Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 24 Mac 2012

Blog Rakan Blogger hari ini ..

 

Jangan mudah ketawakan orang . Seperkara yang kita kena belajar dalam dunia blog ini , masing masing punya idea dan cara tersendiri. Yang penting , jgn pandang remeh mana mana blogger walaupun blog dia umpama ‘ kertas contengan anak buahnya’ .

Kenapa aku kata begitu ? Kalau dibuka mata luas luas dan buat perbandingan , sebenarnya kita sama jer .. Apa yang membezakan ialah gaya dan idea tapi yang paling penting sumbangan kita kepada pembaca blog.  Mungkin kita seronok giler bila orang tanya berapakah trafik kita setiap hari ? Dengan bangga kita bagitau trafik atau pembaca kita ada beribu ribu sehari ! Maka terkejutlah kawan tu dan bertanya mengenai isi kandungan blognya. Dengan bangga sekali lagi dia bagitau yang blognya banyak cerita pasal orang lain dan bukan dirinya. Agaknya kalau dia cerita pasal dia dia , takde orang nak baca la kot kan ? Jadi apa yang dia nak bangga sangat kan ? Maaf jika ada yang terasa. Bukan niat ku begitu.

Ok , jadi , bila kita berblog ni .. kena pastikan apa yang kita tulis itu memberi sumbangan pada pembaca kita . Kalau nak syok sendiri sekali pon , biarkan ada ‘ole-ole’ gak ! Jangan takde langsung .. okeh ?

Okeh bebeh .. jom kita tengok blog blog rakan blogger kita hari ini :

 

  1. kasar,boyish... manja,sensitip giler... bakal pelaut muda...navigation opiser.. giler2,banyak ckp tp blh jd pendiam sgt2... hyperaktif..haha xreti dok diam2.. BLOG : nanie lurve
  2. A wifey. An ummi of 3. A student. Life is tough indeed but I know I am survivor!! .. BLOG : Our Journey
  3. ~student UKM ..  BLOG : ❤ Pembebel Jalanan 。◕‿◕。
  4. meet me , nyssa :) know me , then you will know me .. - dat's why i smile :)
  5. Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet yang berkaitan.. ini sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua :) .. BLOG: resepi kehidupan...
  6. saye seorang yang simple,sempoi,smart..hohoho.. poyo je^^saye masih lagi baru belajar nak berblog..tunjuk ajar saya,,peace^^saye ni agak sensitif org nye,,saye pemalu skit org nyer,,hikhik,,pe pun lets enjoy wif my blog,,sudi2 follow la blog saye yerrr,,,hikhik,,syg u all smua^^ .. BLOG :pecinta pink
  7. Nothing special, blog ini diwujudkan hanya untuk menyimpan mimpi-mimpi. Pelik? ya mungkin pelik tapi ianya benar.. BLOG: D.R.E.A.M.S
  8. selamat datang ke blog atiey demok..maaf blog saya bruk skit coz saya xbpew pndai agi..ktggalan kta kn...hehhehhe..slamt mnbca.. follow me ok.. BLOG: MyLove Blogger
  9. Hi,my name is Wan Nur Farhanis binti Wan Badrul Hisham.Just call me Anis.I'm 14 years old.I'm live in Kelantan.. BLOG: ♥ Nur Farhanis ♥
  10. sy seowang yg simple mimple jek..mmg susa nak mendkati seseowang..p da lame2 sy okay, sy seowg yg sporting, klaka n agk kelam-kabut la.. BLOG: sOsEh2 & pOtpEt2 kU...

 

OK.. TERIMA KASIH eh .. haa .. Ni nak tanya korang la yer .. Apakah widget FOLLOWER tu penting buat sesebuah blog ? Cuba bagi jawapan dan baca pandangan mereka di SINI

Aku kehilangan dompet atau keciciran ?

 

image

Baru plan nak tengok matahari terbenam kat PICC … Cantik pulak matahari petang ni ..

Bila cari dompet aku , takde !! Ah ,sudah .. mana pulak ! Abis satu rumah aku geledah .. Wife pon tolong cari gak sbb kad bank dia kat aku ..

Confirm … takde ! Cicir kat luar atau di gym tadi eh ? Esok g gym .. tengok kot kot ada sapa sapa jumpa.. Apa-apa pon batalkan semua kad bank terlebih dahulu ..

Hurm.. banyak kerja lak pasni .. IC , Lesen , gambar awek awek lama.. haih ..

Dunia ku semakin berseri dengan kehadiran ULTRABOOK

 

IMAG1654

Apa ni ? Ahaa .. Kalau tengok kotak ni , aku tau korang mesti dah tau kan ? Yup .. Toshiba Portégé Z830 Ultrabook yang sangat sangat cool ! Kotak dan kandungannya yg mana telah mengubah kehidupan aku sebagai seorang blogger biasa ke blogger agak luar biasa sedikit ! Hahaha.. gurau jer .. Tapi mmg merubah aku laa .. Kenapa ? Tu korang leh baca seterusnya entri ni ..

Camana rupa Toshiba Portégé Z830 Ultrabook ni ? Menarik sangatkah hingga aku kata cool sangat tu ?? Ahaa … Tengok la sendiri eh .. Kalau tak teruja tu , aku tak tau nak kata apa laa.. hehe ..

clip_image004

image

Amacam ? Nipis dah satu hal .. ringan lagi ! Tu belum pegang lagi tuu.. Kalau pegang , confirm tak percaya punya ! Tak percaya sbb terlalu ringan nak dibandingkan dengan warnanya seakan akan keluli tu haa.. hehe ..

Sejak hari pertama lagi aku dapat Ultrabook tu , mmg aku selalu usung di ke sana sini dan update blog aku dengannya .. Laptop yang lain , hehehe .. aku gunakan bila rasa nak rehatkan Ultrabook aku tu .. Maaf la yer lain tu .. Aku sememangnya perlukan sesuatu yang lebih pantas dan cepat terutama bila nak update blog ni ..

 

image

Sesuai dengan tagline aku ,” update di mana mana saja ! “.. Heheh ..

Oh ye laa… pasti ada yang tertanya , apa tu ULTRABOOK nih ? Aku rasa ramai yg dah tau tapi tak pe la.. aku jelaskan sekali lagi kat sini ..

Dengan beratnya cuma 1.12kg dan ‘dicantikkan’ lagi dengan ketebalan cuma 15.9mm pasti membuatkan mereka yang suka usung laptop ke sana sini , lega sangat ! Ringan dah selepas ini .. hehe .. Bila dah nipis cam ni  dan ringan pasti senang rosak kan ? Hehehe .. Jangan risau ..

image

Aku difahamkan chasis ultrabook ni diperkuatkan dengan magnesium alloy dengan rekabentuk unik honeycomb bagi memadatkan lagi chasisnya . Tak silap aku , berat yang boleh ditampung sehingga 100kg . Jadi kalau aku terduduk atas utlrabook ni , tak payah mengelabahnya .. hehe.. Lom try lagi la .. hehe ..

Internet connection ? Perghh .. serius mmg mantap ! Laju banget bila aku try bukak blog aku yang diorang kata berat sangat tu .. hahaha .. Aku try download movie … Berbeza la dari lappy yang aku guna sebelum ni .. Wife aku pon tak nafikannya sbb dia yang rasmikan dulu !

Toshiba Portégé Z830 Ultrabook ni dilengkapi dengan ethernet ,HDMI , VGA , card reader , USB port , microphone dan earphone port . 

Nak tau apa menariknya ? Sepanjang aku gunakan ultrabook ni , aku saja letakkan atas peha aku .. Pergh.. Tak terasa panas langsung ! Kenapa ? Yeargh.. Pengaliran habanya yang berbeza dari lappy sebelum ni ..

Kepantasan ? Dengan kehadiran processor Intel Core i7 1.80Ghz dan RAM 6.00 GB pasti membuatkan aku tersenyum senantiasa .. Tu belum lagi layan movie . Semalam tengok youtube pon dah puashati ! Sound system mmg puashati !

Bateri ? Boleh tahan sehingga 8 jam .. Dalam erti kata lain , aku puashati dengan Toshiba Portégé Z830 Ultrabook ni  untuk kegunaan seharian termasuk layan game online !

Itu pendapat aku setelah menggunakannya .. Aku try bagi kawan kawan blogger guna .. Pendapat mereka lak ? Hehehe .. sama cam aku laa .. Kalau boleh , diorang nak gak dapatkan satu apatah lagi zaman sekarang ni , internet sangat sangat penting terutama untuk mengetahui maklumat maklumat terkini dunia.

image

IMAG1875

Sebelum aku guna ultrabook ni , aku selalu terfikir nak beli  tablet utk update blog .. Dan aku pon g la cari kat Low Yatt tu ..  Bila dah sampai sana , nafsu untuk guna tablet waktu tu mati  bila aku try guna.

Kenapa ? Sakit leher nak kena tundukkan kepala untuk tgk skrin tu. Walaupun guna touch screen tapi tak sesuai untuk aku yang lebih gemar menaip dengan menggunakan keyboard.  Apa orang  kata .. lagi cooooll dan lebih puas !

Aku beli netbook yg kecik tapi agak berat berbanding tablet . Usung la ke sana sini netbook tu .. Hehehe .. Dan sekarang , aku guna ultrabook untuk gantikan netbook aku tu ! Usung ke sana sini ? Takde masalah langsung ! Ditambahkan lagi dengan kelajuaannya seperti tablet , mmg sangat best laa .. Nak hibernate sekejap  jer , nak on balik pon , lagi sekejap berbanding netbook.

 

IMAG1833

 

Dulu , aku malas nak shutdown laptop sebab nak tunggu lama bila restart .. Yelah , nak update blog kena pantas kan ? Heheh .. Tapi dengan guna ultrabook ni ? Pergh.. Tak sempat menguap dah leh pakai ! Haaa .. Part connection ke internet, mmg menakjubkan ! Amacam ? Korang teringin tak nak beli kalau harganya berpatutan ? Cuba korang komen skit ..

 

 

 

 

This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.

Nak badan cantik dan mantap tanpa bersenam ?

 

Adoi .. Jangan malas kawan ! Nak cantik , jangan di luar saja .. Kena segalanya cantik .. Bersenam ni , bukan saja membentuk badan yang cantik tetapi sihat ! Tu yang penting woo ..

Seperkara yang aku tau , kalau ada jalan mudah utk mencantikkan badan , mudah benar laa dia ‘buruk’ nanti ! Haaa.. tu yang aku tau la. Sebab ramai yang g gym tu , amik jalan singkat , tak kekal lama punya .. Pastu kembali ke asal selepas berenti seketika ..

Aku bukanlah pakar bab ni tapi berdasarkan pengalaman sendiri serta pengalaman rakan rakan mahupun melalui sedikit pembacaan , aku nasihatkan , bersenamlah untuk mendapatkan badan yang mantap dan segar senantiasa terutama bila nak pergi kerja .. Hehe..

Ada rakan tanya camana nak bersenam dan dapatkan badan yang mantap tanpa perlu pergi gym dan membeli barang utk senaman seperti dumbell atau barbell ?

Terlalu banyak cara sekarang ni.. Antara rajin atau tidak saja untuk membuat kajian dan mencarinya di internet ataupun membaca di majalah majalah kesihatan .

Ok , aku kongsikan beberapa video yang confirm mampu memberikan pulangan yang lumayan. Aku try dah sedikit.. Berpeluh tak ingat punya ! Hehe.. Yang penting , badan terasa ringan dan sihat. Jangan kisah sangat bab ketul tu haa ..

 

Bila tonton video ni , jangan harapkan kesan yang pantas sebaliknya anggaplah ianya satu aktiviti yang menyihatkan .. Kesilapan mereka bila mula bersenam ni , nak kesan yang cepat ! Terus nak tengok ketul kat cermin ! Mana bisa banggg.. Yang penting , kasi peluh tu keluar haa ..

Budak patah tangan terkena bola sepakan Rooney

 

image

"Saya meminta maaf kepada Jamie Thomas. Saya telah menyediakan satu surat dan sehelai jersi yang saya tandatangani untuk dihantar kepada alamat rumahnya," tulis Rooney dalam akaun Twitter kelmarin. “ .

Penyerang Manchester United, Wayne Rooney memohon maaf kepada seorang kanak-kanak , Jamie Thomas yang patah pergelangan tangan akibat terkena bola rembatannya ketika pemain itu memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Wolverhampton Wanderers, Ahad lepas.

 

Video yang menunjukkan  bola sepakkan Rooney yang terkena seorang budak.

"Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita,"

 

Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.

image

DUA beradik, Sophie Nhokwara, (kiri) dan Netsai (kanan) serta Rosemary (dua dari kanan) yang berdepan dakwaan menyerang 17 pengembara lelaki, berjalan di luar sebuah mahkamah di Harare, Zimbabwe pada 29 November tahun lalu.

Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.”

Tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai 'juju' atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.

Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe. Sumber : Kosmo

 

Macam macam laaa zaman ni .. Kalau kat Malaysia , tak pasal pasal lelaki dituduh merogol padahal memasing gatal ! Haa.. ni satu hal gak sbb nak ugut dapatkan duit. Tapi kes ni aku rasa skit je namun yang buat kerja ni sahih tak bermaruah ! 

Haih.. dunia dunia ..

Baru ku memahami perasaan wanita ..

 

image

Awal pagi tadi , nampak cuaca seperti nak hujan. Baju yang belum dibasuh ada la sebakul .. Hurm .. Seluar-seluar sukan yang aku guna untuk ke gym , ada dalam tu gak .. Kang ada yang tak g gym minggu depan..

Tiba-tiba cuaca jadi cerah ..  “ Cantik cuaca ni .. “ .. Belum sempat aku nak bersuara , wife dah bunyi dulu .. “ Balik ni nak basuh baju la.. “ ..

Aku tgk dia.. cam tau tau je apa dalam kepala aku. Tak payah nak tunggu balik . Aku terus ke mesin basuh dan terus hidupkan mesin basuh . Masukkan semua baju , sabun dan tekan butang START !

Kemudian aku g gym .. Tengok cuaca kembali mendung.. Adehhh .. Kalau hujan ni , camana nak jemur baju ? Hurm.. jemur dalam rumah je ? Mau gak aku pasang semua kipas dalam rumah nant.. huhu..

Sekarang , aku tau camana perasaan wanita bila bab membasuh baju ni haa .. hehehe .. Tu belum part dah jemur pastu risau hujan turun .. hehehe ..

Part paling best , kalau kena jiran pon dok menjemur baju , sah sah berborak . Tak lama lagi aku jadi ahli mesyuarat tingkap la jawabnya .

Tapi bila tengok cuca

Petua mengelakkan dari dimarah semasa di gym !

G gym ni bagus ... Tapi yg tak bagusnya ialah tak tau peraturan semasa di gym ..


Peraturan di gym , kebykkan sama dan diframekan di dpn pintu masuk gym atau di kaunter ..


Tapi ada yg tak dicatatkan sebaliknya pengalaman akan mencatatkan seperti , LEPAS MAIN , KASI KEMAS LAAAA dan kalau nak mencelah tu , tanya la dulu .. bukan main sauk je .. Kot masa tu ada org dok guna .. kang tak pasal pasal kena sound ngan otai kat situ , maaaalu jer .. Terus bersara nanti.. huhu ..


Dan , jgn lupa bwk towel !! Kasut pon pakai tau !


Published with Blogger-droid v2.0.4

Teringat dulu-dulu ..

Pagi ni wife ajak jalan jalan .. Orang kata bagus utk perempuan mengandung ..


Maka , aku dengan mengantuknya pon berjalannyalah dgn dia .. Tapi bila nampak taman permainan , cerah mata aku .. Leh bergayut !!


Nampak tak gambar last tu ? Dulu , pakat lumba lari atas tuu wooo.. huhu...  Best !!


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI