Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 28 Februari 2012

Nombor kereta yang ku idamkan : WWW 3011 atau BEN 3011

 

Kenapa 3011 ? Hehe.. mesti laa tarikh harijadi aku kan .. hehe .. takkan harijadi jiran aku lak .. hehe .. Aku pernah jumpa BEN 3011 . Tak silap aku lori kot pakai.. Aiyooo .. 

30 April ni , JPJ akan buka tempahan untuk mendapatkan nombor pendaftaran yang bermula dari WWW kepada orang ramai.  Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha , tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.

Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu

  • nombor bernilai utama : minimum RM10 ribu
  • nombor menarik  : minimun RM2 ribu
  • nombor popular : minimum RM300
  • nombor semasa : minimum RM300

Takat ni harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah pendaftaran kenderaan "MCA 1" yang dijual dengan harga RM300,100.

Bagi mereka yang berminat nak dapatkan nombor pendaftaran yg mereka minat , sila ikut produser yg ditetapkan oleh JPJ. Isi borang dan bayar duit deposit yer . Bukan dengan air liur ehh ..

Borang tempahan , boleh dimuaturun di www.jpj.gov.my .

Bila aku ‘ racun’ jiran !

 

Balik dari gym tadi , jiran aku yg juga seorang guru dari jauh dah tersenyum dan bertanya khabar . Selepas aku parking dan kunci kereta , aku pergi ke arah dia yg sedang melepak di depan rumah dia .

Macam macam cerita ada la dibualkan. Kemudian datang seorang lagi jiran yg bertugas sebagai pegawai pertanian . Topik perbualan berkisarkan hal hal biasa sehinggalah aku bertanyakan satu soalan .

Hari tu diorang pergi ke Low Yatt Plaza untuk cari laptop .. Aku tanya la dah beli ke belum ? Tak sempat kata cikgu tu sbb kedai dah nak tutup masa tu .. Aku tanya laptop camana mereka cari ? Tak tau lagi kata mereka .. Aku syorkan mereka ultrabook ! Muhahah ..

Aku tanya sapa nak ? Tuuu , jiran satu lagi tu .. Pegawai Agama kat Jakim tu .. Dia nak g Mesir  nanti. Aku rasa nak sambung belajar la tu . Kebetulan ustaz tu keluar dari rumah untuk ke surau . Dia pon datang ke arah kitorang setelah cikgu tu panggil ..

Cikgu tu kata kat ustaz tu , yg aku syorkan ultrabook. Apa kemenda tu lak , tanya dia . Aku letih nak menjelaskan .. Aku suruh tunggu jap .. Aku g amik kat dalam rumah .. Hahah .. Promosi weh !

Bila aku bawak keluar , mereka pegang .. cam tak percaya lak keringannya dan kenipisannya. Tapi yg pasti dia terpikat sehingga mintak aku jual kat dia ultrabook aku tu ..

Dan aku jual je la kat dia .. RM1 ribu jer .. Haa … acah je  ! Rilek arr .. terbeliak terus bijik mata tu.. hhaha .. Tamo jual woo .. ni adalah hasil titik peluh aku sebagai blogger .. Kenangan ..

Hehe.. dia berminat nak g tgk kat kedai nanti.. Huhuh.. Dasat gak jarum aku kan ? Hahaha ..

Buka mata bila parking kereta di KLCC

 

IMAG1810

Kalau korang biasa g KLCC , pasti nampak tiang di lot lot parking kereta yg berada berdekatan dengan pintu masuk ke mall .. kan kan ?

Kalau nampak ada kosong dan plan nak lepak melebihi 2 jam kat KLCC tu , lebih baik g cari parking lain .. Kalau tak ? Haaa .. kalau tak … haa .. Kalau tak , aku pon tak tau apa dendanya .

Tadi , aku try parking kat situ .. Dalam kul 10.30 pagi gitu. Pastu aku g beli POPCORN GARRETT yang sedap tu .. Kemudian aku kembali ke kereta dan lihat ada sorang pengawal keselamatan KLCC dok catit no kereta aku ..  Mungkin dia catit time parking sehingga 2 jam kemudian la kot. Dan aku perasan ada kereta yang parking di lot gini ada kertas di cermin kereta mereka . Kertas apa ? Yang pasti bukan no ekor !

Jadi , buat mereka yang jarang g KLCC ni , harap waspada la yer dengan tiang bercorak misteri ni eh .. hehehe ..

Konsert Erykah Badu dibatalkan gara-gara tattoo kalimah Allah .

 

image

Aku letak gambar penuh dia , confirm jadi isu aurat .. Hehe.. Jadi aku letak je la gambar tattoo milik Erykah Badu yg terdapat di kiri kanan badannya .

Erykah Badu yang dijadual mengadakan konsert di Kuala Lumpur Convention Centre  ( KLCC ) esok , terpaksa dibatalkan gara-gara tattoo tersebut.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.

Sapa Erykah Badu ni ? Aku pon tak pernah dengar lagu dia.. Tau tau buat konsert kat sini .. Pergh .. mesti ramai peminat dia .. heheh … Kalau Eric Cantona tu , aku tau la .

Tak kira la popular atau tidak … kalau nak bawak budaya mengarut dan nak menghina agama Islam , dalam negara kita ni , eloklah di bendung dari awal awal lagi . Tahniah buat mereka yang prihatin .

Iskh.. makin pelik pelik la citarasa manusia ..

ULTRABOOK ? Amenda tu eh ?

 

Er … aku rasa banyak dah aku buat entri pasal ultrabook ni tapi nampaknya masih ada yang terlepas pandang mengenainya .. Ada yg kata tablet . Ada yang kata tak tau .. Dan ada yang kata bukan nama jiran dia ! Boleh ?

Ultrabook ni dari kategori pc ( komputer peribadi ) seperti laptop atau notebook tetapi ianya lebih nipis dan juga ringan ! Haa .. Umum dah ni .. Ianya adalah komputer peribadi terkini. Bukan tablet yer ..

Selain ringan , nipis apakah lagi kelebihan ultrabook ni berbanding guna tablet  atau  laptop yang lain ? Kepantasannya bila kita  letak dia ke mode hibernate atau sleep .. Bukak je flip , terus dia nyala atau tekan saja butang , tak sampai 2 saat dah boleh guna !

Yang aku pakai sekarang ni , Toshiba Z830 .. Kalau letak atas peha , biasanya terasa kepanasannya kan ? Tapi tidak yang ni .. Kenapa ? haaa .. sbb design Z830 i7 ni berlainan sedikit dari laptop aku yang lain. Tak terasa panas pon . Dan ianya menggunakan processor INTEL.

Ada yg kata terlalu nipis dan mudah patah ! Hehehe .. Jangan risau laa .. Casis ultrabook Toshiba ni mmg keras. Macam aku kata tadi , kalau dah pegang dan guna , mmg takkan nak lepas punya.

Kalau untuk student ni mmg bagus. Atau kaki melancong mahupun yg suka buat aktiviti outdorr .. Amacam ? Kalau korang ada duit atau nak beli laptop baru , rasa rasa teringin tak nak cuba guna ultrabook ni ?

 

image

eNTRI BERKAITAN :

Cool giler TOSHIBA ULTRABOOK PROTEGE Z830

Sekali , bos aku pon pakai dah ultrabook !

Dunia perkomputeran semakin berkembang ..

Sedap sangat ke popcorn GARRETT ni ?

 

IMAG1811

IMAG1821

Bila aku dapat tau aku ada projek di KLCC , aku rasa gembira sekali .. Kenapa ? Sebab aku dapat tunaikan hasrat wife aku yang nak rasa makan popcorn Garrett ni ..

Dia bukanlah teringin sangat tapi aku kalau boleh , bila dia kata nak rasa , aku cuba dapatkan .. Tapi bukan la masa tu gak .. hehe .. Yelah , macam ari tu aku g KLCC .. ingatkan nak dapat beli la sebungkus tapi orang yg beratur tuu ..  mak aihh.. berjela panjangnya .. Dah tu , nak tunggu sorang beli , bukanlah seminit dua .. aku rasa paling sekejap pon 5 minit .. Tu yang takde kerenah.. Kalau ada ?

Jadi pagi tadi , aku plan nak sampai Klcc dalam kul 10 pagi. Kira dia bukak je , aku dah terpacak kat situ.. Melampau tak ? Hahaha .. Dan sesungguhnya , mmg patut datang beli time kijer laa .. Tak ramai punya.

Hurm .. dan akhirnya , dapat gak aku beli tadi . Aku amik medium size .. Harga , RM36 .. Mahal ? Kalau sedap , ok la kan .. kalau tak sedap ? Grrr..

Dan sesampai je rumah , wife takde .. tak pe .. aku tolong rasakan .. nanti aku email je bagitau camana rasanya .. Hahaha ..  Yup , mmg  sedap ! Aku tanya staff Garrett , mana yang paling sedap . Dia syorkan yang ini . Ok laa ..

Ada yang kata takleh makan banyak sbb nanti muak . Memang betul pon tapi aku rasa mmg tak leh makan sekali gus .. Makan skit skit .. Mmg terasa keenakkannya ..

Apakah aku akan membelinya lagi ? Tunggu korang je la belanja aku .. hehe… Atau bapak aku jadi tokey balak . hehe ..

Tahniah Mawi dan Ekin . Dapat baby girl !

 

image

Wah .. Alhamdulillah … Tahniah buat Mawi dan Ekin kerana dah bergelar ibu dan ayah . Dapat baby girl kan ? Gambar baby ? Lom didedahkan lagi .

Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama.

"Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat,"  kata pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut.

Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin dan selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.

Sekali lagi , tahniah buat mereka .. Gulp .. Sorang sorang dan selamat .. Ada sorang kawan blogger pon dah selamat dah .. Tinggal aku je pasni .. Rasanya ada lagi kan geng lain yang tunggu masa.. Huhu..

Sumber – Mstar

"Abang , si kecil joget dah ! "

Set alarm kul 5 pagi . Ni kes ari tu la . Aku tak betulkan lg.. Jd , dua tiga hari ni mmg bunyi awal alarm hp aku tu ..


Tp aku ngan wife tak terjaga pon . Yang jaga , tu dlm perut wife .. berjoget joget dia !!


Kira dia la yg tolong kejutkan wife dan wife kejutkan aku .. Aiyo.. sensitif benorr ..


Tak lama dah .. huhu .. doakan yer ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Garrett Popcorn Shop , Klcc

Jap lagi nak g Klcc .. Ada majlis kat situ aku kena hadiri .. hurm .. kat Galeri Petronas ..


Popcorn tu haaa .. dah berkali cuba nak beli tp gagal sbb ramai sangat orang ..


Dan aku harap , aku akan berjaya beli jap lagi ! Sian kat wife .. nak merasa sangat .. huhu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Garrett Popcorn Shop , Klcc

Jap lagi nak g Klcc .. Ada majlis kat situ aku kena hadiri .. hurm .. kat Galeri Petronas ..


Popcorn tu haaa .. dah berkali cuba nak beli tp gagal sbb ramai sangat orang ..


Dan aku harap , aku akan berjaya beli jap lagi ! Sian kat wife .. nak merasa sangat .. huhu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Dilema pilih duda atau teruna sebagai calon suami ?

 

image

Alahai .. apa nak pening lak kan ? Tengok bro kat bawah ni.. Berstatus ‘ dude ‘ tuuu .. Dapat gak anak dara comel loteh .. Ops ! Jangan kata la sbb harta yer .. Kalau sebab harta , aku rasa Lisa boleh cari lagi masyuk punya lelaki kan ?  Ini cinta woo.. Cinta tak mengenal status .. Kan kan ? Fikir kan yang positif la .. Nanti kena kat batang hidung kita atau keturunan kita , baru ada akai !

image

Duda ni ada satu kelebihan tau ! Yer , bukan semua tapi majoritinya duda ni dah tau bagaimana nak layan bakal isterinya lebih lagi yang berstatus anak dara ! Pergh .. boleh cair woo hati bila duda ni berkata kata .. hahaha .. Camana aku tau ? Well .. hahaha ..

Kenapa mereka boleh dapat status duda tu , itu cerita lama. Pengalaman mengajar mereka erti kehidupan dan aku pasti  si duda ni sedar akan kesilapan dan bersedia untuk membina hidup baru dengan mereka yg telah kembali berjaya membuka pintu hati mereka untuk bercinta  !

Tak kira duda atau teruna , segalanya bergantung pada kematangan fikiran sebenarnya. Bukan faktor status mahupun umur tapi pengalaman hidup, kebijaksanaan mengendalikan masalah , serta punya kelembutan bila berkomunikasi. Faktor faktor begini amat penting bila berpasangan terutama dengan perempuan yang jauh muda dari lelaki. Bukan mudah !

Bagaimana pula dara atau janda ? Haaa .. tu isu lain . Yang penting , hati mau gembira dan bercintalah kerana Allah .. Duda atau teruna , bukan isunya ..

Sapa yang pantas dan tepat itu ?

 

Waahh .. sapa eh ? Sapa eh ? Hehe .. Apa ceritanya Ben oi ?? Tetiba terus ke sapa pantas dan tepat ni ??? Hehe .. Ceritanya gini .. Sila rujuk entri Sapa cepat dan tepat , dia menang ! 

Baca dah entri tu ? Haaa … Simple je kan contest tu .. Contest tu cuma pemanas enjin je .. Tunggu laaa aku buat kasi betul betul panas . Nanti ada yg ikut sama panas .. huhu ..

Jadi sapa pemenang dia Ben ? Tak sabar nak tau ni .. Haaa.. sapa eh ? Sapa eh ? Hehehe .. Blog dia .. blog dia .. blog dia ialaahhh .. jeng jeng jeng .. kasi surprise bleh ? Bleh ? Muahaha ..

Tapi mmg pantas la diaa.. hehehe .. Jom g tengok sapa yang kenaaaa … Klik –> http://bit.ly/g78sFU

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI