereka . Nak popularkan mereka atau sedarkan mereka ? Tak kisah la kan .. duit anda kan ?

Aku tak kisah pon anda nak bikin cerita tentang apa sekali pon .. Aku dah bagi buah fikiran aku mengenai citarasa masyarakat yang kembali mula memilih drama/filem untuk ditonton di wayang atau download jer di internet ..

Haa .. satu lagi .. Star Wars.. Kali pertama aku tonton filem tu , aku tertanya , apakah akan wujud komputer sebegitu rupa ? Waktu tu , tahun 80an tak silap aku .. Dengan idea kereta secanggih itu ? Atau pedang laser ? Mereka merekanya  dalam filem tetapi ada yang berjaya menjadikannya kenyataan . Dari filem jadi realiti ! Dari sekadar rekaan menjadi kegunaan masa kini. Faham tak maksud aku ni ?

Kita ?  Tolong fikirkan la hala tuju masyarakat kita ni terutama bangsa melayu yang tak abis abis disuapkan dengan cerita cerita  french fries !

Maaf.. Bukan menghina . Sekadar pendapat. Takde caci maki kan ? Terima kasih.

Ada pembikin filem berpegang pada .. NAK TONTON , TONTON … TAK NAK SUDAH ! TUTUP TV .. Patutkah ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI