Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 22 Mac 2012

Belajar bersangka baik ..

 

image

Gambar yang aku perolehi di Facebook

 

Tengok je.. Jangan fikir apa apa.. Terlalu banyak kemungkinan yang ada .. Kenapa aku update lak entri pasal ni ??? Tujuannya mudah saja ..

BELAJAR BERSANGKA BAIK .. PERSOALANNYA , MAMPUKAH KITA BERFIKIRAN BEGITU  ?

Bersangka baik bila tengok gambar ni .. Mungkin dia sedang tukar duit ? Atau jumpa kawan dia yang kerja di sini ? Haa.. Jangan fikir bukan bukan yer ..

Susah kan ? Istighfar banyak banyak dan baca je entri lain .. Kan mudah tu ..

Merosakkan diri di Penang Village , Alamanda ..

Rosak diet !! Tak tahan tgk ABC ngan durian cendol neh kat Penang Village , Alamanda ni ..


Sedap ? Bagi aku , 3/5 bintang .. Kira masuk dengan tekak aku laa .. Layanan pon mmg ok la ..


Harga ? Ok jer jer .. Takde la sampai aku kena basuh pinggan kat dapur tu haa .. hehe ..


Diet ? Esok la pulak .. Bukan slalu pon .. Er , yeker ? Smlm dah KFC ?? Haha.. Takpe .. janji ada dr takde langsung kan ?,


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jual rambut RM17,000

 

image

Seorang gadis yang hidup di kawasan setinggan di Rio de Janeiro sanggup membelanjakan RM2,000 setahun untuk membeli syampu bagi merawat rambutnya yang tidak pernah dipotong sejak lahir.

Natasha Moraes de Andrade juga menghabiskan masa satu setengah jam sehari untuk menyikat rambutnya.

Ia adalah antara pelbagai kerumitan dilalui Natasha, 12, yang menguruskan rambutnya sepanjang 157.6 sentimeter, atau 2.5 sentimeter lebih pendek berbanding ketinggian fizikalnya.

image

Media semalam melaporkan, Natasha perlu menjinjing rambutnya jika bergerak ke mana-mana, selain kipas angin di rumahnya tidak boleh dipasang bagi mengelakkan ia kusut.

Kini, Natasha berharap rambut itu membawa laba apabila dia bercadang untuk menjualnya pada harga kira-kira RM17,100.

Kata Natasha, dia sedih apabila rambut itu akhirnya dipotong walaupun dia mengaku berdepan pelbagai kesukaran menjaganya dan hidup terbatas.

Jika berjaya, wang jualan rambut itu akan digunakan Natasha untuk menghias bilik tidurnya.

Sementara itu, ibu Natasha, Catarina, 42, berkata kadang-kadang anaknya itu seperti hidup dalam penjara.

Katanya, Natasha selalu membandingkan dirinya dengan watak cerita rakyat zaman silam, Rapunzel.

Mengikut rekod dunia Guinness, wanita China, Xie Qiuping, menjadi pemilik rambut terpanjang dengan ukuran 5.6 meter. – TS ( Hmetro )

Antara penyakit rakyat Malaysia termasuk aku ..

 

 

 

IMAG2054

Pihak bertanggugjawab dah sediakan tempat letak kereta bertutup di dalam bangunan dan terbuka di luar untuk kemudahan kakitangan mahupun pelawat. Alhamdulillah ..

IMAG2055

Tapi mengapa masih ada yg berminat nak meletakkan kenderaan mereka di tempat yang tak sepatutnya ? Dari 4 lorong ni , tinggal 2. Dan satu lorong lagi ni , akan ada kereta berhenti untuk menurunkan orang..

Menariknya , ada jugak yang menentang arus semata-mata untuk parking sebelah sini dan malas untuk buat u-turn ! Apa yg berlaku sebenarnya mampu mengakibatkan kemalangan jika tidak berhati-hati.

Kalau kena saman , marah ! Kalau berlaku kemalangan , marah ! Tapi sendiri punya silap , kasi buta mata .. Apa cerita ? Kasi cerita sikit ! Suruh berjalan sedikit pon malas .. haih…

Semakin ramai yang sakit jiwa di internet !

 

image

Kenapa ? Haa .. Mereka yang pernah mengalaminya pasti tau apa maksud aku ni . Paling banyak , kes kes buli di laman sosial .. Mmg banyak giler laa .

Antaranya , penggunaan gambar orang lain pada akaun laman sosialnya sendiri. Kemudian dengan mengunakan gambar tu , dia wat keje gila dia ..

Kesannya ? Pemilik asal gambar tu pasti akan bermasalah ! Kalau tak bernasib baik , jadi kes polis .. Kalau tak , akan jadi isu lain lak .. Haih..

Mereka yang buat kerja begini , serius tak fikirkan orang lain .Mereka ketawa dan bergembira terhadap perbuatan mereka itu seolah olah tidak percaya pada Allah .

Maksudnya ? Berdosa laaaa .. Camana nanti nak mintak maaf nanti ? Buat kerja , fikir la baik buruk dulu .. Jangan main sebat jer ..

Tu baru satu contoh.. Contoh contoh lain ? Aku tau korang pon tau kan ?

Jangan perbodohkan diri anda kerana CINTA !

 

Cinta antara manusia ni , sepatutnya membawa ke syurga Allah dan bukannya syurga khayalan minda manusia yang pastu ilang tak sampai 5 minit punya .. Aiyoo ..

Kebelakangan ini , ramai anak gadis berstatus dara ,  mudah tertipu dengan tipu daya lelaki yang bersahabatkan syaitan ni .. Sekolah tak abis lagi , dah pandai cerita pasal anak no 4 .. Tu pon plan nak no 5 .. Aiyoo .. Apa celita ini ???? Ini bukan hantu dalam botol tapi ini hantu kacang buncis punya lhooo …

Adik adik dan kawan kawan .. Kita hidup di atas muka bumi Allah ni ,sekali jeeer . Kalau bernasib baik , dapat la merasa dua kali .. Tu pon selepas mati hidup semula.. Confirm insaf punya pastu .. Maka , janganlah rosakkan semata mata cinta yg mengarut tu haa ..

Cuba fikir eh .. Korang dengan sekolah tak abis.. Kalau abis pon , dengan SPM yang gagal sbb malas nak belajar dan plan nak beranak pinak ramai ramai .. Pastu nak nganga kat rumah je ? Nak makan pe ? Kalau laki yg bawak lari tu bergaji besar dan boleh sara hidup anak beranak tanpa perlu buat overtime tu , tak pe la gak . Ni duit rokok dia pon , kena mintak advanced dari bos .. haa.. Camana ?

Aku bukan menidakkan mana mana lelaki atau perempuan. Cuma , kalau masih belajar tu , yang lelaki pon jangan la gatal g ngorat ! Budak bawah umur tu .. Kang tak pasal pasal kena sebat .. Yang perempuan pon , alahai .. miang sangat ke ? Kalau orang tua dulu dulu kata .. tak abis sunat kot ??  Hahahha .. Jangan maraah aaa.. Nampak lucah tapi itulah kenyataan orang dulu dulu yang kita pandang remeh namun hakikatnya kita nampak apa yang dah berlaku sekarang ini .

Teringat kembali cerita orang dulu dulu yang mana banyak menitik beratkan anak dara mereka dengan cerita cerita mengarut tapi ada maksud tersendiri ..

Dan ada kes terbaru di Kuantan , sorang lagi budak remaja perempuan ilang ..  Ilang atau lari , wallahualam.. Gerakan mencari dia , sedang giat dilakukan .. Diorang yg lari ni , ingat nak duduk dalam hutan ke ? Dalam hutan pon ada spy laaa ..

Seorang lagi pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran, pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang rakannya pada Isnin lepas di Jerantut.

"Pihak polis telah menerima laporan kehilangan pelajar itu daripada keluarganya dan polis akan mengedarkan gambar Nornabila bagi mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mencarinya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis dialog usaha memerangi jenayah bersama penduduk Taman Tas, dekat sini, malam Rabu. “ – MStar ..

 

Pasni jangan kasi anak dara keluar malam dah ! Dugaan untuk ibu bapa dan anak mereka.. Maka , kita sama sama cari jalan keluar bukan cari salah sapa sapa  ..

Jom UNFOLLOW Twitter dan Facebook Perdana Menteri kita !!

 

 

image

 

Pengikut Twitter dan Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ke 500,000 dan ke satu juta berpeluang bertemu dan minum petang bersama beliau pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

 

Hahaha .. Amacam ? Ada sapa sapa berminat ? Hahaha .. tidaklah aku yer .. Bukan tak sudi atau anti  kerajaan tapi tak mengapalah .. Macam menang loteri pulak .. huhu ..

Kenapa nak kena UNFOLLOW ??? Alahai .. tu pon nak kena bagitau ke ?? Tunggu sampai ke 499,999 dan 999,999 laaa .. aiyaakk .. tu laa.. makan semut  lebih ..

Mereka yang cemerlang dalam SPM 2011 ..

 

Tahniah buat mereka yang lulus dan buat mereka yang tidak bernasib baik , jangan risau … Ini Malaysia.. banyak pusat pengajian tinggi swasta ada .. Jika berminat nak belajar , bagitau je mak ayah. Tak mampu , pasti ada jalannya ..

image

image

image

image

image

 

TERENGGANU , terus mengekalkan momentum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang selama empat tahun berturut-turut.Gred Purata Negeri (GPN) SPM 2011 negeri itu meningkat kepada 4.92 peratus berbanding 5.03 peratus pada 2010.

KUALA LUMPUR , seramai 41 calon mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 25 calon pada 2010, dan dua daripada 55 calon istimewa mendapat keputusan cemerlang dengan masing-masing mendapat 4A+, 2A dan 3A- (calon rabun), dan 3A+, 4A, 2A- (calon kecacatan lain). Sebanyak 1,002 calon tahun lalu memperoleh gred cemerlang (A+,A, A-) berbanding 792 calon pada 2010.

PULAU PINANG, seramai 57 calon mendapat gred terbaik A+ bagi semua mata pelajaran berbanding 25 pelajar pada tahun 2010, Seramai 850 calon tahun lalu berjaya memperoleh gred cemerlang (A dan A-) berbanding 819 pada 2010. Seramai 18,914 calon dari 21,383 calon yang hadir menduduki peperiksaan SPM 2011 layak mendapat sijil.

NEGERI SEMBILAN, seramai 755 calon di negeri itu cemerlang apabila memperoleh A+, A, A-, berbanding 620 orang pada tahun 2010, dengan 40 pelajar sekolah kerajaan mendapat pangkat A+ dalam semua pelajaran yang diambil. Berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) , Negeri Sembilan menduduki tempat keempat di peringkat kebangsaan.

PERAK, seramai 1,064 calon negeri ini memperoleh gred cemerlang dan daripada jumlah itu 42 pelajar mendapat gred cemerlang tertinggi. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh muncul sekolah terbaik negeri apabila mencatat kelulusan 100 peratus dengan enam pelajarnya mendapat keputusan 9A+. Sebanyak 37 sekolah di negeri ini mencatat kelulusan 100 peratus.

KELANTAN , seramai 18 calon dari sembilan sekolah memperoleh A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil berbanding enam pelajar pada 2010, manakala 358 pelajar mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diduduki, meningkat 80 calon berbanding 278 orang pada tahun 2010. Seramai 36,315 calon menduduki SPM di negeri ini tahun lalu.

Sumber – SINAHARIAN , BERITA HARIAN dan BERNAMA

Jangan taksub sangat dengan artis ..

 

Bila aku baca komen komen yang terdapat di satu video klip  Awan Nano yang entah sapa upload di youtube , aku jadi kesian kat diorang. Ada yg memberi komen yg bijak dan malangnya ada yang ketara nampak sangat la cam penyokong fanatik sebuah pasukan bolasepak yg tak puashati pasukannya kalah dengan pasukan yg bertaraf underdog .

Dan boleh jangka la spesis mana yang tak puashati ni haa .. Aku rasa sekolah pon tak abis lagi tapi dah pandai maki hamun dan hakimi orang lain. Tolonglah skit .. Abiskan belajar , cari kerja dan nikmati kehidupan ini. Tak perlu nak taksub atau fanatik sangat laaa dengan perkara yg tak menjanjikan apa apa langsung.

Teringat nun budak budak perempuan di zaman aku tu.. Buku , fail mereka penuh dengan poster muka muka artis lelaki mahupun perempuan yg mereka tampal dan mereka bangga gile mengusungnya walaupun berdiri dalam bas mini . Sekarang apa jadi ? Kalau mereka fikir semula apa mereka buat tu , tentu jadi segan punya ! Nasib baik anak mereka tak tau .. Kalau ada blog dah zaman tu , pasti anak mereka boleh lihat betapa taksubnya mak mereka waktu tu. Lelaki , tak setaksub itu lagi , waktu tu.. seingat aku la.. hehe..Jgn marah …

Hakikat .. Belajar terima hakikat. Kalau boleh menjerit artis pujaan tu menang , belajar terima hakikat juga yg dia boleh kalah. Janganlah ingat menang award kat anugerah antarabangsa tu dah cukup gah untuk menang dalam negara .. Yang jadi juri/hakim tu , dah pegang mikrofon sebelum ‘awak’ pegang botol susu tu lagi haa ! Jadi jangan sedap je mengkritik orang dengan memaki hamun.

Dan seperkara lagi , camanana pon kita di Malaysia ini masih mengutamakan tengkolok dari topi koboi … Kat luar , ceritanya lain .. dalam ni , sendiri mau ingat ..

Aku ? Mana yang sedap dan beri impak yang baik pada pendengar, itu yang aku sokong. Yang mengarut tu , maaf la ..

Aku tensen ngan orang tua aku !!

 

Bagus giler budak skang ni.. Asal tensen je , g cari bf/gf dia.. Luahkan la perasaan kat situ . Gamaknya dia terlupa kot dia membesar pakai susu apa ? Kalau tak susu ibu , sendiri mau ingat ..

Bila dah tensen gini , terasa la diri tu matang sangat sampai buat keputusan yg sangatlah menyusahkan rakyat Malaysia dan persatuan blogger blogger mahupun laman sosial sedunia ! Haihhh .. Penat je buat entri pasal kehilangan tu ! Nasib baik la aku buat pasal dia cuma sebaris je sbb rasa cam tah hapa hapa pon ada ..

 

Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami. “ – SinarHarian

 

Nak kata apa dah ?? Yang satu serupa takde akal .. Yang sorang lagi macam hilang akal .. Apa tak pikir ker camana perasaan orang tua bila disangka anak kena culik ?

Ni la.. Umur baru setahun jagung , terasa dah boleh sara diri sendiri ! Huh .. Dia ingat luar sana tu , taman asuhan kanak kanak ke ? Tak tau zaman ni zaman dinasour !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI