Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 27 Februari 2012

Buncitnya lelaki kerana kerana perempuan ..

 

Dan buncitnya perempuan , mmg kerja lelaki ! Hehehe .. Betul la kan ? Ada yang tanya , kenapa pulak lelaki buncit disebabkan perempuan ?

Mudah sekali jawapannya .. Diawal perkenalan , kalau dating kan .. sahih order satu pinggan jer .. Sorang lagi malu nak makan punya kan ? Balik rumah , lapar cam singa kebuluran.. Huhu..

Selepas dah kenal lama .. mulalah order macam macam .. Nafsu makan serupa ular sawa .. Nak makan yang besar besar je .. tapi bila makan ? Sikitt jee .. Sapa yg kena abis kan ? Cer jawap ??

Lelaki yg kena bayar kan bila bab bab makan ni kan ? ? Sbb tu baki makanan pasti dihabiskan oleh lelaki .. Baki duit , perempuan yang habiskan kan .. hahaha .. Larikkk …

Kenyataan .. perempuan mmg suka makan .. Tapi cuma secubit ! Lelaki tak suka makan tapi bila makan , tak reti nak berenti !

Sapa cepat dan tepat , dia menang !


Ada berapa banyakkah blog yang ada dibawah ini ?
Hehehe …. Cara nak menjawabnya , mudah saja …  Berikan jawapan anda , kemudian url blog anda di ruangan komen entri ini . ..
Contoh ; JUMLAH ADALAH .. 1  … WWW.BENASHAARI.COM
Tutup , tengah malam ini .. Sapa paling pantas menjawabnya dan tepat , blognya automtatik dapat review malam ini  .. Cepatt …

Berhati hati dengan apa yang kamu tak suka !

Tak suka ?? Diamkan saja . Tak perlu nak kecoh kecoh ..


Dulu , aku cukup tak suka dengan warna oren ! Bila aku mula suka ?? Ada sekali tu , aku dpt baju koperat warna oren dan sejak tu , aku gila warna oren !


Faham ? Sekejap je Allah  boleh ubah segala-galanya. Jangan riak dan takbur ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tunjuk aurat eh ! Ke nak show off ??

 

image

Gambar di atas dikatakan menunjuk aurat dan nak berlagak oleh rakan yang sangat prihatin kat aku ni . Terima kasih .

Aurat .. hurm.. Menampakkan bentuk badan eh ? Kalau aku letak apa saja sekali pon , ada je komen .. Pelik ? Tak .. Mereka prihatin .. Aku letak gambar pakai topeng sekali pon , tetap ada isu.. Tak letak ? Lagi laa.. kata bacul la pulak ..

Tuu .. gambar header tu.. pakai cap .. rileks je pic tu ! Pon ada insan kata aku berlagak dan nak cover kepala aku yang botak . Hehe .. Macam macam .

Aku malas amik tau sebenarnya. Aku serius amat berterima kasih buat mereka yg prihatin tu tapi kalau boleh , tolong la seimbangkan. Jangan time buruk tu nampak , beria ajak buat perhimpunan tapi bila aku buat yang elok , pura pura tengok berita sambil minum kopi !

Aku tak harapkan pujian pon. Cukuplah sokongan dan juga kritikan yg membina seterusnya membantu aku memperbaiki mutu tulisan aku ni. Jangan tunggu nak hentam baru nak tunjuk muka yang sorok setengah tu..

Ingat senang ke nak paksa diri gi gym dan bersenam hari hari tu ? Gambar ni sekadar satu semangat buat rakan yg lain. Aku senantiasa ingatkan diri aku semakin lama semakin tua . Tak bangga tapi berbangga punya semangat nak majukan diri dan bukannya menjatuhkan orang lain !

Kalau anak aku GAY , boleh terima tak ?

 

Wow .. ada seorang kawan blogger tanya aku pasal tu . Dan dia bukanlah beragama Islam. Sebab itulah soalan begitu boleh terkeluar dari mulutnya .

Aku tak salahkannya. Di zaman ini , ramai keliru antara agama dan adat . Tak tau mana satu yang nak diikutkan atau nak ditolak. Mereka yang jadi begini , mungkin tidak punya didikan yg secukupnya lalu gagal membezakan antara adat dan agama.

Dia tanya aku , apakah aku dapat terima jika anak aku gay ? (Semoga Allah menjauhi perkara perkara tersebut dari keluarga aku , sahabat-sahabat dan juga saudara seagama aku ). Tidak sama sekali aku dapat menerimanya. Bukan kerana aku tak dapat menerimanya tetapi ISLAM mengharamkannya !

Ditanyanya lagi mungkin aku boleh bertolak ansur atau tidak risau jika anak aku itu memberontak nanti ? Didikan awal amat penting ! Dari rumah lagi diajar mana yang boleh dan mana yang tidak. Apa itu haram dan hukumnya jika melakukannya. Perlu diajar dari rumah lagi ! Jika tiada asas begini , maka mmg cari pasal !

Aku ada bagitau kat wife .. Jika ditakdirkan anak aku bijak dalam pelajarannnya , aku tetap biarkan dia disamping aku .Biar dia membesar disisi aku sehinggalah dia benar benar mampu berfikir dengan sematangnya.

Mungkin aku kolot tapi itu lebih baik dari dia menyalahkan aku dan isteri aku kemudian hari. Zaman ini , sangat mencabar ! Sangat sangat mencabar dan aku tidak langsung memandang remeh mengenainya ! Tersalah langkah , mmg sukar untuk diundurkan dan menyesal tiada gunanya ..

GAY , LESBIAN atau SEKS BEBAS , bukan budaya kita dan tidak diajar dalam ISLAM ..

Cadang potong gaji suami sukarela ..

 

“ Suka­relawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) mencadangkan satu rang undang undang dapat dirangka bagi membolehkan isteri mendapat nafkah menerusi potongan gaji suami secara automatik.  “ –SinarHarian

Wow …Berkesankah ? Bagi aku la kan , dengan buat gitu pasti akan mengurangkan rasa kasih sayang antara suami isteri. Kenapa aku kata gini ? Ini hanya membuatkan hubungan suami isteri itu menjadi satu hubungan TANGGUNGJAWAB semata mata. Dan mereka yg nak berkawin akan fikir , perkahwinan ini sekadar satu tanggungjawab .

Apa yang patut berlaku ialah , perkahwinan adalah satu ikatan kasih sayang yang sah , disulami dengan cinta yg akhirnya menimbulkan rasa bertanggungjawab pada orang yang mereka sayangi dan mereka akan menghulurkan nafkah dengan lebih ikhlas dan gembira.. Bukan PAKSAAN !

Ada baiknya dengan cadangan tersebut cuba bagi aku kekurangannya adalah bab hati .. Biarlah segalanya berlaku dengan kasih sayang . Dan jika ada ketidakadilan berlaku , gunakanlah saluran yang ada ...

Itulah tujuan perkahwinan. Bibit bibit pertemuan , rindu dan diakhirnya dengan perkahwinan , yang bahagia ke akhir hayat. Tanggungjawab adalah sebahagian darinya dan jangan jadikannya tujuan utama satu satu perkahwinan .

Faham tak ni ? Ada orang beri alasan , aku malas nak kawin sbb malas nak jaga anak orang atau habis harta aku nanti ! Fikir fikirkan lah …

Kenapa kita nak kawin ? Kembali lihat pada agama ..

3rd Maternity & Children Expo 2012

 

image

Lokasi : Mid Valley , Kuala Lumpur

Tarikh : 9th - 11th Mac 2012

Masa : 10am – 9pm

- Maternity Clothing & Accessories
- Slimming, Beauty & Health Care Products
- Breast Feeding & Mommy's Group
- Baby & Children Garments & Accessories
- Baby & Children Bedding & Furniture
- Toys, Playing & Learning Products
- Early Education, Training, Courses
- Programmes & Products - Food, Feeding & Nutritionba
- Medical Biotechnological & Stem Cells Services
- Insurance & Financial Institution
- Photographer Services for Children & Parents
- Stroller & Gear, Travel Products
- Baby & Children Cares & Daily Use Products
- All Products & Services Related to Children
- Parents & Parents-to-be.

Sumber - http://thepansyprincess.blogspot.com/

 

Rajin pulak aku update pasal ni yer ? Hhahah .. Semalam , aku dah g Motherhood punya expo di KLCC .. Patut la ramai mak bapak rambang mata shopping barang baby .. Aku tengok semalam pon terasa geram lak ! Nak beli , wife kata nanti dulu .. Bila dia nak beli , aku kata nanti dulu gak .. hahaa .. Tapi yang paling aku berkenan ialah … barut moden ! Hehe.. tadi aku tulis , bengkung.. hehe.. Barut okeh !!

 

IMAG1806

IMAG1807

Yang ini , apa yang aku nampak .. mmg sangat mudah laaa nak guna .. Tak payah laa nak berlipat lipat .. haaa .. pastu kalau nk buang lampin / pampers dia memalam , pon senang .. haaa..

Adeh .. tu semua kerja aku la tu nanti .. huhu..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI