Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 16 April 2012

Kalau Qhaliff selsema ?

 

image

Sedapnyaa dia tidur .. Mulut muncung cam cari.. cari.. alaa.. cari susu laa ..

IMAG2577

Ahaaa.. dia dah sedar dah .. Selsema ? Lom lagi .. tapi ada la sisa sisa kat dalam hidung dia tu .. Guna cotton bud tidaklah digalakkan sama sekali .. Takut nanti masuk ke dalam dan menyebabkan saluran tersumbat . Jadi , adik aku suruh beli je menda kat bawah ni ..

IMAG2570

Dan aku g cari kat farmasi .. ada jual .. Murah je .. Tak sampai pon RM20 .. Aku ingatkan leh sampai kena guna kredit kad.. hehe .. tak pon.. murah la kan ?

Cara ni lagi selamat .. Aku tak tau la ibu ibu otai wat camana .. Camana eh ? Lubang kecik je tu.. kang kalau aku korek ? Mau serobong kapal anak aku punya lubang hidung tu haa ..

Kesian Bob Kuman ..

 

Terbaca kisah Bob Kuman di blog MazidulAkmal.com , menyebabkan aku insaf dan ‘terasa’ betapa membazirnya masa masa aku sepanjang hidup aku ni ..

image

Aku pasti ramai dah membaca kisah Bob Kuman ni .. Bagi yang belum .. cuba baca sedikit dari entri yang aku amik dari blog abang @mazidulakmal.com ni ..

"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.

Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.

"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.  “

Korang leh baca lagi di blog http://www.mazidulakmal.com/ ni .. Hurm.. Mereka yang gemar enjoy di zaman muda tu , kembali fikirkan nasib diri bila tiada yang sudi membantu satu hari kelak , andai kita sakit nanti .. Mana nak datang duit ? Kawan kawan pon ada tanggungan mereka sendiri .. Jangan mengalir airmata waktu tu..

Teringat nasihat orang tua aku , ‘ Ingat masa tua .. Berjimatlah .. “

Antara keluarga atau cita-cita ?

 

Hanya mampu tersenyum ..

image

image

Tarikh dan masanya , sama dengan waktu penerbangan aku serta keluarga aku ke Kelantan iaitu esok .. Shooting jam 3 petang dan flight jam 10 pagi .

Takkan aku nak postpone ? Aku nak biar diorang je balik ? Wife , Qhaliff dan mak mertua ? Barang banyak nak usung .. Hurm.. Nak postpone semua , kena bayar denda lagi.. Makin bertambah lak kos .. Dah nak pindah rumah lagi .. Hurm.. Nak balik nanti pon , guna flight lagi .. huhu ..

Camana eh ? Peluang gini bukan datang selalu .. Hurm.. puas pk sambil makan nasi goreng .. Sedap la pulak .. hehe .. tambah skit laa .. Leh sambung pikir ..

Qhaliff nangis .. Alahai.. Aku tinggalkan nasi.. G amik dia .. Dukung .. Beria laa dia nangis ..

 

“ Daddy takde susu laa nak kasi.. Mummy mandi .. sat noo .. Jangan teriak kuat sangat , Qhaliff .. sakit telinga daddy  nehh .. “

 

Tengok muka Qhaliff .. Hati aku terus cair ..

 

“ Yelah … Daddy balik sekali ngan Qhaliff esok yer .. “

 

Pengalaman pertama .. Dua dua pengalaman pertama.. Menerima jemputan sebagai panel rancangan tv dan juga menaiki kapal terbang bersama anak sulung .. 

Tetapi keluarga diutamakan . Jika ada rezeki aku , maka adalah .. Jika tiada , tak pe la .. Aku redha je .. Antara cita cita dan keluarga , keluarga membentuk cita cita aku ..

Lama aku tunggu kehadiran Qhaliff .. Tak pe la.. Terkilan tu ada tapi lagi terkilan tak dapat bersama Qhaliff .. hehe ..

Terima kasih RTM atas peluang yang diberikan walaupun dengan berat hati terpaksa menolaknya .. Huhu ..

 

 

Jom baca entri ni .. http://profhariz.com/2012/04/gambar-lelaki-kacak/ ..

Bisa dari penyakit kuning ?

 

image

Antara tanda nak baik dari penyakit kuning selain warna mata kembali putih serta muka terutama dahi dah kembali warna asalnya , keluar ‘bisa’ seperti dalam gambar tu .. Betul ke ? Aku pon tak pasti la..

Hari tu masa aku bawak g jumpa doktor , ada aku tunjuk kat dia .. Dia kata apa tah nama menda ni .. Jangan pecahkan sbb bila pecah , dia akan merebak ke anggota badan yang lain. Nasihat dia , masa mandi jangan gunakan sabun mandian yang punya banyak bahan kimia.. Dia suruh guna ‘sebamed’ . Leh g beli kat mana mana farmasi ..

Rupa dia cam menanah dan mengelembung seperti melecur terkena air panas tu .. huhu..  Tahap bisa dia tu , aku tak pasti .. Bab mandi ni , mak mertua aku masih lagi uruskan ..

Ibu ibu dan bapa bapa yang otai , korang tau ke amenda ni ? Kot la ada petua lain untuk ilangkan menda ni tanpa merebakkan ke anggota tubuh badan yg lain ..  Hamba ini masih belajar lagi .. hehe ..

Cecah RM6,140 Seauns ... Wowww ! ! !

 

image

Assalammualaikum ... Apa khabar rakan-rakan pembaca yang budiman pada hari ini ...

Wowww harga emas akan mencecah RM6,140 seauns ! ! ! ... Itulah laporan Akhbar Berita Harian pada Jumaat bersamaan dengan 13hb April 2012 ... Melaporkan bahawa kenaikan harga emas ke paras tertinggi melebihi USD$2,000 seauns yang dijangka dicapai pada tahun hadapan yang memberikan petanda bahawa logam berharga ini akan mencapai paras harga kemuncak dalam aliran meningkat sejak lebih sedekad lalu apabila dasar kewangan di negara ekonomi utama kembali normal kata Pengerusi Perundingan Logam (GFMS) ...

Maklumat seterus nya (klik di sini)

Akar Fatimah sebagai air selusuh ..

 

image

Hahaha .. lari terus genre blog aku neh ..  Ok ok .. Gambar kat atas ni ialah akar fatimah yang mana orang dulu dulu ( skang ni pon masa ada ) gunakan untuk dijadikan air selusuh ..

Apa tu air selusuh ? Secara ringkasnya air selusuh ni diminum oleh wanita yang hampir nak melahirkan anak .. Tujuannya adalah untuk memudahkan baby ..

Air selusuh ni pulak ada banyak cara nak buat .. Ada yang gunakan air zam zam kemudian dibacakan selawat atau ayat Al-Quran . Ada yang guna je air biasa tetapi si suami akan bacakan ayat ayat Al-Quran disusuli dengan doa kepada Allah agar isterinya bersalin dengan mudah ..

Dan akar fatimah ni pulak , kalau rendam , makin dia kembang .. makin mudah la si wanita tu nak bersalin .. Betul atau tidak , wallahualam ..

Bagi aku , panjatkan doa pada Allah dan tawakal. Cuba tu tak salah tapi jangan lupa , Allah penentu segalanya ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI