Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 24 Februari 2012

Aktiviti hari ini .. penat tp ..

Pagi tadi dgr Tun Mahathir bagi tips yg menarik utk dikongsi bersama sama belia Malaysia . Sangat berbaloi ...


Dan sekarang , meeting mengenai projek esok yg berkaitan dengan ultrabook yg aku dpt tu .. Macam ada game gitu la .. Ini sebahagian dr contest yg mana hadiah utamanya , RM14k .. ahaks.. aku ? Menang ? Open table wehh .. hahaha.. tapi aku tak mengharap langsung la..


Pasni nak g survey lokasi utk esok .. di country heights Kajang .. Adoi.. benci g tempat yg aku tak familiar .


Published with Blogger-droid v2.0.4

Macaron and cookies workshop

 

image

image

image

image

Nampak bestkan gambar2 kat atas ni. Angel Cupid Kitchen adalah antara yang terawal membuat kelas macaron ni. Dulu masa saya nak belajar macaron ni sampai ke singapore dan paris. Disebabkan kat malaysia masa tu kekurangan kelas macaron.

Dan daripada ilmu ilmu yang rina dapat masa di singapore dan paris ni dan ada juga yg kat kl (ada satu kelas yg diajar oleh orang perancis) rina turunkan pada student student rina dalam workshop ni. Segala pantang larang dam tips rina bg dan how to troubleshoot troubled macaron.


Sesambil kita buat macaron ni, kita belajar buat fancy cookies yang sesuai sgt as a doorgift or serve as part of candy buffet. Tak ramai tau yg dpt buat cantik2 ni. Jd inipah peluang uols nak belajar ni.


Kelas kat studio rina ni , amat flexible pd student yg nak bawa anak2 sbb kita ada playground room! Tempat menunggu pun ada. So no worries kalau anak2 nak bw sekali. As a mother i am 100% understand susah hati kita nak tinggalkan anak2 waktu weekend ni.


The next class yg available ada satu tempat utk ahad ni 26th feb 2012 dan 2 tempat utknext week 3rd march 2012. Untuk detail lebih lanjut check dekat sini ya www.angelcupidkitchen.com/class/

Pakai tudung pon orang nak ngumpat ! Apara ..

 

Alhamdulillah .. selesai sudah tugas aku ari ni .. Esok lagi mencabar minda dan kepala otak aku .. Haih ..

Apa keje ari ni ? Hehehe .. nanti aku cerita dengan lebih lanjut . Sebelum tu ,tengok la 3 orang dara pingitan yg aku jumpa tadi ..

image

Posing sakan budak budak ni ari ni !

Berbalik pada tajuk utama .. baru sempat aku nak belek akhbar online .. hehe..  Haishh…. Orang bertudung pon nak dijadikan isu panas ! Patutnya bersyukur la kan .. sekurangnya ada gak artis menutup aurat dengan cara yg sepatutunya. Ni siap kata penampilan kurang menarik sejak bertuudung ni .. Aiyoo .. Kalau nak tgk yg menarik , tgk la yg setengah bogel tu haa.. Berlambaakk ada ..Pilih jer  ..

Bagi aku , yang penting adalah dia berasa selesa dengan imejnya kini dan apa yang dilakukannya adalah atas kesedaran sendiri dan bukannya paksaan sesiapa ..

Buat mereka yg mengumpat artis ni , bawak bawak la sedar diri ehhh.. Kita pon tak tau sampai bila kita nak bernafas . Jgn tgu seru baru nk sedar diri ..

Rahsia artis cantik..

 

Bila kita tengok muka artis cantik je, mesti kita akan cakap ‘alah, dia guna kolagen lah tu..’ popular sungguh perkataan kolagen tu kan..

Korang juga mampu dapatkan kolagen tanpa sebarang suntikan.

Ia adalah kolagen asli yang diperolehi daripada sisik dan tulang ikan.. dah tentu dihasilkan daripada penyelidikan dan teknologi terkini.

Fakta tentang kolagen;

- Kolagen adalah agen anti-penuaan untuk menggantikan dan tambahan pada kolagen yang ada dalam badan kita.

- Agen awet muda, menganjalkan kulit, baik untuk mengurangkan pereputan tulang, menggalakkan pertumbuhan rambut dan juga mengurangkan berat badan.

Tu tentang collagen.. yang ini pula item 3 in 1 untuk dapatkan kulit yang cantik..

  • Acai Beri – antioksidan yang tinggi.
  • Sel stem tumbuhan - melambatkan tanda-tanda penuaan seperti pembentukan kedutan, otot kendur, sakit sendi, osteoporosis, dan ketidakseimbangan hormon.
  • Marine Essences - menyediakan asid amino dan mineral yang membantu kulit dan pengisian semula tulang.

100% kolagen asli ada di SINI

Apa dia 3 in 1? Jawapannya ada di SINI

Dan akhirnya mereka berdamai.. buat sementara waktu !

 

image

 

Setiap hari aku akan singgah di Yahoo.com.my untuk baca artikal di situ. Menarik ! Sebab ada pelbagai cerita dan infomasi tetapi yang paling menarik ialah komen komen di sana . Haaa ..

Kenapa menarik lak ? Mereka bercakaran antara satu sama lain bila meninggalkan komen . Macam budak budak la pulak sedangkan aku rasa mereka tu bukan dari golongan tak abis UPSR .

Artikal tulis lain , komen pasal lain. Politik la, bangsa la .. adoii .. macam macam . Aku tak berminat nak masuk campur . Sekadar membacanya je .

Dan hari ni , satu keajaiban berlaku ! Dr. Asri ( bekas Mufti Perlis ) ada membuat kenyataan dan dikeluarkan di Yahoo tu .. Pergh… Aku baca komen diorang .. Korang tau camana ? Ko tau tak camana budak budak dapat mainan ? Haaa .. terus duduk diam dan senyum .. Mereka akur kali ini dengan artikal tu ..

Dan sememangnya mereka akur sbb ada kebenarannya .. Dan sesungguhnya , kelembutan itu mampu menewaskan kekerasan tetapi perlu ada asasnya yakni ILMU .

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI