Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 2 Mac 2012

Ah.. kalau perempuan tu , perempuan jugak !

" Bang .. nanti singgah Caring yer .."


" Buat apa ?


" Nak beli barang skit .."


" Laaa.. Watson dekat ngan rumah kan ? Baik g sana .. ni lambat dah ... "


" Watson takde point Bonuslink .. Nak periuk diorg offer tu .. hehe "


" Adoi.. boleh pulak gini ?? "


Published with Blogger-droid v2.0.4

Huh ! Habis laju dah ni !!

" Arghhh .. geram aku kat sebijik  kereta tu tadi .. "


" Napernya ? "


" Ko tau .. aku bawak skit punya lajuu tp kereta kat blkg aku sibuk bagi lampu suruh aku ketepi !! Aku wat dek je laa.. "


" Amboi .. berapa laju kau bawak ? "


" Laju dr biasa laa .. Dalam 80kmj ! "


" Hampeh .. Ko bawak laju tu dengan duduk kat lane kanan sekali ? Kalau aku driver kereta tu , lama dah aku langgar je kau !! Grr.."


" Err .. salah aku ke ? "


Published with Blogger-droid v2.0.4

Yang memaki hamun melayu itu adalah melayu sendiri !

 

Maaf .. itulah hakikatnya lebih lebih lagi kebelakangan ini kita dapat baca atau tonton di tv atau akhbar online .

Kalau korang rajin baca akhbar online seperti SINARHARIAN , korang boleh nampak semua ini . Apa yang aku tulis ni bukan semata mata nak malukan bangsa aku sendiri tapi mintak kau dan aku fikir sama sama .

Bukak mata .. Awal pagi , dah mengumpat sesama sendiri. Dok maki hamun walaupun dalam hati . Kan ? Betul ? Bukan tipu kan ? Bila baca akhbar online , rasa hormat pada bekas pemimpin tak kira la pembangkang atau kerajaan sekali pon , langsung takda ! Kalau membenci sekali pon , perlu ke nak maki hamun ?? Apakah rasa kita tu bagus sangat sampai nak maki orang yang dah berjasa bertahun lamanya ? Apa yang dia buat , kita tak tau 100% .. Yang tau , kita dengar cerita .. Maka , itu urusan dia dengan Allah .. Sapa kita nak maki hamun dia ? Sekurangnya , dia membawa perubahan .. Kita ? Suruh mengundi pon lom tentu nak pergi ..

Ada sekali tu aku baca di ruangan komen yang mana komen tersebut bukan ditulis oleh bangsa aku ..

“ Diorang sesama diorang pon bergaduh pasal agama .. “

Lebih kurang begitu la bunyi dia .. Nampak tak ? Pandangan bangsa lain terhadap kita apatah lagi yang sesama agama ni .. Dok solat 5 hari semalam tapi mencaci maki sesama saudara ? Apa guna solat tu ? Apa guna zikir tu ? Apa guna wirid tu ? Saja suka suka ?

Haih … Sedih bila membacanya . Yang beri kenyataan tu , Melayu .. Yang memaki kat bawah tu Melayu .. Tu je ke yang belajar kat sekolah tu ? Takde dah budi bahasa ?

Orang yg bijak , gunakan akal untuk berkata kata .. Fikir-fikirkan . Tak kira la kita parti mana sekali pon , tapi jangan lupa , kita sembah Tuhan yang sama iaitu Allah ..

Putrajaya dan Bangi , blackout semalam !

 

Waah .. rumah aku nyaris terlibat sama tapi bernasib baik tak .. Mungkin ada generator atau power dari sumber lain la kot .. Aku rasa segalanya bermula pada jam 9 lebih sewaktu dok layan Semanis Kurma. Tetiba lampu terpadam . Aku dah syak blackout tapi 2 saat kemudian , nyala semula .

Wife check kat FB , dia kata ramai kawan dia tulis status yg menyatakan blackout. Muhehehe.. Nasib baik .. Dah la lilin pon taruk mana.. Lampu suluh ? Adeh ..

Menurut sumber , pencawang TNB terbakar .. Entah betul atau tidak , aku tak berani la nak tulis kat blog . Dan ianya betul bila baca akhbar ari ni ..

image

STESEN pencawang TNB di Bandar Baru Bangi terbakar malam tadi menyebabkan bekalan elektrik terganggu di Bangi dan Putrajaya.

 

Hehe .. rumah PM pon terlibat gak .. Segalanya pulih , sejam kemudian . Alhamdulillah .. Nasib baik cepat .. kalau tak sian kat baby Ujang yang kepanasan.. Er, ramai baby lagi. Mak baby tak pe.. biasa dah panas kan ? Hehe .. Ayah , leh je bukak baju dan berkipas.. huhu .

Pandai-pandai la yer wahai isteri.. Suami pon !

 

image

Gambar contoh je

 

Sesuai tak pakaian di atas ni untuk perempuan g kerja ?  Sesuai kan ? Cantik dan elegan gitu .. Bagi mereka yg kejanya deal dengan client , pasti akan tertarik dengan penampilannya dan berjaya pikat client dia tu .. Itu sudah bagus kan ?

Hurm .. Kalau persekitarannya adalah sama jantina , aku rasa takde masalah.. Kalau bukan ? Aku pasti akan mengundang masalah , akan datang ! Bukan berfikiran negatif tapi berfikiran mengelakkan masalah !

Ianya kenyataan .. peratus yang ‘ok’ sangatlah rendah berbanding yang ‘tak ok’nya dengan berpakaian yg ranggi ke pejabat. Ranggi ni , bagi aku yang sememangnya boleh membuatkan mata lelaki tak berkelip 10 saat .. Lama tuu .. Atau paling tidak pon jadi segan nak pandang…

Aku tak nak la bebel lebih .. tapi bagi mereka yang reti berfikir , fikirlah mengenai dosa pahala , maruah keluarga , maruah suami , maruah orang tuanya bila nak berpakaian yg .. korang pon tau la kan maksud aku ..

Fikir fikirkan .. Ini bukan nasihat tapi sekadar bual kosong . Dan jika suami  tak kisah , bermakna dua dua tanggung dosa .. Suami tak tegur , isteri pulak tak kisah padahal memasing tahu akan hukumnya .. kan kan ? Jangan ingat isteri terlepas gitu je bila suami wat dek ..

“ Ben , bila wife kau nak bersalin ? “

 

Jawapan aku .. bulan depan .. Atau hujung bulan 3 atau awal bulan 4 .. Tapi aku tak sedar seperkara .. Dah masuk bulan 3 dah ni !! Aiyoo.. camana aku boleh rileks je eh ?

Baju wife dan baju baby , dah diletakkan dalam beg.. Dia uruskan sendiri. Aku rasa dia lebih puashati urus bab tu . Aku urus bab angkut mengangkut jer .. hehe ..

Tak sangka kan ? Sekejap je masa berlalu .. Tau tau je aku nikah dua dah .. Eh .. silap.. aku nak ada baby dah .. Pastu tau tau , bercucu dah .. Wargh.. tau tau je , dalam kubur dah .. Gulp ..

Minggu depan , masuk 9 bulan dah .. Bukan aku laaa .. Wife laa .. Dah mengandung 9 bulan .. Pengsankah aku ? Aiyok .. Huhu .. Tak pe.. Skang dok trained dia ..

“ Pushhh .. pusshhh .. pushhh.. “

Gedebum.. aku pengsan ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI