Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 18 Mac 2012

Konsert Pengenalan Mentor 6

 

image

 

Hurm .. Dah tengok persembahan mereka yg pertama ni .. Kenapa aku tengok ? Sbb nak tau gak camana ‘citarasa’  mentor mentor kali ni ..

Mula mula , maaf dipinta yer .. Aku bukan pakar muzik pon jadi apa yang aku dengar untuk konsert pengenalan Mentor 6 ni cumalah mengikut selera gegendang telinga aku ni je yer ..

image

Ana Syuhada Binti Noor Asram. Berumur 21 Tahun. Dilahirkan pada 29 oktober 1991. Berasal dari negeri Selangor Darul Ehsan. Hobi pada masa lapang ialah menulis cerpen, membaca dan mencipta melodi lagu. “

Komen aku : Ana berpeluang untuk juara kali ni . Apa yang dia perlu , tackle penonton untuk mengundi dia .. Bagaimana , tu kena tanya mentor .. hehe .. Jangan raih undi kesian dah la yer ..

 

image

Anas Bin Ridzuan. Berumur 23 Tahun. Dilahirkan pada 17 Januari 1989. Berasal dari negeri Perak. Hobi saya pada masa lapang adalah bermain futsal dan menyanyi. “

Komen aku : Elakkan buat konsert syok sendiri kerana anda perlukan undian dari sms jika nak menang.. Lainlah , tak kisah pon atau sekadar nak dapatkan pengalaman .. Tu ok.. Boleh buat ujikaji dengan rancangan Mentor ni. Suara , tiada keunikan.

 

image

Puteri Caroline. Berumur 20 Tahun. Dilahirkan pada 29 Mei 1992. Berasal dari negeri Kelantan.

Komen aku : Perlukan kelainan atau keunikkan kalau nak menang. Tak perlu la nak seksi yer .. Apa yang aku nampak pada konsert ni , cumalah STACY..

 

image

“Abdul Kadir Bin Haji Unding Lana lebih dikenali dengan nama singkatan KJ. Berumur 24 tahun. Dilahirkan pada 31 mac 1988. Berasal dari negeri Sabah.”

Komen aku : Baik jual suara dari tarian , buat masa ini .  Belum masa lagi nak tayang tarian tu . Kenapa ? Kena tau siapa penonton rancangan Mentor ni kerana merekalah yang akan mengundi anda..

 

image

Salwani Binti Sawi. Berumur 18 Tahun. Dilahirkan pada 3 Mac 1994. Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan.”

Komen aku : Suara ok tapi belum cukup power ..

 

image

Noor Nazatul Farahin Binti Mohd Hussin. Berumur 23 Tahun. Dilahirkan pada 17 Mei 1989. Berasal dari Bedong, Kedah.

Komen aku : Kalau minggu ni dah boleh mengundi , aku takkan mengundi zatul …

 

Maaf la yer .. ini sekadar komen aku yg tiada ilmu dalam bidang muzik tapi hanya melalui tontonan seimbas lalu saja .. Cuma apa yanga aku nampak untuk konsert pengenalan ni , protege-protege  yg ada ni , tak boleh ‘dijual’ jika mereka berterusan begini.. Yer , aku tau .. masih awal lagi .. tapi sepatutnya pengenalan perlulah membuatkan penonton berasa WOW dan inilah masa nak tackle penonton baru .. sayangnya , ramai yang hampa..

 

Ok .. pecahan mengikut kumpulan seperti biasa , dah dibuat ..

Kumpulan A : Ana ( Ramlah Ram ), Anas (Faizal Tahir) , Wani ( Ferhad)

 

Kumpulan B : Caroline ( Ella) , Zatul ( Ogy ) , Kj ( Adam )

 

Apakah aku akan menonton untuk konsert akan datang ? Hurm.. aku tak nampak aku nak sokoong sapa kali ni .. Jadi , tak terasa kehangatannya .. Dalam erti kata lain , tak tengok pon tak per .. Maaf la yer

“ Elakkan buat konsert syok sendiri ”

Perkara yg paling membosankan bila bab sekolah ialah ..

 

Ahaa .. Bila cuti sekolah , pasti ada yang gembira tak hengat punyaaa .. Kecuali mereka yg mmg sayangkan guru mereka dan juga awek atau boypreng mereka yang ada kat sekolah tu .. kan kan ? Hahah .. Tapi bila dengar sekolah nak mula , aaahhh … mula laa liat masing masing .. Kecuali mereka yang ada aktiviti menarik di sekolah .. kan kan ?

Ok .. segmen simple malam ni , kita nak tengok berapa ramai yang gemar ke sekolah dan kenapa ! Haaa .. cikgu cikgu boleh tengok dan kaji , mengapa dan mengapa dan bagaimana nak hadirkan rasa minat pada murid terhadap persekolahan ..

Maaf yer , segmen ni dah ditutup yer .. Tolong jangan antar dah ..Letak header blog Ben Ashaari.com

Cerita mereka mengenai persekolah ini …

  1. http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/03/bila-ben-ashaari-tanya-aku.html

TERIMA KASIH .

Prihatin benar rakyat kita yer ..

 

image

KEMALANGAN di Kilometer 185.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Hentian Sebelah Nilai menghala ke selatan mengakibatkan kesesakan teruk apabila sebuah lori yang sarat muatan kayu terbalik pagi tadi. –Bharian

 

Malam semalam, sewaktu aku pulang dari Cheras .. dalam jam 12 lebih tengah malam , ada satu kemalangan melibatkan satu lori tangki minyak tapi tak la sampai lori tu terbakar namun , apa yang menariknya ialah , kesesakkan lalu lintas hampir sepanjang 1km la jugak ..

Kenapa ? Yang pastinya , mereka memperlahankan kenderaan dan melihat kemalangan tersebut !  Masalahanya , lorong yang tak terlibat pon , sibuk laaaaa pemandu nak tengok apa yang berlaku malah siap ada yang berenti tepi jalan nak tonton seolah kemalangan tersebut mengisi masa lapang mereka waktu tu ..

Kalau polis takde , lain la kan .. mungkin mereka nak tolong .Tapi pihak polis pon dah ada .. Jadi nape diorang beria berenti dan tengok ? Tertanya la jugak aku .. Prihatin benar eh.

Seperti dalam gambar di atas .. cuba laaa bayangkan kesesakkan lalulintas yang berlaku pada waktu tu .. Pergh … nazak weh nak tunggu clear nih ..

Dah tua pon masih giler ??

 

image

Tu dia .. tak sangka abang aku masih follow komik PAHLAWAN NAGA KEMBAR ni ! Dulu aku ikut gak tapi sejak kawin ni , takde dah .. Malas nak buang duit walaupun puashati .. haha ..

Dulu , aku gila baca komik Pendekar Laut dan Wira Tunggal hinggakan aku miliki email yg pertama bergelar SRILAYANG@YAHOO.COM dan SRILAYANG@GMAIL.COM .. tapi dah tak ingat password tu .. huhu .. Skang ni dah jadi beratus punya SRILAYANG dah .. huhu.. rugi woo ..

Id aku dulu .. SRILAYANG atau PAIWUNAN .. Ahaks .. Gila komik tul aku.. Nasib baik skang , gila blogging jer .. huhu .. Berbaloi la gak sehingga aku tak payah susah dah g kerja.. Kerja je dalam rumah.. senang … hehe ..

Kecewa lagi aku ..

 

image

Pasukan hoki negara tak layak ke Olimpik , sekali lagi .. Adeh .. Kecewa , kecewa … Yang ada cuma badminton jer dan beberapa lagi acara sukan yang mana , nak dapat pingat tu agak sukar ..

Tapi tak pe la.. dah tak de rezeki .. Terima je la.. Tunggu dan terus tunggu .. Gitu je la … huhu ..

Duit sapa ni ?

 

image

Terjumpa duit ? Sapa punya ni ?? Ada yang akan kata , ni rezeki kita .. Dah takde orang kat sini , maka amik simpan laa .. Dan ada yg jawab , bagi je kat pihak berkuasa . Nanti ada la yg tuntut. Tapi kalau takat RM1 , 5 , 10 .. takkan nak bagi gak ?

Nak lagi best , sedekah je kat masjid .. Ahaa .. Tu aku tak berani nak komen .. Tapi ada yg kata , biar je la kat situ .. mana tau si dia yg hilang tu mmg perlukan duit tu untuk tambang balik rumah atau sebagainya , boleh dia jumpa balik duit dia tu kan ?

Ada yang tak kisah langsung .. Baginya , tu rezeki dia sbb dah depan mata .. Heheh .. Yeker ??  benarkah kalau dah itu rezeki kita walaupun kita tau itu bukan hak kita , kita tetap mengambilnya ?

Terasa tak diraikan bila dah berenti kerja atau tukar kerja ?

 

Hahaha .. aku terdengar tadi keluhan rasa seorang pemanggil di SinarFM yg mana dia memberitahu pada Dj , dia cerita kawan dia kecik hati dengan bekas majikan syarikat tempat kereka bekerja . Kerja dah berpuluh tahun tapi bila bersara , takda langsung laa majlis perpisahan untuknya sedangkan bila mereka yang berpangkat tu sekadar bertukar cawangan , siap buat majlis perpisahan ..

Alahai.. kecik hati ke ? Lumrah tu bang .. Mmg bab bab gini , mereka yg berpangkat je selalu dapat perhatian . Yang kecik kecik ni , macam tak pernah menyumbang langsung pada syarikat sedangkan ada yang setia bertahun tahun hingga sanggup menolak peluang kerja di tempat lain.

Aku pon rasa banyak kali dah rasa gini .. Maklumlah , kita ni sekadar tukang bantu mereka yg tetap kat sana .. Gitulah nasib mereka yang bekerja kontrak di sektor awam . Sekadar membantu mereka saja yg sibuk sangat dengan kerja mereka dari awal pagi hingga petang sehinggakan nak g lunch pon tak sempat mereka .. kan kan ?

Terasa ? Tidak laa .. hakikat yang perlu aku terima . Kalau lebih lebih kang , ada yang kata sapa tak suruh cari kerja lain kan ? Aku nak je jawab tapi tak pe la .. Aku rasa mereka pon tau apa mereka buat kat opis dari masuk kerja hingga tamat kerja. Nanti akhirat  , jawab je kat Allah .. kan kan ?

Best pe kerja kerajaan ni. Walaupun bukan semua gitu tapi mereka yang segelintir inilah mencacatkan reputasi penjawat awam yang lain .  Nak buang mereka yang pemalas , kaki ponteng atau takat datang punch pastu hilang ni , bukan mudah ! Banyak prosedur yang nak kena ikut .

Jadi , rasa rasa nak selamat ..  isi borang SPA segera ..  Jangan terasa yer .. hakikat yg kita sama sama tau .. Tak perlu nak marah . Sekali lagi , bukan semua tapi mereka inilah virus yg patut kena buang untuk membersihkan nama baik penjawat awam.

Rezeki masing masing ? Rezeki , rezeki gak .. tapi sendiri mau faham la kan ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI