Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 11 Mac 2012

Kenapa laa aku tak dapat kerja lagi ?

 

image

Rezeki ada di mana mana ? Aku rasa aku tak perlu berleter part ni berkali kali ..  Banyak kali dah aku update pasal takde keje ni .. Tapi kalau nak baca gak , boleh la baca kat  entri "Jangan cepat putus asa , sahabat ! " , Kenapa sukar dapat kerja eh ?? , Otak ada , tapi tak guna .. , 3 permintaan wahai jin ! , Ngeluh eh ?  ..

Banyak kan ? Aku tau ramai putus asa dah bab cari kerja ni .. Banyakkan bersabar .. Mungkin kerja yang tak dapat tu , tak sesuai dengan korang.. Yang penting , jangan memilih . Mulakan dari bawah kerana dari bawah itulah yang akan menentukan sapa anda di atas nanti ..

Jangan laaa suka marah marah !!

 

Dulu , aku mmg spesis panas baran .. Sekarang pon ada gak la tapi leh kawal ..  Kesan dari panas baran ni , aku tak amik kisah ..Tapi lepas sorang sorang ‘tumbang’ kesan dari panas baran ni , baru aku sedar betapa bahayanya mereka yang punya panas baran ni !

Aku ada penyakit tekanan darah tinggi dan ianya mmg bahaya ! Minggu lepas , tekanan aku , melebihi 140/90 dan aku tk tau pun camana punya bahaya tu dan had limit yang dibenarkan .

Tadi aku buat pemeriksaan sendiri dan , tekanan darah aku dah turun .. cuma .. cumaaa … huhu ..

image

Tekanan darah yang normal adalah 120/80 mmHg. Tekanan darah dikatakan tinggi apabila melebihi 140/90 mmHg.

image

Kalau nak tau punca , simpton dan kesan dari penyakit tekanan darah tinggi ni , korang leh baca kat sini .. Korang kena baca sbb ianya penting .. Serius , mmg penting .. Klik SINI

Mmg ada banyak cara untuk turunkan tekanan darah ni tapi berdasarkan cara tradisional.. Tapi yang aku ok bagi aku ialah minum air rebusan kulit kayu manis .. Memang turun , cuma aku malas nak amalkan .. Er , pasni aku rajin !

Hurm … zaman ni , jgn rasa muda tu selamat lagi yer ..

Satu dah letak jawatan .. Yang lain ?

 

image

Tahniah ! Ni baru satu .. ada ramai lagi yang patut letak jawatan .. Jangan ingat rakyat buta yer .. Bukan apa , kalau cerita panjang lebar dalam ni pon , tak guna ..  Aku gak nanti kena angkut .. Baik g siasat la sendiri dengan letak spy nun dibawah bawah tuuu .. Baru nampak dan dengar sendiri ..

Yang kecik kecik ni , takut bersuara .. Kalau bersuara , kena.. Tak suara , geram .. Apa boleh buat ?

Saya tahu awak takkan menyusahkan saya ..

 

image

Saya menegur ni sbb saya sayangkan awak , sebagai seorang kawan . Saya tahu awak takkan menyusahkan saya mahupun orang disekeliling awak .

Saya tahu awak bijak orangnya dan boleh berfikir dengan matang. Jangan jadi seperti budak kecil yang tak tau apa apa langsung. Saya tahu awak bukan ego orangnya yang mana hanya pentingkan diri sendiri.

Dan paling penting , saya tahu awak ada orang yang tersayang. Fikirkan nasib mereka nanti ..  Awak tidak akan menyusahkan orang , itu awak kata ..

Jangan ego dan sombong diri .. Saya bukan bencikan awak .. Sebab itu saya tegur awak .. Dunia ini , kita yang punya .. Bukan kita kita yang punya ..

Pesanan buat adik-adik ..

 

image

Jangan sesekali mencuba merokok , minum arak , mencuri , menipu orang tua .. Bila dah mula buat menda menda gitu , mencuba mengambil dadah , pasti akan berlaku kerana dah tak boleh nak kawal perangai tu ..

Biarlah ibu bapa mengawal adik adik kerana mereka tau apa yang terbaik buat anda semua. Mungkin nampak seperti mengongkong anda tapi sebenarnya mereka memberikan yang terbaik buat anda.

Biar dipenjara sekarang dari terpenjara kemudian hari , seumur hidup ! Jauhi dari membuat kesalahan walaupun hanya kecil saja .

Gambar bakal isteri Malek Noor

 

image

MALEK NOR dengan bakal isterinya, Wan Asma

 

“ Seorang pakar kanak-kanak di Hospital Pakar Perdana di sini tidak menduga sama sekali yang beliau akan menjadi suri kepada bekas jaguh bina badan terkenal, Datuk Malek Noor.

Sambil menyifatkan jodoh tersebut sebagai ketentuan Tuhan, Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, berkata, mereka akan bernikah di penthouse milik beliau di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini pada 12 Mac. “ – Kosmo

 

Tahniah Datuk Malek Noor , Dr Wan Asma. Semoga bahagia dan berkekalan ..

Tunjuk bakat di Youtube , membawa padah !

 

Gara-gara hendak menunjukkan 'kehebatan dan keindahan' Ferrari berharga sekitar RM800,000, seorang doktor Jepun berhadapan dengan kontroversi apabila rakaman dia memandu laju kereta mewah itu, yang dimuatkan di YouTube, mencetuskan kemarahan orang ramai.

Doktor itu kini berhadapan dengan tuduhan memandu terlalu laju di kawasan larangan.

Rakaman YouTube menunjukkan dia memandu pada kelajuan 124km/j (77mpj) di zon yang hanya membenarkan 40km/j (25mpj). Pengguna YouTube yang marah dengan sikap doktor berusia 50 tahun, dari Okawa, ini membuat laporan polis.

Laporan media memetik dia sebagai berkata, dia hanya mahu orang ramai mengetahui keindahan sebuah Ferrari. – SinarHarian

 

Kadang-kadang , ada menda patut simpan je untuk koleksi diri sendiri. Bila tayang kat orang ramai , pasti ada yg tak setuju dan fikirkan apa yg kita tak terfikirkan pon.. Ahaa .. ni la jadinya ..

Al-fatihah buatnya ..

 

image

Terpandang di FB aku ..Hari ni harijadinya  Dan secara tiba-tiba wajahnya , menghadirkan sejuta kenangan bersamanya .. Kini , dia dah kembali kepadaNya.

Kisahnya , aku pernah ceritakan di dalam blog ini . Malas aku nak mengingatkan segala kenangan pahit itu ..

“ Wahai Allah, ampunilah sahabatku ini , naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya. “

image

image

- AL FATIHAH -

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI