Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 10 Mac 2012

Patutlah aku diganggu Saleha ( Semadikan Aku )

 

IMAG1918

Ahaaa .. handphone dia ada kat aku ! Saleha call tak dapat dapat dari ari tu .. Ni mesti kerja Dato u tyang suruh khadam dia sorokkan hp tu kat dalam kasut Adidas yang baru aku beli ari tu . Ala , murah je kasut tu. Tapi ok pe kasut tu. Warna oren lagi. Beli kat Al Ikhsan Alamanda. Kedai dia tu yg dekat foodcourt yang skang ni dah tutup sementara sebab buat renovation skit . Kat situ makan sedap sedap tapi mahal la. Nak murah , bawak sendiri dari rumah laa .. Aiyo..

Eh , terbabas .. Ahaa .. cam tu la ceritanyaaa al kisah Dato yang gatal yg mana seringkali tipu isterinya dengan dok kata g belajar kat masjid tapi ?? Akhirnya mati seperti yang dijangka ..

Alahai .. Satu cerekarama yang aku kata , nasib baik sekadar cerekarama .. kalau dibuat filem ? Ahahaha… Macam macam laa … Aku bagi 3 bintang je la drama ni sbb ada Opie wat lawak masa jumpa hantu tu .. hahaha ..

Rugi malam aku ni tonton drama ni .. huh..

Adeh .. dia kembali daaahh !!

 

image

Aku dah terima jemputan DIGI WWWOW 2012 untuk masuk kategori BLOGGER OF THE YEAR .. Apakah aku akan all out cam taun lepas ? Hahaha … tgk gak la sapa lagi yang tercalon dalam kategori tu .. Letih gak nak beria berkempen ni .. Cam nak PRU je lak nanti .. kan kan ?

Hurm.. aku nak bertanding calon bebas di kawasan PUTRAJAYA , ok tak ?  Kalah dah pasti kan ?

Maksud header blog mereka ialah ..

 

Segmen dah ditutup pada jam 9 malam  10/3/2012

 

Lebih 50 buah blog malam ni cuba nak menceritakan misterinya header mereka .. Apakah yang menarik sangat header mereka ? Jom kita g baca kisah mereka , satu satu ..

TERIMA KASIH ..

Bila penyu mula terbang ..

 

Jangan hairan dan jangan pelik , sebab PILIHANRAYA UMUM (PRU) dah hampir .. Segalanya tak mustahil dah… Semua dah jadi benar sebenar benarnya tak kira la samada dari parti A mahupun parti B ..

 

image

 

Camana tu ? Sengih je la … Bukan semua orang bodoh nak percaya yang penyu ni leh terbang kan ? Elok elok dia tinggal kat laut. Tapi mana tau , kuasa Allah ? Kan kan ?

PROTON P3-21A = PROTON PERIA ?

 

image

MODEL baharu Proton P3-21A yang akan dilancarkan akhir bulan ini dijangka banyak mengambil inspirasi daripada reka bentuk kereta konsep Tuah. – Kosmo

 

Aku terfikir gak , kenapa diberi nama gitu ? Tapi bila aku pandang betul betul , nampak cam ejaan P3-21A tu macam PERIA lak .. Yelah , nak kasi moden kan ? Tak tau la kot serampang dua mata .. Haha.. mereka je yg yau apa maksudnya tapi aku , tetap nampak PERIA .

PROTON P3-21A ni akan dibuka untuk tempahan pada 14hb Mac depan . Pada yg tercari kereta untuk dibeli , bolehlah g tempat. Harga dan kelebihan , aku tak sure. Tak sempat nak buat research , sbb aku ngantuk . nak tidur sat no …

Apa ada di 3rd Maternity & Children Expo 2012 ?

Adoiyai .. aku ingat aku org pertama sampai ke Mvec ni .. rupa-rupanya , no 297 .. hahaha .. ramai gak geng giler shopping barang baby ni rupenya ..


Apa yg best sampai beeerriaaa diorg neh ?? Aku dtg nak cari robot transformer je kat expo ni .. lain ? Tgk la kalau berminat .. hahaha.. ada gak kena sembelih ..


Tp betul la... Ibu ibu sering menggunakan alasan anak utk shopping , kan ? Padahaaalll.. hahaha.. guwaau je ibu ibu oii..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kerana baby baby baby babyyy ..

Dua minggu wife dah booking aku utk ke Mid  Valley gara gara maternity and children expo 2012 ..


Maka seawal jam 8 pagi , dah bertolak keluar dr Putrajaya menuju ke Mid Valley yg mana perjalanan cuma mengambil masa 30-45 minit , jika tak jammed dan memandu selaju 90-100kmj saja ..


Risau jammed atau tak de parking woo . Mid Valley ni mmg terkenal dgn susah nak dpt parking woo ..


Dan , jam 850 pagi sampai daaaa .. dan parking , sila la pilih mana awak suka !! Amik ko .. parking depan pintu masuk terusssss ... Hahaha ..


Makannn dulu ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kalaulah aku sakit perut time begini ..

 

image

Aku rasa , bukan aku sorang je spesis yang suka sakit perut pepagi hari ni ni kan ? Cuba bayangkan kalau kereta kita nun ditengah-tengah kesesakkan tu ..

Aku tamo bayangkan la.. esok nak g mid valley awal pagi .. wife nak shopping barang baby .. Aku shopping mata je la..

Gambar di atas  - KESESAKAN di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur dirakamkan dari udara pada jam 10.40 pagi tadi ( 9/3/12) . Kesesakan teruk itu berpunca daripada sebuah lori trailer yang rosak di Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Kampung Pandan.

Video bogel Melia Aimiellia .. Fitnah lagi !

 

Adoi .. macam macam hal .. Skang kecoh pulak video bogel yang dikatakan milik aktres muda Melia Aimiellia kat beberapa laman blog .

Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata dia sekeluarga juga turut berasa terganggu dengan persepsi buruk dan kecaman masyarakat ekoran fitnah berkenaan.

image

Sapa dia ni ? Aku pon tak kenal gak .. Tapi bila baca di Mstar, rupanya dia ni heroin filem KARIPAP KARIPAP CINTA . Ahaa… filem tu.. tak sempat tengok , dah abis dah kat panggung .. Nak download , cam takde mood lagi .. Tak pe la , tunggu raya nanti. Tu pon kalau free ..

Berbalik pada berita pasal dia ni , Melia membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan ke atas blog-blog terbabit.

Menurutnya lagi , dia dah bagi peluang pada blog blog tersebut untuk memadamkan entri tu .. Memula tu , diaorang turunkan pastu naik balik dan pastu tersebar la sudah ..

Macam macam laaa diorang neh .. Menda gitu nak disebarkan ? Seronok ke ? Iskh … Gamaknya kalau ada dajal yang sekodeng adik beradik diorang masuk tandas pastu sebarkan kat internet , camana la eh ? Seronok nak join sebarkan tak ?

Apa pun , buat mangsa fitnah ni .. banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah ..

Sumber berita – Mstar

Awas anak atau adik beradik anda ! Cuti sekolah telah bermula ..

 

Aku perhatikan , setiap kali cuti sekolah menjelang , keyword lucah byk tersangkut kat blog aku ni .. Maaf la yer .. Aku bukan menuduh tetapi dari cara carian tu boleh jangka samada ianya ditulis oleh mereka yang masih muda atau dah season cam aku ni ..

Oleh itu , diharaplah ibu bapa , abang atau kakak mahupun penjaga silalah pantau mereka yang tak cukup umur itu apabila menggunakan komputer . Bukan tak percaya tapi mencegah lebih baik sblm terkena kan ? Untuk kebaikkan masing masing .

Mereka yang muda lagi ni , punya ada perasaan ingin tahu yang kuat .. Bila dah ada rasa ingin tau , nak kena cuba lak .. Bila nak cuba , takut ketagihan lak .. Last last , sendiri menyesal.  Jadi , baik awal awal lagi kasi tau baik buruk dunia internet ni ..

Walaupun mereka kata sekadar borak ngan kawan , berapa lama sangat la kan ? Aku rasa mereka lebih arif bab ni .. Mereka ni , maksud aku ibu bapa la .. Aku cuma ingatkan je .. Sebab ianya satu kenyataan ! Tegas , tetap kena tegas ..

Adik-adik , jangan marah abang je.. Ini untuk kebaikan semua ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI