Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 13 April 2012

Untungnya jadi anak pertama kan ?

 

IMAG2523

Rezeki Muhammad Qhaliff Iman sebagai anak sulung kami .. Sejak kehadiran dia dalam perut ibunya , rezeki kami semakin bertambah .. Boleh la untuk menabung demi masa depan kami sekeluarga ..

Seperti yang korang nampak ,semua tu percuma jer .. Ada lagi banyak sebenarnya tapi cukuplah yang aku tunjuk tu.. Kang kata riak pulak kan ? Sebenarnya bukan nak menunjuk tapi lebih pada nak berkongsi kegembiraan .. Yelah , dalam blog ni , segala perasaan aku luahkan ..

Untung jadi anak sulung kan ? Aku , anak kedua mmg terasa la bila melihat abang aku ‘terlebih’ dari aku .. Tapi aku tak salahkan ibu bapa aku mahupun abang aku . Sekarang aku memahami perasaan mereka ..

Biasanya anak sulung ni terima barang barang baru . Bila ada anak kedua , barang barang ‘second hand’ tu turun padanya .. Terasa kan ? Padahal niat ibu bapa tu lebih pada berjimat cermat memandangkan keluarga semakin besar dan si ayah pulak terpaksa berkerja dengan lebih keras untuk mencari rezeki ..

Cemburu itu normal tapi ibu bapa perlu juga ‘alert’ pada perubahan anak kedua dan ketiga ni .. Bukan mudah nak berlaku adil tapi yang penting , bertimbangrasa dan bertanggungjawab pada kesemua anak anaknya agak tidak ada sesiapa yang ‘makan dalam’ hingga besar ..

Bukan apa , zaman ni .. anak-anak semakin ramai jadi Si Tanggang dan mereka menuding jari pada ibu bapa .. Terkedu pada waktu itu ? Tak berguna lagi kan ? Baik terkedu sekarang  ..

IMAG2519

Camana nak bagi blog tu nampak menarik ?

 

Satu soalan dari seorang rakan maya di Facebook yang aku terima pagi tadi tapi aku tak sempat nak balas .. Jadi aku buat je la entri noo ..

Camana nak bagi blog tu nampak menarik ? Hurm .. Menarik dari segi apa ? Penulisan atau template blog ? Ada yg lebih menekankan pada template blog lalu mencantikkannya dengan meletakkan pelbagai jenis widget yang ada ditawarkan di dalam internet ni.. Macam aku mula mula dulu laaa , abis semua aku letak cuma tang lagu je aku tak letak sbb aku mudah terperanjat .. heheh .. Pastu baru ramai komen kata blog aku berat .. Lalu aku buang .. Baru aku sedar , bila tak banyak widget lagi cun rupanya blog tu ..

Aku simplekan jer .. Aku tekankan pada penulisan yang lebih mudah pembaca faham .. Cuba menepati selera pembaca ..  Apa yang berlaku ? Aku hilang identiti aku sendiri .. Jadi , camana yer ?

Apa yang membuatkan blog itu menarik adalah blogger tu sendiri .. Penulisan yang lebih ikhlas walaupun nampak ‘bodoh’ atau hambar sebenarnya itulah yang menarik dan membezakan dengan blog blog yang lain. 

Kenapa aku kata gitu ? Kalau kita nak bagi blog kita menarik dengan mengikut citarasa pembaca kita , jadi apa tujuan sebenar kita buat blog ? Kecualilah , nak buat duit .. Yang ini .. isunya lain .. Apa yang aku cerita disini ialah blog .. log kehidupan kita sendiri dan bukannya pasal orang lain terutama artis ..

Seterusnya , ‘juallah ‘ blog korang tu pada rakan rakan dan orang luar .. Bagaimana ? Google di blog aku ni , promosi blog ..

Er .. tepung ubi untuk ruam bayi .. Ubi kayu ke ubi kentang ?

 

Ruam mula naik ke badan Qhaliff .. Mak mertua aku suruh g beli tepung ubi untuk disapukan pada badan Qhaliff selepas mandi .. Persoalannya , tepung ubi yang dijual ni ada dua jenis .. Ubi kayu ke atau ubi kentang ???

Aku g cari kat Carrefour .. Yang aku nampak , tepung ubi kentang .. Ubi kayu , tak de la pulak .. Boleh ke pakai ni ? Kang …. haaa.. ada lagi parah .. Ada yang kata , leh pakai tepung jagung je ..

Aku beli tepung ubi kentang ( potato ) .. Sebelum tu aku ada call Mat Gebu ..  Dan tanya jenama tepung ubi yang ada .. Pusing pi pusing , aku amik je la dulu .. Kang tak betul , g pasar malam atau beli kat Maiden je nanti ..

Keliru den ngan jenis tepung ubi ni .. Yang mana leh pakai ni ..

image Ubi kentang

 

image

Ubi Kayu

 

Boleh ke pakai tepung ubi kentang ( potato ) ni ? Adeh …

Trafik blog atau pembaca kualiti ?

 

Biasanya pengiklan dalam dunia maya akan menanyakan berapakah jumlah trafik harian , followers dan macam macam lagi untuk menilai sesebuah blog .. Di mana sebenarnya kekuatan sesebuah blog untuk menunjukkan bahawa blog tu punya kemantapan dari segi penulisan atau memiliki auranya tersendiri ?

Setelah hampir 3 tahun aku berblogging dan pelbagai genre aku cuba untuk memikat pembaca blog akhirnya apa yang aku tau , mudah saja .. Apa yang sebenarnya membuatkan pembaca menjadi pembaca setia di blog kita ? Entri yang berinfomasi dan santai ..

Bila blogger mula menumpukan entri entri begini , trafik akan mula menurun .. Yang tinggal cumalah pembaca setia .. Bagaimana nak tingkatkan trafik semula ? Maka blogger akan mula kembali ‘bermain’ dengan entri entri SEO dan isu panas harian kerana inilah yang menjadi daya tarikan pengguna internet ..

Tapi apakah itu menunjukkan sesebuah blog itu berkualiti ? Sapa yang menilainya ? Bagaimana nak menilainya  ? Mudah saja .. lihat saja komen di entri entrinya .. Komen yang ditinggalkan ,pastinya berkaitan dengan entrinya ..

Untuk menarik trafik , tak sukar sebenarnya. Tajuk yang menarik , isu panas , pastinya akan membuatkan pembaca atau rakan terutama di Facebook atau Twitter , klik untuk membacanya.

Persoalannya , apakah mereka puashati setelah membacanya ? Ada blogger akan jawab .. “ Apa aku kisah , janji trafik up ! “ .. Sampai bila nak begitu ?

Yer , aku rasa aku semakin matang dalam dunia blog ini. Pentingnya sesebuah entri berinfomasi walaupun ianya sekadar santai ..

Kenapa baby tersenyum sorang sorang ??

 

Waaa .. Qhaliff senyum sorang  sorang tuuu ..

image

Bila ternampak baby senyum begini , maka pelbagai andaian dibuat lebih lebih lagi bila dikaitkan dengan menda menda halus .. atau tahyul ..

Antara andaian tu , ada yg kata baby dok main ngan uri dia , atau pendamping dia laa mahupun dok fikir syaitan dok mai kacau .. Aiyooo ..  dan ada yang siap bagi petua untuk elakkan menda menda gini atau ada yang kata malaikat  sedang bergurau senda dengannya ..  

Ok la tu .. masing masing dengan andaian tersendiri dan masih berpegang pada pantang larang orang dulu dulu ..

Aku cari jawapannya dengan google di internet . Mana tau ada orang yg dah buat kajian mengenai MENGAPA BAYI TERSENYUM DI KALA TIDUR ..

image

Antaranya ..

Suatu ketika seorang bayi siap untuk dilahirkan, menjelang diturunkan, sang bayi bertanya kepada Tuhannya Yang Maha Satu.

“Para malaikat di sini mengatakan besok Engkau akan mengirimkanku ke dunia, tetapi bagaimana cara hidup di sana? Hamba begitu kecil dan lemah.” kata sang bayi

Tuhan menjawab, “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. ia akan menjaga dan mengasihimu.”

“Tapi di surga apa yang hamba lakukan hanya tertawa dan bernyanyi, ini cukup bagi hamba untuk bahagia.” Demikian kata sang bayi.

Tuhan pun menjawab, “Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari, dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan jadi lebih bahagia.”un2kmu 

 

Dan juga ..

“ Senyum bayi di kala tidur adalah refleksi dari kegiatan saraf pusat di otak. Dalam keadaan tidur, otak bayi tetap mengolah data dan memori, sehingga ia bisa mengalami mimpi atau mengigau. Secara refleks, hal ini akan berdampak pada otot orbikularis okuli di mata. Akibatnya, meski matanya terpejam, pipinya akan sedikit terangkat dan ia terlihat seperti sedang tersenyum.

Menginjak usia satu bulan, barulah ia bisa tersenyum secara sadar ketika sedang tidak terlelap. Artinya, ia tersenyum karena benar-benar ingin mengekspresikan rasa senangnya. Tentu saja senyumnya belum sepenuhnya terarah karena penglihatannya masih terbatas, tapi lama-lama, setelah jarak pandangnya semakin jauh, ia akan mampu memberikan senyum termanisnya sebagai respon terhadap senyum anda “ – Parenting

 

Setahu aku , kalau syaitan datang menganggu waktu malam , bayi akan menangis .. Wallahualam ..

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(An-Najm [53]: 43)

 

Dah abis baca tu ? Ok , klik je link ni .. Tqqq . http://bit.ly/IwORjq

Syyy.. tidur Qhaliff.. tidur ..

 

Ngantuk giler .. tak tau la kenapa .. Mata macam ada gam jer .. Lepas subuh .. aku g bilik Qhaliff .. Kira niat nak jaga Qhaliff laa konon .. Skali …. Terlenaaa .. Haaa ..

 

image

“Gambar ni , wife amik curi curi .. Nasib baik cute lagi dari baby kan ? “

 

Bila tersedar , tengok Qhaliff dok terbuka mata dan ala ala nak ugut menangis gitu .. Aku pon tepuk tepuk laaa bontot dia ..

“ Syyy.. tidur  Qhaliff … tidur .. “

Wife tersenyum kat aku .. Amboi.. senyum ada makna keee  ?? Nak beli handbag eh ?? Beli je ler … Duit pon ada banyak lagi ni .. hehehe .. Tak kisah pon ..

Rupanya dia senyum sebab lain .. Aku bukan tepuk bontot Qhaliff tapi aku tepuk lengan dia yang kebetulan berhampiran dengan badan Qhaiff ..

Aaahhh .. Sebelum aku kena bahan ngan wife , baik aku sambung tidur ..  Jogging pon entah ke man .. huh ..

Qhaliff kantoi di klinik sudah !

 

Peluang jumpa doktor yang baik hati tadi , digunakan aku sebaik mungkin. Segala menda aku tanya kat dia ..

“ Doktor , tu taik lalat dia ke taik hidung dia ? “

Aku nak je tanya dia tapi segan laaak .. hehehe .. Jadi aku tanya je soalan tu , dalam hati aku jer .. hehe .. Tapi ada la aku tanya soalan soalan yang berkaitan cam melecet tu dengan harapan , dapat la ubat free kan ? Memang dapat laa pon ..

Selepas mengucapkan terima kasih dan selamat hari raya pada doktor , aku ngan mak mertua aku pon keluar dari bilik tu.. Eh , terlupa lak Qhaliff kat doktor tu .. hehe .. Tak de laaa.. Giler pe terlupaa anak ! Tapi aku sering lupa umur dia daaa .. Kalau orang tanya , dari ari tu sampai sekarang , asik 7 hari jer .. Hehehe .. Teruk kan ? Apa nak buat kan ? Aku asik fikirkan masalah negara memanjang ..

Keluar dari bilik doktor , terus ke bahagian Farmasi.. Scan nombor giliran dulu ..

Sila hubungi bahagian pertanyaan ..

Pulak.. time time gini dia leh wat lawak hindustan laakkk .. Aku nak cepat balik ni ..  Try sekali lagi .. Sama gakkk ..

Cik , scan ni rosak ke ? Kalau rosak , saya nak masuk tender ni .. Kot leh supply barang kat hospital kerajaan .. Masyuk woo .. “

Aku nak je tanya gitu tapi aku tau , aku baikhati..

Cik , scan ni tak sihat ke ? Dah bawak jumpa doktor ? “

Ok , aku tak tanya gitu gak ..Kang aku kena humban keluar lak  ..

“ Cik , kenapa nama tak keluar  ? “

Dia jawab .. “ Order tak sampai lagi .. “

Oh.. boleh lagu tuu ehh .. Efisien sungguh laa hospital kerajaan skang ni.. Sapa laa yg dapat projek tu yer .. huu ..

Tak lama kemudian , nombor aku dipanggil setelah discan 5 kali .. Dapat dahhh ubat .. Selamat RM30 .. Perghh.. banyak tuu .. Leh layan Frutti Tutti tuuu ..

Bila aku kembali ke mak mertua dan Qhaliff , ada seorang perempuan kat situ dok berborak ..

“ Abang ben eh ? Qhaliff tak sihat ke ? Bla bla bla …. “

Amboi.. Dia leh kenal Qhaliff  ?? Padahal Qhaliff dok lepak ngan mak mertua aku tuuuu .. Perghh.. bagus tul daya ingatan dia .. Kalau aku ,sahih lupa dah rupa camana .. Nasib baik anak sendiri .. hahaha ..

Jaja .. Dia perkenalkan diri sebagai Jaja .. Antara pembaca blog Benashaari.com ni .. hehe .. Tak sia sia laaa aku update blog .. Ramai kawan kat Putrajaya ni .. hehe ..

Dan Qhaliff.. Tamo dah letak muka diaaa.. Dia lagi popular dari ayah dia skang ni .. Mana aci !!

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI