Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 17 Mac 2012

Cerekarama TV3 : Warkah Cinta Mat Rock

 

Sinopsis : Eddie , seorang ‘rockers’ tegar yang bekerja sebagai seorang penghantar surat di sebuah syarikat. Kisah bermula apabila Eddie terpikat dengan Nina , seorang eksekutif baru di syarikat dia bekerja.(Astro )

Memang ketawa terbahak-bahak aku tengok cerekarama Warkah Cinta Mat Rock ni haa .. Mmg gila la lakonan si Shaanaz ( Eddie )ngan Nabil ni .. Kira menjadi cara mat rock kapak dia tu mengayat si Fathia (Nina) ..

Hurm .. gitu la nasib mereka yang berpangkat rendah ni .. Nak tackle awek yang berpangkat ni mmg satu masalah ni .. Kadang-kadang, dia tu tak kisah tapi mereka yang sekeliling ni haa .. tak sudah sudah jadi batu api .. Suka benar menyusahkan orang .. Nak kena ayat awek , biar satu level .. Kena cermin muka memanjang .. Caitt ..

Zaman ni , kalau bijak amik peluang dan menggunakan peluang yang ada … Tak payah dah nak berlevel level .. Kalau hati dah suka , tiada apa yang mustahil .. Tapi kena la jujur dan jangan pergunakan orang terutamanya pada wanita. Erk , pada lelaki pon sama la .. Ada gak diperkudakan dek wanita yang amik kesempatan .. kan kan ?

Bagi aku , cerekarama ni simple dan menarik utk ditonton bersama keluarga. Pengajaran yang simple dan mudah difahami .. Takde la tersengih sengih syok sendiri … huhu ..

Okehhh .. lagu rock kapak dalam cerekarama ni mmg lagu feveret aku zaman sekolah hingga sekarang ..  Aku tau mesti ada yg tertanya tanya tajuk lagu ni terutama mereka yang bukan dari zaman rock kapak ni kan ?  Ok, aku bagi la tajuk lagu yang berkumandang dalam cerekarama ni  eh .. Antaranya Dari Sinar Mata ( Bumi Putera Rockers – BPR ) , Keunggulan Cinta ( BPR ) , Hanya Pada Mu ( Qiara ) , Adakah kau setia ( Sting ) , Sembilu ( Ella ) , Tika dan Saat ini ( Medicine ) , Antara Gadis ( Dinamik ) ,Bazooka Penaka ( Wings) , Isi dan Kulit ( Search ) , Untukmu Sayang  ( Febians ) , Gerhana ( Hattan ) , Sentuhan Kecundang ( Ekamatra ) , Dalam Germis ( Visa ) , Masih aku Terasa ( Gersang ), Permata Pemotong Permata ( Ella )..

Best gak kalau download cerekarama Warkah Cinta Mat Rock ni .. hehe .. rasanya dua tiga hari , confirm ada ..

“ Aku mat rock. tak leh nangis depan awek ! “ .

“ Gua lu , gua lu.. cam cute cute jeer “

“ Gua cinta sama lu .. “

Hahaha .. jangan ikut lak ..

Sedikt tips buat aku ketika isteri bersalin nanti

 

Ahaa .. si wife tag aku di FB dan terus bermonolog sendirian .. Apakah yang aku bebelkan ? Korang baca la sendiri eh..

 

Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin.

BEN : Maunya aku tak gementar .. haha .. tatot nehh .. sampai makan pon tak lalu sbb diet.. mandi tetap basah .. tidur pon mengigau main kejar kejar ngan antu .


1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan
**************************
--> Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini.

 

BEN : Alahai .. time ni kalau dia wat hal gini , confirm aku update dalam blog dan merajuk punya ar .. Haha.. tak la .. takkan sekejam tu kan .. Aku dah training dah .. Push baby !  Push ! Tak boleh push , meh abang pushkan ! Buat pengetahun aku dah training menarik besi kat gym sekuat 100kg , okeh ! Tapi tak bergerak la besi tu.. aku je termengah .. huhu. Sabar yer … Teruskan push ..

 


2. Bersedia Untuk Menunggu
********************
--> Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya.

 

BEN : Jangan risau .. part berjalan ni , ok je .. aku pon suka.. leh burn fat aku .. Tapi time ni , confirm fat dibakar berkali kali ganda ! Confirm aku lebih kurus dari seperti biasa ..

 
3. Jangan Ambil Hati
***************
--> Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.

BEN : Biasa dah selama 9 bulan dengan sikap dia yang berubah rubah. Jap cam wolverine .. Jap cam kucing comel .. Jap , jadi ustazah .. Jap lagi jadi chef wan .. Tang chef wan ni best , leh order apa saja .. huhu .. InsyaAllah aku akan cool dan ikut je katanya ..

 

4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus
**************************
--> Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir.

 

BEN : Time ni kena banyak tenangkan diri terutama aku .. hehe .. Silap hari bulan , si isteri yang tenangkan aku ..


5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri
**************************
--> Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.

 

BEN : Dan waktu terakhir baby nak keluar , aku pengsan .. hahaha .. InsyaAllah tak .. bukan apa .. aku terkejut je tengok baby comel keluar .. Maklumlah , aku dulu pon keluar ikut situ gak .. Tak sangka kan ? Korang jgn lupa.. betapa perit dan susahnya ibu kita tu melahirkan kita .. Haa.. ni dah besar , jadi si tanggang ! Huh .. Tamo tamoo gitu yer ..

 

Artikel: Hak milik LifeFit.my  dan aku buat penambahan tanpa kacau isi utamanya .. ahaks …

Blog comel pilihan ku ..

 

image

http://maisarahmyblog.blogspot.com/

 

Kali pertama aku masuk , mmg aku suka penggunaan warna dan templatenya .. Ceria tapi tidaklah menyakitkan mata .. Kira nampak cool la bagi aku , blog ni .. Untuk korang , aku tak tau la kan .. Cuma , aku pasti ada yg tak suka muzik tu kan ? Kira semak telinga la eh ? Bagi aku , kalau lagu tu ok dan kena dengan blog tu , takde masalah .. cuma yg masalah tu , kalau membingitkan telinga dan aku terus pangkah je la .. hehe .. Tak perlu nak marah blogger kan ? Blog dia , cuma dia kehilangan reader je la pasni .. Tu pon kalau dia tak kisah , ok la .. hak dia ..

Berbalik pada blog Bingkisan Hati ni , aku takde apa nak komen pon .. Bagi aku ok je blog ni .. comel comel seperti tuan dia la kot ? haha ..

Bila kereta Ferrari terbakar ..

 

image

image

“ Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi Sabtu.

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar. “ – Bernama

 

Terkedu aku tengok weh ! Hahaha .. Ferrari tuu .. leh terbakar ? Secanggih canggih kereta .. Ahaa .. Jangan ingat kereta tempatan je leh terbakar skang ni .. Kereta import pon leh terbakar ..

Kesimpulan .. Jangan pandang rendah kereta tempatan walaupun bodynya lebih nipis dari tin milo.. heheh.. tatotttnyaa ..

Beria mamat ni iron baju dia !

 

image

“ Alamak .. nak keluar pakai baju apa ni ? Oh , ada baju yang baru beli dah dibasuh .. Pakai yang tu je la .. “

 

Setelah ambil baju tersbut ..

“Hurm .. baju macam baru lepas kena rogol je .. Takkan nak keluar camni ? Sah nampak  aku ni serupa macam pengemis jalanan jer nanti.. Tak leh , tak leh .. kena iron baju ni .. “

 

Setelah diplugkan iron dan dibetulkan iron board ..

“ Yeargh… cam ni baru nampak kacak skit bila jumpa orang. Ni kang , pakai baju dengan tak berseterika , wat malu jer nanti .. “

 

Yess  !! Settle  dah  ..

“ Hurm .. tak kemas lagi laa .. berkedut lagi.. Iskh… “

 

Mata ini dilemparkan  ke  arah plug seterika dipasang tadi  tu ..

“ Hampehgastul .. sampai kiamat la tak kemas baju ni kalau power pon tak on !! Grrr .. “

Gara-gara ikut petunjuk GPS , akhirnya masuk laut !

 

image

Hahaha … aparaaa .. 3 pelancong Jepun di Australia sudah tersalah ikut arah yang ditunjukkan dan akhirnya .. ttuuuu .. nampak dalam gambar tu ? Hahaha ..

Aku pernah kena gak .. Masa tu kat Kedah dan menghala ke rumah mak sedara aku .. Ada sekali tu , dia suruh ikut satu jalan ni .. Pelik gak la sebab jalan tu macam ikut jalan kampung sedangkan jalan badaran ada .. Tapi dah dia kata gitu , maka ikut je la.. Ikut punya ikut punya ikut .. hampir 15 minit gak laa  , tau tau keluar kat lorong yang mula mulaaaa tadi dan dia suruh ikut jalan bandaran yg aku was was pada mulanya .. ARghhhhhhhhhhhhhhhh !! Tensen giler ! Dah la minyak pon nak nazak ..

Tapi aku tetap bersyukur gak la kewujudan GPS ni .. banyak kali gak dah selamatkan aku dari terjumpa signboard ,’ SELAMAT DATANG KE THAILAND ! ‘ ..

Kesian si jepun ni .. Takkan dia tak perasan depan dia laut kot ? Hahahah ..

“ Aku tak suka la baca blog macam ni .. “

 

Hee ..  Ada blogger yang terang terang  tak suka baca blog blog yg mana penulisannya lebh menjurus pada entri peribadi seperti pemakanan , shopping , aktiviti harian , pasal pasangan dia mahupun pasal keluarganya , kemudian mengkritiknya secara terbuka ..

Alahai .. jangan gitu kawan ..Kena faham istilah blog ni apa .. Dah terang terang ianya sekadar log pengguna internet. Cuma d web log ni , boleh bebel panjang panjang tanpa had. Mereka ada peminat mereka sendiri. Mereka menglogkannya kerana ianya peribadi dan lebih pada diari. Jangan persoalkannya ..

Cuma jika ianya lebih peribadi cam ada gambar yg tak perlu nak didedahkan pada orang ramai , maka privatekannya la .. Bukan apa , takut nanti boleh mendatangkan fitnah atau disalahguna oleh makhluk asing.

Kalau ada yg tak suka membacanya , jangan la baca .. Baca blog ni , bukan paksaan . Tak perlu nak maki blogger tu dengan meninggalkan komen atau membuat entri serangan pada blogger tu ..

Yang penting , blogger perlu tau apa yang tak boleh dan apa yang boleh bila mengupdate entri . Elakkan dari menulis entri yg kontroversi tanpa bukti atau sengaja mencari isu panas yg boleh mendatangkan masalah pada mana mana yg terlibat , kelak.

Jadilah seorang blogger yang matang dan bijak .

" Allahu Akhbar !! "

" Bang .. sat g je la gelak eh .. nak tidur dulu .. Kot ye nak menjerit pon , pelan skit .. Nanti jiran dgr .. "


" Ala .. tak feel la .. baru nak gaduh ngan antu .. Yelah , karang je la gelakkan abang .. "


Dan aku sambung tidur ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Peluang menjana pendapatan sambil mengelilingi dunia.


- Sticky entri post. Entri terkini di bawah entri ini -

Suatu hari ketika anda sedang leka menonton tv di ruang tamu...

"Tok ! Tok ! Tok !" . Bunyi pintu rumah anda diketuk lalu anda membukanya...


"Salam...saya Cik Peluang Perniagaan, datang dari jauh nak bagi kat awak satu peluang perniagaan yang sangat hebat, yang mana awak takkan jumpa selalu... 

Kalau awak terima saya, awak pasti gembira dengan pendapatan lumayan setiap bulan dan melancong percuma 3 kali setahun..

Macamana? nak terima saya tak ? "  .. ;)

Huurmmm... Seolahnya ibarat seperti itulah satu peluang keemasan yg datang bukan selalu kita boleh dapat... ; )..seperti pepatah drp Prof. Dr Hamka...


"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba...datang tidak menentu masa...datang disaat kita kesempitan atau kesusahan.

Nilailah peluang itu dengan cara yang bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!" - Prof. Dr. Hamka


Kepada mereka yang terjengah-jengah mencari peluang perniagaan untuk full time atau part time, inilah peluang perniagaan yang dicari...

Why this business? maybe this success story can help u to know what this biz is all about... Tak kenal maka tak cinta kan.. Dah kenal tak cari yang lain dah.. So, dah kenal my company and product, my mentor, my leader and myself... Nak tau la kan apa bestnya buat bisnes ni ?


(1) KEBEBASAN MASA dan KERJA FLEKSIBEL

Inilah matlamat dan kelebihan utama, semakin berjaya dalam biz ni semakin byk masa kita nanti dan time kerja sangat fleksibel...ikut kehendak kita..memang sesuai kpd sesiapa saja, yg bekerja, surirumah atau student pun boleh buat..


no boss_premium beautiful


Berbanding bisnes konvensional, semakin berjaya, semakin sibukla orang tu nak uruskan bisnes tu..masa bersama keluarga kurang dan terpaksa kerja lebih keras untuk jaga bisnes yg semakin berkembang.. 


(2) TIADA BOSS
no bos_premium beautiful

Haa..sapa yang kerja makan gaji tau la camana rasanya kerja dengan bos...biasalah, kalau orang bawahan ni, kadang-kadang silap buat kerja sikit kena tengking dek bos... asyik mencari kesalahan orang je bos-bos ni... tekanan perasaan la macam tu...


helping_hand_premium beautiful

Tapi, dalam biz ni kita ada leader dan mentor yg asyik memberi semangat dan tunjuk jalan macamana nak berjaya...kalau boleh diorang nak tengok kita semua dapat apa yg diorg dapat...


financial-freedom_premium beautiful_adibah



(3) MODAL KECIL tapi POTENSI PENDAPATAN YANG BESAR

financial and time freedom_premium beautiful
Biz ni actually tak keluar modal sesen pun...tapi berapa yang kita nak tiap-tiap bulan? 10 ribu? 50 ribu? malah 100 ribu pun boleh...tak mustahil...

duit-banyak_premium beautiful_financial freedom

Buktinya mentor a.k.a. CDM Kak Ana dan CDM Abg. Lan income setengah juta sebulan maintain...
Leader i CDM Hanis Haizi maintain income ratus ribu ringgit sebulan..


(4) PELUANG MELANCONG KE SERATA DUNIA PERCUMA

free travel_premium beautiful

Pada mereka yg minat melancong macam saya mmg seronok... kompeni bagi pakej melancong 3 kali setahun...negara seperti Eropah, Asia dan banyak lagi.... Siapa yg tak nak melancong free ??  Semua org nak kan?

So, macamana uolls? actually byk lagi perkara yg best-best tentang biz ni... Nak tau dengan lebih lanjut?? 

Email/ sms me okay...i boleh cerita dari A to Z..

 
019-6615447 / adibahkarimah@gmail.com

3 Jun 2012 , pilihanraya umum (PRU) 13 ?

 

image

Menurut Bloomberg , Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini.

Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi ?  Amanat tu .. Hak kita .. Inilah masa kita untuk bersuara .. Jangan dok bising kat kedai mamak je tapi bila suruh mengundi , malas atau bagi macam macam alasan.

Iskh …

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI