Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 15 April 2012

Perangai ibu memberi kesan pada bayi dalam kandungan ?

 

image

Dari satu sudut , sewaktu ibu mengandung .. segala kelakuan ibu dan ayah akan anak rakam .. Sebab tu bila bercakap antara satu sama lain , kena hati hati sbb ‘si kecil’  dalam tu dah boleh mendengar.. Boleh faham atau tidak , wallahualam ..

Part tu , mmg boleh dicari dlm internet .. Banyak dah blog buat entri pasal tu  .. Tapi part ni ? Baby tidur ala ala askar surrender ni camana ? Setahu aku , mak dia je suka tidur gini waktu mengandung dan juga menyenget ke ketepi .. Semua tu , Qhaliff ikut ! Wargkkh.. Kalau ikut style aku tidur , confirm cam Bratt Pitt tidur .. Comel jer .. ahaha ..

Part ni ikut ayah tak pe la.. tapi part part rajin , bijak , tegas .. tu ikut mak dia je la.. Kalau ikut aku ? Hahaha .. tak pe la Qhaliff .. ikut ibu je part bijak ni .. Ayah bukan tak bijak tapi pemalas skit je dari ibu ..

Tapi serius laa .. ni gaya wife aku tidur time awal awal mengandung dulu ..  Kira standby laa kalau aku ngingau memalam .. terus katok   aku ! hahaha …

Perlu ke aku beli penghawa dingin untuk keselesaan Qhaliff ?

 

Dalam minggu ni , mmg bahang sedikit cuaca di Putrajaya walaupun ada hujan turun . Bahang begitu , mmg tak selesa untuk bayi apatah lagi yang baru lahir .

Qhaliff , sian dia.. Dah naik ruam kat beberapa tempat di badan dia .. Dah bubuh dah tepung ubi .. Ada surut gak la .. Namun kena ada pencegahan untuk elakkan naik lagi ..

Mak aku datang tadi .. Dan dia syorkan guna baju yang berlubang lubang gini untuk Qhaliff , buat sementara waktu .. pakai baju tu pada waktu siang untuk elakkan Qhaliff kepanasan .. Maklumlah budak .. mana tau cakap kan ? Tau nangis je..

image

Baju yang dibeli oleh mak aku .. huhu .. ‘ Terima kasih nekk’ .. wakil Qhaliff tolong sampaikan .. hehe

image

Bila aku google mengenai tips mak aku ni , pendapat tu mmg boleh digunakan pakai ..

Baju Terlalu Tebal

Memang tidak dinafikan bayi perlu sentiasa memakai baju untuk mengelak mengalami kembung perut. Tetapi jika pada waktu siang yang agak panas dengan pemakaian baju yang tebal, bayi pastinya tidak selesa yang akan membuatkan dia meragam. Baju yang nipis atau jenis berlubang bagus untuk pengaliran udara. Biarkan udara bersih yang nyaman dari luar mendinginkan badan bayi. Elakkan terlalu bergantung kepada penghawa dingin atau kipas. – PaMa

Hurm .. Kat Kelantan nanti leh pakai .. Rumah baru nanti , kena letak air cond .. Sian aku .. eh.. Qhaliff .. huhu ..

Jangan kasi buai sama Qhaliff !

 

image

Olololo .. Naness je kerja dia yer .. Bila dipeluk , diam .. berjalan pon diam ..  Tapi bila letak kat tilam dia balik , perghhhhhhhhhhhh .. Jamal Abdillah terus wooo suara dia .. Menusuk kalbu ..

Memain sama daddy yeah .. Nak bagi buai , orang kata jangan ajar .. Nanti dah besar skit , nak tidur pon kena ada endoi .. Baru la masak time tu .. Ke sana sini nak kena usung menda tu ..

Jadi aku wat camana  ??

 

image

Aku duduk je atas bola ni .. Melambung kecik je bila atas bola ni .. Jadi cam endoi gak laa .. Dalam 5 minit , dia pon lenaaaa laaa .. Tapi bila nak letak balik , ‘ huwaaaa , huwaaaa , huwaaaaa ‘ .. dengan begitu nyaring sekali deh ! Angkat , diam .. Aku lak yang huwaaa , huwaaa , huwaaa ..

Tapi jangan la mengeluh kan ? Orang lain nak anak , tak dapat .. Kita dah dapat , mengeluh nak menjaganya .. Camana tu ?

Kapal layar Adastra bernilai RM45 juta

 

image

image

image

image

Dianggap satu daripada kapal layar paling mengagumkan di dunia, Adastra sepanjang 42 meter itu pasti menarik perhatian sesiapa saja ketika ia dilancarkan secara rasmi di China beberapa hari lalu.

Ditempah Anto dan Elaine Marden dari Hong Kong, Adastra adalah hasil ciptaan daripada perancangan dan pembinaan selama lima tahun. Ia dilihat satu-satunya kapal layar yang mampu mencabar koleksi bilionair Russia, Roman Abramovich.

image

image

Badan Adastra dibina daripada kaca dan Kevlar. Saiznya membolehkan kapal layar berkenaan memuatkan sehingga sembilan tetamu dan enam anak kapal.

Ruang dalam Adastra dipastikan selesa dan membolehkan penghuninya menikmati pemandangan indah di sekeliling, manakala kokpit terbuka dipasang sofa di kedua-dua sisi.

Dek terbuka di bahagian belakang pula menyediakan landasan untuk penghuninya mandi.

Kelajuan maksimum Adastra boleh mencecah 22.5 knot dengan jarak sejauh 4,000 batu nautika (7,408 kilometer) pada kelajuan 17 knot. Jarak itu mencukupi untuk perjalanan dari United Kingdom ke New York.

Kapal layar mewah ini bernilai AS$15 juta (RM45 juta) yang memakan masa lima tahun untuk disiapkan.

Suntingan ayat dari Hmetro online

5 blog best pilihan saya ..

 

2012 .. tahun ni melahirkan ramai blogger baru yg berwibawa dan berbakat .. Apa yg perlu cuma sedikt pengalaman untuk membiasakan diri selok belok dunia bloggin terutama dari segi hiasan dan penyampaian .. Cerita ada , isu ada tapi perlukan sedikit kemantapan ..

Ok .. tujuan segmen hari ini adalah untuk mencari atau menimba ilmu dari blog blog yang menjadi kegemaran rakan rakan blogger yang lain serta bertukar tukar citarasa ..

Segmen ini telah ditutup jam 2 petang tadi  .. Terima kasih ..

 

Mereka yang dah antar assignment ialah  :

TERIMA KASIH ..

Asal Qhaliff menangis mesti comel kan ? Ayah dia ??

 

image

Mak Qhalif dah pening kepala .. Ayah dia lak , tak cukup tidur ..  Qhaliff lak , nehh .. budak budak .. mana tau apa apa kan ? Tau akan , berak , nangis , senyum.. Alhamdulillah .. Kang dah boleh cakap , lain pulak ceritanya kan ?

Kenapa bayi menangis yer ? Mengikut dari apa yang aku sendiri dah alami dari pengalaman bersama Qhaliff selama 14 hari  , Qhaliff paling banyak menangis sebab lapar .. Kemudian statistik menunjukkan Qhaliff menangis sbb berak .. Di tempat ketiga pula , Qhaliff menangis sbb tak selesa , cam suhu bilik yang panas menyebabkan berpeluh di badannya .. Di tempat ke empat lak , aku tak pasti lak sbb bila dia nangis , kebanyakkan mak mertua yang g pujuk dia .. Aku punya part belah malam time semua tidur .. Huhu..

Ok , jom tengok tips tips dari beberapa buah blog yang aku amik mengenai mengapa bayi menangis. Jangan ingat yang belum kawin tu tak perlu amik tau .Kot boyfriend korang menangis berpunca dari kes  yang sama .. Sapa tau kan ?

Dari babycenter.com.my

1. Saya perlukan makanan

2. Saya perlukan keselesaan

3. Saya perlu nyaman dan selesa - tidak terlalu panas atau sejuk

4. Saya perlu dipeluk

5. Saya perlukan rehat

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera

7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu

Bila bayi menangis , apakah yang perlu dibuat ? Yaaa, buat dek ! Buat laaa kalau berani ! Kang kena serbu dek polis baru tauu.. Penderaan kanak kanak okeh !! Haaa .. Apa yang perlu dibuat ialah .. Jangan sesekali call aku okeh sbb aku pon dok belajar .. Hehehe ..

Ini tips dari babycenter jugak yang berguna untuk aku dan wife ..

Selimutkan dia dan peluk dengan rapi

Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibubapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Bayi lain mendapati bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.


Dapatkan ritma yang teratur

Dalam rahim, bayi anda boleh kedengaran denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, lain bunyi yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibubapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh kain yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang akan menidurkan dia dalam sedikit masa. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain - bila-bila masapun, letakkan dia atas lantai berdekatan dengan mesin itu.)


Buai-buaikan bayi

Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan, dan anda akan mendapati bahawa bayi anda akan bertenang akibatnya, samada anda berjalan-jalan sambil menghayunkan dia atau duduk dengannya atas kerusi goyang. Buaian khas bayi boleh menenangkan setengah bayi, tetapi bayi lain lebih selesa dengan keadaan yang lebih pantas dan akan tidur sebaik saja mereka dibawa berjalan dalam kereta.


Cubakan urutan

Memberi bayi anda urutan atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkan dia. Jika dia ternampak seakan-akan kesakitan disebabkan angin, cuba menyusukan dia dalam posisi tegak dan menepuk dia selepas penyusuan dengan menyandarkan dia di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadangkala terasa reda jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.

Biarkan dia menghisap sesuatu

Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan ketenangan yang banyak. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.

image

 

Mungkin akan ada sebab sebab lain sbb gangguan serangga atau byk lagi.. Cuba kongsikan pengalaman anda  di sini ..

Keliru aku ngan umur Qhaliff ..

 

image

Kalau orang tanya aku , berapa umur dia . aku tergagap nak jawab .. Erk .. berapa hari eh ?? Sebab bila tengok dia macam tak rasa beberapa hari tapi dah masuk bulan .. Gaya tidur dia .. gaya renung orang .. gaya dia mengelamun .. mmg tak nampak pon baru 13 hari ( termasuk hari ni )

Kalau tengok dia tidur , hurmm .. mcm mcm laa gaya dia buat .. Nasib baik tak bantai style terjun tiruk .. Kalau tak , mau naya gak aku … heheh ..

Qhaliff , baru nak tidur .. Sejak terjaga tengah malam semalam dengan tidur jap jap tu , mmg buat wife pening kepala terus .. Sian .. Aku bangun gak .. kekadang jaga , dukung bawak berjalan dalam rumah sampai dia terlena balik .. Walaupun orang kata jangan ajar tapi camana lagi nak aku buat.. Kang kalau asik dok tepuk bontot dia , abis leper bontot dia .. huhu ..

Qhaliff dah lena balik .. Nak g jogging ke tak ? Ke aku pon sambung tidur cam Qhaliff .. Ngantuk ni .. Tapi kalau layan ngantuk , sampai kiamat takkan ilang ngantuk ni .. Hurmm

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI