Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 20 Mac 2012

Asal sakit hati , sihir ! Asal sihir , mesti sakit hati !

 

Rasanya kalau filem melayu bab sihir atau ilmu hitam ni , banyak dah main kat panggung .. Niat mereka nak didik penonton jadi bermain ilmu hitam atau sihir .. Tak pon , kat tv lagi banyak drama gini .. Apakah ianya memberi kesan ? Aku rasa .. tak pon malah bagi idea lagi kat mereka yg senantiasa berhati busuk ini utk buat langkah seterusnya jika berdengki dengan orang lain .

Salah seorang pakcik aku, jadi mangsa . Apa punca pon tak tau la .. Kot yer bengang sekali pon , takkan sampai nak gadai syurga kot ?? Memang la syurga neraka ni kita tak leh nak tentu tapi jangan lupa syarat syarat nak masuk syurga ni haa ..

Teruk gak la pakcik aku tu .. Berubat merata tempat .. Dan akhirnya , dia dimasukkan hospital malam tadi .. Hurm .. Tak tau lagi apa ceritanya . Aku nak ke sana , tak boleh lagi sbb wife dah sarat sangat ni . Takde orang nak jaga dia ..

Pelik la orang kita ni . Walaupun tau apa hukumnya buat menda menda gini , mereka tak kisah langsung ! Yang penting , puashati ! Puashati jer ??? Tu je ??? PUASHATI  ??? Sapa yang puashati sebenarnya ? Kita atau syaitan ?

Berpesta syaitan dan iblis sbb dapat kawan baru ..

10 blog baru Rakan Blogger

 

Ahaa … 10 lagi blog malam ini .. Asal malam je , mesti promote blog rakan rakan lain kan ? Hehe .. Tak pe la.. Tolong kawan kawan .. mana tau nanti  , aku pulak yg perlukan pertolongan dari rakan rakan.. kan kan ?

Jom layan blog mereka ..

 

Luv to Share all the info about being a girl, student, daughter, friend and sister.Would love to share everything, every single thing! AND don't ever, never ever, ever, everr said that i'm arrogant, sombong, berlagak, kerek, coz u dont know me n i dont know u so just shutup! Don't ever2 never ever judge a book by its cover before you go all tru the details of its content YET! Peace yaww. . .

Blog : ZyraRoxx

 

5 weird students that pretty much NOOBS.

Blog : TITAS

 

Taman untukku meluahkan & berkongsi rahsia hati,suka,duka,tangis & ketawa sebagai seorang isteri,ibu,anak & insan yang pernah menjadi seorang ibu tunggal...

Blog :  ~Taman Persinggahan Kayangan~

 

Kami antara peminat Pinggan Mangkuk Lama...yang terbaik bagi daku dan suami adalah si Bunga Kangkung.Daku juga suka memasak, jadi di sini macam2 cerita yang akan dikongsikan.Kepada mereka yang diluar sana yang mempunyai minat yang sama kongsi-kongsikanlah cerita dan koleksi anda.SALAM

Blog : SetiaKekalAbadi *SKA*

 

Diberi nama Siti Yuhana Bt. Md Yusof... me lahir d H.Q.E.K.K, Sabah... 29 jun 94 ialah tarikh brtuah q... seorang yg open minded n sporting.... hehe.. etu lh saya...

Blog :  ஐ Yuhana Shiraen ஐ

 

Nama Noor Hamizah bt Abu Bakar, lahir pada bulan November 1987 di Hospital Besar Alor SetaQ negeri Jelapang Padi. Masih lagi menuntut ilmu di sebuah IPTA ~..::..::..~ -:.Insan yang memerlukan bimbingan dari sesiapa yang sudi memberi bimbingan.:-

Blog : *Setitis Tinta*

 

Nabila Nurfarhana Bte Nordin ... 19 Tahun

Blog : ❤ Nabila Nordin ❤

 

Loyalty & Integrity

Blog : SANTAI

 

this blog is just about the mess of me..hahaha..my name is Muhammad Zaid Bin Zainol..my friends call me benn..so just call me benn..!!

Blog : BuzZ out LoUd

 

Hello people.I am 18. I love to read comics and sleep late.

Blog : ! Oh.My.Darling !

 

TERIMA KASIH ..

20 minit pertama , sangat membosankan !

 

 

image

Lama giler tak tengok berita kat tv .. Kalau bukak , takde cerita lain .. Akhirnya , tutup .. dan bukak laptop .. terus cari movie yg best untuk didownload ..

Nak tau perkembangan semasa , tengok je kat akhbar online.. Tah la .. aku pon dah tak tau ketulusan berita zaman ni .. Kalau aku tak tau hakikat sebenar dunia politik Malaysia ni , mungkin aku akan angguk je layan berita  tu .. Tapi bila tau hakikatnya , hurmm .. letih dah nak layan .

Tunggu PRU je la .. Mungkin pastu berita kembali ok kot ?

Banyak giler masa aku !

 

image

Yeargh .. lama tak lentikkan masa .. eh , bulu mata .. Yelah , asik tengok awek awek dunia maya ni je dok melentikkan mata cam bulu burung unta dah .. aku pun nak gak …

Pastu nak try guna contact lens warna pink gitu .. Ada la serupa cam vampire gitu .. auww .. Pastu pakai eye liner .. kasi ala ala mata bulat gitu .. Pergh…

Tapi , tak yah laaa .. biarlah bab bersolek ni perempuan je yang buat. Lelaki , tak perlu beria la nak mekap mekap gini laa.. Jadi maskulin je dah .. kan kan ? Maskulin tak semestinya berketul ketul tapi biar nampak segak dan mantap.. tak gitu ?

Makan tengahari yang menjimatkan. Sah leh nikah lagi !

 

image

Dulu arr .. aku nak kawin arr .. tanpa pinjam kat bank arr .. dengan cara jimat gini laa.. Ari ari roti ! Sampai roti pon nak muak tengok muka aku .. haha … Tak kisah laa .. janji dapat nikah tanpa hutang okeh ! Cash lagi wooo .. Hahahah . riakkkkkk .. dosa ben ! Yelah.. Astagfirullah al’azim..

Tapi kenyang makan gini , sekejap je.. Nanti lapar balik.. Bila lapar , makan la buah .. Kalau lapar lagi , makan je apa yang ada kat dapur tuu .. Hehehe ..

Ok .. setelah kenyang .. g gym pulaaa ..  Jumpa di sanaaa … Lupa lak.. berpinar mata tengok senarai url yg join bloglist tadi .. huhu .. Kalau ari ari buat , mau buta mata ..

Dah join pon mereka .. Segmen ditutup !

 

Bloglist ni hanya kekal sehingga hujung bulan APRIL 2012 dan kemudian akan diremove , yer .. Jadi , bijak bijak la curi peluang dengan kerap update dengan entri dan tajuk yg best !

Jadi kenapa sampai bulan APRIL saja ? Sebabnya peluang akan diberi pada blogger baru yg lain lak .. Adil la kan ? Sementara ada tu dalam bloglist tu  , pandai pandai laa amik peluang..

Ok .. aku terpaksa tutup sbb ramai sangat dah antar penyertaan .. Kang terlampau penuh , berat lak blog aku ni .. Maka yang dah hantar tu , terima kasih la yer.. Yang tak sempat , tunggu lagi nanti..

Dan , yg tersenarai tu .. update cerita best best !

image

Bila sendiri bos , sendiri kuli , sendiri cari gaji !

 

image

Rileks ? Santai ? Goyang kaki ?  Tiada tekanan ? Tak perlu tunggu bos maki , jadi maki diri sendiri ? Tiada risau rasuah ? Dan banyak lagi laaa bila bekerja sendiri ni haaa ..

Tak gak sebenarnya .. Apa yang mereka rasa macam lagi senang tu , sebenarnya tidak .. Malah lagi teruk ada laa.. Cam aku ni , sementara nak mantap .. kena la berusaha dengan lebih tekun dan bijak. Pantas mencuri peluang dan mencari peluang !

Tak kira la keje sendiri atau keje dgn orang , yg penting ialah kejujuran tu haa .. Kalau keje sendiri pon tak leh jujur dengan masa , tanggungjawab maka mmg jawabnya hancur gak la..

Satu lagi , minat perlu ada .. Kalau takde minat , carilah kerja yang ada sesuai dengan minat anda .

Katakan TIDAK pada .. TIDAAAKK !!!

 

Ahaa … lemak ? Alaa .. susah woo nak buang makanan tanpa lemak ni.. Rata-rata makanan kat Malaysia ni , mmg banyak lemak . Bila tengok yg terhidang .. terliur .. Bila terbau jiran masak , terliur .. Tengok kat tv , terliur .. Tengok member post kat Facebook , terliur ..

Macam gambar kat bawah ni kan ? Semalam dah melantak setengah ekor ayam kat Kenny Rogers. Kalau dulu , sekor confirm lepas. Skang ni setengah pon susah dah sebab aku dah mula buat senaman tang perut .. Hehe.. Kata mau kasi mantap .. huhu ..

image

Malamnya , aku mintak wife buatkan sayur je ..

image

Seronok kan ada isteri halal ni .. Mintak je apa nak mintak .. Kalau tak reti nak masak , tu aku tak leh nak kata apa la .. Ada suami tak kisah .. Dalam tak kisah tu , terkilan pasti ada .. Maklumlah , nak rasa air tangan isteri tercinta. Takkan nak rasa air tangan maid atau nun tukang masak kat kedai je memanjang kan ?

Makanan berlemak ni , mmg sedap .. Serius.. Aku sendiri pon tak dapat lari la .. Tapi aku buat rutin .. Hari Isnin sampai Jumaat , aku tak makan menda menda gitu ( selagi boleh ! ) dan sabtu ahad tu , aku makan apa saja tapi dalam kadar tertentu gak la .. Melainkan kalau wife dah masak sedap sedap belaka atau mak aku masak mahupun bila aku balik Kelantan .. mak mertua masak sodaapp punya ..

Bila takde lemak terutama kat perut ni , solat pon selesa giler .. Tak de nak rasa mengah .. Aku cakap pasal diri aku yer.. Jangan lak ada yang terasa .. Alhamdulillah , skang pakai seluar pon  sedap jer ..

Penjagaan kesihatan amatlah perlu terutama bila umur dah melebihi 30 tahun. Aku sendiri pon nak kena g buat full medical check up ni .. Entah bila pon tak tau .. nanti g buat ngan baby sekali laa.. hahaha ..

Sat .. apa kes artis kita nak pakai cermin kereta gelap ??

 

Hahaha .. isu lama tapi bila terbaca kat satu artikal akhba online tu , mmg aku teringat kembali saat saat aku gelak mengekek ngekek tu haa.. Camana laaa boleh terfikir menda gitu !

Kalaulah artis dapat lesen besar untuk pakai cermin gelap sebab dia tu artis maka camana la pulak dengan retis dunia maya ni ?? Lagi banyak gak kes wooo .. Terutama stalker di jalanan .. Hahahha .. Tau tau je , ada orang amik gambar dan buat isu dalam blog , FB mahupun terus je di tweet ??

Kalau artis , retis nak gak lesen bercermin gelap , camana pulak mereka yang berkhidmat dalam agensi penguatkuasaan ni ? Maklumlah , mereka kan ramai musuh .. Haaa.. mereka pon nak gak kan ?

Haa.. sapa nak lagi ? Hahaha .. Adoi .. Artis Malaysia ni , suka benar wat lawak .. Kot yer pon , melawak dalam filem / drama dah la.. Toksah buat lawak kat luar .. Bikin senak perut je nanti dok bantai ketawa ..

Baru-baru ni , selisih dengan Hattan .. Rileks je aku walaupun aku minat lagu lagu dia .. Dia pon cool je .. Tak de nak pakai spek hitam untuk coverline .. Hehehe ..

Ada yang perasan dah taraf Hollywood ke ? Ke dah menang Academy Award ?

Denda RM500 jika orang Islam tidak menutup aurat di Kelantan ?

 

Ahaaa .. Aku rasa ramai tak tau pasal ni kan ? Aku pon baru tau gak ni .. Tu pon dari isu yg aku baca di akhbar online Sinarharian yg mana ada pengomen mempertikaikan pasal denda tidak menutup aurat ni ..

Kompaun boleh dikenakan pada kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987). “.

Disini aku keliru dan aku pasti ramai gak keliru ni  .. Kalau dibaca dari artikal tu ( rujuk sini ), apakah kompaun dikeluarkan hanya buat peniaga yg tidak menutup aurat ?  Sebabnya , dia dkenakan kompaun atas akta  undang undang kecil tred perniagaan dan perindustrian. Yang lain camana ?

Dan , bila aku baca di artikal ini pulak ( rujuk sini ) , mereka yang  tidak menutup aurat cuma diberikan kaunseling saja .. Hurmm .. kenapa tiada denda ? Apakah itu cuma satu amaran  terlebih dahulu ?

Terdapat kekeliruan disini . Ini membuatkan pelancong dalam negara jadi takut bila nk melancong ke Kelantan .. Maklumlah , ada yang takut didenda dari berdosa dengan Allah .. kan ?

Bagi aku , denda pon ok dah tu .. Tapi kalau nak bagi amaran pon cantik gak .. Buat satu pangkalan data , dan rekodkan terus samada mereka ini pernah diberi kaunseling terlebih dahulu atau tidak. Kalau dah , barulah saman dikeluarkan.. Buat satu Malaysia !

Nanti ada la yang cakap .. “ Nak tutup aurat , biarlah kerana Allah .. bukan kerana orang lain “ .. maka aku rasa bolehlah baca artikal ni , Bertudung ? Belum sampai seru lagi ..

Untuk aku , keluarga aku dan mereka yang mengenali aku juga ..

Makin ramai manusia berhati binatang..

 

Segalanya kerana nafsu ! Duit ?? Batin ??? Hasad ??? Sebut apa saja yg melibatkan nafsu , manusia jadi lupa diri ! Kesannya , ada manusia lain yg menjadi mangsanya nanti !

Semalam , ada kes remaja umur 15 tahun diculik secara terang-terangan di Kuantan ! Dan ada seorang gadis berusia 14 tahun yang hilang baru baru ini , ditemui di Bangkok dipercayai diculik oleh sindiket pelacuran antarabangsa setelah berjaya melarikan diri ..

Ahh .. tergaru-garu kepala ! Apa ni ??? Semakin berani buat kerja culik menculik ni tanpa rasa sedikit bersalah pon ! Ni gara-gara lelaki hidung belang la ni ! Selagi ada permintaan , selagi itulah berlakunya kes culik wanita mahupun penipuan terhadap wanita ..

Itu baru kes culik .. Ni ada kes satu keluarga hidup dalam ketakutan selepas dua lelaki yang dikenali cuba membakar rumah mereka dengan membaling molotov koktel yg dipercayai berpunca dari perbuatan dendam seorang daripada lelaki terbabit selepas bercerai dengan adik mangsa sejak dua bulan lalu..

Ada banyak lagi kes kes gini , setiap hari ! Tu tak masuk lagi mereka yg jumpa bomoh … Sampai ada dah tak ingat dosa pahala dan tak kisah dah nak masuk neraka , asalkan hati PUAS !!!

Yearghh .. selagi tak puas , selagi tu ikutkan kata SYAITAN !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI