Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 11 April 2012

“ Nape ngan ubun-ubun Qhaliff ? “

 

image

Seminggu yang lepas …  Bila pegang Qhaliff , ubun ubun dia lembut sangat dan berbentuk LOVE .. Dan hingga hari ni , ubun ubun tu masih ada tapi dah makin kurang .. Bila mak aku persoalkan kenapa masih ada lagi , maka aku terkecut perut jap .. Peliknya bila nurse check , dia tak kata apa apa lak ..

Hurm.. aku google cari info mengenai ubun-ubun bayi .. Jumpa ..

Ubun-ubun (bahagian lembut di kepala bayi), dikenali dalam bahasa saintifik sebagai "frontal lobe". Manusia dilahirkan berkepala besar. Tak percaya, tengok bayi yang baru lahir. 1/4 dari keseluruhan badannya adalah kepalanya sahaja.

Namun begitu, bukaan pada pintu rahim (uterus) ibu adalah kecil sahaja, tidak dapat memuatkan kepala bayi yang besar ini ketika kelahiran.

Atas disebabkan itulah, adanya ubun-ubun. Ubun-ubun yang lembut ini, dapat melalui bukaan pintu rahim sang ibu tersebut. Kerana itulah bayi yang baru lahir, ada yang kepalanya lonjong. Namun lonjong ini untuk seketika sahaja, dalam tempoh 2,3 minggu akan kembali ke bentuk asalnya.

Selepas bayi tersebut membesar, ubun-ubun akan semakin hilang/mengeras, lalu bercantum menjadi tempurung kepala yang keras, biasanya dalam tempoh 2 tahun.

image

Ubun-ubun dalam Al-Quran
Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16


Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti(berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.


Maksudnya:
Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahwa tugas bagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang. “Kalau orang mau berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau ia mau berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”

Ubun-ubun dalam wudhu'- Meratakan air ke ubun-ubun.


Ubun-ubun dalam masyarakat melayu


Sejak kecil, ubun-ubun menjadi perhatian terutamanya kawasan ini adalah kerangka tengkorak lembut ketika bayi dan tengkorak terakhir yang keras. Semasa kecil juga ubun-ubun menjadi rujukan atau petanda untuk menilai keaadaan bayi. Ada yang mengatakan apabila ubun-ubun lekuk ke dalam menandakan bayi terkejut. Ada juga yang mengandaikan bayi demam, kembung, lapar dan sebagainya.

Selain itu ubun-ubun juga tempat orang selalu bacakan doa. Kita selalu dengar 'bacakan doa pada ubun-ubun anak ketika mereka tidur' dan sunat membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun isteri selepas nikah.

Sumber dari EJAU

 

Bila dah baca pasal ubun ubun ni , sedikit sebanyak lega sedikit la .. Jangakamasa ilang ubun ubun yang timbul tu antara 6 –20 bulan .. InsyaAllah ..

Banyak info sebenarnya di internet tapi kena tau gak la sapa penulisnya dan dari mana info tu dia dapat .. Kalau tak ? Boleh jadi salah faham nant ..

Qhaliff kena serbu ngan awek saja !!

 

Mak mertua aku pelik .. Nape ramai sangat yang datang lawat Qhaliff ni , majoriti mesti perempuan .. Er , ayah dia kawan ngan ramai perempuan kot ? Hehehe ..

imageimageimage

imageimageimage

Sorang jeee abe sudi datang eehh .. Abe Que Ahmad..  hehe .. Ramai lagi sebenarnya tapi tak sempat nak snap sbb kelam kabut .. Aku yang kelam kabut sebenarnya .. hehe .. Tak sangka ramai kawan dunia maya sudi ziarah Qhaliff .. 

Skang , baru dapat tarik nafas rehat skit .. Ni pon pening kepala .. Punca ? Entah .. setiap kali gempa bumi , ngan aku aku sekali pening .. Bukan lawak tapi hakikat .. Tak tau  la kenapa ..

Eh , tajuk lain .. haha .. Haaa .. Qhaliff dah mula berubah muka ke muka belah wife , mak aku kata .. Huhuh .. Blah sana mmg ramai kacak .. Blah aku ramai macho .. Ok la tu kan ? Hehe..

image

Kecik kecik dah wat gaya seksi .. Huh ! Kena kawan dak neh !! Tak leh bebas sangat .. Kena bedung sampai umur 40 tahun.. pastu baru okeh ..

Ai jeles okeh !!

Bila gempa bumi melanda , tsunami kembali ..

 

Timeline di Twitter seperti di bulan Ramadhan .. Status di Facebook , jgn cerita la..  Insaf terasa  tapi entah untuk berapa lama , hanya Allah saja mengetahui.. Dan aku , nak update untuk maklumkan pada rakan pembaca , rasanya tak perlu dah sbb majoriti blogger dah update mengenainya ..

Di bloglist aku saja , lebih 50% entri terkini update mengenai gempa bumi di Aceh , Indonesia .

image

Sama sama kita berdoa pada Allah agar peristiwa Tsunami lepas tidak berulang lagi . Semoga Allah melindungi kita semua ..

Yang penting terus berkarya ..

 

image

image

Dari awal aku berblog aku berblog hingga sekarang .. Aku tak kisah pon pada mereka yang nak atau tak nak follow aku .. Sebab bagi aku , aku tau blog aku belum mantap dari segi penulisan mahupun juga tarikan pada template..  Apa yang aku buat , aku terus je berkarya .. Nak baca , baca .. tak nak baca , aku tak leh buat apa ..

Memang benar Follower tu penting , tapi kalau sekadar memenuhi gadget tu  tak guna gak kan ? Lebih baik tumpu pada mereka yg nak masuk dan baca .. Kalau takde orang nak baca , usahakan dengan menukar corak penulisan yg lebih menarik , santai dan berinfomasi .. Lebih baik 1 dari 100 orang masuk tapi sekadar tinggal komen yg takde kaitan langsung dengan entri ..

Qhaliff ..  sudah seminggu lebih aku cerita mengenai dia .. Secara automatik , blog aku bertukar pembaca .. Dulu  blog aku penuh dengan pembaca yg muda belia , sekarang ini .. yg masuk terdiri dari golongan baru iaitu ibu ibu dan juga mereka yang sudah sampai masa untuk mendirikan rumahtangga ..

Cerita mengenai Qhaliff , mmg seronok .. Bukan sebab teruja anak pertama atau kerana kecomelan dia menyerupai ayahnya ( ok .. aku tau korang meluat baca part ni .. hahaha ) , tapi ianya satu babak baru dalam ehidupan aku ..

Dengan bercerita mengenai baby ni , pelbagai info yg boleh aku dapat dari rakan rakan pembaca yg telah punya pengalaman juga ilmu . Secara tidak langsung , pembaca lain turut sama dapat info mengenainya ..

Kesimpulannya , dalam berkarya melalui blog .. tumpukan pada penulisan sekiranya kita dah punya pembaca setia . Jangan tunggu hingga beribu baru nak beria sebaliknya dari 1 itulah akan berkembang menjadi lebih ramai ..

Satu nasihat aku bila berblog .. jangan busuk hati dengan rakan yang lain . Anda punya ladang tanaman sendiri , maka jaga dan bajailah .. Jangan sibuk nak meracun tanaman orang lain .. Tak guna punya hati andai hitam dengan hasad ..

Qhaliff .. jangan wat cam tu eh .. Daddy smackdown nanti ..

Qhaliff ditimbang pada hari ke 9

 

image

Nurse datang lagi hari ni .. Ni lawatan ke 2 , kalau tak silap aku .. 2 kan ? Ke ketiga  eh ? Hurm.. lupa dah aku .. Maklumlah , semakin muda semakin pelupa .. huhu ..

Jadi berat dia ari ni setelah seminggu lebih , turun ke 3.6 kilo dari 4.02kg .. Haaa .. Skang ni kira berat tulang la eh ? Ari  tu dah campur sekali ngan air sekali la tu kot ..

Hurm .. pampers pon rasa cam tak sesuai je .. melecet sudah ..

Menarik ! Toshiba Portégé Z830 Ultrabook Influencers’ Campaign #2

 

Hehe … Tengok gambar ni , teringat video cabaran yang pertama tu .. Tengok dah ? Tengok dah kan ? Best kan ? Hahaha .. Memang cool giler challenger ni .. Bersantai abis punya.. Haa , korang dah tau sapa menang kan ? Kalau belum tau lagi , jom g tengok kat page TOSHIBA NOTEBOOK PC ni ..

Dalam cabaran pertama ni , sebenarnaya aku was was nak gunakan Toshiba Portégé Z830 Ultrabook ni sbg alat utk bermain pingpong .. Tapi bila dah mulakan , aku tak rasa dah langsung seperti sedang memegang ultrabook sebaliknya paddle ping pong .. Ringan bro ! Siap boleh smash lagi ! Hahaha ..

 

Yang video ni korang dah tengok ? Belum ? Ehhh .. pastikan jangan terlepas video ni sbb aku mmg tak nampak banyak Toshiba Portégé Z830 Ultrabook yang disembunyikan walaupun berada di depan mata aku ! Adoiii .. rugi benar wooo sbb banyak point terlepas.. Jangan lupa saksikan video tu kat page TOSHIBA NOTEBOOK PC ni tau !

Cabaran ni , aku silap banyak sebenarnya .. Banyak ultrabook yang disembunyikan di depan aku tapi aku tak nampak ! Ke aku tak cari betul betul ? Warnanya yg gelap serta nipis tu , mmg buat orang cam aku ni , belajar mencari barang dengan lebih teliti .. Serius , mmg nipis gile !

 

Kalau kedua duanya dah tengok .. apa kata tengok challenger yang ke 3 ni .. Haaa..

 

Dalam ketiga-tiga cabaran yang aku dah lakukan bersama sama blogger yang lain ni , aku dapati ultrabook keluaran Toshiba ni nipis dan ringan walaupun aku dah pegang dan guna , tapi tak terasa keunikkannya .. Apabila aku lalui kesemua cabaran tu , barulah aku nampak , lagi terang dan nyata .. Hehe.. beruntung aku miliki ultrabook ni ..

Kawan-kawan di Facebook pon ramai antar mesej peribadi dan bertanyakan mengenai ultrabook keluaran Toshiba ni .. Aku tersenyum kerana seperti mereka , aku lebih awal tergoda dan tertarik .. Hehehe .. Sama gak bila ada rakan rakan dating rumah dan aku bagi mereka pegang serta gunakan. Yearghh.. Mereka kagumi Toshiba Portégé Z830 Ultrabook ni..

Pengalaman menarik sepanjang hari aku bergelar blogger ini mmg satu kenangan manis .. Ini secara tidak langsung menunjukkan yang Toshiba Portégé Z830 Ultrabook ini sesuai bagi mereka yang berjiwa muda .. Amacam ? Tak tergoda ke ?

Terima kasih Toshiba !

Dia dah jeling dah ..

 

image

Ni la masa diaaaa .. ‘ Ru ready my daddy ??? “

Gulp .. “ Ready my little Qhaliff .. “

Nebesss neehh .. Sat lagi dia bagi high volume , mau mengigil aku dibuatnya.. Yelah , bukan takat nangis nak susu , tapi nangis cam nak kasi tau satu dunia kewujudan dia ni haaa .. Cuak wehh lebih lebih lagi tengah malam .. Risau la jiran ingat aku dok dera baby kee apa .. kan ?

Time ni ok lagi.. dia dok jeling jeling menjeling tahap KL Gengster tu haa.. Sat lagi bila wife aku masuk je tandas , tadaaaa ..

“ Waaaa .. waaaa .. waaaa … Waaaa .. “ 

Masih lagi di peringkat 3 .. Wife tak keluar lagi… Dia bagi aku peringkat 5 punya ! Tang ni aku goyang terus !! Yelah , bukan takat saja saja nak nyanyi lagu Sangam tu haaa .. tapi terus ala Justin Bibiaq tuuuu ..

Terus aku gegar wife.. “ Qhaliff nak susu ni .. Abang punya kalau ada , lama dah bagi.. “

Seminit kemudian , wife keluar dan aku bagi Qhaliff kat dia .. Dan dunia kembali aman ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI