Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 23 Mac 2012

Teringin cari kenalan blogger di luar negara ?

 

Ahaaa… yeah.. dari pelbagai pelusuk dunia. Kalau buat segmen , pasti lagi ramai tapi dengan cara ni , aku dapat kenal sapa silent reader aku belah malam buta .. hehehe .. Nampaknya ramai gak yang berada di luar sana yang sudi baca blog aku ni ..

Korang tak nak berkenalan dengan mereka ? Mana tau mereka terpikat dengan blog korang .. haa.. tak pasal pasal jadi kawan rapat .. Sapa tau kan ? huhu ..

Ok , jom g tengok blog mereka ..

Terima kasih ..

Sakit jiwa dengan mereka yang pentingkan diri !

 

image

Belah kiri tu , korang leh nampak ada Pasar Tani atau Pasar Malam Putrajaya . Selebihnya tu , korang leh nampak kereta parking kat situ yang mana sepatutnya tak boleh langsung parking di situ !!! ARghhhhhhhh .. Tensen ! Walaupun tak menyebabkan kesesakkan lalulintas yg teruk , tapi boleh mengundang kecelakaan sebab pemandu kena alert berkali ganda sebab orang melintas kat situ atau kereta tetiba berenti mendadak.

Kita yang memandu kat situ , dah menjarakkan kereta kita dengan yang berada di depan tapi tetiba ada kereta celah dan tak pasal pasal rapat dengan dia lak ! Camana tu ?

image

Bersepah !Mereka parking ikut suka diorang jer ! Bila ada penguatkuasa , tau pulak takut !! Tak ke diorang sedar yg diorang membahayakan nyawa pengguna jalanraya yang lain ??

Tempat parking dah disediakan .. Ada banyak . Cuma perlu jalan sedikit jer .. Kenapa perlu pentingkan diri sendiri ? Teruk sangat ke kena berjalan ? Tapi bila bab membeli ,  tak hengat punya borong .. termasuk aku tapi aku parking di tempat yang disediakan okeh ! Wife aku yang dah sarat mengandung pon , jalan kaki kerana tak nak menyusahkan orang lain . Yang diorang ni nape ? OKU ? Ramai gak eh ?

Tu belum masuk part yang suka masuk lorong dengan tiba-tiba sedangkan dia berada nun di lorong tengah tanpa memberikan lampu isyarat yang terletak cantik di badan kereta diorang tu haa .. Pergh.. Leh naik darah woo ..

Dua tiga hari ni , banyak aku komen pasal bandaraya pintar neh ! Bandar pintar dah skit .. orangnya ? Seperti biasa , bukan semua macam tu okeh ! Dan seperti biasa jawapan aku dan mereka juga , kerana nila setitik ..

Silalah datang ke Putrajaya dan nikmati sendiri keindahan ini .

Akhirnyaaa ..

"Kaaaakkkk .. jgn tutup pintu tuuuuu .. "


Ada sorang kakitangan KBS kebetulan masuk ke surau utk bersolat ..


Malangnya , pintu dah ditutup ..


Aku nekad ...


" Kakkkk .. kakkk .. tolong bukak pintu ni ... "


Published with Blogger-droid v2.0.4

Helpppppp !!!

Aku terperangkap dalam surau nehh !! Nak cepat ,jd lambat lakk .. Tak leh nak keluar sbb pintu automatik .. kena guna pas .. Masuk tadi , boleh la pulak tanpa pass ..


Erk .. ada orang kat bhgn wanita .. td jengok , mcm takde .. gulp .. sat nak pengsan ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Aku nak pijak lipas pon , fikir banyak kali !

 

Haih .. zaman ni , macam zaman filem koboi ! Macam macam ada kes jenayah yang dilakukan tanpa rasa bersalah kecuali bila dah dijatuhkan hukuman ..

“ Anda digantung sampai mati ! “

Dan berteriaklah mereka kerana menyesal ! Tapi sebelum buat tu , tak terasa ke bersalah bila nak buat jenayah tu eh ? Oh , mungkin dia terasa akan terlepas la kot .. Mungkin la .. tapi peratusan nak lepas tu , mungkin kecil tapi kalau jenayah yang dilakukannya besar dan berat.. baik lari la ke hujung dunia. Kalau duduk dalam Malaysia ni , mmg tak lepas laa ..

Aku terfikir la .. camana mereka yg bunuh orang tu .. Takde perasaan ke ? Apakah diorang sangka diorang dalam dunia perfileman ? Lepas bunuh tu akan ada pengarah jerit ,

“ CUTTTTTTTT” ??

Senang benar mereka membunuh orang..  Giler senang ! Aku nak pijak lipas yang aku geli pon , pk banyak kali.. Apa apa halau dulu .. kalau nampak lagi , baru kill n die ! Huhu..

4 pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa

“ Empat pelajar kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang pensyarah dan bapanya.

Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, Mohamad Sharafe Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu terhadap Zara Eleena Omar Peter, 23, di rumah nombor 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, kira-kira 1.30 pagi hingga 2.30 pagi pada 9 Mac lalu.

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Omar Peter Abdullah, 56, di tempat yang sama pada kira-kira 11.30 malam, 8 Mac hingga 1.30 pagi, 9 Mac.

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. “- Bharian.

 

Pergh .. Masak laaa … Tu la , buat kerja tak pikir .. Haa.. skaang , mengigil memanjang la dalam penjara tu .. Camana tu ?

Sedar diri la skit bang !

 

Berlaku satu kejadian kat aku tadi waktu aku nak isi minyak  kereta di stesen minyak Shell , Presint 8. Macam aku pernah tulis di status FB aku berbunyi gini ha .. “ Hari ni majoriti rakyat Malaysia belajar beratur.. Kenapa ? Hari ni hari gaji SeMalaysia ! “ .. Faham faham la kan ? ..

Ada sebuah lot untuk isi minyak kosong dan aku menuju ke arahnya. Tiba-tiba datang sebijik motor yang entah mana dia celah , terus masuk tanpa rasa bersalah ,tanpa pandang kiri kanan pastu terus g ke kaunter lalu bayar ..  Dari pemakaiannya , aku tau la jenis camana orang ni .. Aku pon keje gomen gak dulu ..

Pastu , ‘pakcik’  tu gerak .. Aku nak celah masuk , tetiba masuk lak sebijik motor yang mana pakaian mereka , spesis ! Hampeh !! Aku tak citer banyak , aku hon dan angkat tangan kat dia .. Dalam hati aku mencarut menambahkan lagi dosa aku hari ini .

Bila mengenangkan ‘spesis-spesis’ ni ,aku teringat pengalaman aku bekerja di dua kementerian besar Malaysia ni ha..  Mula mula aku masuk , aku cuma berstatus kontrak dan aku sedar hakikat tu  dan aku hormati mereka yang jauh lebih berpangkat dari aku dan muda dari aku. Aku kena terima dan jangan la nak berlagak walaupun kita ni jauh lebih berpengalaman dari mereka.

Teringat sorang kawan aku berkata pada aku ..

“ Ben , kau tak payah la beria buat kerja tu. Diorang nak , diorang datang la amik sendiri file ngan surat  ni. Tak yah susah susah nak g antar kat diorang.. “

Aku terkedu. Nape dia kata gitu ? Sedangkan aku tau tu tugas aku dan aku tau tugas hantar surat tu , kerja dia ! Tapi dia tak nak buat ! Waduuh .. tunjuk hebat sangatkah mereka ni ?

Makin lama aku di situ , baru aku tau kenapa dan mengapa semua ini berlaku .. EGO !! EGO mmg senantiasa berada dalam diri penjawat awam ni .. Maaf aku cakap la yer .. Ini kenyataan . Cuma segelintir saja yang bagus dan sedar diri .. Yang lain ? Hurm..

Tindakan ? Bukan mudah nak amik tindakan terhadap penjawat awam yang punya masalah disiplin ni . Sangat merumitkan .. Lama lama , lantak kamu laaa .. Gaji kamu tu , kamu bagi keluarga kamu makan. Jadi sendiri fikir la.

Masalahnya , mereka ini menyebabkan pihak lain tidak dapat buat kerja dengan lebih efisien dan terpaksa buat kerja mereka lak ! Kalau malas , berenti je kerja ! Atau nak berlagak jadi pegawai , sambung la belajar ! Bukan takde peluang pon nak sambung belajar. Ada jer.. Tapi tak nak la pulak . Yang pandai , boikot dan memberontak dalam diam. Akhirnya , orang awam gak yang susah .. Yelah , kalau kerja tak jalan ,camana urusan nak settle kan ?

Maaf la yer kawan kawan. Aku bukan mengkiritik tapi inilah kenyataannya . Bukan semua tapi segelintir inilah merosakkan nama penjawat awam yang lain .

Masalah jugak kalau dah boleh berdikari !

 

 

image

image

image

Gambar di atas cuma perumpamaan ..

 

Masalah jugak kadang kadang bila anak anak kita dah diajar berdikari sejak kecil . Bukan apa , nanti semua nak buat sendiri hinggakan boleh membelakangkan ibu bapa mereka sendiri !

Kesannya , kita boleh nampak sekarang . Mereka sangka dengan mampu berdikari ( kononnya) , mereka boleh buat apa saja tanpa rujuk mak ayah..

Tu pasal ramai yg jadi ‘mengarut ‘ sekarang ni ..

Tercari-cari hadiah utk yg tersayang?

 

Tercari-cari hadiah utk yg tersayang? Sesuatu yg manis & romantik?

CreativeChoc ada jawapannya...sesuai utk hadiah harijadi, ulangtahun perkahwinan mahupun surprise utk pasangan atau ibubapa di kampung.

Creativechoc mengeluarkan coklat homemade menggunakan coklat yg berjenama, halal & bermutu tinggi. Terdapat design yg unik & eksklusif yg sesuai untuk dijadikan hadiah buat tersayang.

Terdapat pelbagai pilihan perisa seperti kekacang, kismis, kurma, oren, strawberi, durian, mint, coklat & mocha ganache.

SAM_1775n

SAM_1830n

SAM_2876n

SAM_2881n

For more info layari http://creativechoc.blogspot.com

Dulu dan sekarang … Oh , duniaku ..

 

Dulu ar … lepas abis je sekolah , pakat pakat laaa member aku g amik kursus komputer untuk mendalami bidang komputer. Hasilnya , mmg macam macam laa .. Ada yang jadi pelukis pelan , pegawai IT , engineer dan tak lupa juga jadi blogger .. haha .. tu aku laa ..

Sekarang ar .. lain pulak bunyinya.. Lepas abis je SPM , mak tanya anak dia , nak buat apa sementara tunggu SPM ? Dengan selamba anak dia jawab ..

“ Mak , Youtube Malaysia dah dilancarkan .. Saya rasa nak belajar main gitar la. Pastu nak upload video dalam tu . Mana la tau kot kot M.Nasir tgk ke .. KRU tgk ke .. Tak pasal pasal anak mak ni popular gitu. Mak pun tumpang bangga kan ? Leh bergossip nanti ngan jiran. Kot kot la dapat menantukan Datuk atau orang kaya mana .. kan best situ pagi pagi mak nanti ? “

 

image

YouTube Malaysia dilancar secara rasmi oleh Pengarah Pembangunan Produk Asia Pasifik YouTube, Adam Smith di Kuala Lumpur . Smith berkata, Malaysia pengguna YouTube yang sangat aktif dan menonton berjuta video setiap hari. Beliau mengambil contoh fenomena Cikgu Shida serta artis popular Yuna dan ZeeAvi sebagai pencetus YouTube di Malaysia. YouTube Malaysia bakal melancarkan pindah naik video dengan cepat.

 

Zaman sekarang ni , tu la.. mmg best .. Apa saja boleh dicampakkan dalam internet.Kena umpan , confirm popular ! Tak kena , confirm merana ! Huhu .. Haih ..

Dulu mak bapak bangga anak dia jadi cikgu , doktor , engineer , pilot .. Skang ?

 

 

 

image

Design terkini .. http://www.aniseshop.com/

Sapa blogger yg sedang berada di luar negara ?

 

Lama laa aku tak tanya rakan rakan blogger yang sedang berada di luar negara kerana menyambung pelajaran mahupun bekerja. Tahun lepas , ramai .. Tapi ramai gak dah balik Malaysia. Tahun ni , tak pasti lak aku ..

Kalau ada la yg dok singgah baca blog aku ni .. boleh la tinggalkan sedikit latar belakang diri , buat apa kat sana dan juga url blog .. Mana la tau , adik adik kita yang sedang plan nak sambung belajar ke luar negara boleh dapat inspirasi dari pengalaman abang atau akak kita ni haa .. kan kan ?

Kalaulah aku dok merantau kat luar negara tu , confirm laaa berpuluh entri aku sehari .. Huhu. Bukan la nak tunjuk berlagak sebab ada kat sana tapi mmg aku suka berkongsi pengalaman mahupun perasaan aku . Sapa yg nk baca tu , baca la.. Tak nak , takkan aku nak pegang kepala dia , suruh baca gak kan ?

Seronok tapi aku spesis tak leh lama sangat satu tempat .. Cepat rindukan tanah air dah juga awek awek kat Malaysia ni .. Hahaha.. Wife  dah tidur , mengatal eh !! Hahaha .. Aku gurau jer ..

Ok geng.. Kalau sudi , tinggalkanlah eh .. Sedikit latar belakang , negara mana sekarang ni sedang berada .. Tujuan dan juga url blog .. Esok leh aku kongsi dengan rakan rakan blogger yg lain ..

Terima kasihhhhhhhhh ..  Aha.. dan jangan lupa join kelab Blogger ni haa.. Ramai geng dalam tu .. Klik je logo tu ..

image

Tekanan di pejabat atau di kelas ?

 

Stress sehingga rasa badan sakit sakit terutama di bahagian belakang ? Aku tau .. aku pun pernah alaminya .. Bagaimana cara nak melegakannya ?

image

Beli je bola senaman ni .. Serius membantu meredakan ketegangan belakang badan dan merilekskan minda bila duduk atau bersenam dengan bola ni .. Tak tipu wooo ..

image

Tengok ! Ultrabook aku pon rileks atas ni .. hehe .. Saja nak rehatkan diri setelah penat dok kena ketuk ngan aku .. hehehe ..

Tapi betul aku cakap ni .. Setiap rumah perlu ada satu.. Kalau geram atau tensen , sepak je.. bola ni dalam ada pasir.. jadi tak lah bergerak sangat .. Atau tumbuk jee bola ni.. hahaha .. lega skit ..

 

image

Ada banyak size .. Kalau nak g beli , g je kedai yang jual peralatan senaman. Amik yang ok punya. Tak silap yg besar sekali baru 100++ jer.. Ala , untuk kesihatan .. apa la sangat kan ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI