Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 12 Mac 2012

Sedikit teguran buat staff Tutti Frutti , Putrajaya.

 

Alhamdulillah , lepas gian makan kat makan aiskrim yogurt malam ni .. Cuma agak terkilan sedikit , ada staff TF yang aku rasa mungkin terlebih adrenalin atau teruja sebab dah nak abis dah waktu kerja , agak kurang prihatin dengan kehadiran pelanggan di situ .

Bagusnya mmg ada .. Cekap , pantas dan hormat pelanggan . Kekurangannya cuma tang ada bila berbicara sesama mereka atau bergurau seolah pelanggan tidak wujud makan di situ . Bukan semua yer ..

Bukan sekali dua.. Tapi tiap kali aku singgah , pasti begitu. Aku tak tau la kot mungkin mereka dibenarkan happy go lucky asalkan keje buang. Kalau pentadbiran benarkan , aku nak kata apa la kan .

Cuma bila kita g ke premis yang mana tokey dia bangsa asing , aku tak nampak lak mereka bergembira begitu sekali. Kalau begini , mmg seronok keje ngan tokey melayu. Rileks dan enjoy . Janji keje siap .. kan ?

Harapnya , ada penambahbaikkan di situ. Kalau tang tu dibetulkan sedikit , TUTTI FRUTTI memang terbaik ! Cuma kalau dapat murah skit lagi , lagiii terbaik ! Hehehe ..

Enjoy enjoy gak tapi jangan lupa orang di sekeliling kita ..

Balas dendam di Tutti Frutti ..

Pasni susah dah nk g mkn sbb wife anytime jeeee nk  bersalin .. Jadi , mlm ni aku ajak wife menghabiskan masa kt sini .. hehe ..


Sedaaap ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rangka manusia rentung disahkan Nurul Nadirah ( Dirang) .

 

image

Al-Fatihah

 

Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.  - Bharian

Antara yang ditahan adalah bapa Nurul sendiri .

Jagalah anak yg ada di depan mata tu betul betul. Jangan la bagi bermain seorang diri atau suruh mereka ke mana mana .. Sekarang ni , tak kira dah usia atau kecil besar .. Penyangak merata rata .. Banyak kes dah ni. Dan jangan sampai anak kita atau saudara mara kita menjadi mangsa pulak. Biar la susah sedikit dari susah banyak nanti.

Hurm .. apa yang tak kena eh ??

 

image

Bila tengok gambar ni , cam rasa biasa je kan ? Apa yg menariknya bangunan ni ? Hurmm .. perhati .. perhati .. Nampak tak ? Tak perasan ke ? 

Nak tau jawapannya ?? Betul ? Klik SINI .. Heheh …

Rela dlm paksa ..

Masih terasa sengal di badan .. Tapi pk badan ni lama tak keluar peluh , g gak gym .. Terpaksa mula dari asas balik ..


Kurus ? Aah .. mmg aku rasa kurus .. Makan nestum pagi hari .. dah jarang nk mkn besar .. Sebulan sekali je .. tu pun kalau teringin ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kedai tudung baru dah dibuka ..

 

image

Kalau ada awek tanya aku , camana aku punya selera menutup aurat kalau aku ni perempuan la kan .. Aku suka style yang atas ni .. Kalau aku nak berfesyen la.. Kalau tak nak , mmg tutup abis la.. Eceh .. Tu ‘kalau’ ..

Alhamdulillah , apa yang aku nampak kat blogshop ni , tudung dia mmg sesuai untuk pelbagai lapisan gunakan .. Mungkin ada yang rasa tak sesuai dengan mereka dan ada yang ok .. Bagi aku , mmg ada yang menarik laa .. Harga pon murah je .. Kira tak terbeliak la bila tengok harga ..

Yup , ada banyak  pilihan  untuk korang wahai wanita memilih tudung kat sini .. Beruntung arr .. Dan bg blogger yg berminat nak join gateway , ada dibuat sekarang .. cepat cepat ..

Jom ke http://www.aniseshop.com/  …

 

image

Tahniah Datuk Malek Noor dan isteri ..

 

image

image

image

Dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor,56, akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail,52.

Tahniah buat mereka berdua . Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun hidup menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun

Menurut Mstar Online ,  kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.

Dr. Wan Asma bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan. Tiada wang hantaran kerana Dr.Wan Asma kata , beliau tidak memerlukannya kerana dia dah ada segalanya.

Alhamdulillah .. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat ..

 

Sumber : Mstar

Gurau biar bertempat bang ..

 

gambar

Tengok mood kawan gak bila nak bergurau .. Bukan pe , silap silap mood kawan tu tak baik time tu , ada gak berkuntau kat situ .. Hehe .. Jangan cari pasal kan ?

‘DATUK’ tak semestinya kaya !

 

image

Ni gara-gara drama atau filem la .. Asal watak DATUK atau DATIN , mesti masyuuukkk atau kaya raya .. Kira gempak gila la bila bertitle nih .. Tapi hakikatnya , kita tau .. bukan semua gitu pon ..

Tanggapan macam tu , dibawa sehingga keluar di dunia nyata ini .. Kesian .. tu yang berlaku pada pelakon veteran kesayangan aku ni .. Datuk Yahya Sulong. Aku membesar dengan menonton filem filem komedi dia , AR Badul , Hamid Gurkha dan ramai lagi ..

Menurut isterinya , Datin Alisah Ali berasa malu apabila perlu membawa gelaran yang dikurniakan kepada suaminya disebabkan kehidupan mereka yang dihimpit kesusahan.

Alisah berkata, terdapat individu menghantar surat dan berkunjung ke rumahnya di sebuah flat di Sentul dekat sini untuk meminta derma kerana menyangka mereka mempunyai banyak wang gara-gara suaminya menggunakan gelaran Datuk.

“Ada orang datang ke rumah saya minta derma. Saya nak korek duit dari mana? Kami ni susah. Orang ingat bila kita ada pangkat Datuk, kita ni kaya?” ujar Alisah kepada mStar Online.

Menurut Mstar lagi mereka mengharapkan bantuan daripada Baituilmal sebanyak RM400 sebulan dan juga wang pencen salah seorang arwah isteri Yahya sebelum ini iaitu dalam jumlah yang sama.

Dan wang sebanyak RM800 itu digunakan untuk membeli makan minum serta keperluan ubat-ubatan Yahya yang semakin uzur.Alisah berkata walaupun dihimpit kesusahan dia tidak pernah meminta sumbangan daripada sesiapa pun kerana tidak mahu dituduh terlalu bergantung dengan orang lain.

Hurm … sian .. Aku selalu memikirkan nasib aku bila tua nanti. Jadi , aku ngan wife dah menabung dari mula kitorang kawin. Yelah , kita bukan ada harta keturunan yg menimbun untuk dihabiskan. Kena bijak menyimpan dan berbelanja dari muda lagi ..

Bila pemain bolasepak dah terlalu kaya

 

image

Hahaha … aku nak taip pon , tak leh .. asik tergelak tengok gambar ni ..

 

“ Woi geng .. kang abis game ni , terus g mall la .. Dengar ada sale baekk punya .. Aku ingat nak usha beg baru la .. Yg skang ni old fashion sudah ..  “

 

“ Bukan ke baru je beli minggu lepas ?  “

 

“ Memang laa. .. kita kan kaya .. Apa kes pakai barang seminggu ! Duit banyak neh ..  “

 

“Ye tak ye gak kan ?  Jom jom .. Layan Jusco ke Sogo ?  “

 

“ Gile ke apa  ? G Star Hill laaa .. Tu baru best ! “

 

“ Orait .. jap , aku nak patahkan kaki dorang dulu .. Diorang ada cover insurance.. ok la tu kan  ? “

 

Ramai ramai kata … “ Masyuuukkkk “

Kira gempak gila la dedah gambar bogel artis ?

 

image

Hmetro

 

Kalaulah benar artis tu ada video bogel atau gambar bogel sekali pon , apa hak kita untuk mendedahkannya ? Kita ada saluran yang betul . Kenapa tak serahkan saja video tu pada pihak berkuasa ? Apakah gempak gila mengaibkan individu tersebut ? Kalau orang tu satu agama ngan kita , camana ?

Patut la ramai kata blogger ni cari isu murahan .. hurm..

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Berhati-hatilah kalian terhadap prasangka kerana sesungguhnya ia adalah perkataan yang paling dusta. Dan janganlah saling mencari-cari khabar kesalahan, janganlah saling memata-matai, janganlah saling meninggikan harga untuk menarik perhatian pembeli, janganlah saling mendengki, janganlah saling membenci dan janganlah saling membelakangi. Wahai para hamba Allah! Jadilah kalian bersaudara. “

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6066 (Kitab al-Adab, Bab “Wahai orang-orang yang beriman, tinggallah kebanyakan daripada sangkaan”).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, Nabi SAW bersabda:

Seorang hamba tidak menutupi aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat”. (HR; Muslim).

Kita sendiri banyak melakukan dosa . Kalau Allah nak buka aib kita , lama dah DIA buka. Tak perlu tulis dalam blog , confirm kita jadi malu nak bergerak atas muka bumi ni malah ramai confirm bunuh diri punya ! Sesungguhnya Allah itu Maha Pemgampun Lagi Maha Penyayang. DIA bagi kita peluang untuk bertaubat ..

Nasib baik la kat blog aku ni ramai pembaca terdiri yang bijak pandai dan sering memberi nasihat. Dan aku pon baik juga sebab ikut kata mereka kan ? Hehe ..

Lin Dan juara All England 2012

 

IMAG1929

IMAG1931

Datuk Lee Chong Wei , tarik diri di game kedua akibat kecederaan di bahu kanannya . Game pertama , Lin Dan menang 21-18 dan ke dua , Lin Dan mendahului 6-2  dan akhirnya Chong Wei terpaksa tarik diri setelah 2 kali mendapatkan rawatan dari doktor pertandingan namun , mmg tak leh tahan dah sakit  tu .. dia tarik diri dan memberikan kemenangan pada Lin Dan …

IMAG1932

Sayang tapi apa nak buat kan ? Takde rezeki kita nak tengok dia mencipta sejarah tersendiri .. Tapi tak pe la , dia dah bagi yang terbaik dan harap mampu membuat sesuatu sebelum Kejohanan Olimpik bermula ..

Kami tetap menyokong anda !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI